sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Tuesday, December 30, 2014

Dejavu di Kinabalu - Persediaan ( untuk rujukan )

FITNESS

OK,bagi aku fitness sangat penting untuk sampai ke puncak.Please,berlatih la..Bagi aku,its not like walking in the park...You can kill time but its means you'll lose much energy.Kalau korag lambat sangat pon tak boleh sebab makanan akan habis dan cuba bayang not enough food and water means not enough energy to climb up and down..So bagi fit..patuh masa yag ditetapkan.
By 4 pm dinner at Laban Rata
By 2 am last supper - please take your supper or else bring your own food.
By 10 last breakfast at Laban Rata - Take your breakfast or else prepare your gastric pills.
By 4 am last Lunch at Kinabalu park 
  • At least 2 months before aktifkan la diri anda supaya anda cukup fit.
  • Try fartlek.(Sila google)
  • Berlatih adjust diri dengan sejuk.On je aircond/kipas laju-laju
  • Berlatih kawal pernafasan masa korang training.Crucial
  • Berlatih la panjat tangga selalu eh.Up and down.Kalau ada bukit,laaaagi bagus.

THINGS TO BRING

OK yang ni aku bahagi ikut hari.Macam aku,aku pack semua baju ni dalam plastic ikut set aku nak pakai.Yeah,make sure baju tu ko balut plastic ye…in case hujan ke apa.Waterproff bag pon kekadang lencun.Bag pulak aku bawak 2 beg.1 foldable bag,1 lagi hiking bag(Yang ni porter/guide yang angkat)

Sebenarnya aku memang agak melampau sebab aku bawak foldable bag tu dan porch bag sekali.HAHA.Foldable bag tu aku carry all the way ke atas.Dalam tu aku letak botol air dan aku punya jaket dan baju hujan.(Punya la takut hujan)Dah macam apa je.Aku bawak porch bag jugak sebab dalam tu aku letak kamera aku,henpon dan ubat-ubatan serta makanan..Senang aku nak access.

Aku punya mission nak jejak Summit jadi aku sangat tekankan kesihatan dan keselamatan.Aku tahu,kalau aku tak sihat dan cedera,memang payah la nak sampai puncak.Bab semangat tu,aku tahu once aku nak benda tu aku akan paksa gak diri dan sebab tu la aku kena prepare fizikal aku yang tak sekuat mana ni.You know,when your heart is bigger than your body..Your body will suffer.Jadi,Prepare!

Ok,back to the point.Ni preparation dari hari anda di HQ Kinabalu Park.

Night you stay at HQ
  • Wear anything you like to wear
  • Pack your thing- mana taknak bawak jangan letak dalam hking beg,tapi masukkan dalam luggage dan simpan di HQ.

Day 1 – Timpohon Gate to Laban Rata.
  • 1 set pakaian( undies,t-shirt,tracksuit,tudung,stoking dan kasut)
  • Undies – Jenis disposable supaya senang kering
  • Pantyliner – jangan tak pakai
  • T-shirt – make sure Dri-fit.Cotton is no,no sebabnya bila ko berpeluh nanti,dia serap..nanti makin atas makin sejuk…masa tu baru ko faham seksa dia macam mana(Aku dah rasa)
  • Stoking pakai sepasang je dah.
  • Kasut sukan yang selesa.Aku bawak dua kasut sebenarnya…HAHA.
Day 1 – Laban Rata Hostel
(Yang ni korang boleh pack dan simpan dalam beg yang porter bawak dari gate)
  •  Tuala.
  • Toiletries(toothpaste and brush tu wajib.Body shampoo n shampoo boleh ambil je yang disediakan kat hostel masa tido kat HQ,jimat!)
  • Panty liner
  • Panadol Extend – Supaya tengah malam tak tetibe sengal badan dan esoknya flat
  • Ubat selesema – Aku telan sebab hidung start berair dan supaya aku senang tydo(Tydo sangat penting ye)
  •  Koyok lada – ni guna untuk tepek kat belakang badan supaya hilang sengal dan bagi haba(Aku tydo dengan selesa sebab tak menderita kesejukan.Thanx koyok!)
    1 set pakaian ( 2 undies,2 t-shirt,fleece jacket,legging,pants,pashmina,2 stoking dan hiking boot)
  •  T-shirt aku pakai 2 helai jersey(sini sejuk woi)
  •  Fleece jacket – gilo sojukk
  •  Legging aku pakai jenis thermal lepas tu layer dengan tracksuit.
  •  Pashmina supaya panas
  • Stoking 2 pasang – freezing woi
  • Hiking boot.Aku kan bawak 2 kasut.

Note : Aku sangat risau kalau masa hike ke Laban Rata tu hujan.Kalau hujan,kasut basah+sejuk=seksa.That’s why aku bawak 2 kasut.Hiking boot aku spare untuk ke summit sebab grip dia lagi safe.(Dah ramai yang kena tiba-tiba hujan,habis outfit lencun,so beware..bila hiking ni..stay dray is important ye)

DAY 2 - Laban Rata to Summit
  • Aku pakai pakaian yang aku pakai masa tido kat Laban Rata
  •  Windbreaker
  • Glove
  • Snowcap atau cap orang mesin rumput..haha…
  • Tampal koyok kat kaki,betis,peha dan belakang – bagi panas,elak cramp
  •  Headlamp(wajib!) – Beli yg murah je pon ok.
  • Foldable bag – camera,phone,biskut,air suam,chewing gum

Note : Ambil wudhu siap-siap.masuk waktu solat la atas batu.Feel we.

