sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Friday, June 14, 2013

Orientasi

Aku pandang cik disebelahku. Muka langsung tiada riak. Di atas keretapi, satu patah kata tak keluar dari mulut dia sampai aku bosan lalu tertidur. Aku ke yang patut mula bertanya supaya beku ni boleh pecah atau cair macam ais keluar peti?
“nice picture” Spontan aku menutur. Gambar pada skrin Canon yang dibelek cik jiran menarik perhatian. Dia tiba-tiba menarik muka sebelum menutup canonnya. Sombong! Blah laa! Ingat kau lawa sangat apa?
“ and nice landing ” Dia berkata mengadap muka aku. Mak ai..awek ni mengadap muka aku. Macammana nak menundukkan pandangan ni?
“ nice landing ? Maksudnya ? Saya tak penah bawak airplane ” Nada aku berbau sarkastik
Cik jiran menepuk bahu. Jari telunjuk di arah pada kepala aku. Tapi dia tak tonjol. Dia cuma tunjuk.
“awak landing atas bahu saya. Nice landing. Salah lapangan terbang laa enche ” kata-kata cik jiran menggeletek perut. Maun pulak dia guna analogi lapangan terbang. Owh, baru perasan nak smash balik loyar buruk aku tadi la.
Hahahahhahahahahahahahahahhaha. Minah ni memang lawak kot !
“ Haha” dia tiba-tiba menyampuk tawaku. Tapi bunyinya menjengkelkan. Ada patut gelak 2 harkat je!
“ Haha. It’s not even funny. I’m not your sista or even ur mom. Its so rude to actually sleep on strangers arm. Don’t you have any shame on you? I’m not ustazah but hei…I’m not ur muhrim how could you…ugh..” Dia tak meneruskan kata.
Sungguh aku terpukul dengan kata-katanya. Never be my intention.
“Cakap muhrim…Pakai tudung pun tak betul….Pakai baju long sleeve senseng sampai siku ” Spontan aku mencari weak point dia. Mana boleh ego aku jatuh. Malu bodoh la dengan perempuan. Ini Amar la. Ingat aku nak cakap : sorry, saya tak sengaja ? Boleh jalan. Berlagak beriman pulak dia.
“ So that, kena pakai tudung labuh laa baru bleh sound orang yang landing atas bahu aku? So, kalau aku pakai tudung bawal  macam ni kau boleh lah kalau nak tidur atas riba aku pulak? Do respect me” cik jiran dah naik angin
“ Bising laa. Hal kecik je pon” it is big I know for a girl dan cik jiran nampaknya bukan gadis yang mudah disejukkan dengan muka handsome aku ni. Nak suruh orang respect tapi….aku cuba cari weak point…tiada. Okey…dia pakai tudung bawal je tapi itu bukan bermakna dia tade malu dan aku patutnya hormat dia sebagai perempuan kan? Sebab aku ini lelaki. pemimpin yang sepatutnya melindungi wanita.
“ Yah….small thing. Simple minded betul ” Hani berkata.
Sungguh aku geram betul dengan lelaki macam dia enche jiran ni. Rude. Ego dan paling penting nampak sangat yang kaki perempuan sebab tu setakat jatuh kepala atas bahu orang kecik sangat bagi dia. Kecik pada dia. Besar pada aku. Malu sungguh dan terhina. Entah lantak laa orang nak kata bajet suci murni, konon baik tapi aku rasa terhina bila mudah sangat orang nak jatuh bahu kat aku. Mungkin salah aku kan? Terngiang kata-kata dia pakai tudung tak betul. Betul la. Cakap orang yang tak embrace penuh islam memang tak laku. Tapi tak patut kot dia macam tu kan? Lelaki tu patutnya…ah..biarlaa…dah laa nini…lelaki yang kau nak…yang boleh jaga perempuan…yang berlembut dengan perempuan dah tak wujud dah kat dunia ni…
“ Saya tak simple minded. Awak yang complicate things”
“ Baik terima kasih enche. Ya saya salah. you can put the blame on me. All on me .Awak tak sengaja kan…dan saya tak payah laa berlagak beriman pulak nak sound awak kan? ”
Pergh..pedih gila ayat! Bunyi dah macam surrender tapi sempat pulak dia mengenakan aku balik.
“okey look…sorry..saya memang tak sengaja….never be my intention. Saya mengantuk sangat ” owh tidak…aku mintak maaf???
Dan ak sangka kata-kata maaf tu boleh mengubah muka tak beriak itu.
“yeah…finally you said sorry. Main reverse psiko baru reti nak tone down ego tu ” Balas cik jiran tersenyum manis . Lesung pipit di pipi kanan jelas kelihatan. Argh!!!!tidak!!!
“so,awak maen-maenkan saya”
“I am not. Tapi nak dapatkan sorry dari lelaki memang susah. I just want to hear that and reason kenapa awak landing tak tentu pasal..and I dah dapat.”  Senyum lagi
Entah tetiba tak boleh nak marah. Salah aku kan?
“ Hahah…..maen psiko….” Aku berkata sepatah. Dia sengih. Eh makcik ni….murah pulak senyum dia dah siap boleh buat muka comel macam kucing.
“nak turun  mana?”ringan mulut bertanya.
“ Kajang ”
“ Kajang which part psikik?”
“ Psikik? ” Nada pelik.
“ Yela maen psiko orang…” Aku pula senyum. Eh,mudah betul aku masuk dengan budak ni. Amar, tadi cik jiran pastu makcik pastu budak pulak
“owh…” dia balas owh sahaja. Blank apa?
“ owh je? ”
“ Takkan saya kena nangis? ”
Arghhhhh dia punya sense of humor memang memalukan muka aku sendiri
“yelaa tak yah nangis. Which part of Kajang you nak pergi ? ”
“ Haha…dekat depan je stesen kajang tu? ”
 “Sekolah tu?”
“Aah ”
“ Cikgu la ni? ” Dia menyoal pula.
“ Yup. Kenapa? ”
“ Lah..Morning cikgu..”
“Haha…Sila duduk murid!”
“Cikgu apa?”

