sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Tuesday, November 15, 2011

MUSIM HUJAN

Bumi disimbah air.Dari tadi hujan tak henti-henti.Musim monsun sudah bermula.Setiap petang,bumi disimbah dengan air.Sesetengah kawasan dengan sistem perparitan buruk di kota metropolitan pasti banjir.Tidak boleh menyalahkan sistem perparitan sahaja bukan?Sikap masyarakat yang tidak tahu menjaga kebersihan juga antara punca.Sampah yang menyumbat laluan air memburukkan keadaan bila hujan turun berjam-jam lamanya.

Aku masih disini. Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Muka jam dijenguk. Maghrib hampir tiba.Telinga yang sejak tadi dijamu Boyce Avenue terasa malu pada waktu yang menjengah itu. Segera aku mematikan lagu dari MP3 dan mencabut earphone.Aku mencari frekuensi IKIM.Fm.Alunan ayat suci Al-quran berkumandang. Tidak lama. Diganti azan.
“Allah…azan dah pun” Aku sedikit mengeluh. Trafik masih teruk. Aku melihat kiri kanan dan hadapan.Nun,sedikit sahaja di hadapan di bahagian kiri stesen minyak Shell tersergam.Aku menyimpan niat mahu bersolat maghrib disitu dan mengambil kesempatan mengisi minyak.Sebentar aku membelok masuk ke dalam kawasan stesen minyak.

Tangan kutadah.Berdoa seringkas mungkin.Sombongnya aku sebagai hamba.Aku segera melipat telekung dan menyimpannya di dalam beg kertas.Minyak telah kuisi tadi.Aku duduk sebentar melepas lelah sebelum masuk ke dalam kedai mesra.Tekak kering benar rasanya.
Ketika aku mahu membelek barang,aku terlihat seorang pakcik yang basah lencun bajunya sedang menyelongkar tong sampah.Aku hanya memerhati.Tanpa sebarang penilaian.Seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 5 tahun membuntutinya. Bajunya basah lencun juga.
.Dia menggigil kesejukan.
Mengetap gigi.
“Kasihan.” Terpacul perlahan dari mulut.
Aku terus memerhati. Aku tak sendiri. Beberapa mata turut memerhati. Sama sepertiku,tanpa prihatin mahu bertanya apa permasalahannya.
Rupanya pakcik itu mahu membeli petrol. Barangkali motornya kehabisan minyak.
Hujan masih lagi lebat.Tidak bersimpati pada anak kecil yang kuyup dan kesejukan. Lagi tidak bersimpati kalau awan berhenti melimpahkan air,kita sah-sah mati kekeringan. Basah Cuma basah air,bukan basah api. Itu kata emak setiap kali aku bersungut bila kehujanan.


“Basah pun,basah air ninah..bukan basah api ” Emak berkata. Tangannya menghulur tuala kering.
“Hari-hari hujan..” Aku merungut
“Syukurlah hujan nak oi…”
“mak bila abah nak beli kereta?” Aku menyoal emak sambil mengelap rambut.
Emak memandangku. Mohon pengertian. Aku faham benar pandangan itu. Aku diam.
“Tiap petang mesti hujan. Baju orang basah. Buku-buku pun kalau lupa nak bungkus dalam plastik jadi basah.” Hujah balasku pada pandangan mohon pengertian itu.
“Nanti la sayang…” Abah muncul entah dari mana. Baju lencunnya sudah berganti. Diusap kepalaku..

Aku bersekolah menengah yang letaknya sejauh 20KM dari tanah rancanganku. Sulit untuk aku beri gambaran mudah bagi orang yang tak pernah kenal rasa susah. Waktu aku sekolah,cuma aku anak gadis yang dalam tingkatan 5. Cuma aku juga yang masih tersisa semangat untuk belajar.Sekolahku jauh sungguh dari rumah. Aku perlu pula mengikuti kelas tambahan yang diadakan untuk pelajar tingkatan 5 dan kerana Cuma aku satu-satunya yang tingkatan 5,maka bas koperasi felda menolak mahu menjemputku pulang pada jam 5. Oh,angka 5 lagi.

Atas sebab itu aku terpaksa meredah hujan hampir tiap petang untuk pulang dengan motosikal.Selalu saja aku lupa untuk memasukkan abah dalam cerita. Gaya macam aku sendiri menunggang motosikal itu. Gaya seperti aku seorang yang kuyup dan menggigil kesejukan.Abah lah yang saban petang menjemputku dengan motosikal. Selalu itu juga hujan. Kadang aku rasa mahu mengalah tidak mahu lagi belajar lagi hanya kerana ditimpa hujan. Hanya itu. Lemah sungguh. Padahal sudah 4 tahun aku bertahan berhimpit dalam bas koperasi demi mahu sekolah Tapi kukuatkan hati. Abah sendiri tak pernah merungut walau saban pagi di ladang,petang terpaksa pula berhujan menjemputku.
Aku ini anak perempuan satu-satunya dalam keluarga ini. Along sudah tidak sekolah. Dia membantu abah di ladang. Dia sebetulnya sudah muak dengan miskin.Ya,miskin. Miskin itu bila hidup sekadar cukup. Oh,kalau cukup bagus juga. Makan pun berceking bak kata emak. Aku makan nasi dengan minyak kadang-kadang garam kadang-kadang kicap. Sebab itu darjah kepandaianku kurang barangkali. Makan aku tak cukup gizi.Along,Angah dua orang yang menyerah pada miskin. Pernah aku mahu mengalah tapi sungguh-sungguh dihalang abah.Biar susah payah dia mahu aku sekolah juga dan demi itu,dia tambah kerja malam menjadi pengawal keselamatan. Aku dan emak pula meraut lidi kelapa sawit untuk dibuat penyapu.Buat jualan.Mengutip pula pucuk paku buat makan sampai muak.

