sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Monday, December 26, 2011

Sang Pemimpi Melayu

Sungguh waktu ini,aku tidak boleh menyusun apa yang dalam fikiran dalam bentuk kata-kata yang bertulis. puas sudah aku memaksa.Tapi idea bukan perkara yang boleh dipaksa-paksa. Aku tidak boleh berfikir waktu ini. Sudahlah beralasan Kamil.Edward De Bono kata,berfikir itu satu teknik. Benda yang boleh diasah, Benda yang boleh keluar kalau kena cara. Tidak tahu malu betul. Alasan orang malas senang sangat nak dipatahkan sebenarnya.
Kurang ajar…

Aku selalu ada 2 orang dalam diri aku. Pertama si pesimis.Ya, dia yang beralasan tadi. Ya,seorang lagi Si positif yang menghentam aku dengan hujah Pakcik Edward. Kalau boleh, aku mahu menghalau mereka dari dalam kepala aku bila mereka mula bertengkar. Semak kepala aku dengan mereka.Tapi selalunya si pesimis menang dalam banyak perkara sebab dalam banyak hal aku lebih suka diam tidak buat apa-apa. Pemalas.

Sekarang aku perlu menyiapkan satu tugasan yang diberikan oleh pensyarahku. Ya,seperti kalian..aku juga pelajar. Oh,kamu bukan pelajar? Maaf, maaf..golongan sasarku pelajar tapi tidak mengapa bacaan ini untuk bacaan umum.Jangan risau..tulisan aku ini tidak mengandungi adegan seks terlampau mahupun sensasi taraf rendah macam filem-filem hantu mahupun bonceng Melayu.


Berbalik pada cerita aku dan tugasan. Aku perlu menyiapkan tugasan berkaitan tamadun Melayu. Maka pada saat deadline sudah tinggal beberapa hari tentulah aku perlu segera menyiapkannya. Budaya kerja yang sangat dibanggakan oleh pelajar : Menyiapkan tugasan di minit akhir. Bagi menjustifikasikan budaya itu, senang sekali kami memetik pepatah Inggeris “Pressure made diamond” yang jika diterjemah secara terus bermakna “Tekanan menghasilkan permata.” Permata? Sampah lebih tepatnya.
Di bawah tajuk tamadun melayu,kami diberi kebebasan untuk menulis apa sahaja tentang tamadun melayu asalkan ianya mencakupi proforma subjek. Aku sudah puas memerah otak.Selama ini aku selalu kelihatan seperti pembela Melayu. Malah dalam tulisan merapuku di blog peribadi senang sekali aku bercakap soal melayu kerana dalam diri aku masih terselit rasa cinta pada bangsa ini. Aku juga kadang-kadang terdengar berkhutbah soal melayu di hadapan rakan-rakan yang terlalu mengagungkan tamadun eropah dan segala produk tajaannya.

Aku ingin sekali menulis sesuatu yang sangat menarik yang mencetuskan semangat dan membuka mata si mulut besar yang tersembur-sembur air liurnya berbahasa Inggeris. Ingin aku campakkan tulisan ini pada suara sengau yang sibuk berdendang lagu rap. Mahu aku tepuk-tepuk muka pesek yang dengan sangat kurang ajar menukar baju kurung dengan potongan-potongan pelik atas nama fesyen. Tinggi dan berkobar-kobar semangatku bukan? Tapi….pada saat ini,perasaan yang aku rasa ialah…..zzzzzzzzzzzzzzz…….




Hampir-hampir aku tergelincir apabila aku membuka mata.
“What the…” perkataan hell terjerit dalam hati apabila yang terbentang di hadapan mataku sebatang sungai yang lebar. Aku berada di tebing sebuah sungai yang sungguh tidak ku tahu lokasinya. Otak mencerna..mana aku berada…
Belum sempat aku berfikir lebih jauh, aku sudah mendengar keriuhan datang dari tebing sebelah. Kedengaran suara orang riuh. Aku melihat api tanpa jelas apa di seberang sana. Aku meraba-raba muka. Padan la…Cermin mata tidak ku pakai. Aku masih lagi pelik dan aneh.Di mana aku berada. Semua yang aku nampak hanya samar-samar berkabus.
Aku berjalan
Berjalan
Dan berjalan
Jalan lagi..
Aneh,entah jambatan mana aku lintas, sedar-sedar aku berada dalam kumpulan yang hingar bingar mengangkat jamung. Aneh,sungguh aneh pakaian mereka.hanya bersarung sahaja.Apa masalah orang-orang ni? Takkan berperhimpunan halal pula malam-malam buta ni membantah kenaikan harga kain? Tepi sungai? Aku tidak boleh meletakkan satu logik atau justifikasi untuk tindakan manusia-manusia pelik yang semuanya berwajah melayu yang sangat melayu.



