sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Tuesday, October 22, 2013

tulis.adil.

tuhan tu adil la kawan.
kau tak pandai logik matematik
dia bagi kau kecerdasan bahasa.
kau tak pandai tunjuk-tunjuk perasaan
dia bagi kau pandai gambarkan perasaan
dengan kata-kata
dengan tulisan
dan sekarang,adil ke kalau kau minta dia berhenti tulis
berhenti menggambar perasaan
kalau itu sahaja cara dia keluarkan apa yang bersarang 
yang menjentik-jentik
yang mengacau-ngacau
yang merusuh-rusuh
dalam korpus minda dia
kalau itu sahaja cara dia kuat tak berhujan air mata ?

cukup adil untuk tak menyemak pada suapan berita kau
tapi cukup adil ke untuk terus semak dalam kepala dia 

Zaman Ribena Gua Part 2

Menyambung part 2 kisah ribena gua…..Bila adik gua dah start pandai main maka gua pon ada kawan tapi kesiannya beliau selalu menjadi mangsa eksperimen gila gua.Dari kecik gua suka imagine.gua suka tiru.gua suka buat.Kalau ada cerita kartun kat rumah memang gua adapt la watak tu sebagai gua.Kalau ada cerita buat craft lagi la gua akan tiru.sampai jari gua pernah melekat sebab gua pergi guna gam paip abah gua nak pergi gam kertas.Mak gua plak jenis tak cakap jangan.Kalau gua nak tolong potong sayur ke..nak tanam jugak bunga ke…kekadang mak gua bagi anak benih saja suruh gua tanam,siram sendiri…Curiousity gua agak tinggi.2 kejadian yang hampir meragut nyawa adik gua semuanya sebab kebangangan gua

1st : Gua tengok cerita Swiss Family Robinson.Gua kagum gila orang tu survive kat pulau.Buat rumah atas pokok siap ada lif lagi.Satu hari gua dan adik gua pon buat la rumah atas pokok.tak la rumah sangat.kitorang just susun papan atas  2 dahan pokok dan pakukan…kira macam pangkin la…kitorang boh alat-alat dalam baldi pastu ikat baldi dengan aerial tv.pastu adik gua tunggu atas pokok dan gua pon tarik la tali (konsep takal.tapi taim tu gua tak faham mende pon.gua just tiru je tv).siap je pangkin tu gua pon cakap kat adik gua : dik,kau dok dalam baldi ni,den tarik kau naik atas.alaa macam lif kat tv tu.
adik gua taknak.tapi gua yakinkan jugak dia.Gua bakar dia : kau kan nak jadi soja (askar).Soja kena buat benda macam ni.Gua hasut dan hasut sampailah dia duduk dalam baldi tu.mula-mula tu okey lagi..sampai je setengah jalan,tali putus dan gedebuk! adik gua pon jatuh terhempas.taim tu adik gua tak boleh nak bernafas.gua dah cuak.gua takut gila adik gua mati.tapi benda temporary je.adik gua nangis-nangis.gua pujuk dia jangan bagitahu mak.dia nangis-nangis sambil cakap : den taknak dah main dengan kau!
nasib ah dia tak ngadu kat mak gua.

2nd  : benda ni pon gua tak ingat sangat masa umur berapa tapi kali ni,gua pon hampir maut.ceritanya gua teringin nak try isap rokok.gua tengok abah gua isap rokok pucuk macam best je..tapi gua tak berani nak rembat rokok pucuk dia…maka pada suatu hari,di kala gua dan adik gua sedang melepak di bawah pokok betik beralaskan tikar plastik yang disponsor mak gua…gua pon dengan geniusnya mengajak adik gua isap rokok.Adik gua ragu-ragu..Gua pon cakap kat dia : Jangan risau,kita buat sendiri rokok..
Maka jengjengjeng..gua koyak buku tulis abang gua (last-last pergi sekolah abang gua kena maki kat cikgu---tu belum cerita buku nota sains dia penuh dengan lukisan lagi).Dengan muka konfiden dengan penemuan gua,gua pon ambil daun betik kering…gua letak dalam rokok dan gua gulung dengan kertas.Jom,try!

