sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Monday, March 5, 2012

WE ARE ALL TO BLAME

Bila dunia menjadi puncak.bila alat jadi tujuan.bila kapitalis meraja maka siapa harus kita salahkan?Bak kata SUM 41 yang melalakkan “we are all to blame”.We want it all right?but yet we don’t want to make any sacrifice but yet we have to sacrifice…ourself and our next generation.Bila hidup mahu itu,mahu ini.Mahu mudah mahu senang.Kemahuan sudah seperti keperluan.Nafsu tak ditahan-tahan.Sudahnya ditunggang nafsu.Sudahnya sendiri yang azab.
Tuhan telah bercakap pada kita dalam kalimahnya.Dalam Ar-rum.Telah jelas kerosakan di langit dan bumi kerana tangan manusia.
TANGAN MANUSIA.
Siapa manusia?Kau.Aku.Dia.Mereka.Kalian.Kami.Anda.Ke anda itu lembu?bukan?Tahu pula menjawab tapi masing-masing cara fikir serupa orang tak diberi akal.Pertukaran tempat nampaknya.Otak di lutut,nafsu di kepala.Chantek.sangat.
Dan kerana material jadi agung.Maka kau sendiri menanggung.Aku bukan menolak pembangunan.Aku sendiri hidup tak melestari alam.Tapi kalaupun aku tak pakai hybrid car,tak pakai nfon perlukah aku diam kalau nyata-nyata loji pembunuh mahu ditubuh?
Tapi anda boleh saja memaki aku:
“Senyap la kau,rare earth tu yang guna buat bateri i-phone kau,BB kau”
Aku jawab
“Syial..aku tak pakai i-phone,BB pon tak”
“Senyap lah kau.bateri dalam nfon bodoh kau pon pakai rare earth”
Baik,aku patut diam.We want it all.with no sacrifice.
Aku tak anti pembangunan.tak anti lestari alam.aku sentiasa lalang.Tapi yang pasti dunia kan rosak kerna tangan kita-kita.Teruslah merosakkannya.Tuhan nak kita tahu dan fikir takde apa yang manusia buat mampu tandingi DIA.Kau konon-konon teknologi kau hebat.Tuhan bagi tsunami,banjir..elok camne kau tanam sisa radioaktif kau tu…bocor jugak dia…mampus jugak sape yang sedut,minum,makan.

P/S:.Buat benda biar pakai otak jangan ikut duit kau boleh lantak.

Wednesday, February 22, 2012

Love letter


Kalau kita sedih kan...mesti kita akan carik orang yang paaaaling kita sayang kan,kan?Tapi kalo orang yang kita paaaaaaling sayang kat dunia ni dah takde..mesti kita kena carik orang lain yang juga kita sayang kan,kan?Saya kecewa betul bila dia yang saya sayang tu macam tak boleh nak "up" kan saya yang sangat down...Ye la,saya harap ada love letter dari dia..Kalo tak love letter pun kan...saya harap sangat dia boleh bagi quote ke...philosophy ke...something yang boleh buat saya stop and think back..reflect..sebab saya ni bukan jenis yang orang boleh gula-gula macam budak-budak..tak cukup bagi saya setakat kata kesian..saya harap dia tu mampu bagi kata-kata yang buat saya sejuk ati..tenang..tapi itu la...saya berakhir dengan kecewa..tapi takpe awak..saya sayang awak jugak walaupun awak tak berjaya buat saya up...sebab...saya ada love letter dari yang lain..DIA yang pemilik hati saya ni...DIA yang tak pernah berhenti memberi dan paling faham saya...mengetahui segala-galanya..apa yang baik dan tak untuk saya..Malam tadi kan..saya baca love letter DIA...


Tapi masa tu saya tak perasan lagi maksud DIA..2 kali saya baca translation malam tadi..pagi ni saya tengok translation lagi..kemudian saya sampai pada ayat ni:

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."


Awak..saya baca AL-Hadid ayat 22-23 di saat saya tengah down.Saya rasa lega sangat.Awak,saya tak harap awak hafal quran sampai awak boleh bagi saya mana-mana ayat quran untuk saya fikir balik dan rasa lega,tenang.Saya cuma harap awak pun baca quran,love letter dari pemilik hati awak dan saya supaya bila awak pun ada masalah,awak akan balik pada DIA.Saya nak pulang apada DIA...Jom ikut saya!




p/s:Awak,saya nak kita bukan setakat berkongsi "idea cinta",rasa tapi "falsafah cinta"yang sebenar juga.Ya,saya harap awak orangnya..Jom kita sama-sama cari Cinta DIA.

