sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Tuesday, November 1, 2011

..............................hilang

Hilang.
1 perkataan.
2 suku kata.
1 suku kata hilang,tak wujud perkataan hilang dalam kamus Bahasa Melayu
Aku mahu menulis soal hilang.hari ini selepas berhari-hari,berminggu,berbulan memendam rasa.Rasa hilang.
Aku hilang dia.Dia paling aku sayang.Konon.
Aku tak tahu sayang aku sebanyak mana kerana aku sudah tidak lagi menitiskan air mata untuk hilangnya dia.
Menerima hakikat atau melarikan diri.hanya 2 sahaja sebab untuk aku tidak lagi meratap.Mungkinkah sayang aku itu tak sebesar mana?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Dia pergi pada 5 Syawal bersamaan 3 September 2011.Pagi.Aku bangun mendengar Abah memanggil aku
“Bangun ninah,abah rasa mak hang dah takde”
Kosong tak berasa waktu itu.
Menatap sekujur tubuh yang tidak lagi berombak dada.sejuk.tapi wajah tenang.setitis air mata pada matanya yang sudah pejam tak buka-buka lagi
Tabah awalnya
Saat orang mula datang,hakikat mula terasa dan mata mula berpasir dan berhujan tak tahu henti
Saat membaca untuk ayat suci .kabur mata.
Tabah.Sekejap.
Luluh.tiba-tiba.
Sebak.serta merta.
Aku macam terngiang kata-kata dia tentang penyesalan.Bila air Sembilan naik ke dada baru kau tahu erti penyesalan.Dan air membasahi tubuhnya Sembilan kali semasa mandi jenazah.Saat dia dimandikan sudah.Saat aku,kamu,kita entah bila.
Tatap wajah dia.
Tenang
Lihat tubuhnya
Bersih tanpa cela
Sebak usah cerita
Tahan air mata
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Sebulan sebelum dia pergi bersamaan ramadahan tahun ini,aku hanya sempat bersahur untuk puasa pertama selebihnya aku tak pulang berpuasa bersamanya.
Tapi entah kenapa aku sentiasa rasa kosong dalam hati sepanjang ramadhan.Kosong sangat.semacam ada sesuatu yang hilang dari aku.Seolah-olah hati aku sudah diambil.Seolah-olah ada lompong dalam dada.Sunyi.Aku cari-cari kenapa dan apa dan akhirnya aku mengerti yang begini rasanya bila kita akan hilang separuh dari nyawa kita.
Bila aku pulang untuk beraya,aku tetap rasa kosong.Aku rasa aku dan dia dekat tapi jauh.Aku kecil hati bila dia tak seperti selalu menyambut aku pulang dengan riang.Dia senyap.seperti sakit tapi dia menidakkan,bila aku menyoal.Disebut-sebut soal mati pada aku sampai aku mula rimas dan tak mahu bercakap lagi soal itu.Aku khuatir tindakan aku itu mengguris hati dia.Sampai kini aku masih kesal dengan sikap aku.
Kata akhir dia tentang solat subuh.sentuhan dia.sentuhan dia seolah tak berasa.aku tak mampu mengingat rasa sentuhan.wajah dia.
Kali terakhir aku sentuh dia,mengejutkan dia agar tidur di dalam bilik.Tak sempat aku melihat wajahnya kerana aku sudah ke dapur.ayat terakhir yang aku dengar
“ninah,tak yah basuh pinggan tu,basah baju tu..sejuk nanti” Itu yang terakhir.itu.itu.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Hilang
Itu aku rasa selama 30 hari pada ramadhan yang lalu
Dan aku benar-benar hilang
Separuh dari nyawa aku.Kata dramatisnya.
Dan aku kini merasa kehilangan
Dan kosong
Dan sepi
Dan sunyi
Dalam hiruk pikuk ramai
Senyum.diam.gelak
Tapi aku tahu apa dalam hati.
Aku tak boleh berhenti mengingati dia
Sebab aku akan melupakannya
Dan aku tak mahu lupa segala tentang dia.


MUTIARA KATA
Berjuanglah agar dia dapat senyum di barzakh itu oleh nukilan doa anak-anak soleh dan solehah.Kalau benar cinta itu setia,anak-anak itulah titiannya.
Di jambangan munajat,di taman ibadat,tentu ada sungai pahala yang mengalir selamanya.
-Pahrol Mohd Juoi-

3 comments:

Nurulain said...

ni cerita betul ke? sedihnya.....T.T

imtiaz khan :)

Myn said...

kak ain:
hehe..bukan fiksyen
tolong ssedekahkan fatihah eh untuk arwah mak saya

Admin said...

Alfatihah ~
Aku doakan arwah mak bahagia di sana,
Myn, walau dia dah tak kelihatan namun
dia akan sentiasa perlukan kau..

Post a Comment