sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Saturday, December 31, 2011

Last Rant 2011

Salam.
Hari ini,hari terakhir 2011…esok 2012 akan bagi salam kat kita semua.Aku nak buat rant terakhir aku untuk tahun 2011.Aku harap betul last sebab aku tamaw da rant benda-benda sedih.
2011 pada aku tahun yang hambar .Itu aku punya judgement bila masuk pertengahan tahun 2011 dan aku tak sangka akan diakhiri dengan kesedihan.Lumrah hidup.Ada pahit,ada manis.Ada datang,ada pergi.
2011 seolah-olah permulaan untuk aku kenal erti tanggungjawab.Tuhan tu adil…kalau terus terjelepuk dugaan ,tanggungjawab tu datang pada 2012 mungkin tak tertanggung pada aku yang masa tu akan hadap praktikal,internship,tesis…
Jujur cakap,kehilangan emak aku merupakan perkara yang dalam list sebagai tak tahu aku nak hadap.Dari dulu aku selalu doa mak ada dengan aku.Aku nak dia lihat aku Berjaya.Tapi aku Cuma doa,tuhan lebih tahu yang terbaik,untuk dia,untuk aku.
Bila sedih datang,aku selalu fikir mungkin ada baik mak pergi waktu itu sebab di kemudian aku tak tahu Aminah yang bagaimana aku akan jadi.Aku patut bersyukur sebab aku ada 21 tahun masa dengan dia.Dia tak dijemput waktu aku kecil-kecil,waktu kasih sayang ibu sangat diperlukan.
Arwah mak selalu berdoa masa aku kecil agar umurnya dipanjangkan supaya dia boleh jaga anak-anak dia.Arwah mak pernah cakap yang aku dah besar,dah bakal jadi guru..nothing worry her anymore dan nyata tuhan ambil dia saat dia dah rela…saat dia dah bagi kasih sayang yang cukup pada kami…Adil kan tuhan.Kita berdoa penuh harap..dia bagi.Alhamdulillah,mak pergi dengan mudah dan aku bersyukur,aku ada disisi emak menguruskan dia.Kegusaran aku tentang bagaimana kalau mak pergi dan waktu itu aku dipostingkan nun di sabah,Sarawak dah berakhir.Aku ada waktu dia pergi.Aku patut syukur kan?Itu pun dah patut buat aku syukur kan?
Aku patut syukur sebab mak pergi mudah.Mak selalu cakap dia tak mahu susahkan anak-anak.Dia tak mahu anak-anak berdosa sebab merungut bila jaga dia sakit kalau dia sakit kelak.Hati siapa tak pilu dengar macamtu kan?
Aku tutup 2011 dengan rasa pedih dan sedih yang mengisi segenap ruang hati.
Katalah apa kalian nak kata.Aku Cuma manusia biasa.
Melihat adik,abang meleleh air mata memang meruntun jiwa memaksa aku jadi beku takde rasa.Aku Cuma tahan air mata.Enggan jadi lemah agar dapat beri semangat pada mereka.
Aku tutup 2011 dengan rasa duka,rindu yang tak tertahan
Aku mahu buka 2012 dengan penuh rasa tanggungjawab.
Aku mahu buka dan akhiri tahun-tahun mendatang dengan jiwa penuh bukan kosong
Aku mahu buka dan akhiri hidup dengan penuh harap dan bersandar pada DIA
Aku mahu pinjam kata-kata arwah emak buat kuat semangat
Sandar pada kayu,kayu reput
Sandar pada manusia,manusia lari
Sandarlah pada Tuhan,DIA kekal abadi.

Monday, December 26, 2011

Sang Pemimpi Melayu

Sungguh waktu ini,aku tidak boleh menyusun apa yang dalam fikiran dalam bentuk kata-kata yang bertulis. puas sudah aku memaksa.Tapi idea bukan perkara yang boleh dipaksa-paksa. Aku tidak boleh berfikir waktu ini. Sudahlah beralasan Kamil.Edward De Bono kata,berfikir itu satu teknik. Benda yang boleh diasah, Benda yang boleh keluar kalau kena cara. Tidak tahu malu betul. Alasan orang malas senang sangat nak dipatahkan sebenarnya.
Kurang ajar…

Aku selalu ada 2 orang dalam diri aku. Pertama si pesimis.Ya, dia yang beralasan tadi. Ya,seorang lagi Si positif yang menghentam aku dengan hujah Pakcik Edward. Kalau boleh, aku mahu menghalau mereka dari dalam kepala aku bila mereka mula bertengkar. Semak kepala aku dengan mereka.Tapi selalunya si pesimis menang dalam banyak perkara sebab dalam banyak hal aku lebih suka diam tidak buat apa-apa. Pemalas.

Sekarang aku perlu menyiapkan satu tugasan yang diberikan oleh pensyarahku. Ya,seperti kalian..aku juga pelajar. Oh,kamu bukan pelajar? Maaf, maaf..golongan sasarku pelajar tapi tidak mengapa bacaan ini untuk bacaan umum.Jangan risau..tulisan aku ini tidak mengandungi adegan seks terlampau mahupun sensasi taraf rendah macam filem-filem hantu mahupun bonceng Melayu.