Monday, February 20, 2012

---Home---

Hidup tu never like what we expect.Hari ni kita gelak,esok belum tentu kita akan gelak juga.Hari ini kita sedih tapi belum tentu kita terus bersedih.There’s a time in life we feels like no one care…tapi sebenarnya bukan orang tak care..kita yang x open up.Things boleh kita relate pada hubungan kita dengan tuhan sebenarnya…Kita rasa tak dipeduli sebab kita yang tak mahu mengadu..kita tak mahu meluah rasa sedang sebaik-baik pendengar tu DIA yang Maha Pendengar…Tapi hati kita degil betul mahu cari pendengar lain.Manusia tu penuh keterbatasan…Seorang pendengar yang baik belum tentu boleh mendengar dengan baik bila dia juga sedang dilanda masalah,dibatasi waktu…bukan hanya kita yang dia mahu comfort.Diri dia sendiri perlu comfort.Sebab..manusia tu insan yang terbatas dalam banyak hal..lemah selemah-lemahnya..Sedang tuhan tu tak terbatas kuasanya…penduduk bumi dan langit tak putus-putus meminta padanya.DIA sentiasa dalam kesibukan tapi yet DIA yang maha Memberi..

Kita merungut soal GIVE AND TAKE antara kawan-kawan…kecewa ….lelah bila hanya kita yang memberi sedang dia hanya menerima,menerima dan menerima tanpa ada rasa mahu memberi.Sedang DIA yang terus menerus memberi pada kita tak pernah kecewa pada kita..Masih kita dikurnia nikmat..Maka nikmat tuhan manakah yang kita dustakan…Tiap kali kecewa…tarik nafas dalam-dalam..fikir…apa yang kita beri kecil sangat untuk DIA yang sentiasa memberi.Jadi kenapa cuba diraih-raih redha manusia yang tak pernah redha dengan apa yang diberi?Bukankah lebih baik diraih redha DIA yang sentiasa memberi tanpa putus pada kita.Fikir balik ini,baru kau tak rasa kecewa…baru kau tak rasa lelah...

Manusia itu terlalu ingin berkuasa.Apa yang diberi serasa itu mutlaknya,miliknya abadi…Sedang jasad sendiri bukan punya kita.Bila yang kita rasa milik kita itu diambil kembali,pedihnya hati..sebab kita merasa itu punya kita.Hati mula walang..sedih tak bertepi…sedang itu cuma pinjaman…pinjaman yang diberi untuk kita meneruskan hidup.Seorang ibu dipinjamkan buat kita agar dia menyebar,menanam..cinta DIA pada kita..sampai umur yang kita perlukan…bukan selamanya punya kita..bukan selamanya hak kita….punya tuhan,tiba masa tuhan ambil kembali biar kita tak letak,gantung harap pada ibu itu sampai lupa bersandar pada DIA yang sepatutnya…
Lemah itu sifat manusia.Sifat hamba..yang kuat itu sifat tuannya…RABB..

Ujian dalam hidup itu untuk menguji iman dalam hati.Hati yang lemah imannya akan meratap..merungut pada setiap ketentuan..ujian…sedang hati yang kuat akan terus bersyukur..berbaik sangka terhadap setiap yang tuhan takdirkan untuknya…Pohonlah hati yang bersih…pohonlah keyakinan yang teguh agar hidup dapat dijalani dengan damai…tenang…Hanya hati yang kuat,tak goncang imannya dapat menerima setiap takdir kerana hati yang teguh sentiasa percaya pada Qadak dan Qadar…asas keimanan itu..
Duhai hati yang berduka…Jangan escape dari rasa…Wahai jiwa..pulanglah pada pencipta..segala rasa,DIA yang beri…pulang padanya..Mohon kasihnya….Mohon perlindungannya..Mohon diusir rasa takut,sedih…mohon tak rapuh…DIA pemilik hati kita…mohon keteguhan..kekuatan...HANYA,HANYA pada DIA..

P/S : Berhenti cuba mencari sandar pada jiwa rapuh manusia.