“ Lukisan Kejuruteraan”

The Man Who Cant Be Moved

Sudah lebih 3 jam aku jadi orang bodoh di sini. Menunggu untuk memujuk hati Marissa, cinta hatiku. Aku tak tahu kebodohan apa yang merasuk hati. Apa yang aku mahu cuma Marissa kembali menerima aku. Tolong laa Mar… tolong jangan seksa hati aku. Aku dah tak malu-malu mahu merayu, menunggu disini. Ya aku tahu semua bermula dari aku. Aku ini lelaki yang hidup dengan sangat layback..by day kata orang. Aku tak pernah bagi apa-apa kata putus tentang kahwin dengan Marissa. Aku tahu aku cinta dia dan nanti aku tetap akan kahwin dengan dia. Bila saja aku tak tahu. Kerana itu jugalah aku dibuang Marissa. Mungkin aku perlu bercerita tentang kisah aku dan Marissa ini dari mula.
“Cantik ” Itu ayat sepatah yang keluar dari bibir bila melihat wajah itu. Aku temu dia dalam komuter. Sungguh dia cantik. Rambut hitam menawan. Hidung elok terletak. Semua yang ada pada wajahnya cantik. Aku sebenarnya selalu berfikir, aku suka, cinta pada Marissa atas alasan fizikal atau kerana dia, Marissa itu sendiri. Kalau Marissa gemuk, berjerawat, hidung kemek dan apa sajalah yang memberi konotasi tidak cantik, apa mungkin aku jatuh hati, jatuh cinta dan sekarang hilang segala malu untuk merayu-rayu perempuan itu.
Hari ini aku masih disini. Di stesen ini. Dalam hujan renyai aku menunggu Marissa turun dari tren. Mar..aku datang. Aku tunggu kau.
“ Mar…” Aku bersuara setelah melihat Marissa turun dari tren…Hujan masih renyai. Marissa buat tak layan. Dia sudah gegas berjalan. Aku mengekor…langkah laju Marissa sama sahaja dengan langkah biasa ku. Keluar dari stesen hujan masih renyai. Marissa tutup kepala dengan beg. Aku tarik tangan yang lagi satu.
“ Mar..please jangan buat saya macamni…”
“Buat macammana?” Dia menjegil mata sambil tangannya lemah tak melawan walau ku pegang kuat pergelangan tangannya
“ Macamni…dah 3 hari Mar…saya macam orang bodoh tunggu awak…harap awak amafkan saya…Mar..”
“ Suka hati awak la nak jadi bodoh ke..”
“ mar..takkan awak nak buang saya macam tu je…”
“ awak patut sedar semua ni sebelum ni..tahu tak?”
“Mar…please Mar..saya tak boleh awak takde Mar…”
“Tipu..kalau awak tak boleh..Awak tak abaikan saya.. Awak dah lama propose saya. ”
“Mar..kita dah lama dah Mar. Dah setahun saya menganggur. Awak suruh saya ambil KPLI saya ikut. Sekarang saya sibuk Mar..Saya praktikum kan..”
“ Baiklah awak dengar baik-baik ye Amar…dah ada orang lain yang boleh jaga saya lagi baik dari awak. Nampak cincin ni? Dia da propose saya” Tanpa perasaan Marissa berkata
Amar terpempam.
“Mar..”
Serentak bila genggaman pada pergelangan tangan longgar Marissa terus merentap tangannya. Amar termangu. Dalam hujan dia terduduk. Orang mula ramai di stesen.Amar jadi malu mahu angkat muka.Cepat la semua orang pergi cepat la.Waktu dia memohon pada tuhan agar air mukanya dipelihara itulah  dari hujung matanya dia nampak kasut flat warna merah dan hujung kain cotton corak paisley berhenti di hadapannya. Meletakkan sekaki payung yang dah terbuka di sebelahnya dan payung itu warna merah jambu. .