Berbalik pada cerita aku dan tugasan. Aku perlu menyiapkan tugasan berkaitan tamadun Melayu. Maka pada saat deadline sudah tinggal beberapa hari tentulah aku perlu segera menyiapkannya. Budaya kerja yang sangat dibanggakan oleh pelajar : Menyiapkan tugasan di minit akhir. Bagi menjustifikasikan budaya itu, senang sekali kami memetik pepatah Inggeris “Pressure made diamond” yang jika diterjemah secara terus bermakna “Tekanan menghasilkan permata.” Permata? Sampah lebih tepatnya.
Di bawah tajuk tamadun melayu,kami diberi kebebasan untuk menulis apa sahaja tentang tamadun melayu asalkan ianya mencakupi proforma subjek. Aku sudah puas memerah otak.Selama ini aku selalu kelihatan seperti pembela Melayu. Malah dalam tulisan merapuku di blog peribadi senang sekali aku bercakap soal melayu kerana dalam diri aku masih terselit rasa cinta pada bangsa ini. Aku juga kadang-kadang terdengar berkhutbah soal melayu di hadapan rakan-rakan yang terlalu mengagungkan tamadun eropah dan segala produk tajaannya.

Aku ingin sekali menulis sesuatu yang sangat menarik yang mencetuskan semangat dan membuka mata si mulut besar yang tersembur-sembur air liurnya berbahasa Inggeris. Ingin aku campakkan tulisan ini pada suara sengau yang sibuk berdendang lagu rap. Mahu aku tepuk-tepuk muka pesek yang dengan sangat kurang ajar menukar baju kurung dengan potongan-potongan pelik atas nama fesyen. Tinggi dan berkobar-kobar semangatku bukan? Tapi….pada saat ini,perasaan yang aku rasa ialah…..zzzzzzzzzzzzzzz…….




Hampir-hampir aku tergelincir apabila aku membuka mata.
“What the…” perkataan hell terjerit dalam hati apabila yang terbentang di hadapan mataku sebatang sungai yang lebar. Aku berada di tebing sebuah sungai yang sungguh tidak ku tahu lokasinya. Otak mencerna..mana aku berada…
Belum sempat aku berfikir lebih jauh, aku sudah mendengar keriuhan datang dari tebing sebelah. Kedengaran suara orang riuh. Aku melihat api tanpa jelas apa di seberang sana. Aku meraba-raba muka. Padan la…Cermin mata tidak ku pakai. Aku masih lagi pelik dan aneh.Di mana aku berada. Semua yang aku nampak hanya samar-samar berkabus.
Aku berjalan
Berjalan
Dan berjalan
Jalan lagi..
Aneh,entah jambatan mana aku lintas, sedar-sedar aku berada dalam kumpulan yang hingar bingar mengangkat jamung. Aneh,sungguh aneh pakaian mereka.hanya bersarung sahaja.Apa masalah orang-orang ni? Takkan berperhimpunan halal pula malam-malam buta ni membantah kenaikan harga kain? Tepi sungai? Aku tidak boleh meletakkan satu logik atau justifikasi untuk tindakan manusia-manusia pelik yang semuanya berwajah melayu yang sangat melayu.



“Makcik!” Aku menjerit kepada seorang makcik yang terlihat dalam keriuhan ini. Makcik itu cuma menoleh, tersenyum. Kain kelubung dibetulkannya. Masalah betul makcik ni. Apa pula berkelubung batik. Ini dah macam filem lama-lama. Aku menjerit lagi meminta agar makcik itu datang kepadaku. Aku mahu tahu dimana aku.
Gagal..
Suaraku tenggelam dalam sorak menyebut bunuh.Ya, dari tadi aku hanya mendengar perkataan BUNUH. Ya,satu lagi yang terdengar di telingaku perkataan PENJAJAH.
“Woi, negara kita mana pernah kena jajah, kan professor pun cakap macam tu!” Aku cuba berteriak kepada kumpulan yang hingar bingar itu. Ya sarkastik bukan kedengarannya bila mengatakan kita tidak pernah dijajah? Aku menyapa pakcik yang memegang tombak.
………………..
Ah,parah…suaraku tersekat di kerongkong.sebutir perkataan pun tidak terkeluar.
Aku dah bisu?
Pakcik kita nak pergi mana?
Kita kat mana?
Apa pakcik buat ni?
Lagi….suaraku tersekat di kerongkong.Aku cuba menjerit. Aku tak bisu!!!!!! tak mungkin aku sudah bisu.
Arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!


Kerongkong perit. Sungguh.mata kubuka..perlahan..
Betul-betul ada manusia sedang menghadap aku.
“woi, aku belum mati la korang nak buat talkin!” Aku bingkas bangun. Tapi aneh. Aneh sungguh. Mereka seolah-olah tidak melihat aku.mereka khusyuk berbincang. Seolah-olah membincangkan isu yang sangat serius
“Orang putih itu harus kita bunuh!”
“Benar”
“Semenjak kedatangannya kuasa kita memungut cukai sudah hilang”
“Betul…pandai-pandai pula mengharamkan kita menyimpan hamba”
“Hamba itu tanda kita orang besar.”
“Kuasa beta semakin tergugat.nasihat itu nasihat ini..bertentang betul dengan adat kebiasaan beta.”
Aku memandang muka mereka satu persatu. Rahang bagai mahu jatuh.
Tak mungkin!
Jangan cakap aku berada dalam mesyuarat merancang pembunuhan J.W.W Birch
Gila..
Aku mimpi kan? Aku tepuk-tepuk muka dan…
Makcik tu!