Gua sua kat adik gua.gua bakar…dia satu,gua satu…kami sedut dan…arkhhhhh…tertelan asap dan seriously asap tu sangat perit..kami tak boleh nak bernafas.muka dah merah…macam nak mampos…adik gua paling teruk…dan benda tu pon temporary jugak…fasa-fasa bertarung dengan maut berakhir dengan ayat adik gua untuk kesekian kalinya : den taknak main dengan kau dah
dan seperti biasa benda tu hanya jadik cerita kami dan mak tak tahu pon.Sama-sama buat jahat sama-sama la kena simpan.Kejap lagi dua-dua jugak kena sebat.

*kekadang bila gua lepak ngan adik gua,gua cakap jugak benda ni dan biasanya dia akan cakap : den dulu bangang yo,ikut yo cakap kau an mok.

Zaman Ribena Gua Part 1

Bagi pembaca yang tak kenal asal usul gua,maka mukadimahnya marilah gua kabo ke lu..
okey,gua ni anak peneroka FELDA kat Negeri Sembilan.FELDA gua nama Pasoh 4.
Maka kehidupan gua tidaklah bermain dengan kereta control,skuter,roller blade dan sebagainya.
Hari minggu gua biasanya sangat lively sebab gua boleh pergi main dari pagi sampai petang sampailah kena perambat kat abah atau mak gua.Tapi main nya bese la..main pondok-pondok (dalam reban ayam tak pakai dah,tak pon atas pokok rambutan).Main ketinting,Zerofine,Satu lobang tikus,main nyanyi-nyanyi,main pengantin-pengantin(gua tukang kerekah bunga mak gua untuk buat hand bouquet.HAHA.Paling bangang pegi calit batu jalan yang warna merah…kalau ada batu yang lembut kaler ungu dan lain-lain kaler tu…pergi tarah atas mozek…konon tu eye shadow----naseb tak berkurap mata)

Tak pun gua akan ikut mak gua masuk ladang.Kadang-kadang je gua tolong cari lidi penyapu dan kutip buah lerai selebihnya gua melagha pergi terjun sungai atau main dengan kawan imaginasi gua (semua kanak-kanak ada kawan imaginasi dia.jangan nak nafikan ye).Kalau gua main kat sungai tu,gua akan kutip batu-batu sungai sambil membayangkan itu gemstone.Selain daripada itu,gua selalu bertanya kalau gua jalan ikut sungai tu nanti gua boleh sampai Kedah tak ? (Kampung gua kat Kedah,jadi gua selalu tahu Kedah dengan Negeri Sembilan je)

Pastu gua selalu dibantu oleh mak dan abah gua untuk buat pondok pakai pelepah sawit.Mak gua selalu bagi gua buku dan suruh gua duduk senyap-senyap kat pondok tu.Sampai gua besar bila gua dok khusyuk baca buku ke,novel ke…mak gua mesti sebut balik pasal perangai gua yang akan duduk senyap dari kecik lagi kalau diberi buku.

Satu lagi gua punyala bangang,gua selalu bayang gua tikus atau arnab (sebab gua tengok kartun arnab,gummy bear pastu baca buku tikus kampong dan tikus Bandar tu la).So,bila gua masuk ladang tu gua pergi la kutip buah mende ntah warna ungu…daun dia bulu-bulu..konon tu buah beri…musim sejuk nak tiba,maka gua pon kutip beri untuk hibernate.HAHAHAHA…Jadahnya la…HAHAHAHA

*Zaman kanak-kanak gua memang penuh dengan imaginasi.


Sunday, October 20, 2013

Deep Talking : Cerita Nikah Kahwin Part 1

Starting tahun lepas gua mula fikir fasal jodoh.Kenapa? Ntah.Natures calling?HAHAHA.Maybe sebab gua rasa seorang kot.Maybe sebab BFF gua dah kahwin.Maybe sebab gua dikelilingi oleh orang-orang yang merancang nak kahwin.Maybe sebab gua rajin nau baca buku pasal Baitulmuslim dan yang seangkatan dengannya.Maybe bak kata abang gua sebab rasa kosong,rasa separuh jiwa tak lengkap (owh cheesy)

Seriously,when people started to talk about marriage I just sit there…menyampuk….jadik nasik tambah…gelak-gelak but when the question started to come to me : Bila lagi ni ? dan macam-macam lah bentuk soalannya tapi intipatinya tetap sama : bila nak kahwin ?
Dear people,kalau lah benda ni semudah Air Batu Campur Gula Kabong,dah lama dah lu tengok gua kahwin.