MENGINTAI LANGIT : PROLOG

Menurut Carl Rogers pengalaman seseorang itu merupakan fenomena-logikal yang hanya difahami oleh individu yang menempuhi pengalaman itu. Logiknya,ya. Apakah wujud manusia “pandai” yang menganggap orang lain lebih faham apa yang dirasa oleh orang lain. Tapi,walaupun itulah kenyataannya masih ada manusia-manusia yang berharap sepenuh jiwa ada orang faham apa yang dirasanya. Kata lainnya empati terhadapnya sedangkan kita tak hidup atas simpati, empati orang. Tapi itulah kalau namanya manusia. Suka sangat lebur dalam falsafah, falsafah, perasaan, perasaan sampai mudah cair dan lembik. Larut dalam Emosi. Rasa. Jiwa. Sampai tak mampu angkat muka.
Kata Rogers lagi manusia bertindak sesuai dengan nilai dan sistem kepercayaanya yang dipelajari, yang dianuti, yang dituntut dari pengalaman, pengalaman, pengamalan, pengamalan. Dia yang berfikir hidup ini soal cinta semata tentu sekali menganut ajaran novel-novel cinta yang berakhir dengan “they live happily ever after ”. Aku hidup dengan pengalaman cinta yang tak pernah cantik. Maka maaf kalau kata-kata aku pesimis. Sinis. Aku sentiasa menganggap cinta itu kebodohan yang dipelihara oleh dua orang manusia. Lelaki dan perempuan. Ya kebodohan. Cinta bagi aku memang soal emosi. Bagi aku yang hidup pesimis ini, segala macam yang jauh dari logik dan rasional itu itu ialah kebodohan.
Ah, awal-awal pembacaan sudah ada yang membenci watak aku yang sinikal ini. Biarlah, biarlah dibenci. Aku memang pesimis soal cinta. Kan sudah ku kata, Rogers kata kita belajar dari pengalaman. Mungkin pengalaman kalian indah sebab itu kalian boleh saja optimis. Mengapa ya aku jadi begini? Teruk sangatkah pengalaman aku? Mesti itu soal kalian kan? Nanti saja aku ceritakan. Waktu ini aku punya banyak perkara perlu aku fikir dari bercakap tentang perkara-perkara bodoh semacam ini.
Tren bergerak menjauhi stesen Bandar Tasik Selatan. Aku buang pandang ke luar. Muka jam di pergelangan tangan kiri ku pandang. Ada  stesen sebelum sebelum aku sampai ke  Stesen Kajang. Kubelek pula The Five People You Meet In Heaven di tangan. Aku buka muka depan novel Mitch Albom itu. Lama mataku tertancap di situ. Jari telunjukku menggosok-gosok tulisan di muka depan itu. Ada rasa berbuku tatkala itu. Aku angkat jari sebelum kugigit spontan. Pedih. Rasa dalam hati. Aku mahu usir rasa. Aku pandang depan. Jauh. Ku lepas keluhan berat. Rasa dalam hati lagi berat. Kurenung lagi novel itu dengan rasa hiba. Setiap hari aku hiba dan terus hiba. Tak pernah surut. Aku pejam mata. Sedikit tersentak bila pengumuman stesen sterusnya tiba-tiba kedengaran.
Aku pandang tiap-tiap muka asing di hadapanku. Ada juga dua tiga muka yang familiar. Aku pengguna harian perkhidmatan komuter ini. Aku naik tren hari-hari untuk ke sekolah. Oh, aku lupa perkenalkan diri. Namaku Nurhani. Seorang guru. Aku bertugas di SMK Jalan Bukit. Ya, sekolah menengah yang hanya beberapa langkah sahaja dari stesen komuter Kajang. Hari- hari aku ke sekolah dengan perkhidmatan komuter dan berjalan kaki. Kenapa? Malas melayan kesesakan lalu lintas dan malas mencari rumah sewa di Kajang.
