sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Tuesday, July 19, 2011

kosong

kosong.
condition hati aku sekarang.
kosong bagi aku,bukan kosong tade companion dye si chenta hati
kosong yang aku rasa...kosong yang lain
kosong dalam pengisian hari-hari
time goes by and i do nothing.
hidup macam esok ada lagi esok..
smpai apa dikesah sangat apa dibuat hari ni
like nothing's count.
dan aku tahu,aku rasa kosong tu.
something missing.
i think i know what it is.
but me myself...is just ignorant
tapi tahu.tapi buat2 tak tahu.
dan hati yang tahu tapi buat tak tahu:hati yang mati



aku rasa...aku ada beberapa tanda-tanda yang tertulis.baru-baru ini aku terlibat atau nyaris kemalangan..nak cium bontot van dengan adik anuar ibrahim atau kami panggil dekwa...belum sampai bahagian kami...tapi yang terlibat sebuah Avanza.6 mangsa.yang parah 2 orang anak kecil...yang kemudian baru aku tahu orang kampung aku.Anak sedara kawan aku,Hasmira Sumbiar...

dekwa punya baju abes lencun..dia ikut tolong bawak kua mangsa...sampai sekarang aku terasa2 anak kecik tu pegang muka aku..badan yang lembik bila didukung...yang aku dukung tu khabarnya di hospital Seremban dan dah stabil..yang dekwa angkat tu meninggal dunia semalam...

sungguh lepas kejadian.kejadian ari sabtu..aku macam bese je..walhal jadik depan aku.macam tak rasa apa je..sungguh laa ati aku nyh something wrong..sampai laa sekarang...mati tu sekarang da macam bukan apa-apa.gaya macam da cukup amalan sampai tak gentar dengar mati..hati,hati..

macam mana aku nak baiki hati yang dah teruk sangat ni?kadang aku rasa...aku perlu companion..sebab aku rasa hilang bila seorang...tapi kalau ramai..tak mustahil aku lalai..duhai hati..

nak rawat hati kena tahan sakit.sebab dah banyak sangat cela melekat.



p/s:

Tuesday, July 5, 2011

HIJAB

owh...2,3 hari nyh rajin pulak nak taip-taip..sementara belum sibuk dengan praktikum kan...

well hijab..aku tau aku pun pakai hijab tak cukup sifat...
tapi ada beberapa fesyen berhijab yang tak senang di mata aku bila memandangnya.
aku sketch nyh da lama jugak sebab memang da lama aku nak cakap pasal nyh..

Fesyen 1


fesyen nyh sebenarnya sori aku cakap..tapi masa aku tengok cite RobinHood ada laa makcik nyh pakai ala-ala macam nyh dan dia seorang RAHIB.

Fesyen 2


Fesyen nyh pulak aku tengok ramai yang pakai...ada bonggol.


p/s:sketch itu terpop tiba-tiba selepas menonton RobinHood

Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet

Well. I never be an animal lover.i love nature but I don’t like to keep any animal as pet coz I just love to watch it,hold it for second but not to keep it.its need commitment and I’m not the committed one.hehe.
Tapi saya rasa kalaw tetibe saya ada perasaan nak bela binatang..binatang itu tak mungkin sugar glider sebab dye mahal lepas tu kecik laa…maybe I will keep this as pet…because its much easier to handle…ikan!!!!



Tapi kalau saya lagi rajin,maybe saya nak bela beliau...yang sebelah ikan tu..hehe



Dulu-dulu saya ada bela kucing..tapi kucing saya dah mati.nama dia comel dan comot.lepas mereka mati saya tidak berminat dengan kucing.kalau saya jadik amek beliau atau sepsis beliau jadik pet saya akan namakan beliau DECO.hei,bukan Deco Bersama Eric.Tapi Deco pemaen Portugal kelahiran Brazil tu!hehe.

Monday, July 4, 2011

tunggu teduh dulu

hujan renyai-renyai...
duduk diam-diam
tunggu teduh dulu

hujan renyai tukar lebat
mahu redah?
mahu tunggu teduh dulu?
diredah aku yang basah
kalau demam aku yang susah
tunggu teduh dulu...

hujan tak teduh-teduh
masa makin bergerak
gerak tak beri muka

hujan tak henti-henti
aku takut-takut
tak redah aku yang lewat
diredah aku yang gawat

tunggu teduh dulu
hujan pasti berhenti
bila,aku tak pasti.

tapi hujan pasti berhenti
tunggu teduh dulu
sabarlah menunggu duhai hati

Al-Fateh

a quick and simple post.
nak cerita tentang Muhammad Al-Fateh tapi tak abes khatam lagi buku Muhammad Al-Fateh penakluk Costantinople.Aku penah dengar cerita sikit-sikit sahaja pasal Al-Fateh dalam blog,buku,novel...
terutama cerita tentang sebaik-baik pemimpin yang yang akan memimpin sebaik-baik rakyat
sebab masa aku baca buku tentang umar ke saidina Ali...ada cerita masa Rasulullah SAW nak pecahkan batu beliau ada menyebut tentang itu dan diriwayatkan oleh imam ahmad kalau tak silap...boleh baca dengan lanjut kat blog DR ZAINURRASHID

kagum aku pada Al-Fateh..
dan terdetik aku satu peristiwa sejarah yang berlaku semasa kejatuhan kesultanan melayu melaka..
selepas 1511,kejatuhan melaka ke tangan Portugis..mengikut sumber yang aku baca..
Portugis bakar masjid dan ganti dengan gereja...
kemudian istana sultan turut dibakar dan diganti dengan kota A-Famosa dan gereja St Paul







gambar-gambar nyh diambil masa aku bercuti ke Melaka dengan abang cip aku,abang long aku dan keluarganya.Actually family day...aku dan bangcip talks a lot tentang sejarah sebab kitorang memang suka sejarah..

ikut pembacaan aku...Melaka cuba ditawan balik dengan bantuan Aceh namun gagal..
terdetik dalam hati aku setelah membaca kisah Al-Fateh..kalau laa sultan masa tu berfikir dan mengkaji sejarah bagaimana Al-Fateh menakluk kostantinopel..mungkin kita berjaya merampas kembali Melaka.siapa tahu?

