sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Tuesday, October 25, 2011

backdated issue

Dah lama aku biar blog x seberapa aku ni bersawang.aku takde mood nak menulis.aku dah mati rasa nak melihat sekeliling dan menulis.Aku dah hilang ghairah nak berbahas dan bercakap apa yang ada dalam otak terabur aku ni.kenapa?aku takkan jadikan pemergian dia sebagai alas an sebab apa yang aku alami mungkin kemalasan.Ye malas merupakan deskripsi yang tepat aku kira.
Aku pulang untukbercuti dengan macam-macam peristiwa yang aku tinggalkan di belakang tanpa aku cerita.Aku tiba-tiba mahu bercerita hari ni.Boleh aku cerita?

1. Aku telah mengikuti bengkel penulisan anjuran DBP.Sayang betul sebab aku hanya mengikuti suku daripada bengkel yang dikendalikan kak Salina Ibrahim.Jujur cakap aku tak kenal dan tak pernah baca karya akk Salina but as her starts talking I think she’s gonna be my fevret.Suku je aku ikuti sebab malamnya aku ada dinner blok.Aku da bayar dan this maybe the last dinner tok blok ak..So,pergi la…Esoknya plak aku gy lawatan kat parlimen…What a waste kan,..bukan senang nak masuk bengkel free..waste,waste
2. Aku ke parlimen atas nama lawatan ilmiah Persatuan Sains Sosial.Gayat sket aku rasa bila da sampai kat parlimen.Maun kaw…aku an eksited benda-benda politik dan negara nyh.Dapat r masuk dalam parlimen..ada beberapa benda menarik aku lihat
• Ada menteri tidur
• Ada menteri bersms,bbm mungkin..ntah2 maen game
• Masuk2 je dewan,menteri kerja raya kowt kalo x slp kne jawab soalan Lilah Jasin pasal jalan kt bahau..mang budak2 nyh sume pandang aku laa kan dah sebab aku naek ketapi kat bahau.tapi aku dari jelebu ye.dato’ aku mana pegi ntah..x nampak pon batang hidung
• Aku da tau nape orang menyampah kat Teressa Kok.dye mang ske dan carik betul isu berkaitan salahguna kuasa nyh.
• Rasa nak boo speaker dewan.Kenapa.malas nak terang.Yang penting aku rasa nak booo.
• Setengah ahli parlimen yang bersidang nampaknya sangat objektif tentang masalah penduduknya.Keep it up dato!
• Aku usha2 gak kowt ada PA.PA dato’,dato yang nsem.tapi tade.Most of them women.haish..
3. Aku ada kat rumah sekarang.dalam proses membesarkan badan.maun x…keje masak,makan tydo.But know what,rumah sangat sunyi dalam keriuhan lagu,tv,kambing ye…kambing.kambing blkg umah je..I miss her.I’m the last women standing here.Dalam rumah ni.Sungguh aku kena blaja untuk memendam rasa sebab kawan aku kat rumah cuma dia..Tak pernah aku meluah rasa pada abah atau abang.Kalo aku makin reserve aku tataw la..people change.

p/s:aneh.hidup memang aneh.aku boleh cakap rindu tapi aku tak reti utus khabar.

Monday, October 17, 2011

Insan bermoral dari perspektif islam

Dalam mengulas perkaitan profesion guru dengan ciri-ciri insan bermoral dari perspektif islam perlulah dilihat apakah ciri insan yang bermoral itu.Seorang insan yang berakhlak mulia yang sempurna mengamalkan ketiga-tiga
dimensi moral.

Pemikiran Moral yang merupakan penaakulan dan pertimbangan secara
rasional dan bebas. Ini bermaksud seserong individu yang mempunyai
pemikiran moral dapat memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat
pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima
oleh masyarakat setempat. Prinsip keadilan dipentingkan semasa
membuat sesuatu keputusan.

Perasaan Moral merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi
sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah
hati. Perasaan yang bermoral ini membawa kepada tindakan yang
bermoral.

Tindakan Moral merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap
semua keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi
mengikut kemampuan dirinya. Tindakan moral ini adalah hasil dariapada
pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong seseorang
bertindak secara bermoral.

