sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Monday, December 26, 2011

SONGSANG

Aku bangun pagi itu lihat kelangkang.Sah aku lelaki.Setiap hari itu aku pastikan.Aku lahir sebagai lelaki dan sampai bila-bila,itulah aku.Tapi sudah bertahun aku tak lakukan rutin itu.Barangkali aku cuba melupakan yang aku ini lelaki.ya,bertahun atau kalau aku kecilkan skopnya,semenjak 6 tahun yang lalu.malam tadi aku mimpi ngeri,sebab itu aku bangun melihat disitu.Apa ku mimpi?Aku mimpi beribu-ribu wajah melayu.Ya,melayu.Yang hidungnya pesek,kulitnya sawo matang,rambut kerinting mengejar aku yang juga pesek hidung,sawo matang kulitnya ini.Aku direntap kasar dan dengan salah seorang dari mereka memotong anu ku.Ngeri bukan?Bajuku lencun dek peluh.Takut!Minta simpang itu berlaku.Takutnya!!!Rancangan aku untuk pulang ke tanah Malaya itu perlu kulupakan.Bagaimana kalau itu peringatan untuk aku oleh anak-anak bumi itu?Argh…

“Sufia” Lembut bunyinya,Tapi aku suka betul diseru begitu.Aku berpaling.Senyum manis macam gula.Itu dia cinta hatiku.Steve Jobs.Erm,bukan pencetus revolusi I-phone itu.Ini Steve jobs yang sekarang sedang “jobless”.Biarlah jobless,jobless pon.Hati sudah sayang kan.Kenapa ya aku suka steve?Mungkin sebab Steve tu putih,bukan macam orang-orang kat Malaya yang sawo matang.Steve tu lemah lembut bukan macam orang melayu yang kata saja berbudi bahasa tapi kasar betul bahasa dan laku.Menyampah tahu!Steve tu…macam mana ya nak dikhabar.Ah,susahla mahu cerita.Cinta tu tak perlu sebab bukan?Bukankah cinta itu soal emosi bukan tentang rasional.
Tapi Amar,sebab cinta itu soal emosikah kau lupa pertimbang rasional?Moral?Ada kau lihat segi moral sekurang-kurangnya kalau kau tak mahu sudah merujuk pada agama?
Benci betul aku!Asal aku sendiri,sendiri ada saja dia yang berlagak baik itu mahu berkhutbah tepi telinga ini mengganggu fikiranku.
Sebetulnya aku tak tahu mahu bermula dari mana.Bagaimana aku ini boleh pula jatuh cinta pada Steve.Boleh pula berselera luar tabiee ini.Ah,kalau aku cerita,ini bikin rebut.Ribut sebab tulisan ini silap-silap diklasifikasi sebagai 18SX pula nanti.Ah,bagaimana ya…janji tahu biar tulisanku ini kekal subversif sahaja.Ini bukan tulisan muluk-muluk bahasanya.Tulisan ini ada carut marut,maki-maki.Aku takut juga tulisan ini diketahui nama-nama orang dan organisasi yang terlibat.Janji ya,ini antara kita.

“Sufia” Panggil seorang lelaki remaja dengan lembut.Aku berpaling.Buat muka masam mencuka.Kurang ajar sungguh lelaki itu.Aku Amar Sufia.Ya,terima kasih pendaftar sijil kelahiranku kerana tidak meletakkan huruf N pada perkatan Sufian.Maka kekal aku sebagai Sufia .Amar Sufia.
“Sufia,abang kal panggil engkau kat bilik dia” Si lelaki remaja berkata dengan senyum yang mahu pecah kepada tawa.Aku buat tak endah.
“Sufia,kalau Kal panggil maknanya kau kena dengar.Dia senior besar kat sini.Jangan nak buat besar kepala” Nada lelaki itu berbau amaran.
Argh,tertekan betul aku duduk di asrama ini.Senioriti sangat menggila di sini.Jangan harap junior-junior dapat lepas dari ragging.Aku sebetulnya sungguh tidak tahan tapi setiap kali aku menelefon emak mudah menjawab
”biasa la tu…kuat la semangat sikit amar”
Kata-kata pujukan itu langsung tidak enak kedengaran di telingaku.Ia lebih kepada kata-kata supaya emak tak mahu malu anaknya keluar dari asrama berprestij.mesti annti orang ingat aku tak dapat gred yang baik.Takut persaingan.Aku tak heran langsung soal itu.Soal gred tak beri kudis pada aku tapi ini soal senior-senior gila.