Setiap hari aku dapat melihat macam-macam ragam orang. Macam-macam pakaian. Aku ini orang yang suka memerhati. Aku menikmati hidup memerhati orang, dunia, falsafah, budaya dan segala macam isinya. Hidup setiap hari menaiki komuter yang memberikan aku peluang untuk bersama-sama dengan pelbagai jenis manusia ini sangat menyeronokkan. Akhir-akhir ini ada semacam kecanduan bagiku terhadap menulis tentang apa yang ku lihat dan alami di dalam komuter . Kerana aku selalu merasakan apa yang dilihat selalunya menarik dan menjentik rasa maka aku bina satu blog dan aku mula menulis. Aku candu melihat telatah-telatah di dalam tren. Ah, dalam tren ini semacam laboratarium. Macam-macam budaya,macam-macam kegilaan, macam-macam yang teramat macam-macam. Kadang-kadang aku secara seronok-seronok menulis puisi atau satu cerpen yang tercetus dari pemerhatian aku terhadap seseorang individu. Ah, kesian yang menjadi subjek tulisanku. Aku ini orang sinikal. Maka kadang-kadang sakit juga orang yang menjadi bahan aku itu kuperlakukan. Aku tak pernah ambil tahu apa kisah sebaliknya. Yang aku kisah, aku mahu menulis.
Aku lihat jadual perjalanan. Aku  akan sampai di stesen Kajang sebentar lagi. Aku perlu turun disitu. Kawan, aku mahu berkongsi satu cerita. Cerita pasal seorang lelaki. Ya, lelaki. Bukan lelaki aku. Ini seorang asing. Aku tak pernah kenal dia. Aku kan pemerhati. Kawan, sudah 3 hari aku lihat lelaki yang sama ini di stesen itu. Aku tak tahu mengapa. waktu aku pulang dari sekolah pun dia tetap disitu. Selama ini aku tak pernah mahu tahu. Selalunya aku akan berimaginasi dan menulis satu cerita dari individu itu. Tapi lelaki ini buat aku rasa mahu mendekati, mahu bertanya. Aku tak fikir dia gila. Dia tak gila sebab setiap hari dia bertukar baju. Mukanya serabut tapi masih terurus. Ah,mula la tu. Lelaki ini tidaklah kacak sangat. Baik aku cakap siang-siang..nanti kalian kata aku rasa begitu sebab lelaki itu kacak.
“Jangan buat gila boleh tak?”
“Please Mar I bukan nak buat gila..you yang buat I gila”
“ Awak dengan saya dah finish…”
“Mar, apa salah I sampai macam ni you buat?”
“You tak salah apa-apa”
“then?”
“Be…kita memang tak boleh nak work this thing out”
“We can”
“No.We cant”
“Look, I nak pergi kerja.You bukan ni cara nak pujuk I..Orang Nampak malu”
“”I akan tunggu sampai you balik keje”
“Whatever”
Aku boleh terlongo melihat drama sebabak antara lelaki yang kuceritakan itu dengan seorang perempuan yang lagi cantik dari aku kot. kot. Lelaki tadi termangu disitu. Dia duduk di kerusi. Aku pelik. Sungguh pelik. Jangan cakap dia memang disini selama 3 hari sebab perempuan tadi? Ah,aku nak pergi sekolah. Nanti aku siasat.