Jika kita mengkaji 3 dimensi ini menurut perspektif islam kita akan melihat bahawa pemikiran moral merujuk kepada kemampuan akal untuk membuat pertimbanagan mengikut rasional selagi tidak melanggar apa yang dilarang oleh Allah,perasaan moral pula merujuk kepada keadaan hati.Hati seorang muslim lembut terhadap sesama muslim dan perasaan ini ditunjukkan melalui tindakan moral.Sebagai contoh seorang guru melihat muridnya tidak makan di kantin semasa waktu rehat maka pemikiran moral atau akalnya mencari rasional perbuatan murid itu yang mungkin disebabkan oleh ketiadaan wang dan dia mula merasa empati dan mahu membantu dan ini membawa kepada tindakannya menyoal dan membantu murid itu.Dari perspektif islam,perbuatan ini dilihat sebagai bermoral dan moral seorang muslim dipandu oleh iman.

Moral dalam islam dilihat dari segi akhlak.Akhlak merujuk kepada budi pekerti seseorang individu yang merupakan sifat semulajadi dan juga sifat dimiliki menerusi latihan dan rangsangan.Akhlak itu bermula dari keimanan dalam hati,pertuturan yang membenarkan apa yang ada di dalam hati seperti perasaan dan tindakan yang mengikuti selepasnya.Dari perspektif islam,bagi memiliki akhlak yang baik terdapat 2 garis panduan bagi melatih dan meransang akhlak yang baik.Garis panduan itu ialah Al-quran dan Sunnah.

Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana
yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda:
Yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan
akhlak".
Hal ini dipertegaskan lagi di dalam Al-Quran:
الَّذِينَ إِ ْ ن مَكَّنَّاهُمْ فِي الَْأرْضِ َأَقامُوا الصَّلَاَة وَءَاتَوُا الزَّكَاَة وََأمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْ َ كرِ وَلِلَّهِ
عَاقِبَةُ الُْأمُورِ
Yang bermaksud: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
(Surah Al-Hajj, Ayat: 41).
Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan
yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Oleh itu sesiapa yang
rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud: Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan
seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Di antara ciri-ciri akhlak yang sewajarnya menghiasi diri seseorang insan
supaya dia menjadi seorang muslim yang benar adalah akhlak-akhlak yang
berikut:

Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat.
Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkan ajaran dari hadis baginda yang bermaksud: Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk di dalam
martabat golongan muttaqin sehinggalah dia meninggalkan sesuatu perkara yang
tidaklah menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi ia meninggalkannya) kerana
sikap berhati-hati dari terjerumus ke dalam kesalahan.
(Hadith riwayat Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim dan Tirmizi berkata: Hadith ini
Hassan).
Profesion keguruan dilihat satu profesion yang mulia.Profesion ini dilihat bebas dari perbuatan tidak bermoral dan syubhat seperti rasuah.Namun demikian seorang guru perlulah berintegriti dengan menjaga masa kerana walaupun masa ini kelihatan remeh namun ianya tetap dihisab.Guru tidak boleh melengah-lengahkan waktunya masuk untuk mengajar kerana terdapat rezeki dalam waktu mengajarnya.Jika guru mengajar sambil lewa dan lewat masuk perkara ini dianggap sebagai syubhat dan rezekinya diragui kehalalannya.

Memelihara Lidah:
Seseorang guru mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, perbuatan-perbuatan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu domba. Imam Nawawi rahimahullah mengatakan:
“Ketahuilah, seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan
darinya adalah jarang.”

Sabda Rasulullah:
Yang bermaksud: Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya,
sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak
dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya. (Diriwayatkan oleh
Baihaqi).
Sebagai seorang guru,adalah dianjurkan untuk menggunakan perkataan yang sopan dan baik terhadap murid-muridnya.perkataan yang baikdan sopan menjadi contoh teladan kepada murid dan menggalakkan murid untuk belajar dengan tekun sedangkan perkataan yang buruk akan menghilangkan rasa hormat kepada guru sekaligus membuatkan murid tidak berminat untuk belajar

Bersifat Lemah-lembut dan Sabar:
Di antara sifat seorang insan bermoral pada pandangan islam ialah sifat sabar dan lemah-lembut kerana kerja-kerja mendidik akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Semua halangan-halangan ini sering dihadapi oleh
Para guru, sehingga hemah mereka menjadi pudar sehinggan malas mengajar
Dari keterangan ini jelaslah tugas dan tanggungjawab seseorang guru adalah satu tugas yang amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan ilmu kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabiatnya.Guru akan menyampaikan ilmunya kepada murid-murid yang pintar dan lemah,yang berfikiran terbuka dan yang emosional (sensitif),murid yang mudah bertolak ansur dan murid yang keras kepala,murid yang sopan dan murid yang nakal. Oleh yang demikian guru wajib menyampaikan ilmu kepada semua golongan itu sesuai dengan kadar kemampuan penerimaan akal mereka.Guru mestilah berusaha menguasai dan memasuki jiwa mereka seluruhnya. Semua ini sudah pasti
memerlukan kekuatan dari kesabaran yang tinggi, ketabahan dan lemah lembut.Oleh itu,kita dapati banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi menganjurkan dan mengarahkan agar seseorang guru itu berakhlak dengan sifat sabar, lemah-lembut dan berhati-hati.

