sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Saturday, August 6, 2011

day 8-dream wedding

hamboi....dream wedding...
jujur aku kata...selalu aku fikir,aku akan kahwin dengan siapa..hwa3(gatal)
tapi takut bila difikir-fikir..
kahwin datang dengan tanggungjawab..
sebelum kahwin banyak yang perlu diperbaiki..dalam diri
sebab kalau aku nak kahwin...
aku nak family yang bahagia..
dunia akhirat..
dan family bahagia macamtu hanya boleh dibina
kalau aku dan pasangan dah berjaya emmbentuk individu muslim
yang ikut suruhan DIA dan tinggalkan larangan-NYA..
Bnayak benda yang aku tak sacrifice lagi untuk dapat eternal happiness..
aku..kadang berfikir..mungkin aku perlu si dia di sisi..supaya aku teguh
tapi kadang kita makin lalai bila ramai...
belajar hidup dan membentuk diri secara individu sebelum membina rumahtangga.

baik,sebab ini hanya untuk suka-suka..maka aku pun suka-suka nak kongsi my dream wedding..

aku nak wedding yang simple..tapi meriah..

kalo dari segi pakaian..boleh tak saya nak macam ni?tapi versi lengan panjang pastu pakai tudung..boleh lah..boleh lah..



tapi saya nak pakai macamni masa majlis akad nikah pada waktu malam..
dan lepas majlis tu saya nak photoshoot ngan enche hubby kat pelamin macam ni..boleh?



malam tu jugak sebagai pengisian,nak jemput tok imam kita bagi tazkirah pasal perkahwinan sebagai nasihat kepada hadirin yang hadir..boleh?

keesokan harinya...barulah walimatulurus...baik,masa ni saya nak pakai baju kurung yang selesa dan sedondon dengan enche hubby sebab saya tak mahu bersanding...saya nak sambut tetamu-tetamu yang datang makan kenduri...barulah tetamu-tetamu kenal siapa pengantin..sebab kami sendiri yang greet dorang..

bagi meraikan tetamu,insyaAllah saya nak sediakan beberapa hidangan seperti

Ayam Masak Merah
Kerabu Tomato
Daging salai bersama pisang muda
Sambal jawa
Ikan Masin goreng
Ikan Keli Goreng Berlada
Kangkung Belacan

Air limau nipis(kordial)

Buah Tembikai sudah

kendian..lagu wajib untuk dipasang pada hari kenduri ialah:
barakallahumma
for the rest of my life

huhu...sekian,itu sahaja..
boleh tak???

ha,lagi satu...saya teringin nak basuh kuali kat tempat basuh pinggan bersama-sama enche hubby..huhu



p/s:datang dan jemput saya.

1 comments:

Admin said...

weh, gmbaq hang ambik sndrik ke nei?
tlong phtosoot cincin aku sme leh??
hehhehe~

Post a Comment