Makcik yang turut berada dalam kelompok orang yang kalau kata moden sekarang berdemonstrasi. Bezanya demonstrasi mereka, demonstrasi sungaian
“Makcik!”
Aku jerit lagi. Aku pasti makcik itu tahu apa yang sedang terjadi.aku langgar orang yang sedang berbincang dan..wutt…seperti angin…aku langsung dapat melalui badan mereka. Aku halimunan? atau…
Ya Allah,jangan cakap aku dah mati
Ya Allah,aku belum bertaubat
Ya Allah,aku belum minta ampun pada Ibu.
Aku serasa air mata meleleh membahasi wajahku. Aku berteriak penuh penyesalan
Allah, Allah, Allah…
“Nak…” lembut satu suara memanggilku
Makcik tadi! Refleks aku mengangkat wajah. Aku yang sudah tersemban di atas tanah tebing sungai berdiri.
“Makcik nampak saya?” aku bertanya dengan wajah keruh.
Angguk
“Makcik…saya tak mati lagi kan? Saya kat mana?” Aku menyoal bertubi-tubi
Senyum

Dia mengusap ubun kepalaku tiba-tiba. Lembut. Selembut belaian ibu. Diraih tanganku meminta aku berdiri dan aku bagai dipukau,mengikut wanita itu.