Dear people,disebabkan gua ni bekas debater,gua jenis suka bagi lu faham konsep sebelum buat judgement.Yeah,you people ialah juri (sebab you kan judgemental.wahahaha)

Baik,begini tuan-tuan dan puan-puan…untuk kahwin,seseorang perlukan pasangan.Jadi disini gua nyatakan yang syarat pertama dan key point pertama iaitu pasangan,gua belum ada lagi.
Dear people sebelum lu bising-bising kata gua memilih dan sebagainya,mari gua terangkan definisi pasangan ni kepada lu orang.

Baik,lu orang beli kasut kan…kasut lu orang tu sama saiz ke tak ? Design dia sama ke tak ?
Ye kalau you guys jawab : eh mestilah sama jadi disini gua rasa lu dah faham maksud pasangan tu ye.
Ye,pasangan tu mesti la sama saiz.Sama design.Seimbang.Kalau belah kiri,dia punya pelekat(kasut sekolah) mesti la sebelah kanan.Yang kanan kat kiri.kalau beli kasut ada curve dia ikut curve kaki.Kaki kiri,curve dia kat kanan.(cek kaki lu sekarang).lu Nampak tak perkaitan dia.Mesti seimbang.Balance.Compatible.

Gua tak boleh main sauk je der.Nanti la gua kasik terang dalam part 2 pasal pasangan tu pulak.Ni baru definisi ni bhai.ciri-ciri tak lagi ni.Ha kau,amek…selalu sangat tanya pasal kahwin kan? Ni makan dia..gua bagi hujah balas bermuka-muka surat.

Friday, October 18, 2013

Tamparan Ghaib

Gua ni pesen yang mudah sentap.mudah sentap kat hati.anything happen around me mudah sangat nak menjentik-jentik rasa.Apa gua terbaca ke,orang cakap ke gua simpan dalam hati pastu gua fikir deep-deep.Ni bukan mende,dah memang habit gua .
Baik lupakan pasal tu..ni gua nak share pasal satu benda yang menjentik rasa gua.
Semalam gua browse home,naik kakak Ain(Penulis buku Give and Take antara Hamba dan Pencipta,PTS).Kak Ain ni baik gila…aku suka borak dengan dia pastu dulu aku belajar mengaji dengan dia.yup.belajar.aku mana pandai mengaji.tunggang langgang.
kak Ain kata gini :


sampai sekarang saya tidak faham kenapa orang berani tak pakai tudung,pakai baju ketat,tudung jarang,atas dada,tak solat , make up over tak fikir halal haram sampai bulu mata palsu pun releks je pakai padahal haram dan lain-lain,sedangkan benda tu saya takut nak buat. adakah mereka tak tahu yang segala maksiat2 tu akan beri efek pada hati. pada hubungan kita dengan suami. dengan keluarga. rezeki terhenti. duit selalu tak cukup. gaji banyak tapi tak sempat menyimpan.entah mana duit pergi. solat tak rasa manis. couple asyik putus memanjang. kahwin pula asyik curang sentiasa. betullah yang Allah cakap ' setiap musibah yang berlaku pada diri dan hidup kita ni, sebenarnya kesan dari diri kita sendiri. bukan Allah yang aniaya kita. takutlh..tolong takut..saya pun nasihat diri sendiri supaya tolong takut dengan Allah...