“Sufia….” Senior bernama Haikal panggil nama aku lembut.Geli geleman meremang bulu romaku.
“Sufian bang sebenarnya.” Aku cuba membetulkan
“Eh,IC tulis Sufia je..” Haikal menyambung kata-katanya dengan gelak tertahan.
Celaka
“Comel sangat…Su fia……..” Diseru nama itu. Mukaku sudah berubah warna merah,biru,hijau.Marah,malu,geram,geli bercampur.Sial punya senior.Sial punya pendaftar nama.Sial!!!!!
“Sufia…nama dah comel..muka pun jambu sangat” Haikal berkata lagi memandang mukaku.Mahu saja kuludah kala itu.
Aku akui mukaku jambu.Jambu tu kata orang melayu untuk muka lembut,baik,manis macam perempuan.Ah,sudahlah nama jadi Sufia begitu,muka pula macam Sufia .Masa aku menengah rendah,adik kawanku sering berkirim salam padaku tanpa malu-malu.Tanpa segan juga katanya terus terang mukaku macam pelakon korea yang entah apa namanya aku tak ingat.Ish,geli la mukaku disamakan dengan wajah hero metroseksual korea.Kalau kata mukaku macam Christian Bale mahu la aku terima.
“Kau jadi adik-adik aku” Haikal meminta. Dahiku berkerut.Aku tak tahu sebenarnya istilah itu.
“Aku bagi kau full protection”
Bila menyebut full protection aku tentu sekali waktu itu berfikir tentang perlindungan dari dibuli oleh senior-senior lain.Aku masak dibantai senior gila yang kadang-kadang mengamuk tak fasal-fasal atas benda kecil macam ambil tempat mandi.Muka aku pernah dibobok dalam mangkuk tandas atas sebab macam itu.Kena tendang terajang pun pernah sebab aku tak mahu basuh baju senior.Hormat tu bukan benda boleh dipaksa-paksa.Orang nak hormat kena la belajar hormat orang kan?
Sesungguhnya aku tidak menyangka setuju itu permulaan untuk hidup songsang aku.

Sekali itu aku rasa benci dan menyesal.mahu mengadu tapi penakut.Kecut.
Tapi kalau berkali-kali benda itu sudah jadi biasa,tiba-tiba suka.
Itu dosa.Mula-mula kesal.Bila tak bertaubat dan buat lagi jadi biasa dan bila dah biasa diri malah suka pada yang namanya dosa tu kan?Perlukah aku salahkan senior celaka kalau aku suka?perlukah aku salahkan guru tak buat kerja kalau aku tak mahu buka mulut cerita?Perlukan aku salahkan sekolah asrama peraturan entah apa-apa sedang aku tak mahu bangkit mempersoal segala?Perlukah aku salahkan pendaftar nama yang tak reti mengeja?Perlukah aku doakan senior celaka mati berdaki-daki dalam neraka?Atau aku sendiri sepatutnya bertaubat sebelum dicampak tanpa dakwa?

Katalah aku mereka-reka tapi kalau tak sungguh aku tak kata.Ini bukan penyedap cerita.Sebab ada aku bercerita soal sisi gelap duduk asrama ini.Ah, tak perlu tunggu asrama lelaki saja.Asrama biasa pun lebih kurang sama.Dalam diri manusia tu kana da sisi binatang.Tak perlu tunggu sesama bangsa saja mahu mengikut nafsu.Kalau akal letak di lutut.Nafsu tukar di kepala,inilah sudahnya.

Tuhan akan menjadikan perbuatan orang yang berdosa tu indah.Dan betul aku rasa indah betul.Terbawa-bawa pula sampai aku keluar dari asrama puaka itu.Sampai aku ke luar negara.Di sana bebas sungguh.Tak perlu susah-susah mahu buat perhimpunan seksualiti merdeka.Ah,aku puji betul pengerusinya S Ambiga yang juga anjurkan BERSIH dekat tanah Malaya.Baru la terbuka sikit minda orang melayu tu.Ortodok sangat.Mentaliti hamba.Tak berjiwa merdeka.Terkurung sungguh.Tak belajar tentang kebebasan bersuara ke? Soal Seksualiti memang perlu dibangkitkan dekat Malaysia.Ortodok betul la.Ingat bumi Malaysia ni kena terbalik ke kalau buat macam tu.Ingat kena gempa bumi ke?Tak belajar Geografi ke Malaysia tu luar lingkaran Api pasifik.Selamat tahu.jadi wajib rakyat Malaysia bersyukur.

Amar,kau lupa ke kau bercakap soal apa?Soal tuhan jangan main-main.kau fikir setiap kata-kata dikira.Mar,jangan ingat kau tak dihukum sebab kau disayang atau tuhan tu tiada kuasa.Kalau DIA kata Kun Fayakun,bumi takde air pun tiba-tiba boleh bah dan kau hanyut dibawa air datang entah dari mana.Jangan bongkak Amar.
Tengok,dia datang berkutbah lagi.Apa kata kau masuk Imam Muda dari berceramah pada aku.Biar orang yang mahu menonton Oasis dan AL-Hijrah yang dengar khutbah kau.Aku dan mereka-mereka yang lain boleh tukar siaran pada MTV,FOX,HBO,PORNSTARMOVIE Eh,ada ke siaran PORNSTARMOVIE?

