sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Monday, March 11, 2013

Band Kita Suka



Masa kita baru nak up dulu mesti kita pernah layan rock kapak kan?Masa aku form 2 dulu aku minat gila ah rock kapak…Pastu bila masuk form 3 aku dah up sket layan US punya band.Band pertama aku suka time tu ialah Simple Plan.Haha.Lepas tu aku mula layan Hoobastank.Keane.Macam-macam band lagi termasuk la satu band esentrik nama The Darkness dan aku segera dilabel pelik sebab minat band tu.HAHA.Kendian aku minat Green Day,Sum 41,Papa Roach,Blink 182 dan Good Charlotte.Time kau sekolah ni member baek aku ialah Nurul Amalia Hamzah.Budak ni jadik mak oghang dah.Dia la source aku untuk santapan telinga.

Zaman ni aku dah start jadik budak yang suka idea.Maybe sebab tu kot aku suka dengar lagu yang rebel sket.Tapi masa tu ghumah takde internet.Layan apa yang ada kat mainstream.Skolah lak kat kampung.Selera budak-budak ni pon boleh kira brape oghang je yang macam aku dengan mama.Yang lain layan Misha Omar sama Adi Fashla.HAHA.Jadi aku mang tak terdedah dengan scene indie ni.

Jadi aku ni bukan la gila dengan indie punya scene atau local band.Aku just dengar apa yang masuk je kat telinga aku.Masa zaman scene Indie naek dulu layan la jugak beberapa nama yang masuk mainstream.Masa zaman tu aku prefer BunkFace sebab sound dia macam Green Day,Sum 41.. Aku ni memang prefer muzik punk sebab aku suka bunyi drum walaupun aku tak reti muzik ni.( Tapi sekarang aku tak minat BUNKFACE dah.Ntah pesal)Masa zaman ni jugak la HUJAN naik.Tapi jujur cakap aku tak berkenan sangat.Ada dua tiga je lagu yang aku suka macam kotak ati.ku mau kau tahu.Aku ni jugak pesen pilih lagu sebab idea lagu tu.Jadik kalau lagu HUJAN tu yang paling paling aku suka ialah Ludah Amerika.

Masa tahun ni jugak la aku start carik reference muzik sendiri sebab masa ni aku tengah kuciwa.HAHA.kunun carik escapism la dan aku jumpa dalam Avenged Sevenfold.Lagu Avenged ni deep sebab tu aku suka.Pastu sound dia epic.Ada sesetengah tu opening dia macam cite Merlin..pastu kau boleh bayang ada dragon-dragon macam cite braveheart tu.HAHA.Tahun 2008 ialah tahun aku layan muzik pelbagai.Pastu aku jumpa Oasis.Daughtry.The Script.Aku punya muzik memang kalau bukak folder tu range macam-macam termasuk la la lagu Dato Sm Salim,Haziq,Fauziah Gambus dan lagu-lagu Zapin dan Joget yang laen.Muzik gini aku minat sebab unik.pastu sebab pantun.Aku ni terlibat dengan pantun IPG jadi dengar lagu gini helps a lot plus lagu gini je aku mampu nyanyi.

Selama bertahun-tahun merojak segala macam muzik ikut mood dan keperluan aku tak jumpa lagi muzik yang betul jiwa aku sampai la aku baik dengan kawan sekolah lama aku : Aizatey.Dia ni memang penah ada band kalo tak silap aku dengan kengkawan IPTI.Dia memang peminat setia Ag Coco Hujan tu.Aku ni bukan la peminat no 1 HUJAN macam aku cakap tadi.Lagu Coco pon yang aku minat Mengintai Langit itu je la.Dia ni memang puji gile si AG.Aku ni pulak jenis suka mengkaji.Jadi aku google la pasal AG.Baca blog dia.dan baru aku tahu mamat ni rare gila.masa tu jugak HUJAN masuk Versus kat TV3..dan dia collaborate dengan cik fauziah Gambus yang aku suka tu.Lagu dan Bila Esok kumpulan Sofaz tu ditukarnya jadik lagu contemporary.Pergh!Memang mamat ni rare.Jadi aku macam dah jumpa tune camne aku suka sebenarnya masa tu.

So aku pon follow up keje mamat ni.kendian aku baik dengan seorang tokoh Grunge.Aiceh tokoh.Acap Klang atau Asyraff Nazreen Haikal.Dia ada band KUKA.Sound KUKA ni best jugak.Instrumental Helaan Pertama dia aku siap buat ringtone lagi.Dia cite la kat aku pasal band DISH.memang aku tak kenal sampai la aku tengok Nasi Lemak Kopi O.Lagu 1st dengar versi akustik ialah Tanah Tumpah Darah dan bermula dari situ la aku kenal band DISH.dan akhirnya bertemu jugak aku dengan muzik yang memang jiwa.Rare band ni sebab sound dia alternative Melayu.ada bunyi Joget.Inang.Zapin.UlekMayang.Keroncong bagai dalam muzik dia.Suara vokalis pulak alahai syahdu betul hang Pak Chaq.dan DISH ni band si AG jugak..memang la mamat ni rare.Sound pon dia mix bagi jadi rare tapi aku memang suka rare.Ha,DISH ni bunyi Butterfingers sikit tapi aku pilih DISH lagi.hehe
So akhirnya aku jumpa jugak local band yang aku minat.Dah boleh dah nak patriotik ! hehe

1 comments:

Unknown said...

samalah kita..

Post a Comment