Bersifat Benar dan Jujur.
Seorang muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta.Malah sebagai guru itulah juga sifat yang perlu kerana ini merupakan ciri insan yang bermoral dari sudut islam.Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Seseorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti dia memiliki pertahanan dan benteng yang dapat menghalang dari was-was syaitan dan lontaran-lontarannya.Sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yang laknat.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud: Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan
dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang
sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang
benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman
(kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang
sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta".
(Muttafaqun Alaih).
Dalam tugas seorang guru sifat benar dan jujur perlu ada.Keikhlasan dalam mendidik ditunjukkan dengan sifat benar.Guru mengajar ilmu kepada murid secara jujur.Oleh sebab itulah seorang guru perlu merancang penagajarannya sebelum pengajaran dan menulisnya di dalam buku rekod bagi menunjukkan mereka benar-benar mengajar murid mengikut apa yang telah ditetapkan.Guru juga tidak boleh berdusta terhadap muridnya.Apa yang disampaikan kepada murid perlulah merujuk kepada rujukan yang betul agar murid tidak diajar perkara yang bertentangan dengan islam.

Bersifat Rendah Diri
Seseorang muslim mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnya terhadap saudara-saudaranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalam memberikan layanan) sama ada yang miskin mahupun yang kaya. Sebagai seorang guru sifat ini perlu ada kerana di dalam sesebuah kelas terdapat pelbagai golongan pelajar.Pelajar-pelajar ini berbeza dari segi pemikiran,latar belakang dan juga status sosialnya.Sebagai seorang guru layanan terhadap murid tidak boleh dibeza-bezakan.Walaupun terdapat murid yang berasal dari golongan petani guru tidak boleh tidak menagajar murid ini.Selain daripada itu,ilmu yang diberikan juga perlulah sama rata.Walaupun murid itu kurang pintar guru mesti terus mengajar dan bukan mengabaikannya kerana seorang yang rendah diri akan meyakini bahawa setiap orang memiliki kekurangan dan perlu diberi peluang untuk membaiki kelemahan

Bersifat Pemurah
Seorang Muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah. Di dalam Al-Quran sendiri terdapat berpuluh-puluh ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah.
Dalam profesion keguruan,pengorbanan masa,jiwa dan wang ringgit adalah perkara biasa.Seorang guru perlu pemurah dan memberikan komitmen yang tinggi dalam mendidik.Guru perlu berkorban masa untuk menyediakan PnP yang menarik bukan sahaja untuk menarik minat murid malah demi menyampaikan ilmu dengan baik.Seorang guru tidak boleh lokek dalam menyampaikan ilmu sedangkan ilmu itu diberikan oleh Allah.Seorang guru juga mungkin terpaksa terlibat dengan aktiviti luar bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan sehingga terpaksa berjauhan dengan keluarga dan berpenat lelah.Namun pengorbanan yang ikhlas ini dijanjikan tuhan ganjaran yang baik.

Qudwah Hasanah (Suri Teladan Yang Baik)
Selain dari sifat-sifat yang dinyatakan di atas, seorang muslim dan juga guru mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai.Segala tingkah-lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya.Seluruh perbuatannya merujuk kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Kanak-kanak menghabiskan masa enam hingga lapan jam setiap hari disekolah.Ini bermakna individu-individu,kemudahan-kemudahan dan budaya sekolah akan mempengaruhi sosialisasi seseorang kanak-kanak.Guru juga sangat berpengaruh di sekolah.Gaya penampilan,sikap kepimpinannya memainkan peranan dalam proses sosialisasi individu.Cara pentadbiran sekolah,persekitaran serta budaya sekolah juga berperanan mempengaruhi sosialisasi kanak-kanak atau pelajar.