Aku temu Steve saat aku kesempitan wang.Bagaimana mahu aku katakan ya?Duduk di luar negara itu bukan murah-murah biayanya.Tambah pula aku sudah pandai mahu berjangok.Aku pun dah jadi macam hero metroseksual yang jaga soal penampilan.Aku pun pandai merangkak satu pub ke satu pub.Ah,susah la bila bercakap pasal pub dekat orang Melayu,masing-masing dah mula berbisik-bisik mengumpat.Macam aku tak tahu duit pelaburan dekat Malaysia pun banyak dari hasil arak,pub-pub.Jadi kau yang bisik-bisik tu tolong tutup mulut kau yang makan duit haram.Siapa kata kau tak tahu,bukan kerja kau.Kerja pemimpin Melayu kau.Dah tahu tu apa lagi,perlukah kau simpan pemimpin yang sumbat duit macam tu kat mulut kau?
Aku serumah dengan Steve.Aku dan dia sudah macam laki bini. Dia menaja hidup aku.Tapi akhir-akhir ini dia mula bermasalah kesihatan dan dia akhirnya dibuang kerana masalah disiplin.Mungkin dia yang Americano tu terpengaruh dengan etika kerja buruk Malaysian macam aku.Lah,betul la..bukan kata orang etika kerja orang Melayu ni huduh kah?Aku yang masih menuntut disini terpaksa pula meminjam untuk membiayai hidup.Sudahnya sekarang aku berhutang pula.Pengajianku terpaksa pula ku tangguh selama satu semester.Steve akhir-akhir ini makin teruk pula sakitnya.Aku tak tahu dia sakit apa.Dia tak mahu bercerita.Dia malah sudah pandai angkat tangan pada aku.Tapi maaflah aku nak biar.Dia jantan,aku pun jantan.Kau beri penumbuk,aku balas penumbuk.Tiba-tiba aku pandai rasional dalam bab ini kan?Ye lah,aku kan lelaki..bukan macam perempuan,kalau dah sayang.Sepak terajang jadi makanan pun didiamkan.

Baru-baru ini aku didatangi surat dari bank yang menuntut aku membayar duit yang kupinjam.Sungguh serabut hidup aku.Duit tiada,berhutang pula.Steve sakit.Entahlah desakan hidup macam ni buat aku terfikir mahu guna asset yang ada untuk mudahkan cerita.Aset apa yang aku ada kalau bukan diri aku sendiri.Tanpa pertimbangan aku lakukan kerja yang banyak dilakukan perempuan.Siapa kata hanya perempuan yang bodoh mengeksploitasi diri sendiri.Orang celaru macam aku ramai yang buat kerja melacur ni.Duit aku dapat.Puas pun dapat.Tambah pula Steve tu apa pun tak boleh sekarang.
Tapi entah bagaimana ada pula pelanggan bebal yang gila merakam video,merakam aksi luar tabiee begitu.Walaupun aku nampak gelap sikit dalam video itu,aku tahu itu aku.Aku kan Melayu tulen,mana datangnya putih susu pula.Video lucahku dengan pelanggan yang tersebar di Youtube bukan sahaja buat namaku popular.Malah nama melayu dan Malaysia mula jadi carian utama di Google.Kau ingat aku bangga?Besar celaka kalau sampai ke pengetahuan keluarga.Dan betul besar celakanya bila perkara ini tersebar.Sial betul siapa yang memuat naik video itu. Lagi sial siapa yang lapor video itu, Sial juga kuhadiahkan buat budak-budak Malaysia kaki tonton video lucah di Youtube,Sial pada JPA yang menarik biasiswaku.Semuanya bala belaka.
Bala datang bertimpa-timpa.Aku dicari kedutaan.Aku dipaksa buat kenyataan.Ah,orang Melayu suka betul besar-besarkan isu.Itu,ramai lagi yang bunting buang anak dalam sungai tak mahu pula dikisah,aku yang seorang ni juga dicari-cari.Aku lagi bingung soal bayaran pinjaman.Kemudian ditambah pula soal satu negara menjatuhkan hukuman pada aku.
Satu negara menghukum tak sama dengan hukuman DIA.
Aku tahu
Balik pada pangkal
Aku dah sesat
Mula dari mula
Aku tak jumpa titik mula juga
Aku macam dalam labyrinth
Hidup memang macam labyrinth.setiap masalah ada jalan keluar.
Apa jalan keluar yang aku ada.
Aku Amar Sufia.Hidupku songsang.Celaru.Kawan,kau tahu apa penyelesaian?


P/S:Ini sekadar cuba-cuba.Maaf kalau tak konvensional tulisannya.

2 comments:

Admin said...

Bila aku baca, cerita ni macam hidup.
Watak terkopak :) Entah bila aku boleh tulis macam ni..

Latest Post:
1. Bukan manja gedik mengada-ngada nak selalu berteman.
2. Rozita Che Wan Bertudung: Alhamdulillah.

Myn said...

watak terkopak itu apa?

Post a Comment