Pagi-pagi sesudah subuh emak bangun,aku juga. Masing-masing bersiap.Aku untuk ke sekolah dan menyiapkan adik lagi 3 orang untuk sekolah.Lagi 2 orang mengekor abah di ladang yang umpama taman permainan masing-masing . Emak pula bersiap tunggu lori datang. Dia kerja kahwin bunga sawit dekat estet.Itu rutin hari-hari yang menjelakkan namun harus kuhadap. Menunggu sawit mahu besar cukup untuk buat kami anak-anak ladang penat dengan hidup. Makan pakai compang camping.

Aku lencun lagi.
“Benci la hari-hari macam ni” Aku merungut untuk kesekian kalinya.
“Dengan sapa kau nak merungut?” Emak Tanya hilang sabar. Aku diam tak berani menjawab.
“Kau nak merungut dengan tuhan?” Soalnya lagi.Diam lagi
“Syukur la nak,kau tak merasa hidup dalam estet. Kalau hujan pagi-pagi,makan bubur kau hari-hari” Emak bersuara kuat.
“Itu zaman kita” Abah menyampuk,sering abah membela aku dalam banyak hal
“Memang bukan zaman dia. Tapi kalau tak disebut,dikisah pada fikir dia hidup dia saja macam neraka” Emak naik angin betul sebab aku.Ini bukan sekali. Berkali-kali sebab aku yang suka merungut. Tiap kali makan aku merungut. Tiap kali aku raut lidi aku merungut.
“Apa sekolah ajar kau jadi orang macam ni?”Soal emak
“Kalau nak ajar kau jadi orang tak reti syukur,membentak pada ketetapan alam,pada ujian hidup baik aku tak susah-susah hantar kau sekolah.Sekolah kau tak ajar pelajaran agama?Tak diajar kau bersyukur?” Emak bersyarah. Aku menangis.
“Kalau aku nak bersungut,kalau aku nak membentak dah lama aku tak hidup dengan abah kau. Pernah kau dengar aku minta yang tidak-tidak pada abah kau?” Mata emak berkaca-kaca. Aku sedih tidak terkata. Bukan niat aku mahu bersungut tak semena,aku cuma anak muda yang tak larat,jemu menghadap susah.
“Sudah lah Lijah” Pujuk abah
“Pergi mandi ninah.” Suruh abah,cuba meredakan keadaan
Dalam saki baki tangis aku pergi pada emak.
“Mak..orang minta maaf…orang janji tak bersungut-sungut dah” Teresak aku berkata
Emak pandang aku dengan mata berkaca.Dia diam membantu.
“Mak,orang minta maaf..”
“Jangan kau tunjuk lagi perangai macam ni. Kau aku hantar sekolah supaya jadi orang bijak. Bukan bijak kira mengira. Bijak dalam berfikir,tentu mana baik mana buruk mana patut mana tidak” Kata emak. Aku cembeng tiba-tiba
“Sini…” Emak tarik aku dalam pelukan. Tubuh basahku didakap emak.
“Kau satu-satu harapan. Jadi contoh adik-adik,bukan bergaduh dengan emak abah. Kau satu-satu harapan dari kau kecil sayang…kau macam bumi lepas hujan…nampak luar sana” Tunjuk emak ke luar tingkap.Pandanganku mengarah pada batas sayur yang emak tanam.Hujan betul-betul sudah berhenti.
“Biar kau jadi yang menyejukkan…yang menyegarkan,yang beri harapan.” Emak kucup ubun-ubunku.Terdengar olehku dia melafaz Al-Ikhlas.Aku pandang emak. Aku pandang abah.
Abah dan emak yang sebenarnya macam hujan.Hujan yang turun melimpahkan kasihnya pada aku,pada anak-anaknya.Tapi aku balas dengan sungut.Itu baru marah ibu belum murka tuhan pada orang-orang tak tahu syukur bukan? Makin lama hidup kita makin mudah tapi makin lama makin kita tak tahu syukur sampai satu tahap mudah-mudah bersungut pada ketetapan tuhan.

Uzlah(Bajet)

Uzlah ni kalau sesape blaja tasawuf(bukan tasawwur eh) maksudnya mengasingkan diri. tapi tade laa maknanya ko pegi bertapa dalam gua ke hape...camtu la kowt ikut pemahaman aku.Betulkan kalau aku salah ye.
Uzlah dalam konteks sekarang ni bila kau asingkan diri dari wat kebiasaan yang melalaikan demi membersihkan hati kau yang cacamerba diselaputi dosa dan segala bagai.lebey kurang macam gitu.