Ketika aku tiba di tebing sungai yang entah di mana, aku mendengar kecoh-kecoh lagi. Dunia apa yang aku masuk ini? mengapa kecoh-kecoh dari tadi?
“J.W.W. Birch sudah mati!”
Aku tersentap.J.W.W Birch residen Perak .Bermakna aku di Perak? Aku di tebing sungai Perak
“Nak…kau nak lihat sebuah sejarah bukan? ini sejarah” Lembut wanita itu bersuara
“Nak,kau lihat bukan bagaiamana mereka berbincang mahu membunuh residen itu?”
Angguk
“Nak…kau dengar menagapa mereka mahu membunuhnya?”Tanya wanita itu lagi
Angguk
“Nak…itulah bangsa melayu dulu nak..” wanita itu mula membuka bicara dan tidak lagi mengajukan soalan.Aku hanya duduk termangu. Cuba menerima hakikat sejarah bangsaku.
“Nak…kau lihat marahnya mereka soal kutipan cukai?”
Angguk
“Nak..tahu tak kau mereka sama sahaja dengan penjajah?”
Aku pandang wajah wanita itu,penuh pertanyaan
“Maksud makcik?”
“Nak, mereka mengutip cukai kepada penduduk tempatan bukan untuk diagih pada rakyat..tapi untuk kegunaan mereka sendiri”
Aku bagai tak percaya. Tipu!!! Aku jerit dalam hati. Tak mungkin seteruk itu bangsaku. Tak, minda Kolonial sudah meracuni pemikiran makcik ini. Makcik ini tentu tali barut British
“Tipu!”
“Makcik tipu,sejarah yang makcik beritahu ini tipu bukan? Sengaja makcik karang bukan? Ini semua agenda british kan makcik? Mereka selidik,kaji minda orang melayu,mereka putar belitkannya, Mereka gelapkan fakta yang benar dan menggantikannya dengan sejarah yang busuk supaya moral bangsa kita jatuh. biar kita tak mampu nak angkat muka pada mata dunia. Betul kan makcik???”Suaraku naik walaupun aku tak diajar untuk kurang ajar dengan orang tua.”
“Sungguh makcik tak tipu nak…”
…………………………..
“Nak,kalau dulu…mungkin kita punya sejarah yang gemilang. Tapi nak, waktu itu makcik sendiri tidak lahir untuk menjadi saksi sebuah sejarah”
“Ha, makcik pun tak tahu. Makcik,kita punya tamadun yang hebat makcik .Itu fakta yang disembunyikan barat” Aku membalas.
Makcik ini perlu aku sekolahkan. Pantang sungguh aku orang yang merendah-rendahkan martabat melayu.
“Tapi nak…kau pun tidak lahir lagi untuk membuktikan kesahihannya” Balas makcik itu
“Memang la saya tak lahir lagi,tapi saya sedang mengkaji tentang kehebatan tamadun melayu kita makcik. Saya akan buktikan” Aku bersemangat membidas.
“Nak, setakat ini..satu perkataan pun tak kau tulis lagi. Yang kulihat,kau cuma tidur”
Eh makcik ni..
“Saya nak buat la ni makcik..”
“Nak, sikap macam kau inilah yang merugikan bangsa kau”
“Kenapa pula? Apa masalah dengan sikap saya?” Tanpa perlu menunggu aku terus melawan dengan suara bernada tinggi. Sungguh kurang ajar. Malu ibu kalau dia melihat pertengkaran ini. Seolah-olah dia tidak tahu mengajar pula.
“Nak, sikap kau sama sahaja dengan pembesar-pembesar itu..”
“Kau marah bila orang menegur kebiasaan buruk kau, etika kerja kau”
Aku diam. Sedar. aku punya etika kerja yang sangat buruk dan jika aku keluar berkhidmat di jabatan awam aku akan menjadi seorang petugas yang sangat tidak produktif yang mungkin menghabiskan masa berbahas soal politik, keengganan terhadap dasar.
“Nak, sejarah…prestasi masa lalu bukan ukuran untuk kejayaan hari ini. Mungkin satu masa dulu bangsa ini gah..mungkin benar pernah melakar sejarah gemilang. Tapi nak,itu tak bermakna apa-apa kalau kau tak ambil satu yang baik dari itu”
Aku bungkam. Betul. Prestasi lalu bukan ukuran kejayaan.
“Nak, kau lihat korupnya pemimpin bangsamu…bukankah kau belajar dan tahu…apabila seorang pemimpin mula menzalimi pengikutnya dan apabila pengikut terlalu mengagungkan pemimpinnya yang menunggu bangsa itu cuma kehancuran”
“Nak…kau selusur kembali sejarah nak…kau sedarkan diri kau dan orang….lihat mengapa kita dijajah dan bukan berbahas soal sejarah lampau, soal pejuang kepada bangsa ini….lihat mengapa kau roboh..kemudian berusahalah untuk tidak mengikut jejak yang terdahulu” Lembut wanita itu berkata. Meresap terus dalam hati.
“Nak,kau pernah mendengar tentang umat-umat yang dilenyapkan? kaum nabi Nuh,Luth?”
Aku angguk
“Nak, kau baca Al-quran bukan? Disebut berulang-ulang bagaimana kaum ini hancur,hilang di muka bumi. Cuma tinggal nama. Nak, bangsamu akan hilang…aku pasti kalau kemungkaran terus berlaku…kau lihat, bukankah robohnya sistem beraja.. masuknya residen itu kerana kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan pembesar dan rakyat itu sendiri?”
Aku angguk lagi. Benar. Logik.
“Nak, aku lihat kamu masing-masing sibuk berjuang soal raja, soal bahasa, soal keistimewaan sedang tuhan menyebut bukan nak, dijadikan kita berbilang bangsa untuk saling mengenal.. bukan untuk kau bertelagah… Kau sibuk nak berkhutbah soal kuman-kuman tapi isu umat kau tak selesai-selesai.”
Menikam kata-kata itu. Ya, aku suka berdebat soal itu dengan rakan-rakan sehingga aku sering dicop orang yang suka menentang. Aku baru sedar,aku menentang kerana aku suka beralasan, Dari bercakap soal masa lalu bukankah aku perlu memandang ke depan dan berusaha membaiki diri?
“Nak..tak banyak kau perlu bangga soal bangsa kau. Kau banggalah kau punya contoh yang sudah cukup baik. Banggalah kau sudah menjadi umat pada Muhammad.”
Betul
“Nak…kalau kau pulang nanti. .menulislah… Tulislah dan sampaikan kalimah tuhanmu walaupun sepotong. Nak sedarkan bangsamu,itu lebih baik.”
Aku angguk lagi. Serasa mahu kupeluk wanita itu untuk meluahkan rasa terima kasih atas perbualan dengannya yang membuka minda. Tapi, logik,pertanyaan tiba-tiba terjelma. Aku cuba mencari mengapa aku disini. Mengapa disajikan pemandangan aneh sebegini
“makcik…bagaimana saya boleh sampai ke sini?”Aku menyoal
“Nak.. kau tahu bukan tentang israk mikraj?”
Oh, tidak! MasyaAllah…jangan cakap aku kembali ke dimensi ruang dan waktu. Wajahku penuh takjub
“Kau tahu bukan? tapi situasi kau berbeza nak..”
“Kenapa?” Pantas aku menyoal
“Kau mati nak”
Mataku terbeliak tidak percaya.hatiku merintih tidak percaya
“Sabar nak…kau mati untuk sementara…sebentar lagi kau akan terjaga..kau akan pulang pada jasadmu..kau cuma tidur..”
Ya Allah.. Alhamdulillah..aku menghela nafas lega.
“Nak,aku mahu berpesan…pesan terakhir..”
“Apa makcik?”
“Kau mendekat padaku” arahnya
Aku mendekat
“Allahuakbar!”
Lafaz takbir kedengaran. Aku tersentak. Ku angkat muka. Tiada lagi warna kelabu kusam. Gelap pekat malam. Yang kulihat cahaya. Ya putih cahaya lampu menyinari meja belajarku. Kepala beralas buku “Perihal Melayu” dan kudengar lagi takbir. Azlan rakan sebilikku sedang solat. Ku telek jam di tangan. Dia qiamulail.

Aku bermimpi. Dibawa ke zaman penjajahan British di Perak. Kita pernah dijajah.Itu fakta. Aku sedang menaip. Menulis tentang Faktor Kejatuhan Tamadun Melayu dan resolusinya.
Makcik itu? Entah…aku tak pasti siapa dia. Setiap sebelum tidur aku berdoa agar bertemu dia kembali. Tapi hampa. Pesanku agar kalian jangan tidur semasa menyiapkan tugasan. Aku risau kalau-kalau makcik itu muncul dalam mimpi dan menyekolahkan kalian yang bebal.