“Makcik!” Aku menjerit kepada seorang makcik yang terlihat dalam keriuhan ini. Makcik itu cuma menoleh, tersenyum. Kain kelubung dibetulkannya. Masalah betul makcik ni. Apa pula berkelubung batik. Ini dah macam filem lama-lama. Aku menjerit lagi meminta agar makcik itu datang kepadaku. Aku mahu tahu dimana aku.
Gagal..
Suaraku tenggelam dalam sorak menyebut bunuh.Ya, dari tadi aku hanya mendengar perkataan BUNUH. Ya,satu lagi yang terdengar di telingaku perkataan PENJAJAH.
“Woi, negara kita mana pernah kena jajah, kan professor pun cakap macam tu!” Aku cuba berteriak kepada kumpulan yang hingar bingar itu. Ya sarkastik bukan kedengarannya bila mengatakan kita tidak pernah dijajah? Aku menyapa pakcik yang memegang tombak.
………………..
Ah,parah…suaraku tersekat di kerongkong.sebutir perkataan pun tidak terkeluar.
Aku dah bisu?
Pakcik kita nak pergi mana?
Kita kat mana?
Apa pakcik buat ni?
Lagi….suaraku tersekat di kerongkong.Aku cuba menjerit. Aku tak bisu!!!!!! tak mungkin aku sudah bisu.
Arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!


Kerongkong perit. Sungguh.mata kubuka..perlahan..
Betul-betul ada manusia sedang menghadap aku.
“woi, aku belum mati la korang nak buat talkin!” Aku bingkas bangun. Tapi aneh. Aneh sungguh. Mereka seolah-olah tidak melihat aku.mereka khusyuk berbincang. Seolah-olah membincangkan isu yang sangat serius
“Orang putih itu harus kita bunuh!”
“Benar”
“Semenjak kedatangannya kuasa kita memungut cukai sudah hilang”
“Betul…pandai-pandai pula mengharamkan kita menyimpan hamba”
“Hamba itu tanda kita orang besar.”
“Kuasa beta semakin tergugat.nasihat itu nasihat ini..bertentang betul dengan adat kebiasaan beta.”
Aku memandang muka mereka satu persatu. Rahang bagai mahu jatuh.
Tak mungkin!
Jangan cakap aku berada dalam mesyuarat merancang pembunuhan J.W.W Birch
Gila..
Aku mimpi kan? Aku tepuk-tepuk muka dan…
Makcik tu!

Makcik yang turut berada dalam kelompok orang yang kalau kata moden sekarang berdemonstrasi. Bezanya demonstrasi mereka, demonstrasi sungaian
“Makcik!”
Aku jerit lagi. Aku pasti makcik itu tahu apa yang sedang terjadi.aku langgar orang yang sedang berbincang dan..wutt…seperti angin…aku langsung dapat melalui badan mereka. Aku halimunan? atau…
Ya Allah,jangan cakap aku dah mati
Ya Allah,aku belum bertaubat
Ya Allah,aku belum minta ampun pada Ibu.
Aku serasa air mata meleleh membahasi wajahku. Aku berteriak penuh penyesalan
Allah, Allah, Allah…
“Nak…” lembut satu suara memanggilku
Makcik tadi! Refleks aku mengangkat wajah. Aku yang sudah tersemban di atas tanah tebing sungai berdiri.
“Makcik nampak saya?” aku bertanya dengan wajah keruh.
Angguk
“Makcik…saya tak mati lagi kan? Saya kat mana?” Aku menyoal bertubi-tubi
Senyum

Dia mengusap ubun kepalaku tiba-tiba. Lembut. Selembut belaian ibu. Diraih tanganku meminta aku berdiri dan aku bagai dipukau,mengikut wanita itu.