Aku?
Aku tak uzlah pun...
Aku cuma deactivate FB aku je.
Tapi bile orang tanya nape,aku saje je laa lawak2 cakap aku nak join tabligh la.
Aku nak uzlah,puasa FB laa...takpun aku akan cakap:aku nak dorang(FBers) dont miss me when i'm not around...hehe..bajet je orang nak rindu-rindu aku.

Aku dah pun Deactivate FB ak.lama dah aku nak wat camtu.
Sebabnya aku rasa,aku ketagihan FB.
Setiap hari aku akan bukak FB walau aku takde la buat apa sangat
nak kata aku chat pon tak jugak
aku cuma chat tok say hye kekadang dekat si Ishak Isaac atau gedik2 sket sama Fadzli Sabtu.2 orang ni sahaja.
Tapi serius sangat ketagihan aku sampai aku spend much time on FB.
Jadi better la aku puasa kejap dari FB tu.
Aku tataw laa ble ak an activate balik..tapi macam okey je tade FB
Lagipun aku tade keperluan mendesak untuk guna FB
Tade orang pon nak MISS me when i'm not around ke.
Aku pon tak terima pertanyaan nape aku tade FB
Maybe orang pon tak perasaan aku da tade dalam friendlist dorang..hwa3..

Sunday, November 13, 2011

Lonely September.It's already November Aminah!

I'm sittin' here all by myself
just tryin' to think of something to do
Tryin' to think of something, anything
just to keep me from thinking of you
But you know it's not working out
'cause you're all that's on my mind
One thought of you is all it takes
to leave the rest of the world behind

Well I didn't mean for this to go as far as it did
And I didn't mean to get so close and share what we did
And I didn't mean to fall in love, but I did
And you didn't mean to love me back/but I know you did

I'm sittin' here tryin' to convince myself
that you're not the one for me
But the more I think, the less I believe it
and the more I want you here with me
You know the holidays are coming up
I don't want to spend them alone
Memories of Christmas time with you
will just kill me if I'm on my own, oh

Well I didn't mean for this to go as far as it did
And I didn't mean to get so close and share what we did
And I didn't mean to fall in love, but I did
And you didn't mean to love me back

I know it's not the smartest thing to do
we just can't seem to get it right
But what I wouldn't give to have one more chance tonight (one more chance tonight)

I'm sittin' here tryin' to entertain myself with this old guitar
But with all my inspiration gone it's not gettin' me very far
I look around my room and everything I see reminds me of you
Oh please, baby won't you take my hand
we've got nothing left to prove

Well I didn't mean for this to go as far as it did
And I didn't mean to get so close and share what we did
And I didn't mean to fall in love, but I did
And you didn't mean to love me back, but I know you did

And I didn't mean to meet you then we were just kids
And I didn't mean to give you chills the way that I kiss
And I didn't mean to fall in love, but I did
And you didn't mean to love me back but I know you did
Don't say you didn't love me back 'cause you know you did
No, you didn't mean to love me back
But you did

Thursday, November 10, 2011

Hangover Volume 2 -manipulasi foto-

Aku dah bosan menghadap huruf dari pagi sampai ke petang.
Aku selongkar rak seni kat library untuk mencari grafik-grafik yang boleh menyegarkan mata dan aku bertemu buku tentang design.
Design poster,logo,cover buku.
Maka aku dapat ilham!
Bagi menghilangkan ketegangan...aku pun selongkar folder gambar dalam notebook aku dan mula mengedit.
Aku manipulate beberapa gambar yang kalau dilihat oleh pakar-pakar seni tentu sekali mereka tongsampahkan hasilnya.
Tapi aku bosan dan aku mahu berehat.
Aku berehat dengan memanipulasi mereka.
Huduh???Ada aku kesah??


Actual photo:tiang lampu kat stesen train.Aku macam kesian tengok tiang tu sorang-sorang.Aku pon snap la haritu.Kira aku saja la manipulate macam ni untuk self explain.Sorang dan kesunyian.(Bukan aku)


Aku suka ambil gambar cahaya.Tak kira la cahaya lampu ke,matahari ke,lilin ke,pelita ke..Ntah,tak tahu kenapa.Aku rasa macam cantik je mereka.Oh,actual gambar ialah cahaya lampu jalan.Aku manipulate sampai biar dia nampak macam kita berada dalam telaga@pherigi bhuta pastu kita pandang ke atas..nampak cahaya samar-samar.(Bajet)

p/s:hangover,hangover(sambil nyanyi lagu big bang-beautiful hangover)