Friday, January 27, 2012

Di Mana DIA Di Hati Aku

Salam
Its been while aku tak post apa-apa.Jujur aku cakap…aku tak tahu apa motif hidup aku semenjak dua menjak ni.Aku try baca a few books..hoping aku dapat tetapkan balik jalur hidup aku.Aku tak tahu apa condition hati aku sekarang.Aku pasti its not working well.Aku ada conversation dengan seorang kawan,kakak…a few person…Aku tahu benda tu..I mean apa punca,apa masalahnya sampai aku rasa kosong sangat.Aku ingat satu ayat ni:Kita boleh mintak Allah guide our steps tapi kalo kita tak start a step tak jadik kan.Then,that’s my problem.I’m not moving.I’m not doing anything in order to keep myself influential..to keep myself istiqamah…

Sungguh aku cakap,berat betul rasa ni.Rasa kosong.Rasa tak dipeduli.Aku tahu rasa tu jadi sebab aku sendiri tak ambil peduli hal-hal agama.Ya,aku baca quran.Tapi serap ke tak dalam hati?Ntah…Aku dah lama bergelumang dengan rasa ni.Aku tak tahu bila aku nak move.Bila aku nak ubah.Nak tunjuk effort.Takkan nak suruh mati jemput baru nak usaha.Time tu tentu,tentu tak guna lagi kan.Aku takut ingat mati..tapi satu usaha aku tak buat untuk tu.Aku sedar.Kejap.lepas tu aku lupa balik.

Sungguh aku tak cukup kuat untuk ingatkan diri aku.Tok motivate diri aku.Tok jadi istiqamah.Ingat aku tak jeles tengok orang yang hidup dalam cahaya.Yang setiap hari,dia takde masalah untuk mujahadah.Aku tak tahu…
Hilang bila seorang,Lalai dalam ramai.
Sehari,seminit pun lupa kejap je kat DIA.Suck gile hari.Si Kelly Clarkson kata:My life would suck without you.Life aku sucks sebab aku tak ingat DIA.

Ntah la…aku isi hari-hari dengan benda yang aku tak tahu apa.Hidup tanpa tujuan.Aku sendiri yang pilih tok kosongkan kepala aku,hati aku.Nak lari dari tanggungjawab.Nak escape konon-konon.Escape jadah.Lari la cane pon…tak boleh nak lari dari DIA.DIA campak rasa bersalah dalam hati.Nak sangat Escape.DIA paling sikit je…kucar kacir hidup,kosong,sepi.Gila rasa tu.Orang tak rasa tak tahu.Rasa hilang.

Aku taknak DIA paling.Sebab aku tahu macammana rasa tak dipeduli.Tak dipeduli tu macam rasa yang aku rasa sekarang ni la.Serius kosong.Gila aku tak tahu nak define macammana kosong yang teramat tu.Lompong.Hati aku,DIA yang pegang.Aku tak isi dengan mengingat DIA makanya hati aku kosong yang teramat.
Menulis dengan rasa nak menangis tapi tak tertangis.Kosong yang menghukum rasa.Sakit tak boleh cerita.Syukurlah kau hidup dengan rasa penuh.Aku nak hidup dengan rasa penuh.Aku tak tahu mana nak mula.Aku tak tahu bila hati aku nak berasa.Rasa penuh.Bukan rasa setakat benci,sakit hati,suka semata.Rasa.Rasa DIA dalam hati.

Wednesday, January 4, 2012

BIMBINGAN YANG MEMBIMBINGKAH?

Salam Sejahtera ke atas kamu khalayak pembaca
Jika saya disuruh menjadi kaunselor yang menganut fahaman behavioris,maka saya merupakan kaunselor yang gagal.Gagal kerana saya bukanlah seorang yang akan mengiyakan kata-kata klien saya.Pertama sekali,bagi yang kabur disini,saya sebenarnya mahu bercakap tentang subjek baru yang saya akan pelajari iaitu Bimbingan dan Kaunseling

Mukadimah dan definisi telah disampaikan oleh En Hatim yang saya kira diterangkan dengan cukup menarik.Saya secara personal tertarik dengan penyampaiannya yang meyakinkan.Baik,setelah berjam-jam di dalam dewan kuliah,saya dapati saya bakal menjadi kaunselor yang gagal atas faham berikut.

1. Saya tidak akan mengiyakan apa yang saya kira salah

Saya dapati sebagai kaunselor dalam subjek bimbingan ini,tiada yang betul dan tiada yang salah.Bagi saya yang degil dan ego serta kejam(kaunselor perlu bersifat empati) Saya tidak akan bersimpati dengan apa yang bertentangan dengan sudut pandang saya.

Tuan-tuan dan Puan-puan juga cik dan encik sekalian
Sudut pandang individu bergantung pada system kepercayaanya(believe system) serta menurut pengalaman dan background individu.Maka,saya tidak akan bersimpati dengan mereka yang mengadu pada saya sekiranya apa yang diadukan sangat bertentangan dengan believe system saya.Saya akan termasuk dalam kalangan orang yang akan menyatakan kesalahan orang itu kerana saya yakin dan percaya jika kita mengiyakan apa yang terbukti salah bermakna kita menyesatkan klien.
Kenapa?
Kerana kita(manusia) tidak boleh menjustifikasikan setiap tindakan kita kerana sebagai manusia yang merupakan hamba Allah,yang perlu kita ikuti ialah justifikasi DIA.

