sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Wednesday, January 4, 2012

BIMBINGAN YANG MEMBIMBINGKAH?

Salam Sejahtera ke atas kamu khalayak pembaca
Jika saya disuruh menjadi kaunselor yang menganut fahaman behavioris,maka saya merupakan kaunselor yang gagal.Gagal kerana saya bukanlah seorang yang akan mengiyakan kata-kata klien saya.Pertama sekali,bagi yang kabur disini,saya sebenarnya mahu bercakap tentang subjek baru yang saya akan pelajari iaitu Bimbingan dan Kaunseling

Mukadimah dan definisi telah disampaikan oleh En Hatim yang saya kira diterangkan dengan cukup menarik.Saya secara personal tertarik dengan penyampaiannya yang meyakinkan.Baik,setelah berjam-jam di dalam dewan kuliah,saya dapati saya bakal menjadi kaunselor yang gagal atas faham berikut.

1. Saya tidak akan mengiyakan apa yang saya kira salah

Saya dapati sebagai kaunselor dalam subjek bimbingan ini,tiada yang betul dan tiada yang salah.Bagi saya yang degil dan ego serta kejam(kaunselor perlu bersifat empati) Saya tidak akan bersimpati dengan apa yang bertentangan dengan sudut pandang saya.

Tuan-tuan dan Puan-puan juga cik dan encik sekalian
Sudut pandang individu bergantung pada system kepercayaanya(believe system) serta menurut pengalaman dan background individu.Maka,saya tidak akan bersimpati dengan mereka yang mengadu pada saya sekiranya apa yang diadukan sangat bertentangan dengan believe system saya.Saya akan termasuk dalam kalangan orang yang akan menyatakan kesalahan orang itu kerana saya yakin dan percaya jika kita mengiyakan apa yang terbukti salah bermakna kita menyesatkan klien.
Kenapa?
Kerana kita(manusia) tidak boleh menjustifikasikan setiap tindakan kita kerana sebagai manusia yang merupakan hamba Allah,yang perlu kita ikuti ialah justifikasi DIA.

Maka,saya melihat subjek bimbingan ini sekular sifatnya kerana tiada yang betul dan salah dalam tindakan seseorang.Saya percaya dengan yakin subjek bimbingan mengikut acuan mereka yang kacau system kepercayaannya(yang juga penganut agama Darwin kebanyakannya) tidak boleh diharapkan menjadi solusi kepada permasalahan.
Kaunselor penganut mazhab behavioris saya kira seorang yang lalang ditiup angin kerana pendiriannya berubah mengikut klien.Mereka tidak boleh menegakkan satu kebenaran untuk diperhalusi klien.Klien dibenarkan berfikiran dan pendirian sewenang-wenangnya sedangkan perkataan bimbing itu sendiri membawa maksud yang besar.Bimbing tentunya pada jalan yang benar,bukan bimbing seseorang mengikut citarasa orang.Saya percaya,pembetulan dalam sudut pandang perlu dalam bimbingan dan kaunseling agar klien tidak terus samar.Maka,alangkah baiknya kalau bimbingan dan kaunseling dari sudut islam turut diberi definisinya tadi.Kan Encik Pensyarah?

P/S:Kita sedar kita belajar sesuatu yang bertentangan dengan nilai kita,tapi kita cuma mampu diam.Adakah saya sahaja yang lahir dengan sikap tidak mahu mengikut dan degi?Adakah saya sahaja yang lahir dengan sikap suka mempersoal?Maafkan saya,jika kita tak sependapat dan sefahaman.

0 comments:

Post a Comment