Murid menghabiskan kebanyakan masanya di sekolah dan guru yang merupakan agen sosialisasi perlu bertindak menunjukkan contoh teladan yang baik sama ada dari segi perkataan mahupun perbuatan.Tingkah laku dan pertuturan guru yang mulia akan menjadi contoh ikutan murid kerana kanak-kanak belajar melalui penglihatan dan peniruan.Jika mereka melihat guru mereka sebagai role model yang baik,mereka akan menirunya dan begitulah sebaliknya.Perlakuan yang baik akan menimbulkan perasaan hormat dalam diri murid dan sebaliknya jika guru berkelakuan tidak baik.Di dalam islam,ada disebut anak yang dilahirkan seperti kain putih ibu bapalah yang mencoraknya.sama ada mahu menjadi islam,yahudi,nasrani mahupun majusi.

Sebagai agen sosialisasi yang penting dalam masyarakat,guru sangat berpengaruh dalam menentukan sikap dan cara hidup seseorang itu.Sekolah yang ternama dengan skala disiplin yang tinggi akan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang disiplinnya.Mereka mudah berinteraksi dengan masyarakat kerana telah disosialisasikan.Sosialisasi yang diterima oleh seseorang pada peringkat kanak-kanak tidak mencukupi untuk menghadapi tugas-tugas yang akan dihadapi pada peringkat dewasa kelak.Jadi alam persekolahan, pergaulan dan pengalaman hidup banyak membantu untuk kesempurnaan sosialisasi seseorang.

Pentadbir yang efektif adalah penting untuk mewujudkan suasana mendorong
pengajaran yang bermakna dan menyeronokkan.Pentadbir hendaklah berupaya membentuk satu struktur dan amalan yang mengintegrasikan maklum balas,membuat refleksi dan amalan-amalan dan tindak balas yang diterima berlandaskan aspek-aspek berikut:
• mengesan kecekapan pentadbiran sekolah.
• menilai budaya moral sekolah.
• menilai secara moral guru-guru dibawah pentadbirannya.
Seorang guru yang berkesan mempunyai ciri-ciri seperti ingin membaca untuk menambah ilmu,berupaya berfikir secara kritis,ingin belajar dan menitik beratkan pendidikan seumur hidup.Guru juga hendaklah mempunyai personaliti yang sesuai dengan profesion perguruan dan memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku pelajarnya
Seperti yang telah dinyatakan,seorang insan bermoral perlu memiliki pemikiran moral.Dalam pemikiran atau pendapat sekular barat,pemikiran moral merupakan penaakulan dan pertimbangan secara rasional dan bebas. Ini bermaksud seseorang individu yang mempunyai pemikiran moral dapat memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. Prinsip keadilan dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan.

Di dalam islam,seorang individu juga perlu membuat pertimbangan secara rasional dan merujuk kepada Al-Quran dan Hadis,sesuatu perbuatan atau keputusan yang dilakukan bukan hanya mengharapkan penerimaan manusia atau masyarakat tetapi mengharapkan juga keredhaan Allah.Sesuatu perbuatan tidak semestinya betul walaupun majoriti menerimanya dan tidak semestinya keputusan yang dibuat adalah salah walaupun hanya minoriti menerimanya.

Seterusnya,seorang guru perlu memiliki perasaan moral.Perasaan moral merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati. Perasaan yang bermoral ini membawa kepada tindakan yang bermoral.Saidina Ali R.A pernah berkata:hati seorang muslim itu cekal dalam pegangan agama, bersih di dalam keyakinan dan lembut terhadap saudara-saudara mukmin.Oleh hal yang demikian seorang guru perlulah mempunyai sifat yang lembut terhadap murid-murid.Sifat prihatin perlu ditunjukkan sepanjang proses Pengajaran dan Pembelajaran(PnP).Guru juga perlu menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mendidik murid kerana di dalam islam kita dianjurkan untuk melakukan sesuatu bersungguh-sungguh.Berkerjalah seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok.

Secara konklusinya pada pandangan islam,seorang yang bermoral dilihat bukan hanya dari segi luaran tetapi dari segi holistik.Kita diajak untuk masuk ke dalam islam secara kesuluruhan dan bukannya secara berjuzuk-juzuk.Maka sebagai seorang pendidik atau guru perlulah melengkapkan diri luar dan dalam dengan akhlak yang baik kerana seorang guru merupakan qudwatun hasanah iaitu contoh ikutan.Pepatah melayu menyebut kalau guru kencing berdiri murid kencing berlari.Maka guru perlu menunjukkan moral dan akhlak yang baik agar menjadi ikutan murid dan memartabatkan profesion keguruan.Sebagai rumusan antara sifat yang perlu ada pada seorang guru yang bermoral mengikut pandangan islam ialah menjadikan Al-quran sebagai panduan dan Sunnah Rasulullah sebagai pakaian dan menjadikan etika keguruan sebagai rujukan.