Maka,saya melihat subjek bimbingan ini sekular sifatnya kerana tiada yang betul dan salah dalam tindakan seseorang.Saya percaya dengan yakin subjek bimbingan mengikut acuan mereka yang kacau system kepercayaannya(yang juga penganut agama Darwin kebanyakannya) tidak boleh diharapkan menjadi solusi kepada permasalahan.
Kaunselor penganut mazhab behavioris saya kira seorang yang lalang ditiup angin kerana pendiriannya berubah mengikut klien.Mereka tidak boleh menegakkan satu kebenaran untuk diperhalusi klien.Klien dibenarkan berfikiran dan pendirian sewenang-wenangnya sedangkan perkataan bimbing itu sendiri membawa maksud yang besar.Bimbing tentunya pada jalan yang benar,bukan bimbing seseorang mengikut citarasa orang.Saya percaya,pembetulan dalam sudut pandang perlu dalam bimbingan dan kaunseling agar klien tidak terus samar.Maka,alangkah baiknya kalau bimbingan dan kaunseling dari sudut islam turut diberi definisinya tadi.Kan Encik Pensyarah?

P/S:Kita sedar kita belajar sesuatu yang bertentangan dengan nilai kita,tapi kita cuma mampu diam.Adakah saya sahaja yang lahir dengan sikap tidak mahu mengikut dan degi?Adakah saya sahaja yang lahir dengan sikap suka mempersoal?Maafkan saya,jika kita tak sependapat dan sefahaman.

Saturday, December 31, 2011

Last Rant 2011

Salam.
Hari ini,hari terakhir 2011…esok 2012 akan bagi salam kat kita semua.Aku nak buat rant terakhir aku untuk tahun 2011.Aku harap betul last sebab aku tamaw da rant benda-benda sedih.
2011 pada aku tahun yang hambar .Itu aku punya judgement bila masuk pertengahan tahun 2011 dan aku tak sangka akan diakhiri dengan kesedihan.Lumrah hidup.Ada pahit,ada manis.Ada datang,ada pergi.
2011 seolah-olah permulaan untuk aku kenal erti tanggungjawab.Tuhan tu adil…kalau terus terjelepuk dugaan ,tanggungjawab tu datang pada 2012 mungkin tak tertanggung pada aku yang masa tu akan hadap praktikal,internship,tesis…
Jujur cakap,kehilangan emak aku merupakan perkara yang dalam list sebagai tak tahu aku nak hadap.Dari dulu aku selalu doa mak ada dengan aku.Aku nak dia lihat aku Berjaya.Tapi aku Cuma doa,tuhan lebih tahu yang terbaik,untuk dia,untuk aku.
Bila sedih datang,aku selalu fikir mungkin ada baik mak pergi waktu itu sebab di kemudian aku tak tahu Aminah yang bagaimana aku akan jadi.Aku patut bersyukur sebab aku ada 21 tahun masa dengan dia.Dia tak dijemput waktu aku kecil-kecil,waktu kasih sayang ibu sangat diperlukan.
Arwah mak selalu berdoa masa aku kecil agar umurnya dipanjangkan supaya dia boleh jaga anak-anak dia.Arwah mak pernah cakap yang aku dah besar,dah bakal jadi guru..nothing worry her anymore dan nyata tuhan ambil dia saat dia dah rela…saat dia dah bagi kasih sayang yang cukup pada kami…Adil kan tuhan.Kita berdoa penuh harap..dia bagi.Alhamdulillah,mak pergi dengan mudah dan aku bersyukur,aku ada disisi emak menguruskan dia.Kegusaran aku tentang bagaimana kalau mak pergi dan waktu itu aku dipostingkan nun di sabah,Sarawak dah berakhir.Aku ada waktu dia pergi.Aku patut syukur kan?Itu pun dah patut buat aku syukur kan?
Aku patut syukur sebab mak pergi mudah.Mak selalu cakap dia tak mahu susahkan anak-anak.Dia tak mahu anak-anak berdosa sebab merungut bila jaga dia sakit kalau dia sakit kelak.Hati siapa tak pilu dengar macamtu kan?
Aku tutup 2011 dengan rasa pedih dan sedih yang mengisi segenap ruang hati.
Katalah apa kalian nak kata.Aku Cuma manusia biasa.
Melihat adik,abang meleleh air mata memang meruntun jiwa memaksa aku jadi beku takde rasa.Aku Cuma tahan air mata.Enggan jadi lemah agar dapat beri semangat pada mereka.
Aku tutup 2011 dengan rasa duka,rindu yang tak tertahan
Aku mahu buka 2012 dengan penuh rasa tanggungjawab.
Aku mahu buka dan akhiri tahun-tahun mendatang dengan jiwa penuh bukan kosong
Aku mahu buka dan akhiri hidup dengan penuh harap dan bersandar pada DIA
Aku mahu pinjam kata-kata arwah emak buat kuat semangat
Sandar pada kayu,kayu reput
Sandar pada manusia,manusia lari
Sandarlah pada Tuhan,DIA kekal abadi.