Monday, May 20, 2013

mandiri

kau sendiri 
dan sampai bila-bila kau tetap sendiri.
maka atas kaki sendiri kau perlu berdiri.
kerna kau perlu.harus.terpaksa jadi mandiri
bukan macam anak kecil sikit-sikit merengek lagi
takkan ada lagi yang akan cantum keping-keping hatimu yang pecah
hidup semakin hari tak pernah yang tak payah
air mata jangan murah
ingat,kau perlu gagah

Monday, April 8, 2013

Rant on Tanam Anggur



Maka dengan ini beta umumkan bahawa sudah 5 bulan beta menjalankan kegiatan tanam anggur atau kita mudahkan dengan menambah imbuhan menjadi menganggur.5 bulan.Sedih kan ?

Ya,5 bulan menganggur.Tengok balik masa yang dibuang.Pheww..its a lot of time guys.How much I can earn during these period of time.Tapi perkara tak jadik seperti yang kami harapkan.Kami tak ditempatkan di sekolah pada Januari.Aku dah cukup puas menyalahkan kerajaan.Kami dah penat.Ya rezeki tuhan yang bagi.Kalau bukan melalui kerjaya guru,ada banyak lagi lompang kerja kan?

Dan aku tak bekerja di mana-mana untuk tempoh ini disebabkan keperluan untuk berada di rumah.Setiap hari duduk kat rumah aku dah mula rasa burn out.Seriously aku pesen cepat bosan terutama bila takde sebarang tekanan dalam hidup sehari..Bila takde sebarang tekanan,ganaran serta cabaran aku mula jadi malas dan I end up spending most of my time on social networks.Sangat bosan. This is not life. I’m not living I’m just killing the time.

Dalam tempoh 5 bulan ni juga aku bertindak membantu abah aku menguruskan majlis perkahwinan abang aku dan anak sedara..Seriously ada banyak benda yang berlaku dan menimbulkan kebengkakan hati but we manage to handle it.Alhamdulillah.Ada banyak hikmah bila uruskan majlis ni di mana untuk pertama kalinya aku jadik orang yang take charge.Pegang tanggungjawab.Organize.Segala mak nenek dari pelamin bawak ke lauk pauk kena di handle dengan bantuan adik beradik.