Tuesday, November 8, 2011

Hangover

Tulis tajuk sambil nyanyi lagu Beautiful Hangover dalam hati.
Okey,aku islam. Aku tak mabuk-mabuk. Maka aku tak mengalami hangover sebab minum ayer khencing shaiton.
Aku hangover.
Maksud hangover aku tu,aku tengah biol.
Biol sebab menghadap jujukan huruf.
Aku sebenarnya dah penat dengan huruf dan perkataan.
Hari-hari aku membaca. Kadang-kadang menulis.
Subjek aku belajar semuanya subjek membaca.
Aku sangat jauh dari nombor. Statistik. Graf.Pembezaan
Hal ini membuatkan kepala aku kadang-kadang pening.
Kalau aku seekor kartun. Maka kepala aku akan kulukis besar sebelah.
Ya,besar sebelah sebab aku tak mengira-ngira.
Aku bukanlah suka mengira-ngira walaupun aku masuk kategori berkira tapi memang sarat sangat kepala aku ni dengan perkataan.
Penyeksaan sungguh rasanya tambah pula ujian da sampai dekat tepi simpang.
Tapi aku cuma boleh bertahan 40 minit membaca.
Yang aku pelikkan,membaca novel boleh pula.
Membaca nota Nilai dan Etika serta Ekonomi dan Pertumbuhan mulalah kepalaku hangover.
Adoyai.
Dalam aku muak menghadap jujukan perkataan
berlambak-lambak pula benda muncul untuk aku carutkan.
Betul banyak.
Kalau aku seekor kartun,aku akan melukis otak aku terbelah dan bermacam-macam benda emlimpah-limpah dari otak itu.Boleh tak?
(Rasa macam nak lukis sekarang juga)
(segera mengambil kertas dan pensil)

Sunday, November 6, 2011

Angah,Ibu dan Rendang Kerang

“ha,duduk tengah-tengah”
“kau ni,centre la”
“kau nak centre sangat,kau la duduk tengah”
“benda senang pun tak boleh buat ke?”
“senyum!”

Aku merenung foto yang berbingkai.Senyum segaris.Along,aku,adik.
Aku Faiez,aku anak no dua.Aku Angah.
Anak tengah,No dua atau Angah yang selalu pelik.Kata orang tua-tua.
Pandai orang dulu-dulu kan…Gaya macam menuntut psikologi dari Gardner. Konon. Padahal sukahati melabel. Melabel Angah sebagai pelik,degil dan tidak dipedulikan. Aku hanya bersetuju pada bahagian itu,tidak dipedulikan. Aku selalu tidak diepdulikan. Kadang aku rasa aku halimunan dalam keluarga dengan 5 orang anak lelaki ini. Halimunan .Faham tak halimunan? Sudah lah kalau kalian tak faham! Kalian memang takkan faham sebab kata kalian kan Angah pelik dan degil.

Aku pandang Along dengan wajah keruh
“celaka kau!” Aku menyumpah.Dalam hati. Jangan buat pasal menyumpah depan-depan,dengar dek ibu,aku yang makan cili macam masa kecil-kecil dulu. Aku taubat nasuha tak mahu menyumpah dan mencarut sebab puas makan cili padi dari ibu sebab membabikan Along yang selamba mengambil barang permainanku.
Ya,selalu saja aku yang kena
Tapi bila aku dah tua-tua begini aku sedar betul itu salah aku sebab membabi,babi sesuka hati. Babi tu kan najis. Sebab itu ibu samak mulut aku pakai lada api. Maun kau . Taubat aku tak mahu sebut-sebut babi lagi.
Apa?
Aku sebut dalam tulisan sahaja babi. Bukan sebut pakai mulut.
“Ibu, angah pun nak pergi” Aku beranikan diri meminta kebenaran selepas Along mendapat kebenaran untuk ke Kuala Lumpur menonton bola dengan budak asramanya.Tahun itu Negeri Sembilan bertemu Perak di Final Piala Malaysia
“Kau tak payah nak mengada ngah. Kau nak pergi dengan sapa? Dengan Sitap dengan Kumai? Tak payah la. Aku tak percaya budak-budak tu ”
“Lah..Along pergi ngan kawan dia boleh je”
“Kau tengok kawan kau macam mana,kawan Along macam mana” Kata ibu
“Ibu bukan kenal pun kawan Along. Kawan Angah mak kenal..Ibu bagi la Angah pergi ” Beria aku meminta sebab aku jarang benar meminta. Aku nak juga pergi sebab Along boleh pergi.
“Sebab ibu kenal la si Sitap ngan Kumai tu yang mak tak bagi. Dah-dah la ngah..kau duduk je la kat rumah”
Teruk sangat ke Sitap dengan Kumai. Baik sangat ke kawan-kawan Along. Ibu tak tahu ke budak lelaki yang duduk asrama lagi macam syaitan perangainya. Termasuk Along tu. Aku barua nanti baru tahu!
Itu terakhir aku meminta

“Long,kau smoking eh?” Aku menyoal Along sambil berbisik. Aku terjumpa surat kompaun Along semasa mengemas bilik
“Bila masa pulak” Suara Along tinggi
“Ni ha,aku jumpa ni” Aku berkata dalam nada biasa sambil menunjukkan surat kompaun kerana merokok.
Along merampas surat kompaun dari tangan aku.Dia membacanya sekilas
“Aritu je pon.” Pendek dia membalas dengan rengusan
“Kau jangan nak bising pula kat mak” Katanya
“Long,best ke isap rokok?”
Along pandang aku.
Sekilas.
Senyum.
“Best la.Masyuk”
“Long,kau isap rokok apa?”
“Dunhill..kadang-kadang Winston..kadang-kadang Gudang Garam je..kadang-kadang rokok pucuk”
“Hebat kau kan long..aritu je pon kau boleh isap berjenis-jenis rokok” Aku memerli Along.
Itu terakhir aku menegur

Aku Angah.Sering aku jadi orang yang memendam rasa.Tak pernah aku minta itu ini.Tak pernah aku mengadu itu ini dan sebab itu aku begini,kini.
“Angah,kau boleh tak bagi aku pinjam duit dulu.” Suara Along memujuk
Sebab aku tak pernah meminta,maka mudah-mudah orang meminta.Pada aku.
Along berkahwin pada usia muda dan aku dipertanggungjawabkan untuk membantu keluarga dan juga dirinya dan keluarganya.Ya,aku seolah-olah anak sulung keluarga Alias.Terima kasih Along sebab kau gatal sangat nak beristeri maka aku perlu menjadi anak sulung keluarga ini.

