sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Monday, October 17, 2011

Globalisasi:wajah baru kolonialisme

Globalisasi merupakan gelombang dunia yang memberikan kesan kepada ekonomi negara kita yang mengamalkan ekonomi campuran dimana kerajaan memeberikan kebebasan ekonomi namun mengawalnya untuk kebajikan rakyat. Kesan daripada globalisasi boleh dinilai dari sudut positif dan negatif. Dalam apa-apa aspek setiap perubahan itu mempunyai pro dan kontra, kelebihan dan kekurangannya, begitu juga Globalisasi.
Globalisasi dilihat sebagai ancaman kepada sistem ekonomi tempatan. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, produktiviti tenaga kerja sangat diperlukan dalam menjana ekonomi negara.

Globalisasi ekonomi yang menular menyebabkan pertumbuhan syarikat multinasional yang semakin banyak bagai cendawan tumbuh sebelum hujan. Pergantungan kepada syarikat multinasional ini sebenarnya merencatkan perkembangan ekonomi tempatan. Dalam banyak hal, sebuah syarikat multinasional boleh memberikan produk yang lebih baik berbanding produk tempatan kerana keupayaan modalnya serta kecanggihan teknologinya. Kebergantungan pada produk syarikat multinasional menyebabkan rakyat negara ini menjadi bangsa pengguna dan bukan bangsa pencipta.

Produk yang dimiliki syarikat multinasional yang dimiliki oleh kapitalis bermodal besar dan mampu menjalankan kajian pasaran yang lebih baik berbanding syarikat tempatan yang baru mahu meningkat naik. Daya saing syarikat tempatan yang rendah menyebabkan produk mereka tidak mendapat tempat di hati pembeli sehingga menyebabkan syarikat tempatan ini terkubur. Terkuburnya syarikat atau produk tempatan menyebabkan rakyat dan negara hanya bergantung pada produk luar.

Globalisasi dapat dilihat sebagai satu penjajahan bentuk baru. Jika dahulu penjajahan dilakukan dalam bentuk penaklukan sesebuah negara bagi mengaut hasil bumi sesebuah negara yang menjanjikan pulangan ekonomi kini, sebuah negara dijajah lagi melalui globalisasi ekonomi. Pasaran bebas memberi peluang kepada syarikat multinasional yang kebanyakannya milik bekas penjajah yang memiliki modal yang besar melabur dalam sesebuah negara. Rakyat sesebuah negara diambil sebagai buruh dan kemudian produk yang dihasilkan turut dibeli oleh rakyat negara itu sendiri. Secara tersiratnya walaupun pelaburan ini memberikan pulangan ekonomi namun ia sebenarnya lebih memberikan keuntungan kepada golongan pemodal.

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi "Sesungguhnya globalisasi seperti yang dilihat hari ini, hanyalah untuk kebaikan golongan yang kuat terhadap yang lemah, untuk keuntungan yang kaya terhadap golongan miskin dan untuk manfaat blok utara yang kaya tehadap blok selatan yang miskin” Kenyataan tersebut jelas menunjukkan kesan negatif globalisasi. Dalam sistem globalisasi, negara yang kaya akan bertambah kaya, manakala yang miskin akan terus miskin.

Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Bank Dunia pula dilihat berperanan dalam mewujudkan jurang yang besar di antara negara blok utara dan blok selatan. Negara-negara dunia ketiga yang berada di blok selatan, ketika berhutang dengan Bank Dunia, akan dikenakan faedah dan syarat-syarat tertentu yang rata-ratanya akan mendatangkan kesan negatif kepada peminjam.

Begitu jugalah, dengan wujudnya WTO, kemiskinan dan penindasan akan berterusan. Hal ini kerana WTO membentuk satu persaingan bebas dalam perdagangan. Sudah pasti, negara blok selatan yang masih merangkak tidak mampu mengejar, apatah lagi menyaingi negara-negara maju di blok utara. Justeru, inilah "penjajahan lama yang berwajah dan bernama baru.

.

0 comments:

Post a Comment