Ketika aku tiba di tebing sungai yang entah di mana, aku mendengar kecoh-kecoh lagi. Dunia apa yang aku masuk ini? mengapa kecoh-kecoh dari tadi?
“J.W.W. Birch sudah mati!”
Aku tersentap.J.W.W Birch residen Perak .Bermakna aku di Perak? Aku di tebing sungai Perak
“Nak…kau nak lihat sebuah sejarah bukan? ini sejarah” Lembut wanita itu bersuara
“Nak,kau lihat bukan bagaiamana mereka berbincang mahu membunuh residen itu?”
Angguk
“Nak…kau dengar menagapa mereka mahu membunuhnya?”Tanya wanita itu lagi
Angguk
“Nak…itulah bangsa melayu dulu nak..” wanita itu mula membuka bicara dan tidak lagi mengajukan soalan.Aku hanya duduk termangu. Cuba menerima hakikat sejarah bangsaku.
“Nak…kau lihat marahnya mereka soal kutipan cukai?”
Angguk
“Nak..tahu tak kau mereka sama sahaja dengan penjajah?”
Aku pandang wajah wanita itu,penuh pertanyaan
“Maksud makcik?”
“Nak, mereka mengutip cukai kepada penduduk tempatan bukan untuk diagih pada rakyat..tapi untuk kegunaan mereka sendiri”
Aku bagai tak percaya. Tipu!!! Aku jerit dalam hati. Tak mungkin seteruk itu bangsaku. Tak, minda Kolonial sudah meracuni pemikiran makcik ini. Makcik ini tentu tali barut British
“Tipu!”
“Makcik tipu,sejarah yang makcik beritahu ini tipu bukan? Sengaja makcik karang bukan? Ini semua agenda british kan makcik? Mereka selidik,kaji minda orang melayu,mereka putar belitkannya, Mereka gelapkan fakta yang benar dan menggantikannya dengan sejarah yang busuk supaya moral bangsa kita jatuh. biar kita tak mampu nak angkat muka pada mata dunia. Betul kan makcik???”Suaraku naik walaupun aku tak diajar untuk kurang ajar dengan orang tua.”
“Sungguh makcik tak tipu nak…”
…………………………..
“Nak,kalau dulu…mungkin kita punya sejarah yang gemilang. Tapi nak, waktu itu makcik sendiri tidak lahir untuk menjadi saksi sebuah sejarah”
“Ha, makcik pun tak tahu. Makcik,kita punya tamadun yang hebat makcik .Itu fakta yang disembunyikan barat” Aku membalas.
Makcik ini perlu aku sekolahkan. Pantang sungguh aku orang yang merendah-rendahkan martabat melayu.
“Tapi nak…kau pun tidak lahir lagi untuk membuktikan kesahihannya” Balas makcik itu
“Memang la saya tak lahir lagi,tapi saya sedang mengkaji tentang kehebatan tamadun melayu kita makcik. Saya akan buktikan” Aku bersemangat membidas.
“Nak, setakat ini..satu perkataan pun tak kau tulis lagi. Yang kulihat,kau cuma tidur”
Eh makcik ni..
“Saya nak buat la ni makcik..”
“Nak, sikap macam kau inilah yang merugikan bangsa kau”
“Kenapa pula? Apa masalah dengan sikap saya?” Tanpa perlu menunggu aku terus melawan dengan suara bernada tinggi. Sungguh kurang ajar. Malu ibu kalau dia melihat pertengkaran ini. Seolah-olah dia tidak tahu mengajar pula.
“Nak, sikap kau sama sahaja dengan pembesar-pembesar itu..”
“Kau marah bila orang menegur kebiasaan buruk kau, etika kerja kau”
Aku diam. Sedar. aku punya etika kerja yang sangat buruk dan jika aku keluar berkhidmat di jabatan awam aku akan menjadi seorang petugas yang sangat tidak produktif yang mungkin menghabiskan masa berbahas soal politik, keengganan terhadap dasar.
“Nak, sejarah…prestasi masa lalu bukan ukuran untuk kejayaan hari ini. Mungkin satu masa dulu bangsa ini gah..mungkin benar pernah melakar sejarah gemilang. Tapi nak,itu tak bermakna apa-apa kalau kau tak ambil satu yang baik dari itu”
Aku bungkam. Betul. Prestasi lalu bukan ukuran kejayaan.
“Nak, kau lihat korupnya pemimpin bangsamu…bukankah kau belajar dan tahu…apabila seorang pemimpin mula menzalimi pengikutnya dan apabila pengikut terlalu mengagungkan pemimpinnya yang menunggu bangsa itu cuma kehancuran”
