sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Wednesday, October 23, 2013

Deep Talking : Cerita Hantaran Mahal

Start gua mengenal erti kehidupan,mengenal apa itu majlis perkahwinan...benda yang tak pernah habis orang sembang tentulah pasal duit hantaran.
tapi kalau sembang duit hantaran ni,orang lelaki la yang monopoli sebab? sebab diorang yang botak kepala nak keluo duit nye.haha
bercerita pasal hantaran mahal ni,gua duduk di engeri yang disebut-sebut sebagai hantaran mahal : Negeri sembilan.tapi bila gua dah dok maktab baru gua tahu kedah,johor,kelantan semua negeri kat Malaysia ni hantaran kahwin mahal.

baik,nama pun sembang deep kan...maka meh la kita menyelam dalam-dalam sikit isu hantaran mahal ni.
masalah hantaran mahal ni gua bukan nak cakap apa..
selalunya melibatkan parents dan family.
kekadang tu aku pon pelik dengan family parents yang suka sibuk-sibuk.kekadang macam saje-saje nak ketuk pihak yang satu lagi.
aku ni adik beradik ramai lelaki jadi,bila masalah macam ni,memang la aku macam sided pada pihak lelaki.maaf la ye.brotherhood tu penting.haha.

pokok kepada masalah ni ialah kita ikut budaya.kalau kau ikut agama,senang hidup kau.
sebab agama tak suruh kau buat sanding 3 hari 3 malam
agama tak suruh kau pakai baju ganti sampai 7 pasang baju cino baju india baju benggali.takdo do.
agama tak suruh kau bawak dulang hantaran 7 berbalas 9 berbalas 14.takdo.
agama tak suruh kau buat kenduri karaoke,kugiran tongah-tongah malam.takdo.
agama mintak kau buat benda senang dan tak pening-pening kepala kau pon.
agama suruh kau nikah.cukup rukun nikah.ada saksi ada wali.ada lafaz ada akad ada mas kahwin.
Entahlah..bercakap pasal benda ni memang banyak yang menyanggah.Sanggah sebab apa yang dibudayakan dalam hidup bercanggah dengan apa syariat tetap.

we put pricetag but not value.

kita letak harga tapi bukan nilai.
nilai kita.
mahal kita

kahwin bukan setakat external.
internal tu.
apa cerita ?

preparation external ?
preparation internal ?

kahwin bukan setakat nak tambah populasi penduduk.
tambah masyarakat yang tak memberi makna pada masyarakat apalah gunanya.
tambah umat yang salah faham budaya dengan agama apa gunanya.

harga kau letak mahal-mahal
tapi ability anak kau untuk design.construct family dia nanti ikut kerangka agama dah kau perhatikan?
ilmu anak kau dah cukup untuk kau letak nilai belas-belas ribu.
anak kau boleh luang masa lepas maghrib ajar anak dia nanti mengaji quran ?
anak kau nanti boleh tolong husband dia bila husband dia dalam fasa kejatuhan ?

belas-belas ribu tu,bukan nilai anak kau.
belas-belas ribu tu belanja kau nak buat kenduri kahwin gah
kau jemput orang bagi makan tu tanda syukur anak kau dah kahwin
kau jemput orang sedare mare nak hebah-hebah anak kau dah kahwin
supaya nanti tak timbul fitnah
tapi last-last time kahwin tu dah banyak fitnah.
apa cerita ?

put value.not price.
ikut agama.bukan budaya.
ikut mampu.bukan mahu.


*pakcik,bagi diskaun sikit.nanti dah kahwin boleh la saya tolerate kalau ada yang tak cukup tu. : p

0 comments:

Post a Comment