P/S:Cerpen ini ditulis untuk latihan semasa Bengkel Penulis Cerpen bersama kak Salina Ibrahim.Adapun,cerpen budak baru belajar dan tak pandai berbahasa sebegini mohon dikomen untuk penambahbaikkan.

SONGSANG

Aku bangun pagi itu lihat kelangkang.Sah aku lelaki.Setiap hari itu aku pastikan.Aku lahir sebagai lelaki dan sampai bila-bila,itulah aku.Tapi sudah bertahun aku tak lakukan rutin itu.Barangkali aku cuba melupakan yang aku ini lelaki.ya,bertahun atau kalau aku kecilkan skopnya,semenjak 6 tahun yang lalu.malam tadi aku mimpi ngeri,sebab itu aku bangun melihat disitu.Apa ku mimpi?Aku mimpi beribu-ribu wajah melayu.Ya,melayu.Yang hidungnya pesek,kulitnya sawo matang,rambut kerinting mengejar aku yang juga pesek hidung,sawo matang kulitnya ini.Aku direntap kasar dan dengan salah seorang dari mereka memotong anu ku.Ngeri bukan?Bajuku lencun dek peluh.Takut!Minta simpang itu berlaku.Takutnya!!!Rancangan aku untuk pulang ke tanah Malaya itu perlu kulupakan.Bagaimana kalau itu peringatan untuk aku oleh anak-anak bumi itu?Argh…

“Sufia” Lembut bunyinya,Tapi aku suka betul diseru begitu.Aku berpaling.Senyum manis macam gula.Itu dia cinta hatiku.Steve Jobs.Erm,bukan pencetus revolusi I-phone itu.Ini Steve jobs yang sekarang sedang “jobless”.Biarlah jobless,jobless pon.Hati sudah sayang kan.Kenapa ya aku suka steve?Mungkin sebab Steve tu putih,bukan macam orang-orang kat Malaya yang sawo matang.Steve tu lemah lembut bukan macam orang melayu yang kata saja berbudi bahasa tapi kasar betul bahasa dan laku.Menyampah tahu!Steve tu…macam mana ya nak dikhabar.Ah,susahla mahu cerita.Cinta tu tak perlu sebab bukan?Bukankah cinta itu soal emosi bukan tentang rasional.
Tapi Amar,sebab cinta itu soal emosikah kau lupa pertimbang rasional?Moral?Ada kau lihat segi moral sekurang-kurangnya kalau kau tak mahu sudah merujuk pada agama?
Benci betul aku!Asal aku sendiri,sendiri ada saja dia yang berlagak baik itu mahu berkhutbah tepi telinga ini mengganggu fikiranku.
Sebetulnya aku tak tahu mahu bermula dari mana.Bagaimana aku ini boleh pula jatuh cinta pada Steve.Boleh pula berselera luar tabiee ini.Ah,kalau aku cerita,ini bikin rebut.Ribut sebab tulisan ini silap-silap diklasifikasi sebagai 18SX pula nanti.Ah,bagaimana ya…janji tahu biar tulisanku ini kekal subversif sahaja.Ini bukan tulisan muluk-muluk bahasanya.Tulisan ini ada carut marut,maki-maki.Aku takut juga tulisan ini diketahui nama-nama orang dan organisasi yang terlibat.Janji ya,ini antara kita.

“Sufia” Panggil seorang lelaki remaja dengan lembut.Aku berpaling.Buat muka masam mencuka.Kurang ajar sungguh lelaki itu.Aku Amar Sufia.Ya,terima kasih pendaftar sijil kelahiranku kerana tidak meletakkan huruf N pada perkatan Sufian.Maka kekal aku sebagai Sufia .Amar Sufia.
“Sufia,abang kal panggil engkau kat bilik dia” Si lelaki remaja berkata dengan senyum yang mahu pecah kepada tawa.Aku buat tak endah.
“Sufia,kalau Kal panggil maknanya kau kena dengar.Dia senior besar kat sini.Jangan nak buat besar kepala” Nada lelaki itu berbau amaran.
Argh,tertekan betul aku duduk di asrama ini.Senioriti sangat menggila di sini.Jangan harap junior-junior dapat lepas dari ragging.Aku sebetulnya sungguh tidak tahan tapi setiap kali aku menelefon emak mudah menjawab
”biasa la tu…kuat la semangat sikit amar”
Kata-kata pujukan itu langsung tidak enak kedengaran di telingaku.Ia lebih kepada kata-kata supaya emak tak mahu malu anaknya keluar dari asrama berprestij.mesti annti orang ingat aku tak dapat gred yang baik.Takut persaingan.Aku tak heran langsung soal itu.Soal gred tak beri kudis pada aku tapi ini soal senior-senior gila.

