sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Tuesday, December 30, 2014

Dejavu di Kinabalu - Mukadimah




Jejak kaki di puncak Gunung Kinabalu bagi aku ialah pengalaman paling bermakna untuk tahun 2014.Hiking Kinabalu ni memang impian yang dah lama terpendam.Tahun 2010 ke 2011  kot pernah nak panjat…dah beli tiket tapi sadly yang manage tak book pakej memanjat tu dulu.Burn je duit tiket.Masa tahun 2012,cerita Dejavu di Kinabalu tengah hits..Masa tu diam-diam aku tulis dalam planner nak panjat gunung.Aku kata,nanti aku dah kerja,aku nak aktif panjat gunung.Aku mintak posting Selangor.Nak aktif dengan Orang Gunung la konon.Rupanya Allah ada plan yang lebih baik,posting Sarawak dan sebelum umur 25 dapat jugak merasa panjat Gunung tertinggi di Asia Tenggara tu.

Yeah,thats the Low Peak
The opportunity knocks on December 2013..Member aku,Onnie yang kaki gunung ni mesej bagitahu kawan dia yang posting Miri nak panjat.Tanpa pikir panjang langsung,aku kata NAKKKKK.Deposit RM 285 aku bayar kat Cherrish(Aku tak kenal langsung,tak friend dengan dia kat FB,yang aku tahu dia ni kawan kepada Hasanah,iaitu kawan Onnie yang aku tak kenal langsung jugak!HAHA).
Meet Cherrish Lim(Organizer) and Byti Azira.Both are superfit.
Lepas bayar tu semangat kejap la pergi jogging.HAHA.Sebulan tak sampai jog,pastu berhenti.HAHA.Tapi sepanjang tahun tu ada la jugak pergi trekking…Bulan 2 pergi Taman Negara Gua Niah..Bulan 3 pergi Taman Negara Pahang kat Kuala Tahan dan Bulan 4 trekking kat Taman Negara Similajau kat Bintulu.Taman Negara Similajau ni best.Pergi balik 14KM.Berbekalkan ini,aku set otak aku yang aku boleh punya panjat Gunung Kinabalu.

7km Trekking to Turtle Beach,Similajau National Park
Selepas bulan 4 tu memang aku tak jog dah.Tak trekking dah.Aku dok busy dengan aktiviti sekolah dan mengganti cuti pada hari Sabtu.Bila aku start jog balik?HAHA…Bulan 10 bila weekand tu ada la aku pergi panjat bukit kat Bintulu ni..kadang tu pergi waterfront.Aku jenis bukan long distance punya orang..training yang aku buat just mirip fartlek.Ada part aku sprint,slow jog dan jalan.Bab makan memang aku bedal je apa saja.Memang tak diet.Bulan 10 tu la kejap aku kawal sikit makan dan buat detox.Masuk bulan 11 berenti terus jog sebab sekolah busy balik.Memang busy tahap gaban.Preparation memang last minit la.

Training at Waterfront Bintulu - Tu orang lain
Jumaat 21/11/2014,Habis sekolah petang,
Sabtu 22/11/2014, Pagi gerak gi Miri by bus.Petang naik flight gi KK.Tido KK semalam.
Ahad 23/11/2014,Gerak ke Kinabalu Park.Hectic gile.HAHA...

Hello Langit KK!
P/s : Ini baru mukadimah,sambungannya sila tunggu ye.



0 comments:

Post a Comment