Satu benda yang agak menyedihkan aku ialah bila kesatuan tu takde terutama dari yang dah berkeluarga..dan aku bukanlah nak kata berkahwin tu penghalang tapi terdapat kekangan bagi adik beradik perempuan bila dah berkeluarga dan end up orang bujang la nak kena amek tahu semua.Sedih.dan ini menyebabkan mind set aku terhadap relation.marriage tu semakin laaaaaa sempit.Bukan aku nak commitment phobic tapi its better to be by own untuk tempoh 2 tahun ni.Aku pun start memikirkan bahawa calon mestilah orang yang dok berdekatan yang more considerate.ya ada banyak perlu dipertimbangkan setelah melalui tempoh 5 bulan ni.I don’t want to end up being alone but somehow I need to be picky and selective in planning my future.

5 bulan dok rumah perlu aku tegaskan yang sangat lonely.Aku tak tahu macam mana suri rumah boleh survive.Yah no one heard you.No one acknowkledge you but you must always be kind and good and not nag even they hurt your feeling,burden you with things they actually could do by themselves.Its hard being housewive.

Tapi 5 bulan ni jugak la mold me into something.I must say I am more sensitive and compassion just like a mother.HAHA.Tapi satu lagi benda yang aku belajar ialah untuk jadi Kering.Kering dengan sikap orang lain.Sikap orang yang mengaku sayang kita tapi don’t even care how we feel.Kering dengan keadaan.Tak take anything too personal.Yeah you see I sounded like a robot with no feeling at all.

p/s: dah muak dengan namanya perasaan.Being numb is the only way keeping myself from bleed.

Monday, March 11, 2013

Band Kita Suka



Masa kita baru nak up dulu mesti kita pernah layan rock kapak kan?Masa aku form 2 dulu aku minat gila ah rock kapak…Pastu bila masuk form 3 aku dah up sket layan US punya band.Band pertama aku suka time tu ialah Simple Plan.Haha.Lepas tu aku mula layan Hoobastank.Keane.Macam-macam band lagi termasuk la satu band esentrik nama The Darkness dan aku segera dilabel pelik sebab minat band tu.HAHA.Kendian aku minat Green Day,Sum 41,Papa Roach,Blink 182 dan Good Charlotte.Time kau sekolah ni member baek aku ialah Nurul Amalia Hamzah.Budak ni jadik mak oghang dah.Dia la source aku untuk santapan telinga.

Zaman ni aku dah start jadik budak yang suka idea.Maybe sebab tu kot aku suka dengar lagu yang rebel sket.Tapi masa tu ghumah takde internet.Layan apa yang ada kat mainstream.Skolah lak kat kampung.Selera budak-budak ni pon boleh kira brape oghang je yang macam aku dengan mama.Yang lain layan Misha Omar sama Adi Fashla.HAHA.Jadi aku mang tak terdedah dengan scene indie ni.

Jadi aku ni bukan la gila dengan indie punya scene atau local band.Aku just dengar apa yang masuk je kat telinga aku.Masa zaman scene Indie naek dulu layan la jugak beberapa nama yang masuk mainstream.Masa zaman tu aku prefer BunkFace sebab sound dia macam Green Day,Sum 41.. Aku ni memang prefer muzik punk sebab aku suka bunyi drum walaupun aku tak reti muzik ni.( Tapi sekarang aku tak minat BUNKFACE dah.Ntah pesal)Masa zaman ni jugak la HUJAN naik.Tapi jujur cakap aku tak berkenan sangat.Ada dua tiga je lagu yang aku suka macam kotak ati.ku mau kau tahu.Aku ni jugak pesen pilih lagu sebab idea lagu tu.Jadik kalau lagu HUJAN tu yang paling paling aku suka ialah Ludah Amerika.

