sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Sunday, March 10, 2013

Power of History versi chekgu Social Studies yang touching

Aku ni seperti yang ngkorang tahu ialah seorang bakal guru sekolah rendah. Course aku amek kat IPG namanya : Pengajian Sosial..Social Studies ni ada multi disiplin ilmu macam sosiologi,ekonomi,geografi,antroplogi serta sejarah.

Bila aku cakap aku amek Pengajian Sosial Sekolah Rendah reaksi orang biasanya : subjek apa tu ? Sekolah ada ke ajar tu?

Aku sambung  la cakap kat sekolah aku ajar Sivik dan Kajian Tempatan.Reaksi orang biasanya : lah senang je.subjek tak penting.tak masuk periksa.

Nak upkan diri dari di drop,aku cakap nanti 2014 aku ajar sejarah sekolah rendah.Reaksi orang biasanya : Oh sekolah rendah pon dah ada sejarah.Paling x minat sejarah la.Bosan.Nak kena baca.

Jujur cakap kekadang aku cakap je aku amek BM sebab malas nak cerita banyak dan kedengaran idealis sangat depan makcik-makcik,pakcik-pakcik,kakak-kakak dan abang-abang yang studi universiti.Ye la,ape lah sangat studi kat IPGM ni.eh , kena sebut Maktab.IPGM orang tak tahu.

 Ya,subjek sejarah tak penting.tak kritikal.cerita hantu orang dah mati.buat apa nak belajar ? buat apa nak share ? buat apa nak baca.ye dak ? Membazir la budak kecik-kecik kita ajar sejarah ni.Membazir.Nanti dah besa bukan boleh menang runding pon kalau isu berkaitan sejarah di up kan ?( perli )

dan isu di Lahad Datu menyaksikan ramai orang share SEJARAH  Sabah dan Kesultanan Sulu yang membawa kepada tuntutan wilayah tersebut. Baru nak reti SEJARAH tu penting.

Orang yang melupakan sejarah akan mengulangi kesilapan sama. Pernah dengar ? Contoh ialah kalau kau tak belajar sejarah kau tak tahu yang pembesar melayu ni kegemaran dia ialah berebut kuasa. Bila kegemaran dia berebut kuasa, dia sanggup mintak tolong sape je asal dia dapat kuasa dan makan tanggung berak cangkung. Sila baca bab 2 (sekarang tak pasti bab berapa..) subjek sejarah tingkatan 2. Pasal macammana negeri melayu bersekutu boleh terbentuk ya.Macammana British boleh dapat negeri-negeri ni ya.

dan tak mahu share isu di Lahad Datu.Aku cuma nak bagitahu, dalam buku Kajian Tempatan yang tak penting tu ada tulis sikit pasal sejarah Sabah dan Kesultanan Sulu ni..yela nak baca kan banyak,ngantuk, jadi aku suggest baca buku teks tahun 5 tu.Bagus walaupun ringkas.Nak lebih boleh gali sendiri.Takkan nak aku suap ?

dan aku pon bukannya orang yang pandai pasal sejarah.Tapi kalau ada orang perlekehkan subjek ni..pergh...membara di jiwa gua.maybe sebab sejarah ni self indulgence aku kot. Dari aku sekolah aku minat.Tapi aku suka bab masa form 2 dan form 4 la..pasal kolonial dan tamadun.Bab form 3 dan form 5 pasal pembinaan negara Malaysia tu aku kurang minat sangat tapi benda tu semua kena tahu.

Baru ni aku tertarik sangat dengan status update dari SRIKANDI .Sila baca update pasal the Power of History. Aku suka sebab aliran pemikiran kami : sama. Aku lihat history ni power. Aku malas nak cerita lebih.Baca apa dia syarahkan,nanti ngkorang faham. Credit to Zaiful Azuan yang suruh aku baca blog srikandi ni aitu.


 
*Sebenarnya apa pon yang namanya ILMU.tak kira la ilmu alam ke ilmu mantik ke,semua tu ada nilai dan kepentingannya.Jadi jangan senang sangat kita ni nak rendah-rendahkan nilainya.Mentaliti yang subjek Sejarah dan mana-mana lagi subjek tak masuk exam tu tak penting perlu diubah. dan jangan la jugak jumud sangat pikir ni ilmu sekular. Nak lawan sekularisme atau mana-mana musuh islam, lawan dengan ilmu balik. Okey? Ilmu tu luas.Ilmu Dunia ada , ilmu Akhirat ada. Nak conquer Dunia Akhirat, dua-dua ilmu kena fasih barulah boleh jadi khalifah.

2 comments:

Admin said...

Susah nak ubah persepsi orang ni Myn,
Lagi-lagi orang yang dah berusia dan terungkup mindanya..

Myn said...

itula ayu...payah...tapi tape,nanti da jadi chekgu kne ngajo betul2..

Post a Comment