“Sufia….” Senior bernama Haikal panggil nama aku lembut.Geli geleman meremang bulu romaku.
“Sufian bang sebenarnya.” Aku cuba membetulkan
“Eh,IC tulis Sufia je..” Haikal menyambung kata-katanya dengan gelak tertahan.
Celaka
“Comel sangat…Su fia……..” Diseru nama itu. Mukaku sudah berubah warna merah,biru,hijau.Marah,malu,geram,geli bercampur.Sial punya senior.Sial punya pendaftar nama.Sial!!!!!
“Sufia…nama dah comel..muka pun jambu sangat” Haikal berkata lagi memandang mukaku.Mahu saja kuludah kala itu.
Aku akui mukaku jambu.Jambu tu kata orang melayu untuk muka lembut,baik,manis macam perempuan.Ah,sudahlah nama jadi Sufia begitu,muka pula macam Sufia .Masa aku menengah rendah,adik kawanku sering berkirim salam padaku tanpa malu-malu.Tanpa segan juga katanya terus terang mukaku macam pelakon korea yang entah apa namanya aku tak ingat.Ish,geli la mukaku disamakan dengan wajah hero metroseksual korea.Kalau kata mukaku macam Christian Bale mahu la aku terima.
“Kau jadi adik-adik aku” Haikal meminta. Dahiku berkerut.Aku tak tahu sebenarnya istilah itu.
“Aku bagi kau full protection”
Bila menyebut full protection aku tentu sekali waktu itu berfikir tentang perlindungan dari dibuli oleh senior-senior lain.Aku masak dibantai senior gila yang kadang-kadang mengamuk tak fasal-fasal atas benda kecil macam ambil tempat mandi.Muka aku pernah dibobok dalam mangkuk tandas atas sebab macam itu.Kena tendang terajang pun pernah sebab aku tak mahu basuh baju senior.Hormat tu bukan benda boleh dipaksa-paksa.Orang nak hormat kena la belajar hormat orang kan?
Sesungguhnya aku tidak menyangka setuju itu permulaan untuk hidup songsang aku.

Sekali itu aku rasa benci dan menyesal.mahu mengadu tapi penakut.Kecut.
Tapi kalau berkali-kali benda itu sudah jadi biasa,tiba-tiba suka.
Itu dosa.Mula-mula kesal.Bila tak bertaubat dan buat lagi jadi biasa dan bila dah biasa diri malah suka pada yang namanya dosa tu kan?Perlukah aku salahkan senior celaka kalau aku suka?perlukah aku salahkan guru tak buat kerja kalau aku tak mahu buka mulut cerita?Perlukan aku salahkan sekolah asrama peraturan entah apa-apa sedang aku tak mahu bangkit mempersoal segala?Perlukah aku salahkan pendaftar nama yang tak reti mengeja?Perlukah aku doakan senior celaka mati berdaki-daki dalam neraka?Atau aku sendiri sepatutnya bertaubat sebelum dicampak tanpa dakwa?

Katalah aku mereka-reka tapi kalau tak sungguh aku tak kata.Ini bukan penyedap cerita.Sebab ada aku bercerita soal sisi gelap duduk asrama ini.Ah, tak perlu tunggu asrama lelaki saja.Asrama biasa pun lebih kurang sama.Dalam diri manusia tu kana da sisi binatang.Tak perlu tunggu sesama bangsa saja mahu mengikut nafsu.Kalau akal letak di lutut.Nafsu tukar di kepala,inilah sudahnya.

Tuhan akan menjadikan perbuatan orang yang berdosa tu indah.Dan betul aku rasa indah betul.Terbawa-bawa pula sampai aku keluar dari asrama puaka itu.Sampai aku ke luar negara.Di sana bebas sungguh.Tak perlu susah-susah mahu buat perhimpunan seksualiti merdeka.Ah,aku puji betul pengerusinya S Ambiga yang juga anjurkan BERSIH dekat tanah Malaya.Baru la terbuka sikit minda orang melayu tu.Ortodok sangat.Mentaliti hamba.Tak berjiwa merdeka.Terkurung sungguh.Tak belajar tentang kebebasan bersuara ke? Soal Seksualiti memang perlu dibangkitkan dekat Malaysia.Ortodok betul la.Ingat bumi Malaysia ni kena terbalik ke kalau buat macam tu.Ingat kena gempa bumi ke?Tak belajar Geografi ke Malaysia tu luar lingkaran Api pasifik.Selamat tahu.jadi wajib rakyat Malaysia bersyukur.

Amar,kau lupa ke kau bercakap soal apa?Soal tuhan jangan main-main.kau fikir setiap kata-kata dikira.Mar,jangan ingat kau tak dihukum sebab kau disayang atau tuhan tu tiada kuasa.Kalau DIA kata Kun Fayakun,bumi takde air pun tiba-tiba boleh bah dan kau hanyut dibawa air datang entah dari mana.Jangan bongkak Amar.
Tengok,dia datang berkutbah lagi.Apa kata kau masuk Imam Muda dari berceramah pada aku.Biar orang yang mahu menonton Oasis dan AL-Hijrah yang dengar khutbah kau.Aku dan mereka-mereka yang lain boleh tukar siaran pada MTV,FOX,HBO,PORNSTARMOVIE Eh,ada ke siaran PORNSTARMOVIE?