“Angah,kau tolong cari kelapa Ngah,Along kau balik esok boleh ibu masak gulai Siput.Along suka”
Aku tak pernah suka siput.Kalau ibu masak siput ,aku cuma makan kuah gulai dengan telur goreng.Tapi tak sampai hati pula aku buka mulut minta ibu masak lauk lain.
“Ibu kalau kita tak masak siput boleh tak?” Tiba-tiba mulutku lancang bertanya
“kenapa pulak?Ibu dah beli. Along kau kan suka siput. Abah pun suka.”
Tapi Iez tak suka. Iez suka makan rendang kerang. Dah lama ibu tak masak.
“Pergi la cepat cari kelapa. Karang hujan”
Menyesal aku balik awal. Kena jadi pencari kelapa untuk masak gulai kesukaan kau Along.

Satu kampung aku berlegar mencari kelapa.Sekarang dekat kampong pun payah nak cari kelapa.Orang Felda berlumba perbesar rumah. Dari laman sampai belakang naik batu buat rumah.Mana ada tempat nak tanam kelapa.Hai Kelapa,macam mana nak disahut seruan satu rumah 3 batang pokok kelapa kalau tanah pun tiada?
Apa?
Santan kotak?
Jangan nak bagi idea bijak.Telinga aku yang tersumbat kena bebel kalau bawa balik santan kotak.

“Assalamualaikum,Cik Timah…O,Cik Timah” Aku memberi salam di hadapan rumah makcik Fatimah yang rumahnya sebelah sekolah rendah.
Diam
Aku bagi salam lagi
Diam
Aku tawaf keliling rumah.Tak cukup tawaf,rupanya makcik timah ada di belakang rumah sedang menggali ubi keledek.
“Assalamualaikum acik”Aku memberi salam
“Waalaikumussalam”Jawab makcik Fatimah kuat.
Erm,saya punya pendengaran baik lagi makcik.
“Ha,kau siapa?Apa nak eh?” Soal makcik Fatimah
“ Ese Faiez cik,anak Lieh…Nak tanyo kelapo ha..” Aku berdialek daerah. Kalau dah masuk jajahan Negeri Sembilan memang dialek Tanah jajahan yang keluar.
“Oh,anak lieh yang jadi cikgu kek Johor tu yo?”Soal makcik Fatimah
Eh,tahu pula makcik ni
“Aah,cikgu..Cikgu sekolah rondah yo pon cik” Aku merendah diri. Bukan dibuat-buat. Sungguh aku rendah diri cuma guru sekolah rendah. Kalau nak banding dengan Along yang kerja Jurutera tapi gaji tak pernah cukup tu.
Sempat lagi aku nak mengutuk Along.
“Cikgu la elok.Omak kau kalau datang kenduri sinia gomar deh cito pasal kau…”
Aku terkedu . Ibu cerita fasal aku?
“Kau rajin balik tengok omak kau kan…Kau la yang berkojar bilo dio sakit..elok tu faiez…omak ni dah tuo-tuo takdo lain diharap eh…anak jenguk da cukup ” Tutur makcik Fatimah
“Sebab se cikgu cik…cuti sonang…” Aku berkata.
“ Kau tak kahwin laie kan?” Soal Makcik Fatimah
Aku angguk
“ Kau nak tunggu adik kau abis universiti ko?” Soal makcik Fatimah
Aku diam.Lambat mengangguk
“Risau omak kau,kau tak kahwin,kahwin…bersalah dio raso…koba eh kek acik”

Aku pandang wajah ibu yang sedang sibuk memerah kelapa untuk masak gulai buat Along
“ibu,nak buat rendang kerang macam mana?” Soal aku pada ibu
“Nak belajar ke?Angah nak masak kat rumah Johor ke?” Soal Ibu
Angguk
“Erm..ibu sebenarnya dah ingat-ingat lupa resepinya” Kata ibu
Dah la ibu,tak payah beralasan.Angah dah muak dengan alasan Ibu. Tak pernah kan apa Angah nak ibu tunaikan.Dada rasa sebu.Kata-kata kutelan dalam hati.Bertahun-tahun aku memendam rasa.Mahu saja aku meletus. Mata rasa panas.
“Ibu dah lama tak buat rendang kerang. Dulu Angah suka sangat makan rendang kerang. Tapi Angah dah lama tak minta ibu buat. Ibu ingat Angah dah tak suka. Ibu ingat takde satu pun masakan ibu masakan kesukaan Angah” Ibu berkata dengan nada sebak
Aku tergamam.Ya Allah!
Mata panas. Mata mula berair.
Ibu…
“Ibu cari balik ye,resipinya.Nanti ibu suruh Abah beli kerang!” Ibu berkata dengan semangat.
Aku seolah-olah mahu pitam. Bertahun aku memendam rasa kecil hati pada ibu dan cemburu pada Along sedang aku tak sedar ibu turut terasa dengan aku yang tak pernah meminta. Seorang ibu takkan pernah merasa terbeban dengan permintaan anak-anaknya. Aku tak diberi kerana aku berhenti meminta.