Globalisasi:wajah baru kolonialisme

Globalisasi merupakan gelombang dunia yang memberikan kesan kepada ekonomi negara kita yang mengamalkan ekonomi campuran dimana kerajaan memeberikan kebebasan ekonomi namun mengawalnya untuk kebajikan rakyat. Kesan daripada globalisasi boleh dinilai dari sudut positif dan negatif. Dalam apa-apa aspek setiap perubahan itu mempunyai pro dan kontra, kelebihan dan kekurangannya, begitu juga Globalisasi.
Globalisasi dilihat sebagai ancaman kepada sistem ekonomi tempatan. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, produktiviti tenaga kerja sangat diperlukan dalam menjana ekonomi negara.

Globalisasi ekonomi yang menular menyebabkan pertumbuhan syarikat multinasional yang semakin banyak bagai cendawan tumbuh sebelum hujan. Pergantungan kepada syarikat multinasional ini sebenarnya merencatkan perkembangan ekonomi tempatan. Dalam banyak hal, sebuah syarikat multinasional boleh memberikan produk yang lebih baik berbanding produk tempatan kerana keupayaan modalnya serta kecanggihan teknologinya. Kebergantungan pada produk syarikat multinasional menyebabkan rakyat negara ini menjadi bangsa pengguna dan bukan bangsa pencipta.

Produk yang dimiliki syarikat multinasional yang dimiliki oleh kapitalis bermodal besar dan mampu menjalankan kajian pasaran yang lebih baik berbanding syarikat tempatan yang baru mahu meningkat naik. Daya saing syarikat tempatan yang rendah menyebabkan produk mereka tidak mendapat tempat di hati pembeli sehingga menyebabkan syarikat tempatan ini terkubur. Terkuburnya syarikat atau produk tempatan menyebabkan rakyat dan negara hanya bergantung pada produk luar.

Globalisasi dapat dilihat sebagai satu penjajahan bentuk baru. Jika dahulu penjajahan dilakukan dalam bentuk penaklukan sesebuah negara bagi mengaut hasil bumi sesebuah negara yang menjanjikan pulangan ekonomi kini, sebuah negara dijajah lagi melalui globalisasi ekonomi. Pasaran bebas memberi peluang kepada syarikat multinasional yang kebanyakannya milik bekas penjajah yang memiliki modal yang besar melabur dalam sesebuah negara. Rakyat sesebuah negara diambil sebagai buruh dan kemudian produk yang dihasilkan turut dibeli oleh rakyat negara itu sendiri. Secara tersiratnya walaupun pelaburan ini memberikan pulangan ekonomi namun ia sebenarnya lebih memberikan keuntungan kepada golongan pemodal.

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi "Sesungguhnya globalisasi seperti yang dilihat hari ini, hanyalah untuk kebaikan golongan yang kuat terhadap yang lemah, untuk keuntungan yang kaya terhadap golongan miskin dan untuk manfaat blok utara yang kaya tehadap blok selatan yang miskin” Kenyataan tersebut jelas menunjukkan kesan negatif globalisasi. Dalam sistem globalisasi, negara yang kaya akan bertambah kaya, manakala yang miskin akan terus miskin.

Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Bank Dunia pula dilihat berperanan dalam mewujudkan jurang yang besar di antara negara blok utara dan blok selatan. Negara-negara dunia ketiga yang berada di blok selatan, ketika berhutang dengan Bank Dunia, akan dikenakan faedah dan syarat-syarat tertentu yang rata-ratanya akan mendatangkan kesan negatif kepada peminjam.

Begitu jugalah, dengan wujudnya WTO, kemiskinan dan penindasan akan berterusan. Hal ini kerana WTO membentuk satu persaingan bebas dalam perdagangan. Sudah pasti, negara blok selatan yang masih merangkak tidak mampu mengejar, apatah lagi menyaingi negara-negara maju di blok utara. Justeru, inilah "penjajahan lama yang berwajah dan bernama baru.

.

Wednesday, October 5, 2011

futur.down.lemah.

tade words bley aku describe apa aku rasa.undefined..but reading all of these...i cant say it cure me..but it helps..a bit..here's the link:

DOWN
FUTUR