Gua baca tu,gua jadik reflect banyak benda.Kadang gua fikir jugak…no wonder la gua ni payah nak berubah gua fikir…sebab gua ni degil.Degil nak ikut skema tuhan.Gua sebenarnya sebelum tu dah macam reflect pasal pemakaian gua…sebab gua pernah cakap gua dah kerja gua nak pakai cantik-cantik to look presentable depan budak-budak tapi entah macam mana gua tiba-tiba ditampar secara ghaib yang memang gua perlu cantik to look presentable but at the same time gua sendiri perlu berpakaian patuh syariat sebab instead of look presentable gua jugak perlu tunjukkan the way a muslim woman should dress.
sebelum ni gua pernah tulis yang masalah social kat Malaysia (Islamic country) terjadi sebab berlaku clash dalam apa yang dilihat dan nilai yang dipegang oleh anggota masyarakat.Contoh ye,syariat memberikan guideline dalam berpakaian,berhubungan dan sebagainya tapi apa yang ditunjukkan oleh media,apa yang ditekankan oleh ibu bapa,apa yang ditunjukkan guru sendiri tak ikut macam syariat nak dan nilah yang creates masyarakat tak patuh syariat sebab masing-masing tak berperanan dalam menggalakkan budaya patuh syariat.
Seriously kak Ain,your post memang menampar min secara ghaib.buat nak fikir dan fikir.reflect dan reflect.
Gua rasa masalah jiwa gua jadik tak tenteram sebab ni la,sebab gua boleh fikir,cakap..tapi gua sendiri tak holistic..gua berani-berani nak buat rilex tak menutup aurat dengan sempurna.Dosa ni memang benda yang buat hati jadi tak tenang.No wonder.No wonder jiwa gua kacau walau masalah gua takde mende sangat pon.
Gua konon nak rilex nak nampak “biasa”.Tapi sebenarnya gua sangat-sangat salah!
Takde istilah “biasa” bila pakai tak patuh syariat.
Mulut kalau bercakap pasal agama,solat,puasa tapi yang tuhan suruh tak dibuat (tutup aurat) still masih tak lengkap.
Agama diambil berjuzuk-juzuk..bukan masuk,amal secara seluruh…sebab tu..sebab tu tuhan hokum rasa biar jadi tak tenteram.jiwa muslim tenang dalam syariat.kacau dalam dosa.goyang dalam syubhat.
Tahu tapi…tak mahu…tak mahu jadik tak mampu.
Tarik nafas dalam.Do something minah.Tuhan dah nasihat lembut-lembut tu.dah bagi jawapan untuk soalan kenapa tak tenang jiwa.

*Fikir dah,buat bila lagi Aminah?please..please…

Refleksi Pengajaran

HAHA.Padahal kemain liat nak tulih refleksi dalam buku RPH
baik,aku nak reflect sikit aku punya sesi pengajaran sepanjang 3 bulan ni
walaupun aku tak dapat major subject,tapi aku terima subjek lain ni as challenged
contohnya math.aku bukan minat sangat dan bukan reti nak ajaq pon tapi dah dapat kuhadap la

1st Subject : Math

Sepanjang aku mengajar,aku dapati masalah aku ialah sumber PnP aku tu tak cukup.pemalas senang cerita.tak mau usaha pi carik jam soh budak2-budak tu pusing nak bagi faham konsep.sebenarnya sama je ajar math dengan ks…basic dia sama je..content je beza..teknik sama je..
dan masalah budak aku ialah konsep pertama depa tak betoi.basic macam nilai tempat pun depa tak faham sungguh-sungguh kemudian pi pulak pada tambah,tolak jadik hancur la sebab depa tak faham pengumpulan semula…kalau darab  bahagi tu lagi la…depa tak faham konsep kumpul dan divide.pastu depa tak hafal sifir.tertekan jiwa gua sebab benda asas dia tak faham nak kena ajar balik dah tak sempat..last-last exam…mana yang sempat gua terang balik masa revision tu boleh la nak betoi..yang lain…hancus…kecewa..rasa nak repeat balik.nak ajar subjek ni dan buat penambahbaikkan.

2nd subject : BM

Ni minor gua,so gua rilex-rilex la..Gua ajar ikut band..tapi bila kita amek klas orang lain tengah-tengah belajar memang agak sakit la bila benda patut budak tahu macam imbuhan dan kata nama tu semua kena ajar dan recall balik.InshaAllah kalau dapat balik subjek ni,I’ll try my best.paling penting gua jadik syok nak ajar sebab gua sayang gile kat student class gua ajar ni : 3K..