Masa tahun ni jugak la aku start carik reference muzik sendiri sebab masa ni aku tengah kuciwa.HAHA.kunun carik escapism la dan aku jumpa dalam Avenged Sevenfold.Lagu Avenged ni deep sebab tu aku suka.Pastu sound dia epic.Ada sesetengah tu opening dia macam cite Merlin..pastu kau boleh bayang ada dragon-dragon macam cite braveheart tu.HAHA.Tahun 2008 ialah tahun aku layan muzik pelbagai.Pastu aku jumpa Oasis.Daughtry.The Script.Aku punya muzik memang kalau bukak folder tu range macam-macam termasuk la la lagu Dato Sm Salim,Haziq,Fauziah Gambus dan lagu-lagu Zapin dan Joget yang laen.Muzik gini aku minat sebab unik.pastu sebab pantun.Aku ni terlibat dengan pantun IPG jadi dengar lagu gini helps a lot plus lagu gini je aku mampu nyanyi.

Selama bertahun-tahun merojak segala macam muzik ikut mood dan keperluan aku tak jumpa lagi muzik yang betul jiwa aku sampai la aku baik dengan kawan sekolah lama aku : Aizatey.Dia ni memang penah ada band kalo tak silap aku dengan kengkawan IPTI.Dia memang peminat setia Ag Coco Hujan tu.Aku ni bukan la peminat no 1 HUJAN macam aku cakap tadi.Lagu Coco pon yang aku minat Mengintai Langit itu je la.Dia ni memang puji gile si AG.Aku ni pulak jenis suka mengkaji.Jadi aku google la pasal AG.Baca blog dia.dan baru aku tahu mamat ni rare gila.masa tu jugak HUJAN masuk Versus kat TV3..dan dia collaborate dengan cik fauziah Gambus yang aku suka tu.Lagu dan Bila Esok kumpulan Sofaz tu ditukarnya jadik lagu contemporary.Pergh!Memang mamat ni rare.Jadi aku macam dah jumpa tune camne aku suka sebenarnya masa tu.

So aku pon follow up keje mamat ni.kendian aku baik dengan seorang tokoh Grunge.Aiceh tokoh.Acap Klang atau Asyraff Nazreen Haikal.Dia ada band KUKA.Sound KUKA ni best jugak.Instrumental Helaan Pertama dia aku siap buat ringtone lagi.Dia cite la kat aku pasal band DISH.memang aku tak kenal sampai la aku tengok Nasi Lemak Kopi O.Lagu 1st dengar versi akustik ialah Tanah Tumpah Darah dan bermula dari situ la aku kenal band DISH.dan akhirnya bertemu jugak aku dengan muzik yang memang jiwa.Rare band ni sebab sound dia alternative Melayu.ada bunyi Joget.Inang.Zapin.UlekMayang.Keroncong bagai dalam muzik dia.Suara vokalis pulak alahai syahdu betul hang Pak Chaq.dan DISH ni band si AG jugak..memang la mamat ni rare.Sound pon dia mix bagi jadi rare tapi aku memang suka rare.Ha,DISH ni bunyi Butterfingers sikit tapi aku pilih DISH lagi.hehe
So akhirnya aku jumpa jugak local band yang aku minat.Dah boleh dah nak patriotik ! hehe

Tuntut

Ni ingat nak tuntut kampung Charok Kapas kat Kuala Pegang Kedah nun
Tok moyang aku dulu mai dari Pattani nak bukak kampung tu.
Ya memang lah aku duduk Felda kat Negeri Sembilan lama dah.
Ya memang la cukai tanah mak sedare aku yang bayar orang kampung sana bayar tapi dulu tok moyang aku yang bukak tu.Pak aku hak sulung.Hak atas kami adik beradik.

Bukan apa,dengar harga tanah dah naik kan. Ingat boleh jual dekat pemaju perumahan.Boleh jugak petugas kerajaan beli.Nanti dah bersara boleh balik dok kampung tanah tumpah darah.Mulia apa niat aku tu.Baru maju sikit tempat jin bertendang tu.


La ni dah ada Power of History semua nak menuntut ye ?
 Keturunan raja mana???Raja Kapoooorr!!


*Aku tinggalkan korang dengan lagu TANAH TUMPAH DARAH dari DISH.