sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Tuesday, July 16, 2013

Rant on Posting

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Penantian berbulan-bulan akhirnya berakhir.Aku sekarang di Bintulu Sarawak.
Yup…finally aku dah ditempatkan mengajar.
Panjang kalau nak diceritakan kronologi troll,troll oleh pihak KPM.
Tapi lapangkanlah saja dada,sistem yang digerakkan manusia tentulah banyak cacat celanya.
Nanti lah aku ceritakan kronologinya yang sedeh tu ye.

So pendek cerita aku dipostingkan di SK Kidurong,Bintulu.Serius cakap aku tak pernah bayang pun aku akan posting kat tempat ni sebab aku selalu rasa aku akan dipostingkan di daerah terpencil.Selama 5 tahun setengah aku di IPG…at least sebulan sekali aku akan mimpi naik bot,jeram berbatu,air sungai kaler susu,beting pasir dan segala yang memberi gambaran daerah pedalaman seperti Kapit contohnya sentiasa menghantui.Aku sendiri menyediakan diri untuk itu…Aku start studi lebih sket tentang agama…baca terjemahan…bukan apa…aku nak sediakan diri aku..takut kalau kena daerah pedalaman di sana yang majoritinya beragama kristian…kalau aku zero,bahaya untuk aku sebab banyak jugak aku dengar cerita dari cikgu aku yang pernah posting di Miri,Marudi…kat sana dia rasa terancam sebab ada yang cuba-cuba nak sampaikan dakyah mereka.
Kalau aku ada ilmu,at least aku boleh lawan dalam hati segala lintasan-lintasan yang datang ni.Bagi aku.Aku ni bukannya alim.bukannya iman power.jadik at least aku boleh jawab balik dalam hati.

Masa senarai nama dah keluar tu..bila baca je Sarawak aku terus set yang aku nak pack semua barang dalam hiking bag.Baju memang seminima mungkin in case kena tolak bot ke hape.Aku rasa aku dah ready nak sahut cabaran jungle of Borneo tu..haha.Aku terima kalau aku kena P3 ke,P2 ke atau P1 sebab aku rasa mengajar kat tempat ni feel dia memang lain.Aku sendiri suka suasana di mana aku spend time ngan student…buat free classes ngan diorang..buat makan-makan bagi student..Aku suka suasana yang macam tu sebab ntah la jiwa aku kat budak-budak kampung ni lain sket…maybe sebab aku sendiri budak kampung…Aku rasa the need of attention,keperluan budak-budak tu sangat penting in order untuk keluarkan diorang dari kepompong hidup dorang yang isolated tu..

But things go another way..Hurm..lepas mak aku meninggal aku sebenarnya sentiasa ingatkan diri aku yang things will never go easy..never go in way kita nak,but in a way HE knows best…jadik aku buat plan plan yang berbeza…aku ada plan kalau aku posting semenanjung kawasan kampung.Aku ada plan kalau aku posting bandar kat semenanjung dan aku ada plan kalau aku posting pedalaman tapi kan aku takde plan untuk posting bandar kat Sarawak..Yela kita pikir kalau Sarawak tu baik anta je Pedalaman..Mula tu a bit frust sebab Bintulu ni area living cost tinggi kot.Sangat tak berbaloi unless I married to some abam minyak from Petronas ke,Shell ke LMNG ke kan..Tapi bila diperhalusi bila dapat Bintulu ni banyak win-win situationya untuk aku dan family aku,abah la terutama.

Abah dah berumur kot.Anything could happen.To me.To him.Duduk kat Bintulu at least so much easy untuk aku balik sebab airport tak jauh.and even kalau aku nak bawak abah dok skali ngan aku pon takpe sebab Bintulu is quiet kondusif..Hospital dari rumah tak jauh sangat..maybe la living cost mahal..nak sewa rumah mahal..tapi duit tak boleh trade dengan rasa selesa dan selamat.So kat sini memang win-win situation la.

Pastu rasanya takde masalah pon kalau aku nak berkhidmat pada anak-anak bumi Kenyalang yang isolated tu…Aku ada kawan-kawan yang dok kat pedalaman..Bukan aku tak boleh create event..create program…join venture dengan diorang untuk aku feel mengajar kepada yang memerlukan.Pastu aku merancang nak hiking…mountain climbing….benda tu memang takde masalah…macam aku cakap la.. geng-geng pon ada…

Sungguh tuhan dah beri aku jalan untuk buat apa aku cita-citakan…laksanakan tanggungjawab aku sebagai anak…sebagai guru…sebagai hamba..
DIA dah rintis jalan….all I need to do…is to walk on it…
Jadi sekarang kena slow-slow kayuh…first thing first…rancang step by step…
Kalau mak ada lagi dan aku cerita macam apa yang aku cerita kat blog ni pada dia mesti mata mak dah berkaca-kaca dan cakap : Tengok,apa ninah nak semua tuhan bagi…jadi jangan abaikan solat..jangan lupa doa…jangan lalai…nanti kalau tuhan dah tak nak bagi macammana?

