sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Friday, June 14, 2013

MENGINTAI LANGIT : PROLOG

Menurut Carl Rogers pengalaman seseorang itu merupakan fenomena-logikal yang hanya difahami oleh individu yang menempuhi pengalaman itu. Logiknya,ya. Apakah wujud manusia “pandai” yang menganggap orang lain lebih faham apa yang dirasa oleh orang lain. Tapi,walaupun itulah kenyataannya masih ada manusia-manusia yang berharap sepenuh jiwa ada orang faham apa yang dirasanya. Kata lainnya empati terhadapnya sedangkan kita tak hidup atas simpati, empati orang. Tapi itulah kalau namanya manusia. Suka sangat lebur dalam falsafah, falsafah, perasaan, perasaan sampai mudah cair dan lembik. Larut dalam Emosi. Rasa. Jiwa. Sampai tak mampu angkat muka.
Kata Rogers lagi manusia bertindak sesuai dengan nilai dan sistem kepercayaanya yang dipelajari, yang dianuti, yang dituntut dari pengalaman, pengalaman, pengamalan, pengamalan. Dia yang berfikir hidup ini soal cinta semata tentu sekali menganut ajaran novel-novel cinta yang berakhir dengan “they live happily ever after ”. Aku hidup dengan pengalaman cinta yang tak pernah cantik. Maka maaf kalau kata-kata aku pesimis. Sinis. Aku sentiasa menganggap cinta itu kebodohan yang dipelihara oleh dua orang manusia. Lelaki dan perempuan. Ya kebodohan. Cinta bagi aku memang soal emosi. Bagi aku yang hidup pesimis ini, segala macam yang jauh dari logik dan rasional itu itu ialah kebodohan.
Ah, awal-awal pembacaan sudah ada yang membenci watak aku yang sinikal ini. Biarlah, biarlah dibenci. Aku memang pesimis soal cinta. Kan sudah ku kata, Rogers kata kita belajar dari pengalaman. Mungkin pengalaman kalian indah sebab itu kalian boleh saja optimis. Mengapa ya aku jadi begini? Teruk sangatkah pengalaman aku? Mesti itu soal kalian kan? Nanti saja aku ceritakan. Waktu ini aku punya banyak perkara perlu aku fikir dari bercakap tentang perkara-perkara bodoh semacam ini.
Tren bergerak menjauhi stesen Bandar Tasik Selatan. Aku buang pandang ke luar. Muka jam di pergelangan tangan kiri ku pandang. Ada  stesen sebelum sebelum aku sampai ke  Stesen Kajang. Kubelek pula The Five People You Meet In Heaven di tangan. Aku buka muka depan novel Mitch Albom itu. Lama mataku tertancap di situ. Jari telunjukku menggosok-gosok tulisan di muka depan itu. Ada rasa berbuku tatkala itu. Aku angkat jari sebelum kugigit spontan. Pedih. Rasa dalam hati. Aku mahu usir rasa. Aku pandang depan. Jauh. Ku lepas keluhan berat. Rasa dalam hati lagi berat. Kurenung lagi novel itu dengan rasa hiba. Setiap hari aku hiba dan terus hiba. Tak pernah surut. Aku pejam mata. Sedikit tersentak bila pengumuman stesen sterusnya tiba-tiba kedengaran.
Aku pandang tiap-tiap muka asing di hadapanku. Ada juga dua tiga muka yang familiar. Aku pengguna harian perkhidmatan komuter ini. Aku naik tren hari-hari untuk ke sekolah. Oh, aku lupa perkenalkan diri. Namaku Nurhani. Seorang guru. Aku bertugas di SMK Jalan Bukit. Ya, sekolah menengah yang hanya beberapa langkah sahaja dari stesen komuter Kajang. Hari- hari aku ke sekolah dengan perkhidmatan komuter dan berjalan kaki. Kenapa? Malas melayan kesesakan lalu lintas dan malas mencari rumah sewa di Kajang.
Setiap hari aku dapat melihat macam-macam ragam orang. Macam-macam pakaian. Aku ini orang yang suka memerhati. Aku menikmati hidup memerhati orang, dunia, falsafah, budaya dan segala macam isinya. Hidup setiap hari menaiki komuter yang memberikan aku peluang untuk bersama-sama dengan pelbagai jenis manusia ini sangat menyeronokkan. Akhir-akhir ini ada semacam kecanduan bagiku terhadap menulis tentang apa yang ku lihat dan alami di dalam komuter . Kerana aku selalu merasakan apa yang dilihat selalunya menarik dan menjentik rasa maka aku bina satu blog dan aku mula menulis. Aku candu melihat telatah-telatah di dalam tren. Ah, dalam tren ini semacam laboratarium. Macam-macam budaya,macam-macam kegilaan, macam-macam yang teramat macam-macam. Kadang-kadang aku secara seronok-seronok menulis puisi atau satu cerpen yang tercetus dari pemerhatian aku terhadap seseorang individu. Ah, kesian yang menjadi subjek tulisanku. Aku ini orang sinikal. Maka kadang-kadang sakit juga orang yang menjadi bahan aku itu kuperlakukan. Aku tak pernah ambil tahu apa kisah sebaliknya. Yang aku kisah, aku mahu menulis.
Aku lihat jadual perjalanan. Aku  akan sampai di stesen Kajang sebentar lagi. Aku perlu turun disitu. Kawan, aku mahu berkongsi satu cerita. Cerita pasal seorang lelaki. Ya, lelaki. Bukan lelaki aku. Ini seorang asing. Aku tak pernah kenal dia. Aku kan pemerhati. Kawan, sudah 3 hari aku lihat lelaki yang sama ini di stesen itu. Aku tak tahu mengapa. waktu aku pulang dari sekolah pun dia tetap disitu. Selama ini aku tak pernah mahu tahu. Selalunya aku akan berimaginasi dan menulis satu cerita dari individu itu. Tapi lelaki ini buat aku rasa mahu mendekati, mahu bertanya. Aku tak fikir dia gila. Dia tak gila sebab setiap hari dia bertukar baju. Mukanya serabut tapi masih terurus. Ah,mula la tu. Lelaki ini tidaklah kacak sangat. Baik aku cakap siang-siang..nanti kalian kata aku rasa begitu sebab lelaki itu kacak.
“Jangan buat gila boleh tak?”
“Please Mar I bukan nak buat gila..you yang buat I gila”
“ Awak dengan saya dah finish…”
“Mar, apa salah I sampai macam ni you buat?”
“You tak salah apa-apa”
“then?”
“Be…kita memang tak boleh nak work this thing out”
“We can”
“No.We cant”
“Look, I nak pergi kerja.You bukan ni cara nak pujuk I..Orang Nampak malu”
“”I akan tunggu sampai you balik keje”
“Whatever”
Aku boleh terlongo melihat drama sebabak antara lelaki yang kuceritakan itu dengan seorang perempuan yang lagi cantik dari aku kot. kot. Lelaki tadi termangu disitu. Dia duduk di kerusi. Aku pelik. Sungguh pelik. Jangan cakap dia memang disini selama 3 hari sebab perempuan tadi? Ah,aku nak pergi sekolah. Nanti aku siasat.



0 comments:

Post a Comment