Wednesday, November 2, 2011

puspa

p u s p a
puspa
maknanya bunga
ya,bunga.
Aku bukan pencinta bunga seperti lazimnya "bunga-bunga" di luar sana.
Aku tak pernah suka bila bunga bukan pada tempat asalnya
yakni pada tangkai,pada pokoknya
aku suka bunga,apa adanya dia,di mana letak duduknya
kerna dia sedia cantik di tempatnya
maka,aku suka memotret bunga dengan lensa
lensa k770i cuma.
Khamis,27 Oktober 2011
Aku memotret bunga.
yang mekar indah dari biasa.


Ros,bunga yang rapuh.Fragile kata lidah Inggeris.Tapi cantik,menawan.Tapi rapuh dan aku tak suka yang rapuh-rapuh.


Tahi ayam.Ish,mana ada aku mengarut.Betul la nama melayu bunga ini tahi ayam.Ya,fungsional sungguh orang melayu memberi nama.Sebusuk tahi ayam bau kau maka secantik mana pun warna dan rupa,nama kau tetap tahi ayam.Ya,pengajaran untuk gadis-gadis ya..secantik mana rupa kau tapi tak semolek itu laku kau jangan harap namamu cantik disebut orang.


Zinnia.Itu nama saintifik.Nama melayu,aku tak tahu.Aku selalu rasa memotret dari sudut pandang bawah ke atas atau dengan kurang ajar kureka sendiri namanya sudutpandang semut selalu memberikan hasil potret yang cantik.Macam Zinnia ini.Cantik kan?


Calla Lilly atau lidah melayu memanggilnya bunga bawang warna putih sebab berwarna putih dan membiak melalui bulb/bawang sama macam tulip.Aku suka bunga comel ini.Putih,molek dan sangat produktif.Tanam satu bawangnya beranak pinak hasilnya.Bunga berwarna putih paling mudah untuk dipotret berbanding warna lain terutamanya merah.


Kekwa ungu.Cantik bukan?Bunga yang disukai arwah emak.Kekwa ada macam-macam warna dan warna kuning warna paling biasa.Ungu.Aku suka ungu.Tapi bunga ini malu-malu tumbuh rendah,renek di celah bunga-bunga lain.Kenapa malu?Bukankah kau cantik?Baik,aku faham...cantik tak semestinya perlu mendongak.Kalau tinggi untung jadi bintang kalau rendah masih jadi intan.

Tangan "sejuk" dialah yang meninggalkan bunga-bunga indah ini untuk tatapan mata.
Aku kongsikan gambar-gambar ini sebab pagi Khamis hari itu,bunga-bunga ini kelihatan sangat indah,mekar berseri-seri(susah nak ungkap sebab sangat indah)di hadapan rumah aku.

Sebagaimana indah dan mekarnya bunga-bunga ini,aku berharap indah dan bahagia hidup dia disana
Semoga dia berada dalam taman syurga yang berganda-ganda indahnya dari ini.Amin..


P/S:Selepas bengkel penulisan DBP,ayat aku mula berbunga-bunga.Haish.

cerita kawen

“aah,seronok sangat la kau kawin” Ada berkomentar sendiri tatkala menonton video perkahwinan seorang artis ternama di NONA.
Azlan sudah menggeleng.
“apa la yang dibebel sorang-sorang” Dengan senyum dia berkata lantas diambil tempat disebelah kusyen Ada.Ada menyisih ke tepi sedikit
“Tu..tengok laa kat TV tu ha…seronok sangat la kawin…majlis grand,grand…tahon depan cerai” sinis Ada berkata
Azlan menggeleng lagi..
“Awak nak kata,tak baik cakap camtu…patutnya kita doakan kebahagiaan dia..kan?” sinis lagi dia bertanya
Hai budak sorang ni…memang sinikal betul bila menyentuh bab nikah kahwin…tapi tak boleh nak salahkan dia. Realiti masyarakat..Malah dia mangsa sebuah rumah tangga yang hanya indah di awalnya namun tiada pengisian dan berakhir sampai dia jadi macam Ada yang ada sekarang.
“Awak ingat saya malaikat ke. Dulu tu ada jugak terdetik benda yang sama…” perlahan Azlan menggumam…cuba mencari permulaan untuk membetulkan persepsi Ada dengan bersetuju dengan pendapat Ada.Ada bukan jenis mahu terima bulat-bulat satu benda.Bukan jugak jenis mudah nak mengalah dengan pandangannya.