Tapi aku pun pernah terbaca soal jatuh bangun satu tamadun bergantung pada pemimpin dan rakyat.tamadun Melakaruntuh atas kesilapan both.Rakyat dan pemimpin.semoga kita mengambil iktibar dan belajarlah dari sejarah
juga belajarlah dan teladanilah Al-fateh..terutama pemuda dan pemudi..Al-Fateh menakluk kostantinopel di usia muda.



P/S:Bangun pemuda-pemudi.Bangun Aminah Ibrahim!

day 6:a song to match your mood

haha....orang laen da abes da cabaran nyh..aku terkial-kial lagi..
masalahnya aku memang tak suka buat benda yang da tetap..
da siap-siap ada...x challenge laa(padahal)..
aku memang just tulis apa yang aku nak tulis..bila try ikut acuan blogger semasa memang tak bley bla laa kan...
tape laa...biarkan itu...abaikan...
a song to match my mood ek?



InsyaAllah...maherzain.lagu lama tapi sentiasa match mood.lagu inspiration dan semangat.InsyaAllah,ada jalannya!

Saturday, July 2, 2011

santapan minda

hamboi bahasa...klasik gitu...
santapan minda tu maksud aku ialah bahan bacaan..
aku agak suka membaca seperti yang pernah aku cakap
dan suka untuk aku berkongsi apa yang sedang dan mahu aku baca sekarang..

sekarang aku tengah nak baca karya-karya Faisal Tehrani
Dia antara penulis lelaki yang menarik perhatian aku selepas Andrea Hirata dan Imaen
Aku jugak tengah nak lengkapkan koleksi sejarah atau biografi tokoh islam seperti para sahabat,ilmuwan islam,pemerintah-pemerintah islam.
juga cuba menamatkan karya bastiat..yang berkait rapat dengan sains sosial..cam ekonomi dan politik.


aku jugak sudah membaca esei-esei berkenan Pasaran Bebas
Pasaran bebas kan berkait rapat dengan ekonomi,sains sosial..
maka aku tertarik untuk membacanya...jemput laa membaca ye!


tapi bimbang jugak kalau asyik baca sumber orang putih,aku ni dikata sekular pula..
maka aku akan cuba untuk mangkhatamkan Mukadimmah karya Ibnu Khaldun.
mudah-mudahan aku dibei petunjuk dan tidak larut dalam pemikiran barat tanpa merujuk pada sumber ilmuwan islam.

lepas ni aku akan memulakan praktikum..2 bulan kowt praktikum...
dan aku rasa aku akan jarang dapat menulis sebab busy...
aku jugak kena curik masa nak habiskan pembacaan aku..



p/s:poning baca mukadimmah.dah laa translation english.hadoi...tahun bila laa baru bley abes baca.

Menulis novel

i always wanted to write a story...
betul x tipu....aku dari dulu teringin nak menulis novel...
dari zaman sekolah menengah lagi aku da menulis..
tapi aku tulis cerpen je laa dulu untuk majalah sekolah dan untuk suka-suka
aku ada gak menulis novel.3 buah novel.haha..tapi aku tulis kat buku je laa..tulis pakai pen..sampai sekarang aku tak taip-taip balik cerita tu
sebab bila aku dah tua macam sekarang ni aku rasa cite aku tulis tu klise dan lame yang teramat sangat..

1st novel aku tulis masa form 3
tajuknya aku tak buat...hahahahahaha(aku gelak sorang-sorang bila baca balik)
kisah cik adik yang komitmen phobic tapi bertemu chenta dengan cik abang senior beliau yang bela 2 orang anak saudara.(motif???)

2nd novel aku tulis masa form 5
tajuknya sara damia
kisah pereka landskap yang berchentan dengan duda anak 1..(apekah???)
tapi x sempat abes sebab buku tu kena rampas kat cikgu.member aku baca tyme cikgu fizik tengah nagjo.choiiii!!

3rd novel aku tulis lepas SPM
tajuknya katakan kau cinta(hahahahahaha)
cite pasal cik adik pereka landskap jugak yg bermusuh dgn jiran sebelah umah yang satu office dan akhirnya kawen paksa..pastu berpisah...pastu jumpa balik
(menulis dengan plot sebegitu kerana terpengaruh dgn cite korea...hahahaha)

itulah cerita aku semasa menulis
bila aku da masuk IPG pon aku ada menulis lagi...
tapi cte tu x setel-setel...sebab...
ntah camne cite yang aku tulis macam jadik kat diri aku...
maka aku berhenti menulis

sekarang aku sedang menulis sebuah cerita
cerita yang aku nak inspired people dan ubah pandangan orang.cewahh..
ini angan-angan aku



p/s:pengakuan yang malu nak aku akui ialah i'm quiet mushy