sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Wednesday, August 17, 2011

-breakeven-


I'm still alive but I'm barely breathing
Just prayin' to a god that I don't believe in
Cos I got time while she got freedom
Cos when a heart breaks no it don't break even

Her best days will be some of my worst
She finally met a man that's gonna put her first
While I'm wide awake she's no trouble sleeping
Cos when a heart breaks no it don't breakeven... even... no

What am I supposed to do when the best part of me was always you,
And what am I supposed to say when I'm all choked up that you're ok
I'm falling to pieces, yeah,
I'm falling to pieces

They say bad things happen for a reason
But no wise words gonna stop the bleeding
Cos she's moved on while I'm still grieving
And when a heart breaks no it don't breakeven even... no

What am I gonna to do when the best part of me was always you,
And what am I supposed to say when I'm all choked up that you're ok
I'm falling to pieces, yeah,
I'm falling to pieces, yeah,
I'm falling to pieces
(One still in love while the other ones leaving)
I'm falling to pieces
(Cos when a heart breaks no it don't breakeven)

Oh you got his heart and my heart and none of the pain
You took your suitcase, I took the blame.
Now I'm try'na make sense of what little remains ooh
Cos you left me with no love and no love to my name.

I'm still alive but I'm barely breathing
Just prayin' to a god that I don't believe in
Cos I got time while she got freedom
Cos when a heart breaks no it don't break
No it don't break
No it don't break even no

What am I gonna do when the best part of me was always you and
What am I suppose to say when I'm all choked up that you're ok
(Oh glad your okay now)
I'm falling to pieces yeah
(Oh I'm glad your okay)
I'm falling to pieces yeah
(One still in love while the other ones leaving)
I'm falling to pieces
(Cos when a heart breaks no it don't breakeven)

Oh it don't break even no
Oh it don't break even no
Oh it don't break even no...


YOU GOT HER HEART AND MINE
BUT NONE OF THE PAIN

Right now aku tengah kesiankan sorang junior aku yang breakup ngan bf dye...dan sangat2 down sekarang ni dan sebenarnya...aku faham apa dia rasa.untuk melupakan orang tu bukan senang..tapi kena lupakan...no matter how.Kalau boleh aku nak suruh dia dengar lagu ni.tapi untuk budak yang fragile macam dia...silap-silap lagi merambu air mata je.huhu

Monday, August 15, 2011

undefined


credit to owner

yeah....undefined...may tears describe how frustated i am.right now.
me myself aint "leweh" type..
sungguh aku susah menangis..
tapi aku orang yang mudah kecewa..
aku mungkin kelihatan tough tapi fragile inside
dan hari ini aku menangis untuk sebab yang konkrit bagi aku iaitu:kecewa
ya..aku menangis bila aku kecewa..
aku jarang menangis sebab aku kecewa pada orang lain..
tapi aku akan menangis bila kecewa dengan diri sendiri

hari ni..aku punya final observe untuk subjek kajian tempatan
subjek ni boleh dikatakan cinta mati aku sebab aku sangat mencintai sejarah dan geografi
masa last sem bila aku diobserve PSK,aku agak frust sebab KT x diobserve
tapi bila aku dapat peluang untuk ajar KT dan diobserve..
aku sia-siakan benda tu
serius aku mengajar secara sambil lewa..
semangat masa sem lepas entah hilang ke mana...

RPH,Folio,BBM...semua aku buat tak acuh
balik sekolah aku tido
malam aku tido awal lagi
aku sendiri tak tahu masa 7 minggu ni apa yang aku buat
apa aku dapat..
semua benda aku buat last minute..

tadi...bila aku dapat 2 bijik no 2
baru aku ternganga.tak tahu nak kata apa.
yeah,serves me right

walau ada orang kata
rileks
walau ada orang cuba menyedapkan hati
kata tak adil..
walau ada orang kata
nanti jadi cikgu pulak..
aku still...nak nangis jugak...
aku nak nangis untuk diri aku
diri yang hilang kesedaran selama 7 minggu ni
7 minggu yang sebelum aku sampai 7 minggu tu
aku berjanji untuk buat itu,buat ini
tapi tiba-tiba aku lost dalam 7 minggu
7 minggu aku buang sia-sia

dan sebenarnya aku tambah sedey sebab bila aku kaitkan apa yang aku da buat
apa yang aku tak buat...
aku janji tahun lepas pada diri sendiri sebelum ramadhan sampai
aku nak buat amal itu amal ini
its already 16th and i do nothing
sama macam 7 minggu yang aku bazir...
dan hari ni..final observe...2 bijik 2 yang sungguh aku tak pikir aku akan dapat
itu judgement manusia...
judgement DIA pada tiap hari yang aku bazirkan?
pada tiap hari yang tak beri perubahan pada diri?
pada hati yang syyok sendiri dengan amal,kerja yang sedikit
pada janji-janji yang tak pernah dilaksana?
pada rencana-rencana yang sekadar omong?