Monday, December 26, 2011

Sang Pemimpi Melayu

Sungguh waktu ini,aku tidak boleh menyusun apa yang dalam fikiran dalam bentuk kata-kata yang bertulis. puas sudah aku memaksa.Tapi idea bukan perkara yang boleh dipaksa-paksa. Aku tidak boleh berfikir waktu ini. Sudahlah beralasan Kamil.Edward De Bono kata,berfikir itu satu teknik. Benda yang boleh diasah, Benda yang boleh keluar kalau kena cara. Tidak tahu malu betul. Alasan orang malas senang sangat nak dipatahkan sebenarnya.
Kurang ajar…

Aku selalu ada 2 orang dalam diri aku. Pertama si pesimis.Ya, dia yang beralasan tadi. Ya,seorang lagi Si positif yang menghentam aku dengan hujah Pakcik Edward. Kalau boleh, aku mahu menghalau mereka dari dalam kepala aku bila mereka mula bertengkar. Semak kepala aku dengan mereka.Tapi selalunya si pesimis menang dalam banyak perkara sebab dalam banyak hal aku lebih suka diam tidak buat apa-apa. Pemalas.

Sekarang aku perlu menyiapkan satu tugasan yang diberikan oleh pensyarahku. Ya,seperti kalian..aku juga pelajar. Oh,kamu bukan pelajar? Maaf, maaf..golongan sasarku pelajar tapi tidak mengapa bacaan ini untuk bacaan umum.Jangan risau..tulisan aku ini tidak mengandungi adegan seks terlampau mahupun sensasi taraf rendah macam filem-filem hantu mahupun bonceng Melayu.


Berbalik pada cerita aku dan tugasan. Aku perlu menyiapkan tugasan berkaitan tamadun Melayu. Maka pada saat deadline sudah tinggal beberapa hari tentulah aku perlu segera menyiapkannya. Budaya kerja yang sangat dibanggakan oleh pelajar : Menyiapkan tugasan di minit akhir. Bagi menjustifikasikan budaya itu, senang sekali kami memetik pepatah Inggeris “Pressure made diamond” yang jika diterjemah secara terus bermakna “Tekanan menghasilkan permata.” Permata? Sampah lebih tepatnya.
Di bawah tajuk tamadun melayu,kami diberi kebebasan untuk menulis apa sahaja tentang tamadun melayu asalkan ianya mencakupi proforma subjek. Aku sudah puas memerah otak.Selama ini aku selalu kelihatan seperti pembela Melayu. Malah dalam tulisan merapuku di blog peribadi senang sekali aku bercakap soal melayu kerana dalam diri aku masih terselit rasa cinta pada bangsa ini. Aku juga kadang-kadang terdengar berkhutbah soal melayu di hadapan rakan-rakan yang terlalu mengagungkan tamadun eropah dan segala produk tajaannya.

Aku ingin sekali menulis sesuatu yang sangat menarik yang mencetuskan semangat dan membuka mata si mulut besar yang tersembur-sembur air liurnya berbahasa Inggeris. Ingin aku campakkan tulisan ini pada suara sengau yang sibuk berdendang lagu rap. Mahu aku tepuk-tepuk muka pesek yang dengan sangat kurang ajar menukar baju kurung dengan potongan-potongan pelik atas nama fesyen. Tinggi dan berkobar-kobar semangatku bukan? Tapi….pada saat ini,perasaan yang aku rasa ialah…..zzzzzzzzzzzzzzz…….