Ada yang dia kenal tak boleh dibangkang keras tapi perlu didekati dengan lembut,hemah kalau mahu mengubah sudut pandangnya.Ada yang didepannya juga bukan jenis muka tekun,dengar,menangis tersengguk-sengguk tapi kemudian ulang salah dan perbuatan yang sama. Keras Ada,keras berasas..diam dia,diam berfikir…kalau kena gayanya…sudut pandangnya boleh berubah.
“Kan,diorang ni..kawin grand-grand…tapi dah kawin..hmm…bahagia dorang..bahagia plastik” ada nada kesal pada suaranya.
Ingat kahwin senang ke?Korang seronok sekarang..Korang kawin grand-grand..Berabis harta benda tapi kawin korang tu dengan rasa tanggungjawab ke tak? Bila dah tak jumpa titik persefahaman,cerai…Anak-anak jadi mangsa…macam aku…Abah bagi tanggungjawab material..tapi spiritual..
“Kahwin ni Ada…hmm…orang tua-tua kita kan sebut…membina masjid..kalau nak kawin tu orang akan kata nak bina masjid…tapi cakap orang tua dulu bukan sebab sedap bunyi,sebab melayu suka berkias je da…”
“abis tu?”
“masjid tu kan Ada…Kena ada apa? Cuba awak cerita dekat saya”
“lah,da nama masjid..kena laa ada pak imam,bilal,Jemaah..makmum..” Ada menjawab.tangannya mengawang-awang ke udara.
“kalau dalam masjid orang buat apa Da?”

Ada memandang azlan pelik..dia diam sejenak..cuba mencerna maksud soalan-soalan Azlan..sebagaimana Azlan kenal Ada,begitu juga Ada…Dia tahu soalan Azlan soalan “pancing” ada isi yang cuba disampaikannya bagi mentarbiah Ada.Tapi Ada tak rasa diprovok..Dia sendiri mahu dan suka mendengar pendapat Azlan..Malah kalau “gedebuk” kena pada batang hidung susah dia mahu marah kerana pendekatan berhemah Azlan.

“mesti laa orang solat Jemaah…ada belaja ngaji..tazkirah…kalau hari jumaat ada solat jumaat,khutbah…ada orang qiamulail kan,kan?” Ada bertanya minta kepastian
“ bijak! ”jarinya menepuk lembut pelipis kiri Ada.Ada sedikit tersentak.main kepala!Tapi tak jadi nak marah bila Azlan menyambung
“Ada,kalau kita relate imam dan makmum dalam sebuah perkahwinan boleh awak bagitahu saya tak siapa imam dan siapa makmum”Azlan bertanya ala-ala soalan kuiz.Ada ketawa.
“dah macam soal asyraf je!” dia berkata dengan senyum tak lekang
“saya kan bakal imam muda musim ke-2”seloroh Azlan.
“bwekkkkkk….ce tengok cermin…”
“yela…Asyraf ensem,saya bau pun macam kambing…dah,dah jawab soalan saya tadi”
“ha…imam tu hubby tu laa..makmum tu wife” balas Ada
“apa imam kena buat?”
“of cos laa imam tu kena imamkan solat,bagi tazkirah,khutbah,aja ngaji..”cepat Ada menjawab
“dia kena buat semua tu dengan sapa?”
“makmum la…”
“awak Nampak taka pa yang saya nak sampaikan?”
Ada jeda..diam dia mencerna..
“dalam sebuah perkahwinan tu…husband kena jadi pemimpin..lengkapkan diri dengan agama sebab dia nak membimbing isteri dia..tu tanggungjawab imam sebuah masjid…kawin datang dengan tanggungjawab…tanggungjawab memimpin..tanggungjawab dakwah..”Ada menjawab
“macamtu kot ikut pemahaman saya”
“clever.” lagi dia menekan pelipis Adawiyah
“tapi dalam perkahwinan sekarang…orang jarang mengira tu sebagai persediaan…bagi dorang,financial dah kukuh,boleh kawin..boleh bayar hantaran yang often orang letak berbelas,berpuluh ribu…boleh bayar catering,photographer,pelamin..benda-benda yang extrenal tu yang banyak dikesahkan dari internal” sambung Azlan
“kalau awak tengok dorang kat TV ni…mungkin dorang lupa soal tu..sebab dah jadik budaya,kebiasaan untuk berkahwin grand-grand….dan kalau dorang bercerai…itu sepatutnya jadi tarbiah untuk kita orang biasa ni…perkahwinan yang bahagia bukan kita ukur masa kawin haritu buat garden wedding,majlis berinai besar,berinai kecik..”
“kahwin bukan setakat sebelum kawin apa nak buat….kehidupan lepas kahwin tu penting…”
“life kita ada tahap-tahap dia…malah dah diberi kita peluang untuk buat perubahan”
“maksud awak?”
“masa awak kecik….orang yang bentuk awak…bila awak da remaja,awak da terdedah dengan ilmu,pergi sekolah.. awak diuji dan awak pilih macammana awak nak bersikap…bila sampai tahap awak berkahwin…tahap awak dah tak sama masa awak remaja….awak diberi peluang untuk upgrade iman,ubah kebiasaan untuk hidup bersama dengan orang lain..orang yang awak perlu bombing…yang awak perlu ikut..tapi kalau awak masih dengan sikap zaman bujang..awak tanak grown up..awak rasa macammana awak nak hidup lepas kawin?cukup ke setakat pelajaran agama silibus SPM je? Awak nak kena lead orang ni padahal..dah tu pulak..silibus PAI SPM t upon awak tak cover abes…awak blaja teori untuk exam tapi amali dalam hidup sehari-hari awak tak buat dan tak pass pon…” lembut kata-kata Azlan sambil memandang ada.