Aku temu Steve saat aku kesempitan wang.Bagaimana mahu aku katakan ya?Duduk di luar negara itu bukan murah-murah biayanya.Tambah pula aku sudah pandai mahu berjangok.Aku pun dah jadi macam hero metroseksual yang jaga soal penampilan.Aku pun pandai merangkak satu pub ke satu pub.Ah,susah la bila bercakap pasal pub dekat orang Melayu,masing-masing dah mula berbisik-bisik mengumpat.Macam aku tak tahu duit pelaburan dekat Malaysia pun banyak dari hasil arak,pub-pub.Jadi kau yang bisik-bisik tu tolong tutup mulut kau yang makan duit haram.Siapa kata kau tak tahu,bukan kerja kau.Kerja pemimpin Melayu kau.Dah tahu tu apa lagi,perlukah kau simpan pemimpin yang sumbat duit macam tu kat mulut kau?
Aku serumah dengan Steve.Aku dan dia sudah macam laki bini. Dia menaja hidup aku.Tapi akhir-akhir ini dia mula bermasalah kesihatan dan dia akhirnya dibuang kerana masalah disiplin.Mungkin dia yang Americano tu terpengaruh dengan etika kerja buruk Malaysian macam aku.Lah,betul la..bukan kata orang etika kerja orang Melayu ni huduh kah?Aku yang masih menuntut disini terpaksa pula meminjam untuk membiayai hidup.Sudahnya sekarang aku berhutang pula.Pengajianku terpaksa pula ku tangguh selama satu semester.Steve akhir-akhir ini makin teruk pula sakitnya.Aku tak tahu dia sakit apa.Dia tak mahu bercerita.Dia malah sudah pandai angkat tangan pada aku.Tapi maaflah aku nak biar.Dia jantan,aku pun jantan.Kau beri penumbuk,aku balas penumbuk.Tiba-tiba aku pandai rasional dalam bab ini kan?Ye lah,aku kan lelaki..bukan macam perempuan,kalau dah sayang.Sepak terajang jadi makanan pun didiamkan.

Baru-baru ini aku didatangi surat dari bank yang menuntut aku membayar duit yang kupinjam.Sungguh serabut hidup aku.Duit tiada,berhutang pula.Steve sakit.Entahlah desakan hidup macam ni buat aku terfikir mahu guna asset yang ada untuk mudahkan cerita.Aset apa yang aku ada kalau bukan diri aku sendiri.Tanpa pertimbangan aku lakukan kerja yang banyak dilakukan perempuan.Siapa kata hanya perempuan yang bodoh mengeksploitasi diri sendiri.Orang celaru macam aku ramai yang buat kerja melacur ni.Duit aku dapat.Puas pun dapat.Tambah pula Steve tu apa pun tak boleh sekarang.
Tapi entah bagaimana ada pula pelanggan bebal yang gila merakam video,merakam aksi luar tabiee begitu.Walaupun aku nampak gelap sikit dalam video itu,aku tahu itu aku.Aku kan Melayu tulen,mana datangnya putih susu pula.Video lucahku dengan pelanggan yang tersebar di Youtube bukan sahaja buat namaku popular.Malah nama melayu dan Malaysia mula jadi carian utama di Google.Kau ingat aku bangga?Besar celaka kalau sampai ke pengetahuan keluarga.Dan betul besar celakanya bila perkara ini tersebar.Sial betul siapa yang memuat naik video itu. Lagi sial siapa yang lapor video itu, Sial juga kuhadiahkan buat budak-budak Malaysia kaki tonton video lucah di Youtube,Sial pada JPA yang menarik biasiswaku.Semuanya bala belaka.
Bala datang bertimpa-timpa.Aku dicari kedutaan.Aku dipaksa buat kenyataan.Ah,orang Melayu suka betul besar-besarkan isu.Itu,ramai lagi yang bunting buang anak dalam sungai tak mahu pula dikisah,aku yang seorang ni juga dicari-cari.Aku lagi bingung soal bayaran pinjaman.Kemudian ditambah pula soal satu negara menjatuhkan hukuman pada aku.
Satu negara menghukum tak sama dengan hukuman DIA.
Aku tahu
Balik pada pangkal
Aku dah sesat
Mula dari mula
Aku tak jumpa titik mula juga
Aku macam dalam labyrinth
Hidup memang macam labyrinth.setiap masalah ada jalan keluar.
Apa jalan keluar yang aku ada.
Aku Amar Sufia.Hidupku songsang.Celaru.Kawan,kau tahu apa penyelesaian?


P/S:Ini sekadar cuba-cuba.Maaf kalau tak konvensional tulisannya.

Friday, December 23, 2011

Kegilaan yang Bermusim VOL 1

Ha,biasa tak berlaku pada kalian?Kegilaan terhadap satu benda tapi ianya bermusim.Habis season,habis la kegilaan itu.Aku,ya aku ni ada kegilaan yang bermusim.Baik disini aku nak kongsi kegilaan yang pernah aku gila (ayat apa ni)

1.Komik

Baik,masa aku muda-muda dulu (skolah menengah).Aku suka gila dengan komik,manga dan anime.Malah email yang aku guna sampai la ni ialah pink_rukia.Ya,Rukia yang bawah ini.

Masa aku sekolah aku gile Bleach. Cerita pasal komik,dulu aku suka sangat beli majalah utopia sebab nak baca komik yang Ben tulis selain mahukan lirik lagu omputih dan poster band-band yang cool seperti GreenDay contohnya.(Dulu la).Aku juga akan beli komik gempak starz dan melukih.Ya,melukih.