DAY 2 – Summit to Timpohon
  • Aku pakai jersey 2 helai tu juga
  • Tracksuit
  • Stoking cabut sepasang,pakai sepasang je
  • windbreaker – bila dah low level sila cabut ye.
  • Hiking boot
  • Air
  • Biskut/energy bar

Note : Sampai awal kat gate,ambil van korang pergi makan,mandi dan solat ye.
Tips : Kalau korang nak jimat,beli la pakaian terpakai...Outdoor bundle berlambak and do some reading sebelum memanjat.


P/S : Belanja gambar sket


Dejavu di Kinabalu - Mukadimah




Jejak kaki di puncak Gunung Kinabalu bagi aku ialah pengalaman paling bermakna untuk tahun 2014.Hiking Kinabalu ni memang impian yang dah lama terpendam.Tahun 2010 ke 2011  kot pernah nak panjat…dah beli tiket tapi sadly yang manage tak book pakej memanjat tu dulu.Burn je duit tiket.Masa tahun 2012,cerita Dejavu di Kinabalu tengah hits..Masa tu diam-diam aku tulis dalam planner nak panjat gunung.Aku kata,nanti aku dah kerja,aku nak aktif panjat gunung.Aku mintak posting Selangor.Nak aktif dengan Orang Gunung la konon.Rupanya Allah ada plan yang lebih baik,posting Sarawak dan sebelum umur 25 dapat jugak merasa panjat Gunung tertinggi di Asia Tenggara tu.

Yeah,thats the Low Peak
The opportunity knocks on December 2013..Member aku,Onnie yang kaki gunung ni mesej bagitahu kawan dia yang posting Miri nak panjat.Tanpa pikir panjang langsung,aku kata NAKKKKK.Deposit RM 285 aku bayar kat Cherrish(Aku tak kenal langsung,tak friend dengan dia kat FB,yang aku tahu dia ni kawan kepada Hasanah,iaitu kawan Onnie yang aku tak kenal langsung jugak!HAHA).
Meet Cherrish Lim(Organizer) and Byti Azira.Both are superfit.
Lepas bayar tu semangat kejap la pergi jogging.HAHA.Sebulan tak sampai jog,pastu berhenti.HAHA.Tapi sepanjang tahun tu ada la jugak pergi trekking…Bulan 2 pergi Taman Negara Gua Niah..Bulan 3 pergi Taman Negara Pahang kat Kuala Tahan dan Bulan 4 trekking kat Taman Negara Similajau kat Bintulu.Taman Negara Similajau ni best.Pergi balik 14KM.Berbekalkan ini,aku set otak aku yang aku boleh punya panjat Gunung Kinabalu.

7km Trekking to Turtle Beach,Similajau National Park
Selepas bulan 4 tu memang aku tak jog dah.Tak trekking dah.Aku dok busy dengan aktiviti sekolah dan mengganti cuti pada hari Sabtu.Bila aku start jog balik?HAHA…Bulan 10 bila weekand tu ada la aku pergi panjat bukit kat Bintulu ni..kadang tu pergi waterfront.Aku jenis bukan long distance punya orang..training yang aku buat just mirip fartlek.Ada part aku sprint,slow jog dan jalan.Bab makan memang aku bedal je apa saja.Memang tak diet.Bulan 10 tu la kejap aku kawal sikit makan dan buat detox.Masuk bulan 11 berenti terus jog sebab sekolah busy balik.Memang busy tahap gaban.Preparation memang last minit la.

Training at Waterfront Bintulu - Tu orang lain
Jumaat 21/11/2014,Habis sekolah petang,
Sabtu 22/11/2014, Pagi gerak gi Miri by bus.Petang naik flight gi KK.Tido KK semalam.
Ahad 23/11/2014,Gerak ke Kinabalu Park.Hectic gile.HAHA...

Hello Langit KK!
P/s : Ini baru mukadimah,sambungannya sila tunggu ye.



Tuesday, April 29, 2014

preserved

Kau pernah suka satu benda tak?Kau memang berkehendak sungguh-sungguh benda tu tapi kau tahu kau takde duit,benda tu luar mampu kau,luar liga kau?
Mesti pernah kan?
dan bila begitu selalunya kau cuma usha je benda tu kan?
Kau jeling-jeling je dia.Kau belek dia dari kabinet kaca.Kau intai-intai harga dia.
Esok kau lalu lagi,kau usha lagi.Tunduk-tunduk.Mahu tapi malu.Mahu tapi belum mampu.
Kan?Betul kan?
dan nanti bila kau dah mampu,kau tak tangguh-tangguh...
Terus kau angkat dia dengan akad jual beli.
Waktu tu seposen dua pun kau dah tak mahu tawar harga.
dan kemana saja nanti kau jaga,kelek dia.

Ye dan macamtu jugakla kalau kau nak tahu orang tu sungguh-sungguh berkehendak kau.
Tak diusik kau sesuka dia.Tak disentuh kau sebelum mutlaknya.
Tak dicanang serata rasa mahu dia..Senyap.Diam.Rahsia.
Tiba masa dia kan tiba