Hampir-hampir aku tergelincir apabila aku membuka mata.
“What the…” perkataan hell terjerit dalam hati apabila yang terbentang di hadapan mataku sebatang sungai yang lebar. Aku berada di tebing sebuah sungai yang sungguh tidak ku tahu lokasinya. Otak mencerna..mana aku berada…
Belum sempat aku berfikir lebih jauh, aku sudah mendengar keriuhan datang dari tebing sebelah. Kedengaran suara orang riuh. Aku melihat api tanpa jelas apa di seberang sana. Aku meraba-raba muka. Padan la…Cermin mata tidak ku pakai. Aku masih lagi pelik dan aneh.Di mana aku berada. Semua yang aku nampak hanya samar-samar berkabus.
Aku berjalan
Berjalan
Dan berjalan
Jalan lagi..
Aneh,entah jambatan mana aku lintas, sedar-sedar aku berada dalam kumpulan yang hingar bingar mengangkat jamung. Aneh,sungguh aneh pakaian mereka.hanya bersarung sahaja.Apa masalah orang-orang ni? Takkan berperhimpunan halal pula malam-malam buta ni membantah kenaikan harga kain? Tepi sungai? Aku tidak boleh meletakkan satu logik atau justifikasi untuk tindakan manusia-manusia pelik yang semuanya berwajah melayu yang sangat melayu.



“Makcik!” Aku menjerit kepada seorang makcik yang terlihat dalam keriuhan ini. Makcik itu cuma menoleh, tersenyum. Kain kelubung dibetulkannya. Masalah betul makcik ni. Apa pula berkelubung batik. Ini dah macam filem lama-lama. Aku menjerit lagi meminta agar makcik itu datang kepadaku. Aku mahu tahu dimana aku.
Gagal..
Suaraku tenggelam dalam sorak menyebut bunuh.Ya, dari tadi aku hanya mendengar perkataan BUNUH. Ya,satu lagi yang terdengar di telingaku perkataan PENJAJAH.
“Woi, negara kita mana pernah kena jajah, kan professor pun cakap macam tu!” Aku cuba berteriak kepada kumpulan yang hingar bingar itu. Ya sarkastik bukan kedengarannya bila mengatakan kita tidak pernah dijajah? Aku menyapa pakcik yang memegang tombak.
………………..
Ah,parah…suaraku tersekat di kerongkong.sebutir perkataan pun tidak terkeluar.
Aku dah bisu?
Pakcik kita nak pergi mana?
Kita kat mana?
Apa pakcik buat ni?
Lagi….suaraku tersekat di kerongkong.Aku cuba menjerit. Aku tak bisu!!!!!! tak mungkin aku sudah bisu.
Arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!


Kerongkong perit. Sungguh.mata kubuka..perlahan..
Betul-betul ada manusia sedang menghadap aku.
“woi, aku belum mati la korang nak buat talkin!” Aku bingkas bangun. Tapi aneh. Aneh sungguh. Mereka seolah-olah tidak melihat aku.mereka khusyuk berbincang. Seolah-olah membincangkan isu yang sangat serius
“Orang putih itu harus kita bunuh!”
“Benar”
“Semenjak kedatangannya kuasa kita memungut cukai sudah hilang”
“Betul…pandai-pandai pula mengharamkan kita menyimpan hamba”
“Hamba itu tanda kita orang besar.”
“Kuasa beta semakin tergugat.nasihat itu nasihat ini..bertentang betul dengan adat kebiasaan beta.”
Aku memandang muka mereka satu persatu. Rahang bagai mahu jatuh.
Tak mungkin!
Jangan cakap aku berada dalam mesyuarat merancang pembunuhan J.W.W Birch
Gila..
Aku mimpi kan? Aku tepuk-tepuk muka dan…
Makcik tu!

Makcik yang turut berada dalam kelompok orang yang kalau kata moden sekarang berdemonstrasi. Bezanya demonstrasi mereka, demonstrasi sungaian
“Makcik!”
Aku jerit lagi. Aku pasti makcik itu tahu apa yang sedang terjadi.aku langgar orang yang sedang berbincang dan..wutt…seperti angin…aku langsung dapat melalui badan mereka. Aku halimunan? atau…
Ya Allah,jangan cakap aku dah mati
Ya Allah,aku belum bertaubat
Ya Allah,aku belum minta ampun pada Ibu.
Aku serasa air mata meleleh membahasi wajahku. Aku berteriak penuh penyesalan
Allah, Allah, Allah…
“Nak…” lembut satu suara memanggilku
Makcik tadi! Refleks aku mengangkat wajah. Aku yang sudah tersemban di atas tanah tebing sungai berdiri.
“Makcik nampak saya?” aku bertanya dengan wajah keruh.
Angguk
“Makcik…saya tak mati lagi kan? Saya kat mana?” Aku menyoal bertubi-tubi
Senyum

Dia mengusap ubun kepalaku tiba-tiba. Lembut. Selembut belaian ibu. Diraih tanganku meminta aku berdiri dan aku bagai dipukau,mengikut wanita itu.