undefined

sebab yang faham dan tahu:aku

undefined

sebab yang dijentik rasa itu:aku

undefined

Saturday, August 13, 2011

-wanita-


wanita..
aku dah wanita ke?hihi..
well...suke beno nak campur-campur cakap aku nyh..

wanita tu dikatakan hiasan dunia.
sebaik-baik hiasan wanita yang solehah
solehah da ke?

wanita tu
bila malu jadi pakaian diri dia
malu ke tak tahu malu?

wanita tu
bila maruah dan harga diri
menjadi priority
jual murah ke mahal harga diri tu?

wanita tu
kalau dia bercakap
sopan penuh bernas
alahai...da sopan dan bernas ke bila berkata-kata

wanita tu
santun tingkah
sesuai dengan perubahan usia
santunkah atau gedik mengada-ngada

setelah menjawab soalan ini.tahulah saya
saya belum lagi menjadi seorang wanita

dalam banyak hal...kalau belum pun kita jadi wanita
bertingkahlah seperti yang gamaknya..
pakailah pakaian malu..kalau slumber,supporting,sempoi,gila-gila pon kita...
agak-agak laa...
jangan laa kata tanak jadik hipokrit sampai mendedahkan keaiban diri sendiri...
cover,behave sikit...
jangan sampai orang got wrong picture tentang kita
jangan mudah orang menggunakan kita untuk kepentingan mata,telinga dan rasa..
lelaki...
kalau kita mudah dengan dorang...
susah laa dorang nak respek kita...
jangan kita ingat bila lelaki tak layan kita maknanya kita tak disukai
sebab mungkin lelaki layan dan beri perhatian pada kita sebab kita sangat mudah didekati
mudah didekati..mudah untuk diambil kesempatan bukan?
janganlaa rasa bila semua lelaki beri perhatian..
ia sesuatu yang menyeronokkan..
baik chek balik hati tu kalau itu yang kita rasa
sebab..
kalau ramai yang tertarik..perhatikanlah sikap,pemakaian kita..
tertarik mereka pada penampilan atau pada pemikiran atau cara hidup kita
kalau pada penampilan..
penampilan yang bagaimana yang menarik sangat perhatian orang tu...
wanita...
jangan mudah dieksploitasi
oleh pemikiran rendah..
jangan sekali-kali merendahkan martabat diri
demi meraih perhatian lelaki
raihlah perhatian yang sepatutnya dari DIA..bukan dia..
jangan diikat hati pada manusia
sebab kita akan jatuh menjadi hamba manusia
wanita...
jangan sedih bila tak dipandang penduduk bumi
sebab biar disebut-sebut penduduk langit...





p/s:wanita...jadilah seperti semalu...cantik,tapi berduri..kuncup tak rela disentuh.
p/s:.cukup untuk mengingatkan diri sendiri dengan rasa rendah diri.

Saturday, August 6, 2011

day 8-dream wedding

hamboi....dream wedding...
jujur aku kata...selalu aku fikir,aku akan kahwin dengan siapa..hwa3(gatal)
tapi takut bila difikir-fikir..
kahwin datang dengan tanggungjawab..
sebelum kahwin banyak yang perlu diperbaiki..dalam diri
sebab kalau aku nak kahwin...
aku nak family yang bahagia..
dunia akhirat..
dan family bahagia macamtu hanya boleh dibina
kalau aku dan pasangan dah berjaya emmbentuk individu muslim
yang ikut suruhan DIA dan tinggalkan larangan-NYA..
Bnayak benda yang aku tak sacrifice lagi untuk dapat eternal happiness..
aku..kadang berfikir..mungkin aku perlu si dia di sisi..supaya aku teguh
tapi kadang kita makin lalai bila ramai...
belajar hidup dan membentuk diri secara individu sebelum membina rumahtangga.

baik,sebab ini hanya untuk suka-suka..maka aku pun suka-suka nak kongsi my dream wedding..

aku nak wedding yang simple..tapi meriah..

kalo dari segi pakaian..boleh tak saya nak macam ni?tapi versi lengan panjang pastu pakai tudung..boleh lah..boleh lah..



tapi saya nak pakai macamni masa majlis akad nikah pada waktu malam..
dan lepas majlis tu saya nak photoshoot ngan enche hubby kat pelamin macam ni..boleh?



malam tu jugak sebagai pengisian,nak jemput tok imam kita bagi tazkirah pasal perkahwinan sebagai nasihat kepada hadirin yang hadir..boleh?

