sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Friday, June 14, 2013

The Man Who Cant Be Moved

Sudah lebih 3 jam aku jadi orang bodoh di sini. Menunggu untuk memujuk hati Marissa, cinta hatiku. Aku tak tahu kebodohan apa yang merasuk hati. Apa yang aku mahu cuma Marissa kembali menerima aku. Tolong laa Mar… tolong jangan seksa hati aku. Aku dah tak malu-malu mahu merayu, menunggu disini. Ya aku tahu semua bermula dari aku. Aku ini lelaki yang hidup dengan sangat layback..by day kata orang. Aku tak pernah bagi apa-apa kata putus tentang kahwin dengan Marissa. Aku tahu aku cinta dia dan nanti aku tetap akan kahwin dengan dia. Bila saja aku tak tahu. Kerana itu jugalah aku dibuang Marissa. Mungkin aku perlu bercerita tentang kisah aku dan Marissa ini dari mula.
“Cantik ” Itu ayat sepatah yang keluar dari bibir bila melihat wajah itu. Aku temu dia dalam komuter. Sungguh dia cantik. Rambut hitam menawan. Hidung elok terletak. Semua yang ada pada wajahnya cantik. Aku sebenarnya selalu berfikir, aku suka, cinta pada Marissa atas alasan fizikal atau kerana dia, Marissa itu sendiri. Kalau Marissa gemuk, berjerawat, hidung kemek dan apa sajalah yang memberi konotasi tidak cantik, apa mungkin aku jatuh hati, jatuh cinta dan sekarang hilang segala malu untuk merayu-rayu perempuan itu.
Hari ini aku masih disini. Di stesen ini. Dalam hujan renyai aku menunggu Marissa turun dari tren. Mar..aku datang. Aku tunggu kau.
“ Mar…” Aku bersuara setelah melihat Marissa turun dari tren…Hujan masih renyai. Marissa buat tak layan. Dia sudah gegas berjalan. Aku mengekor…langkah laju Marissa sama sahaja dengan langkah biasa ku. Keluar dari stesen hujan masih renyai. Marissa tutup kepala dengan beg. Aku tarik tangan yang lagi satu.
“ Mar..please jangan buat saya macamni…”
“Buat macammana?” Dia menjegil mata sambil tangannya lemah tak melawan walau ku pegang kuat pergelangan tangannya
“ Macamni…dah 3 hari Mar…saya macam orang bodoh tunggu awak…harap awak amafkan saya…Mar..”
“ Suka hati awak la nak jadi bodoh ke..”
“ mar..takkan awak nak buang saya macam tu je…”
“ awak patut sedar semua ni sebelum ni..tahu tak?”
“Mar…please Mar..saya tak boleh awak takde Mar…”
“Tipu..kalau awak tak boleh..Awak tak abaikan saya.. Awak dah lama propose saya. ”
“Mar..kita dah lama dah Mar. Dah setahun saya menganggur. Awak suruh saya ambil KPLI saya ikut. Sekarang saya sibuk Mar..Saya praktikum kan..”
“ Baiklah awak dengar baik-baik ye Amar…dah ada orang lain yang boleh jaga saya lagi baik dari awak. Nampak cincin ni? Dia da propose saya” Tanpa perasaan Marissa berkata
Amar terpempam.
“Mar..”
Serentak bila genggaman pada pergelangan tangan longgar Marissa terus merentap tangannya. Amar termangu. Dalam hujan dia terduduk. Orang mula ramai di stesen.Amar jadi malu mahu angkat muka.Cepat la semua orang pergi cepat la.Waktu dia memohon pada tuhan agar air mukanya dipelihara itulah  dari hujung matanya dia nampak kasut flat warna merah dan hujung kain cotton corak paisley berhenti di hadapannya. Meletakkan sekaki payung yang dah terbuka di sebelahnya dan payung itu warna merah jambu. .



0 comments:

Post a Comment