Ketika aku tiba di tebing sungai yang entah di mana, aku mendengar kecoh-kecoh lagi. Dunia apa yang aku masuk ini? mengapa kecoh-kecoh dari tadi?
“J.W.W. Birch sudah mati!”
Aku tersentap.J.W.W Birch residen Perak .Bermakna aku di Perak? Aku di tebing sungai Perak
“Nak…kau nak lihat sebuah sejarah bukan? ini sejarah” Lembut wanita itu bersuara
“Nak,kau lihat bukan bagaiamana mereka berbincang mahu membunuh residen itu?”
Angguk
“Nak…kau dengar menagapa mereka mahu membunuhnya?”Tanya wanita itu lagi
Angguk
“Nak…itulah bangsa melayu dulu nak..” wanita itu mula membuka bicara dan tidak lagi mengajukan soalan.Aku hanya duduk termangu. Cuba menerima hakikat sejarah bangsaku.
“Nak…kau lihat marahnya mereka soal kutipan cukai?”
Angguk
“Nak..tahu tak kau mereka sama sahaja dengan penjajah?”
Aku pandang wajah wanita itu,penuh pertanyaan
“Maksud makcik?”
“Nak, mereka mengutip cukai kepada penduduk tempatan bukan untuk diagih pada rakyat..tapi untuk kegunaan mereka sendiri”
Aku bagai tak percaya. Tipu!!! Aku jerit dalam hati. Tak mungkin seteruk itu bangsaku. Tak, minda Kolonial sudah meracuni pemikiran makcik ini. Makcik ini tentu tali barut British
“Tipu!”
“Makcik tipu,sejarah yang makcik beritahu ini tipu bukan? Sengaja makcik karang bukan? Ini semua agenda british kan makcik? Mereka selidik,kaji minda orang melayu,mereka putar belitkannya, Mereka gelapkan fakta yang benar dan menggantikannya dengan sejarah yang busuk supaya moral bangsa kita jatuh. biar kita tak mampu nak angkat muka pada mata dunia. Betul kan makcik???”Suaraku naik walaupun aku tak diajar untuk kurang ajar dengan orang tua.”
“Sungguh makcik tak tipu nak…”
…………………………..
“Nak,kalau dulu…mungkin kita punya sejarah yang gemilang. Tapi nak, waktu itu makcik sendiri tidak lahir untuk menjadi saksi sebuah sejarah”
“Ha, makcik pun tak tahu. Makcik,kita punya tamadun yang hebat makcik .Itu fakta yang disembunyikan barat” Aku membalas.
Makcik ini perlu aku sekolahkan. Pantang sungguh aku orang yang merendah-rendahkan martabat melayu.
“Tapi nak…kau pun tidak lahir lagi untuk membuktikan kesahihannya” Balas makcik itu
“Memang la saya tak lahir lagi,tapi saya sedang mengkaji tentang kehebatan tamadun melayu kita makcik. Saya akan buktikan” Aku bersemangat membidas.
“Nak, setakat ini..satu perkataan pun tak kau tulis lagi. Yang kulihat,kau cuma tidur”
Eh makcik ni..
“Saya nak buat la ni makcik..”
“Nak, sikap macam kau inilah yang merugikan bangsa kau”
“Kenapa pula? Apa masalah dengan sikap saya?” Tanpa perlu menunggu aku terus melawan dengan suara bernada tinggi. Sungguh kurang ajar. Malu ibu kalau dia melihat pertengkaran ini. Seolah-olah dia tidak tahu mengajar pula.
“Nak, sikap kau sama sahaja dengan pembesar-pembesar itu..”
“Kau marah bila orang menegur kebiasaan buruk kau, etika kerja kau”
Aku diam. Sedar. aku punya etika kerja yang sangat buruk dan jika aku keluar berkhidmat di jabatan awam aku akan menjadi seorang petugas yang sangat tidak produktif yang mungkin menghabiskan masa berbahas soal politik, keengganan terhadap dasar.
“Nak, sejarah…prestasi masa lalu bukan ukuran untuk kejayaan hari ini. Mungkin satu masa dulu bangsa ini gah..mungkin benar pernah melakar sejarah gemilang. Tapi nak,itu tak bermakna apa-apa kalau kau tak ambil satu yang baik dari itu”
Aku bungkam. Betul. Prestasi lalu bukan ukuran kejayaan.
“Nak, kau lihat korupnya pemimpin bangsamu…bukankah kau belajar dan tahu…apabila seorang pemimpin mula menzalimi pengikutnya dan apabila pengikut terlalu mengagungkan pemimpinnya yang menunggu bangsa itu cuma kehancuran”
