sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Sunday, October 20, 2013

Deep Talking : Cerita Nikah Kahwin Part 1

Starting tahun lepas gua mula fikir fasal jodoh.Kenapa? Ntah.Natures calling?HAHAHA.Maybe sebab gua rasa seorang kot.Maybe sebab BFF gua dah kahwin.Maybe sebab gua dikelilingi oleh orang-orang yang merancang nak kahwin.Maybe sebab gua rajin nau baca buku pasal Baitulmuslim dan yang seangkatan dengannya.Maybe bak kata abang gua sebab rasa kosong,rasa separuh jiwa tak lengkap (owh cheesy)

Seriously,when people started to talk about marriage I just sit there…menyampuk….jadik nasik tambah…gelak-gelak but when the question started to come to me : Bila lagi ni ? dan macam-macam lah bentuk soalannya tapi intipatinya tetap sama : bila nak kahwin ?
Dear people,kalau lah benda ni semudah Air Batu Campur Gula Kabong,dah lama dah lu tengok gua kahwin.

Dear people,disebabkan gua ni bekas debater,gua jenis suka bagi lu faham konsep sebelum buat judgement.Yeah,you people ialah juri (sebab you kan judgemental.wahahaha)

Baik,begini tuan-tuan dan puan-puan…untuk kahwin,seseorang perlukan pasangan.Jadi disini gua nyatakan yang syarat pertama dan key point pertama iaitu pasangan,gua belum ada lagi.
Dear people sebelum lu bising-bising kata gua memilih dan sebagainya,mari gua terangkan definisi pasangan ni kepada lu orang.

Baik,lu orang beli kasut kan…kasut lu orang tu sama saiz ke tak ? Design dia sama ke tak ?
Ye kalau you guys jawab : eh mestilah sama jadi disini gua rasa lu dah faham maksud pasangan tu ye.
Ye,pasangan tu mesti la sama saiz.Sama design.Seimbang.Kalau belah kiri,dia punya pelekat(kasut sekolah) mesti la sebelah kanan.Yang kanan kat kiri.kalau beli kasut ada curve dia ikut curve kaki.Kaki kiri,curve dia kat kanan.(cek kaki lu sekarang).lu Nampak tak perkaitan dia.Mesti seimbang.Balance.Compatible.

Gua tak boleh main sauk je der.Nanti la gua kasik terang dalam part 2 pasal pasangan tu pulak.Ni baru definisi ni bhai.ciri-ciri tak lagi ni.Ha kau,amek…selalu sangat tanya pasal kahwin kan? Ni makan dia..gua bagi hujah balas bermuka-muka surat.

0 comments:

Post a Comment