3rd Subject : Dunia Seni visual
Gua takde pengalaman tapi serius gua suka gile dapat subjek ni sebabnya gua memang sangat suka art.dapat ni kira macam hit jackpot la.class kalau darjah 1 tu payah gak  la nak handle.annoying pon ada kekadang. tapi class lain okey je especially class 1 C…mudah dicontrol dan mudah buat kerja.Next time kalau kena ajar lagi,gua nak prepare betul-betul..RPT,RPM…Gua memang nak pulun all out ajar seni sebab teaching art is fun..budak-budak pon seronok…cikgu laaaaagi la seronok…serius hilang tension taw ajar seni tapi tu la..takde bilik seni..kalau ada satu bilik kosong memang gua propose dah nak buat bilik seni..tapi apakan daya…sekolah gua sekangkang kera  cuma.

*tu jela refleksi gua.Gua belum ada soul nak cerita lagi deep.nanti ye,nanti.kalau gua buat Action Research,gua hupload okey!


Thursday, October 17, 2013

vivian da silva

ni bukan nama anak aku.
ni nama kereta aku.
aku pakai kereta?
aah.
asal tak hupload pon?
sebab segan nak tunjuk kat orang..
kenapa?
kita pakai viva je pon
ye,viva.
hehe
sebenarnya ramai jugak yang cakap kenapa viva???
asal tak beli kete yang okey lagi?
aku pon sebenarnya tak tahu la okey yang macammana maksud kawan-kawan
disini aku cerita la sikit kenapa aku beli vivi ni
owh nama dia vivian da silva eh.kelas gile nama.
aku beli vivi sebab 1st of all Vivi ni murah dari kereta-kereta lain yang masuk klasifikasi okey orang
aku sebenarnya kalau berpoket lebih sedikit pon memang takkan amek myvi sebab kereta fevret aku ialah vios.
Tapi aku ni jenis suka benda yang praktikal.memang pesen aku,aku suka benda yang praktikal.
kena dengan life style aku.kena dengan current situation aku.
vivi ni walaupun tak gah tapi entah la aku tak tahu nak cakap camne..
aku sayang gile kat dia..
sebab vivi comel.
vivi minyak murah.
vivi sangat praktikal untuk aku sebab rumah aku dekat je dengan sekolah
vivi murah.
aku bayar sebulan 385.
kira murah la dari aku beli myvi
apatah lagi nak banding dengan vios
kalau aku pakai vivi,aku boleh save lebih sikit untuk Tabung Haji Muda aku dan jugak lain-lain simpanan
Lagipun aku jugak boleh standby duit untuk emergency case nak balik semenanjung mahupun kot vivi meragam.
kalau aku pakai myvi contohnya la kan...sebulan dah 600 la konon.beza dua ratus dari vivi.
200 tu patut aku dah balik standby kalau emergency pape kete..
kalau aku beli vios pon,aku tak boleh nak bawak vios tu jadik kenderaan balik kampung pon sebab gua kan dekat sarawak bhai bukan semenanjung.
pendekatan aku mudah.kereta tu transport.bukan tempat aku nak menginap.
sebenarnya kalau aku dok semenanjung,ikut perancangan kalau dapat Selangor atau Negeri Sembilan jugak,aku nak pakai Kelisa second je sebab part jimat tu...
sebabnya aim aku memang nak saving.untuk rumah.untuk tanah.untuk usaha tanah ladang abah.
kalau nak usaha tanah tu nak kena ada saving la...kalau takde saving pon...nak buat loan la konon an...kalau loan kereta aku je dah banyak...camne gamaknya aku nak buat loan...
cuba bayang dalam masa 5 tahun,aku ada saving lebih sikit...cepat la keje aku boleh gerak..
kalau muda-muda aku dah habis duit untuk bayar kereta.perbelanjaan kereta je.....sakit la nanti.
Gaji bukannya besar mana....
Memang la Vivi ni bukan idaman tapi vivi ni keperluan yang sangat kena dengan aku
tetibe je aku rasa camtu jugak kalau aku nak pilih pasangan...hahah...mesti macam Vivi...praktikal...tak hensem takpe tapi sederhana dan menyenangkan hati dan perasaan.
sungguh aku cakap aku senang hati pakai vivi ni.senang hati,lapang dada aku rasa daripada kalau aku pakai vios ke.

*tenang.hehehe : )