“Nak…kau selusur kembali sejarah nak…kau sedarkan diri kau dan orang….lihat mengapa kita dijajah dan bukan berbahas soal sejarah lampau, soal pejuang kepada bangsa ini….lihat mengapa kau roboh..kemudian berusahalah untuk tidak mengikut jejak yang terdahulu” Lembut wanita itu berkata. Meresap terus dalam hati.
“Nak,kau pernah mendengar tentang umat-umat yang dilenyapkan? kaum nabi Nuh,Luth?”
Aku angguk
“Nak, kau baca Al-quran bukan? Disebut berulang-ulang bagaimana kaum ini hancur,hilang di muka bumi. Cuma tinggal nama. Nak, bangsamu akan hilang…aku pasti kalau kemungkaran terus berlaku…kau lihat, bukankah robohnya sistem beraja.. masuknya residen itu kerana kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan pembesar dan rakyat itu sendiri?”
Aku angguk lagi. Benar. Logik.
“Nak, aku lihat kamu masing-masing sibuk berjuang soal raja, soal bahasa, soal keistimewaan sedang tuhan menyebut bukan nak, dijadikan kita berbilang bangsa untuk saling mengenal.. bukan untuk kau bertelagah… Kau sibuk nak berkhutbah soal kuman-kuman tapi isu umat kau tak selesai-selesai.”
Menikam kata-kata itu. Ya, aku suka berdebat soal itu dengan rakan-rakan sehingga aku sering dicop orang yang suka menentang. Aku baru sedar,aku menentang kerana aku suka beralasan, Dari bercakap soal masa lalu bukankah aku perlu memandang ke depan dan berusaha membaiki diri?
“Nak..tak banyak kau perlu bangga soal bangsa kau. Kau banggalah kau punya contoh yang sudah cukup baik. Banggalah kau sudah menjadi umat pada Muhammad.”
Betul
“Nak…kalau kau pulang nanti. .menulislah… Tulislah dan sampaikan kalimah tuhanmu walaupun sepotong. Nak sedarkan bangsamu,itu lebih baik.”
Aku angguk lagi. Serasa mahu kupeluk wanita itu untuk meluahkan rasa terima kasih atas perbualan dengannya yang membuka minda. Tapi, logik,pertanyaan tiba-tiba terjelma. Aku cuba mencari mengapa aku disini. Mengapa disajikan pemandangan aneh sebegini
“makcik…bagaimana saya boleh sampai ke sini?”Aku menyoal
“Nak.. kau tahu bukan tentang israk mikraj?”
Oh, tidak! MasyaAllah…jangan cakap aku kembali ke dimensi ruang dan waktu. Wajahku penuh takjub
“Kau tahu bukan? tapi situasi kau berbeza nak..”
“Kenapa?” Pantas aku menyoal
“Kau mati nak”
Mataku terbeliak tidak percaya.hatiku merintih tidak percaya
“Sabar nak…kau mati untuk sementara…sebentar lagi kau akan terjaga..kau akan pulang pada jasadmu..kau cuma tidur..”
Ya Allah.. Alhamdulillah..aku menghela nafas lega.
“Nak,aku mahu berpesan…pesan terakhir..”
“Apa makcik?”
“Kau mendekat padaku” arahnya
Aku mendekat
“Allahuakbar!”
Lafaz takbir kedengaran. Aku tersentak. Ku angkat muka. Tiada lagi warna kelabu kusam. Gelap pekat malam. Yang kulihat cahaya. Ya putih cahaya lampu menyinari meja belajarku. Kepala beralas buku “Perihal Melayu” dan kudengar lagi takbir. Azlan rakan sebilikku sedang solat. Ku telek jam di tangan. Dia qiamulail.

Aku bermimpi. Dibawa ke zaman penjajahan British di Perak. Kita pernah dijajah.Itu fakta. Aku sedang menaip. Menulis tentang Faktor Kejatuhan Tamadun Melayu dan resolusinya.
Makcik itu? Entah…aku tak pasti siapa dia. Setiap sebelum tidur aku berdoa agar bertemu dia kembali. Tapi hampa. Pesanku agar kalian jangan tidur semasa menyiapkan tugasan. Aku risau kalau-kalau makcik itu muncul dalam mimpi dan menyekolahkan kalian yang bebal.

P/S:Cerpen ini ditulis untuk latihan semasa Bengkel Penulis Cerpen bersama kak Salina Ibrahim.Adapun,cerpen budak baru belajar dan tak pandai berbahasa sebegini mohon dikomen untuk penambahbaikkan.

2 comments:

Admin said...

Rasa macam pernah baca.
ni yang kau hantar kat kak salina kan?

Latest Post:
1. Bukan manja gedik mengada-ngada nak selalu berteman.
2. Rozita Che Wan Bertudung: Alhamdulillah.

Myn said...

ye sayang.yang kau tolong hantarkan tu..hehe

Post a Comment