keesokan harinya...barulah walimatulurus...baik,masa ni saya nak pakai baju kurung yang selesa dan sedondon dengan enche hubby sebab saya tak mahu bersanding...saya nak sambut tetamu-tetamu yang datang makan kenduri...barulah tetamu-tetamu kenal siapa pengantin..sebab kami sendiri yang greet dorang..

bagi meraikan tetamu,insyaAllah saya nak sediakan beberapa hidangan seperti

Ayam Masak Merah
Kerabu Tomato
Daging salai bersama pisang muda
Sambal jawa
Ikan Masin goreng
Ikan Keli Goreng Berlada
Kangkung Belacan

Air limau nipis(kordial)

Buah Tembikai sudah

kendian..lagu wajib untuk dipasang pada hari kenduri ialah:
barakallahumma
for the rest of my life

huhu...sekian,itu sahaja..
boleh tak???

ha,lagi satu...saya teringin nak basuh kuali kat tempat basuh pinggan bersama-sama enche hubby..huhu



p/s:datang dan jemput saya.

Tuesday, July 19, 2011

kosong

kosong.
condition hati aku sekarang.
kosong bagi aku,bukan kosong tade companion dye si chenta hati
kosong yang aku rasa...kosong yang lain
kosong dalam pengisian hari-hari
time goes by and i do nothing.
hidup macam esok ada lagi esok..
smpai apa dikesah sangat apa dibuat hari ni
like nothing's count.
dan aku tahu,aku rasa kosong tu.
something missing.
i think i know what it is.
but me myself...is just ignorant
tapi tahu.tapi buat2 tak tahu.
dan hati yang tahu tapi buat tak tahu:hati yang mati



aku rasa...aku ada beberapa tanda-tanda yang tertulis.baru-baru ini aku terlibat atau nyaris kemalangan..nak cium bontot van dengan adik anuar ibrahim atau kami panggil dekwa...belum sampai bahagian kami...tapi yang terlibat sebuah Avanza.6 mangsa.yang parah 2 orang anak kecil...yang kemudian baru aku tahu orang kampung aku.Anak sedara kawan aku,Hasmira Sumbiar...

dekwa punya baju abes lencun..dia ikut tolong bawak kua mangsa...sampai sekarang aku terasa2 anak kecik tu pegang muka aku..badan yang lembik bila didukung...yang aku dukung tu khabarnya di hospital Seremban dan dah stabil..yang dekwa angkat tu meninggal dunia semalam...

sungguh lepas kejadian.kejadian ari sabtu..aku macam bese je..walhal jadik depan aku.macam tak rasa apa je..sungguh laa ati aku nyh something wrong..sampai laa sekarang...mati tu sekarang da macam bukan apa-apa.gaya macam da cukup amalan sampai tak gentar dengar mati..hati,hati..

macam mana aku nak baiki hati yang dah teruk sangat ni?kadang aku rasa...aku perlu companion..sebab aku rasa hilang bila seorang...tapi kalau ramai..tak mustahil aku lalai..duhai hati..

nak rawat hati kena tahan sakit.sebab dah banyak sangat cela melekat.



p/s:

Tuesday, July 5, 2011

HIJAB

owh...2,3 hari nyh rajin pulak nak taip-taip..sementara belum sibuk dengan praktikum kan...

well hijab..aku tau aku pun pakai hijab tak cukup sifat...
tapi ada beberapa fesyen berhijab yang tak senang di mata aku bila memandangnya.
aku sketch nyh da lama jugak sebab memang da lama aku nak cakap pasal nyh..

Fesyen 1


fesyen nyh sebenarnya sori aku cakap..tapi masa aku tengok cite RobinHood ada laa makcik nyh pakai ala-ala macam nyh dan dia seorang RAHIB.

Fesyen 2


Fesyen nyh pulak aku tengok ramai yang pakai...ada bonggol.


p/s:sketch itu terpop tiba-tiba selepas menonton RobinHood

Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet

Well. I never be an animal lover.i love nature but I don’t like to keep any animal as pet coz I just love to watch it,hold it for second but not to keep it.its need commitment and I’m not the committed one.hehe.
Tapi saya rasa kalaw tetibe saya ada perasaan nak bela binatang..binatang itu tak mungkin sugar glider sebab dye mahal lepas tu kecik laa…maybe I will keep this as pet…because its much easier to handle…ikan!!!!



Tapi kalau saya lagi rajin,maybe saya nak bela beliau...yang sebelah ikan tu..hehe



Dulu-dulu saya ada bela kucing..tapi kucing saya dah mati.nama dia comel dan comot.lepas mereka mati saya tidak berminat dengan kucing.kalau saya jadik amek beliau atau sepsis beliau jadik pet saya akan namakan beliau DECO.hei,bukan Deco Bersama Eric.Tapi Deco pemaen Portugal kelahiran Brazil tu!hehe.