Part pelajaran agama setakat ikut silibus SPM lepas tu tak abes cover dan amali tak buat tu rasa macam jatuh atas batang hidung..gedebuk.Ada diam.membantah tidak..mengiya pon tidak
“bia je laa…orang kat TV tu…kita doa dorang bahagia…dunia akhirat..okey?…”kata Azlan.Tangannya diletak di bahu Ada.
Ada diam.otaknya mencerna setiap kata-kata Azlan dari mula sampai akhir.

“Ada,nak ikut tak?”soal Azlan
“mana?”
“lah..dah pukul 3 ni saya buat apa lagi”
“owh…ustaz kambing nak jumpa anak-anak murid eh?hehe” Ada sengih emngusik
“wah..tak saying mulut ni…” dikusut-kusutkan rambut Ada.Ada terlongo.saba aje la!

Tuesday, November 1, 2011

..............................hilang

Hilang.
1 perkataan.
2 suku kata.
1 suku kata hilang,tak wujud perkataan hilang dalam kamus Bahasa Melayu
Aku mahu menulis soal hilang.hari ini selepas berhari-hari,berminggu,berbulan memendam rasa.Rasa hilang.
Aku hilang dia.Dia paling aku sayang.Konon.
Aku tak tahu sayang aku sebanyak mana kerana aku sudah tidak lagi menitiskan air mata untuk hilangnya dia.
Menerima hakikat atau melarikan diri.hanya 2 sahaja sebab untuk aku tidak lagi meratap.Mungkinkah sayang aku itu tak sebesar mana?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Dia pergi pada 5 Syawal bersamaan 3 September 2011.Pagi.Aku bangun mendengar Abah memanggil aku
“Bangun ninah,abah rasa mak hang dah takde”
Kosong tak berasa waktu itu.
Menatap sekujur tubuh yang tidak lagi berombak dada.sejuk.tapi wajah tenang.setitis air mata pada matanya yang sudah pejam tak buka-buka lagi
Tabah awalnya
Saat orang mula datang,hakikat mula terasa dan mata mula berpasir dan berhujan tak tahu henti
Saat membaca untuk ayat suci .kabur mata.
Tabah.Sekejap.
Luluh.tiba-tiba.
Sebak.serta merta.
Aku macam terngiang kata-kata dia tentang penyesalan.Bila air Sembilan naik ke dada baru kau tahu erti penyesalan.Dan air membasahi tubuhnya Sembilan kali semasa mandi jenazah.Saat dia dimandikan sudah.Saat aku,kamu,kita entah bila.
Tatap wajah dia.
Tenang
Lihat tubuhnya
Bersih tanpa cela
Sebak usah cerita
Tahan air mata
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Sebulan sebelum dia pergi bersamaan ramadahan tahun ini,aku hanya sempat bersahur untuk puasa pertama selebihnya aku tak pulang berpuasa bersamanya.
Tapi entah kenapa aku sentiasa rasa kosong dalam hati sepanjang ramadhan.Kosong sangat.semacam ada sesuatu yang hilang dari aku.Seolah-olah hati aku sudah diambil.Seolah-olah ada lompong dalam dada.Sunyi.Aku cari-cari kenapa dan apa dan akhirnya aku mengerti yang begini rasanya bila kita akan hilang separuh dari nyawa kita.
Bila aku pulang untuk beraya,aku tetap rasa kosong.Aku rasa aku dan dia dekat tapi jauh.Aku kecil hati bila dia tak seperti selalu menyambut aku pulang dengan riang.Dia senyap.seperti sakit tapi dia menidakkan,bila aku menyoal.Disebut-sebut soal mati pada aku sampai aku mula rimas dan tak mahu bercakap lagi soal itu.Aku khuatir tindakan aku itu mengguris hati dia.Sampai kini aku masih kesal dengan sikap aku.
Kata akhir dia tentang solat subuh.sentuhan dia.sentuhan dia seolah tak berasa.aku tak mampu mengingat rasa sentuhan.wajah dia.
Kali terakhir aku sentuh dia,mengejutkan dia agar tidur di dalam bilik.Tak sempat aku melihat wajahnya kerana aku sudah ke dapur.ayat terakhir yang aku dengar
“ninah,tak yah basuh pinggan tu,basah baju tu..sejuk nanti” Itu yang terakhir.itu.itu.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Hilang
Itu aku rasa selama 30 hari pada ramadhan yang lalu
Dan aku benar-benar hilang
Separuh dari nyawa aku.Kata dramatisnya.
Dan aku kini merasa kehilangan
Dan kosong
Dan sepi
Dan sunyi
Dalam hiruk pikuk ramai
Senyum.diam.gelak
Tapi aku tahu apa dalam hati.
Aku tak boleh berhenti mengingati dia
Sebab aku akan melupakannya
Dan aku tak mahu lupa segala tentang dia.


MUTIARA KATA
Berjuanglah agar dia dapat senyum di barzakh itu oleh nukilan doa anak-anak soleh dan solehah.Kalau benar cinta itu setia,anak-anak itulah titiannya.
Di jambangan munajat,di taman ibadat,tentu ada sungai pahala yang mengalir selamanya.
-Pahrol Mohd Juoi-