Masa sekolah dulu komik cam Innocent,naïve,Pisces,Le Gardenie sangat aku suka.Aku pun boleh la melukis sikit-sikit dan buku nota sains aku(belakang dia kosong) akan aku penuhkan dengan sketch watak-watak yang Ben cipta.Aku gak pernah buat satu komik sendiri bertajuk “Colour High School”.Jap,bia aku gelak jap.HAHAHAHA.Aku buat sebab gila kat Le Gardenie dan terpengaruh dengan cite omputih Drives Me Crazy dan Mean Girls.

Citenya pasal budak-budak form 4 dan form 5 di sebuah sekolah teknik yang dengan ragam masing-masing.Untuk pengetahuan nama-nama watak menggunakan nama warna yang ada.Watak utama ialah sepasang kembar berlainan identity iaitu Hazel yang lemah lembut dan Coco yang boyish.

Sayang aku tak dapat tunjuk sketch tu sebab da hilang.Maybe aku terbuang masa baru nak buat rumah last year.
Pastu watak jahat ada 3 orang girl(sangat terpengaruh dengan mean girls ).Nama dia Pink,Magenta dan Red

Watak lelaki pula geng dengan si Coco iaitu Orange,Black,Blue dan Silver.Ada satu lagi puak atau geng jahat yang dianggotai oleh Maroon,Mocha,yellow.
Sekolah ni ada beberapa aliran iaitu mechanical,electric,electronic,civil dan computer.

Kira budak-budak geng 1 selalu gado ngan geng 2 dengan menggunakan kepakaran dorang.Sebagai contoh Coco budak civil dia set piping sekolah untuk kenakan geng gedik pompuan.Pastu bila gaduh antara lelaki dorang main ar dengan electronic device yang dorang reka.HAHA.Masa tu otak kartun betul aku cakap.Siap sketch ar peristiwa geng jahat punya computer kat lab kena hack.Benda tu kerja budak kelas computer.

Sayang betul la ingat balik benda tu hilang.Sayang sebab kegilaan tu sementara.Aku dah lama betul tak pegang pensil melukis.Lama betul aku tak beli komik.Lama betul aku tak tengok anime.Kegilaan yang sementara.


P/S:Nanti kalau aku sketch balik,aku upload ye…Tapi gambar watak je la…taka da keazaman nak sketch sampai whole story macam dulu.

Wednesday, December 21, 2011

22 Hari lahir

Bwekkkkkkk
Nak muntah hijau pun muntah hijau la kalian sebab terpaksa baca rant benda yang lebey kurang sama je.jap,aku tak paksa.kalau rasa tak suka,sila la pergi dari laman ini.

Aku nak luah rasa.pedulik.ini territory aku.suka hati aku nak cakap soal peribadi pun.kau duduk senyap ye.ya,kamu yang dah terdetik dalam hati:cerita peribadi tak payah la nak bagi semua orang tahu.

Hurm…(mengeluh berat)
Semenjak 100 hari mak aku pergi.Aku kerap betul menangis.Aku nangis sorang-sorang dalam gelap.Aku terlalu rindu pada dia.undefined.takde definisi untuk rasa itu.sebak.sayu.sedih.pilu.rindu.semua kosa kata tentang rasa mendung dalam hati datang tiba-tiba(walaupun aku tak tahu nak bezakan perasaan itu yang mana satu)
Aku jenis tak suka cerita hal-hal deep dengan adik beradik aku dan ayah aku.Aku selalu jadi pendengar untuk dorang.Pendengar aku ialah mak aku.Dia yang paling setia dan aku percaya.Dia sahaja yang tak judgemental.Ada la sorang yang aku baik.outsider.ada aku bercerita.tapi bukan semua.

Dan bila aku berdepan dengan banyak benda.aku jadi sayu tiba-tiba sebab tak ada dia mahu bagi pandangan.takde dia untuk aku mintak pendapat.takde dia untuk beri kata putus.saat itu aku cuma mampu berhujan air mata.
Semalam genap aku 22 tahun.21 tahun 8 bulan dia besarkan aku dengan didikan dia.Dengan nasihat-nasihat dia.Aku selalu cakap kat dia bila aku minta maaf lepas membantah cakap dia:mak,memang orang bantah cakap mak,mak rasa ninah kurang ajar.tapi bila ninah belakang mak,ninah tak buat benda yang mak larang.
Memang…dia dah takde tapi setiap kata-kata dia macam terngiang-ngiang dekat telinga.Apa dia tak bagi,apa dia pesan.apa dia suruh pertahankan.
tapi aku takut sangat aku tak kuat bla dia dah tade.Aku tahu tuhan ada untuk pelihara aku.Tapi aku manusia yang suka sangat bergantung pada perkara external untuk menjalani hidup kan?

Kawan,mohon doakan aku kuat,tabah untuk menghadapi ujian hidup.Kawan doakan aku kuat pertahankan prinsip aku.Kawan mohon doakan aku tak tersasar dalam perjalanan.Kawan,doakan aku istiqamah dalam mentaati DIA.Kawan,mohon doakan ibu aku yang tersayang aman dan bahagia dekat sana.Mohon doakan kami dapat bertemu di Syurga.Boleh?Itu hadiah hari lahir paling aku hargai..