sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Friday, October 18, 2013

Tamparan Ghaib

Gua ni pesen yang mudah sentap.mudah sentap kat hati.anything happen around me mudah sangat nak menjentik-jentik rasa.Apa gua terbaca ke,orang cakap ke gua simpan dalam hati pastu gua fikir deep-deep.Ni bukan mende,dah memang habit gua .
Baik lupakan pasal tu..ni gua nak share pasal satu benda yang menjentik rasa gua.
Semalam gua browse home,naik kakak Ain(Penulis buku Give and Take antara Hamba dan Pencipta,PTS).Kak Ain ni baik gila…aku suka borak dengan dia pastu dulu aku belajar mengaji dengan dia.yup.belajar.aku mana pandai mengaji.tunggang langgang.
kak Ain kata gini :


sampai sekarang saya tidak faham kenapa orang berani tak pakai tudung,pakai baju ketat,tudung jarang,atas dada,tak solat , make up over tak fikir halal haram sampai bulu mata palsu pun releks je pakai padahal haram dan lain-lain,sedangkan benda tu saya takut nak buat. adakah mereka tak tahu yang segala maksiat2 tu akan beri efek pada hati. pada hubungan kita dengan suami. dengan keluarga. rezeki terhenti. duit selalu tak cukup. gaji banyak tapi tak sempat menyimpan.entah mana duit pergi. solat tak rasa manis. couple asyik putus memanjang. kahwin pula asyik curang sentiasa. betullah yang Allah cakap ' setiap musibah yang berlaku pada diri dan hidup kita ni, sebenarnya kesan dari diri kita sendiri. bukan Allah yang aniaya kita. takutlh..tolong takut..saya pun nasihat diri sendiri supaya tolong takut dengan Allah...

Gua baca tu,gua jadik reflect banyak benda.Kadang gua fikir jugak…no wonder la gua ni payah nak berubah gua fikir…sebab gua ni degil.Degil nak ikut skema tuhan.Gua sebenarnya sebelum tu dah macam reflect pasal pemakaian gua…sebab gua pernah cakap gua dah kerja gua nak pakai cantik-cantik to look presentable depan budak-budak tapi entah macam mana gua tiba-tiba ditampar secara ghaib yang memang gua perlu cantik to look presentable but at the same time gua sendiri perlu berpakaian patuh syariat sebab instead of look presentable gua jugak perlu tunjukkan the way a muslim woman should dress.
sebelum ni gua pernah tulis yang masalah social kat Malaysia (Islamic country) terjadi sebab berlaku clash dalam apa yang dilihat dan nilai yang dipegang oleh anggota masyarakat.Contoh ye,syariat memberikan guideline dalam berpakaian,berhubungan dan sebagainya tapi apa yang ditunjukkan oleh media,apa yang ditekankan oleh ibu bapa,apa yang ditunjukkan guru sendiri tak ikut macam syariat nak dan nilah yang creates masyarakat tak patuh syariat sebab masing-masing tak berperanan dalam menggalakkan budaya patuh syariat.
Seriously kak Ain,your post memang menampar min secara ghaib.buat nak fikir dan fikir.reflect dan reflect.
Gua rasa masalah jiwa gua jadik tak tenteram sebab ni la,sebab gua boleh fikir,cakap..tapi gua sendiri tak holistic..gua berani-berani nak buat rilex tak menutup aurat dengan sempurna.Dosa ni memang benda yang buat hati jadi tak tenang.No wonder.No wonder jiwa gua kacau walau masalah gua takde mende sangat pon.
Gua konon nak rilex nak nampak “biasa”.Tapi sebenarnya gua sangat-sangat salah!
Takde istilah “biasa” bila pakai tak patuh syariat.
Mulut kalau bercakap pasal agama,solat,puasa tapi yang tuhan suruh tak dibuat (tutup aurat) still masih tak lengkap.
Agama diambil berjuzuk-juzuk..bukan masuk,amal secara seluruh…sebab tu..sebab tu tuhan hokum rasa biar jadi tak tenteram.jiwa muslim tenang dalam syariat.kacau dalam dosa.goyang dalam syubhat.
Tahu tapi…tak mahu…tak mahu jadik tak mampu.
Tarik nafas dalam.Do something minah.Tuhan dah nasihat lembut-lembut tu.dah bagi jawapan untuk soalan kenapa tak tenang jiwa.

*Fikir dah,buat bila lagi Aminah?please..please…

1 comments:

encekgadis said...

kak min... =,)

Post a Comment