“Nak…kau selusur kembali sejarah nak…kau sedarkan diri kau dan orang….lihat mengapa kita dijajah dan bukan berbahas soal sejarah lampau, soal pejuang kepada bangsa ini….lihat mengapa kau roboh..kemudian berusahalah untuk tidak mengikut jejak yang terdahulu” Lembut wanita itu berkata. Meresap terus dalam hati.
“Nak,kau pernah mendengar tentang umat-umat yang dilenyapkan? kaum nabi Nuh,Luth?”
Aku angguk
“Nak, kau baca Al-quran bukan? Disebut berulang-ulang bagaimana kaum ini hancur,hilang di muka bumi. Cuma tinggal nama. Nak, bangsamu akan hilang…aku pasti kalau kemungkaran terus berlaku…kau lihat, bukankah robohnya sistem beraja.. masuknya residen itu kerana kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan pembesar dan rakyat itu sendiri?”
Aku angguk lagi. Benar. Logik.
“Nak, aku lihat kamu masing-masing sibuk berjuang soal raja, soal bahasa, soal keistimewaan sedang tuhan menyebut bukan nak, dijadikan kita berbilang bangsa untuk saling mengenal.. bukan untuk kau bertelagah… Kau sibuk nak berkhutbah soal kuman-kuman tapi isu umat kau tak selesai-selesai.”
Menikam kata-kata itu. Ya, aku suka berdebat soal itu dengan rakan-rakan sehingga aku sering dicop orang yang suka menentang. Aku baru sedar,aku menentang kerana aku suka beralasan, Dari bercakap soal masa lalu bukankah aku perlu memandang ke depan dan berusaha membaiki diri?
“Nak..tak banyak kau perlu bangga soal bangsa kau. Kau banggalah kau punya contoh yang sudah cukup baik. Banggalah kau sudah menjadi umat pada Muhammad.”
Betul
“Nak…kalau kau pulang nanti. .menulislah… Tulislah dan sampaikan kalimah tuhanmu walaupun sepotong. Nak sedarkan bangsamu,itu lebih baik.”
Aku angguk lagi. Serasa mahu kupeluk wanita itu untuk meluahkan rasa terima kasih atas perbualan dengannya yang membuka minda. Tapi, logik,pertanyaan tiba-tiba terjelma. Aku cuba mencari mengapa aku disini. Mengapa disajikan pemandangan aneh sebegini
“makcik…bagaimana saya boleh sampai ke sini?”Aku menyoal
“Nak.. kau tahu bukan tentang israk mikraj?”
Oh, tidak! MasyaAllah…jangan cakap aku kembali ke dimensi ruang dan waktu. Wajahku penuh takjub
“Kau tahu bukan? tapi situasi kau berbeza nak..”
“Kenapa?” Pantas aku menyoal
“Kau mati nak”
Mataku terbeliak tidak percaya.hatiku merintih tidak percaya
“Sabar nak…kau mati untuk sementara…sebentar lagi kau akan terjaga..kau akan pulang pada jasadmu..kau cuma tidur..”
Ya Allah.. Alhamdulillah..aku menghela nafas lega.
“Nak,aku mahu berpesan…pesan terakhir..”
“Apa makcik?”
“Kau mendekat padaku” arahnya
Aku mendekat
“Allahuakbar!”
Lafaz takbir kedengaran. Aku tersentak. Ku angkat muka. Tiada lagi warna kelabu kusam. Gelap pekat malam. Yang kulihat cahaya. Ya putih cahaya lampu menyinari meja belajarku. Kepala beralas buku “Perihal Melayu” dan kudengar lagi takbir. Azlan rakan sebilikku sedang solat. Ku telek jam di tangan. Dia qiamulail.

Aku bermimpi. Dibawa ke zaman penjajahan British di Perak. Kita pernah dijajah.Itu fakta. Aku sedang menaip. Menulis tentang Faktor Kejatuhan Tamadun Melayu dan resolusinya.
Makcik itu? Entah…aku tak pasti siapa dia. Setiap sebelum tidur aku berdoa agar bertemu dia kembali. Tapi hampa. Pesanku agar kalian jangan tidur semasa menyiapkan tugasan. Aku risau kalau-kalau makcik itu muncul dalam mimpi dan menyekolahkan kalian yang bebal.

P/S:Cerpen ini ditulis untuk latihan semasa Bengkel Penulis Cerpen bersama kak Salina Ibrahim.Adapun,cerpen budak baru belajar dan tak pandai berbahasa sebegini mohon dikomen untuk penambahbaikkan.