Mak,wonderwall aku.Sentiasa positifkan aku.sentiasa mengingatkan aku tentang benda-benda by heart yang tak pernah aku nak ambil pusing.Jiwa dia halus gila.Walau dia sakit camne pon…dia sentiasa akan fikir ada yang lagi worse…dia fikir t upon tuhan dah go easy dengan dia..beza dengan aku yang sikit nak merungut..tak reti syukur…Mak ni,sampai apa yang far away pun dia dah fikirkan…contoh paling mudah soal duit untuk aku posting.She saved up some money for me.Betul-betul masa dia meninggal,ada 3200 dalam ASB aku sebab setahun sebelum dia meninggal tu aku cakap dengan dia senior aku kata at least kena ada 3000 masa posting kalau dapat area bandar.

Jadi kalau sampai sekarang aku tak boleh nak buang sedih tu korang kena la faham kenapa sebab bila dia takde dah takde orang nak fikirkan sejauh tu untuk aku.Yang nak care need aku.Yang boleh sooth feeling aku.Setiap hari aku bagitahu yang dia cuma diberi pinjam.Kalau sampai aku terlalu depend pada dia…sampai bila pun aku tak grown up dan sampai bila pun aku tak gantung sepenuh harap pada DIA kan?

Sandar kat kayu,kayu reput.Sandar kat manusia,manusia lari.Sandar pada tuhan dia kekal abadi.
(ni quote mak)

Bagi kawan-kawan yang dapat tempat teruk-teruk tu first yang aku rasa…macam ada batu jatuh atas kepala.Aku rasa sangat bersalah.sebab aku dapat tempat okey walaupun aku prepared for the worse.Serius cakap la..tengok Ain nangis aku tak tahu nak cakap apa…lagipun aku memang tak berapa pandai nak show feeling aku tu…aku bukan jenis nanges depan orang suka suka hati…aku just boleh teman dia…cakap sikit-sikit dengan dia..masa dia kena P3 tu pathetic gila aku rasa…Rasa macam nak mintak tukar pegi sana pon ada…sebab bagi aku at least dia ada kawan dia boleh kuat…tapi semua orang pon perlu hadapi jalan masing-masing kan…nasib la akhirnya Ain dapat dok area pekan…lega tak tahu nak cakap camne…Tuhan perkenan…Berkat doa mak dia…berkat doa budak-budak PISMP yang dia tolong bagi maklumat untuk interview.Budak ni aku cakap,macam kaunter bergerak masa nak interview aitu.Semua orang tanya dia maklumat.Dengan usaha dia call SPP pastu update kat FB..pastu boleh tahan gak budak ni gegar twitter pak menteri pasal posting..huhu. Aku padahal kenal Ain tu dalam FB je kot..tapi feel kat dia lain dowh (aku straight).Aku ni memang ada masalah sikit kalau aku ada rasa sayang kat orang,memang sampai bila-bila la orang tu lekat kat hati.
Kalau aku nak rant on pasal posting ni gila panjang bak hang.Ada banyak lagi series of event yang berlaku..tapi biarlah remain untold.
Paling penting.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Harap tak lalai dalam limpahan rezeki tuhan bagi

Kat insan-insan berikut moga tuhan memberkati kalian.Moga ada ganjaran atas kebaikan.

Kak Lela.Huda.Kak Izyan.Kak Azila.my senior,Marliyana.Jang,IP Perlis. Ni saviour-saviour time mula-mula datang
Ain Syazwani Haron.si kaunter maklumat.Aku tak tough mana pon tapi sebab aku bajet aku saviour hang tu aku boleh kental sebab aku rasa ko perlukan shoulder to cry on.hahahaha
Ashezal Farhan.thanx for all those positive thought.Mamat ni gile positif kot sampaikan masa kat airport ada budak yang dapat Belaga ni dok cakap-cakap pasal si motivator ni.haha
Afiq Yaacob.Serunding ko sedap.Juadah bersahur.Kiki
Housemate.Ija,Tehah,Ollyn,Era and Aishah…juga bakal housemate…Yasmin(anak Era)

and… Abah.Niece Zati.Kak Niza.Bancip.Bali.Bari.Bang Abu.Kak Zah.Dekwa.Den jauh pon,bonding kita adik beradik tak boleh putus.Amanah mak ni.Tunggu den balik raya. : )