sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Wednesday, November 2, 2011

puspa

p u s p a
puspa
maknanya bunga
ya,bunga.
Aku bukan pencinta bunga seperti lazimnya "bunga-bunga" di luar sana.
Aku tak pernah suka bila bunga bukan pada tempat asalnya
yakni pada tangkai,pada pokoknya
aku suka bunga,apa adanya dia,di mana letak duduknya
kerna dia sedia cantik di tempatnya
maka,aku suka memotret bunga dengan lensa
lensa k770i cuma.
Khamis,27 Oktober 2011
Aku memotret bunga.
yang mekar indah dari biasa.


Ros,bunga yang rapuh.Fragile kata lidah Inggeris.Tapi cantik,menawan.Tapi rapuh dan aku tak suka yang rapuh-rapuh.


Tahi ayam.Ish,mana ada aku mengarut.Betul la nama melayu bunga ini tahi ayam.Ya,fungsional sungguh orang melayu memberi nama.Sebusuk tahi ayam bau kau maka secantik mana pun warna dan rupa,nama kau tetap tahi ayam.Ya,pengajaran untuk gadis-gadis ya..secantik mana rupa kau tapi tak semolek itu laku kau jangan harap namamu cantik disebut orang.


Zinnia.Itu nama saintifik.Nama melayu,aku tak tahu.Aku selalu rasa memotret dari sudut pandang bawah ke atas atau dengan kurang ajar kureka sendiri namanya sudutpandang semut selalu memberikan hasil potret yang cantik.Macam Zinnia ini.Cantik kan?


Calla Lilly atau lidah melayu memanggilnya bunga bawang warna putih sebab berwarna putih dan membiak melalui bulb/bawang sama macam tulip.Aku suka bunga comel ini.Putih,molek dan sangat produktif.Tanam satu bawangnya beranak pinak hasilnya.Bunga berwarna putih paling mudah untuk dipotret berbanding warna lain terutamanya merah.


Kekwa ungu.Cantik bukan?Bunga yang disukai arwah emak.Kekwa ada macam-macam warna dan warna kuning warna paling biasa.Ungu.Aku suka ungu.Tapi bunga ini malu-malu tumbuh rendah,renek di celah bunga-bunga lain.Kenapa malu?Bukankah kau cantik?Baik,aku faham...cantik tak semestinya perlu mendongak.Kalau tinggi untung jadi bintang kalau rendah masih jadi intan.

Tangan "sejuk" dialah yang meninggalkan bunga-bunga indah ini untuk tatapan mata.
Aku kongsikan gambar-gambar ini sebab pagi Khamis hari itu,bunga-bunga ini kelihatan sangat indah,mekar berseri-seri(susah nak ungkap sebab sangat indah)di hadapan rumah aku.

Sebagaimana indah dan mekarnya bunga-bunga ini,aku berharap indah dan bahagia hidup dia disana
Semoga dia berada dalam taman syurga yang berganda-ganda indahnya dari ini.Amin..


P/S:Selepas bengkel penulisan DBP,ayat aku mula berbunga-bunga.Haish.

0 comments:

Post a Comment