sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Wednesday, November 21, 2012

The 7 guy



7th guys you meet

Sebelum aku baca 5 people you meet in heaven, aku faham dan tahu yang setiap orang,event yang jadi,jumpa dalam hidup aku,happened for reason.aku percaya.Dalam 5 people you meet in heaven, dia ada sebut tentang isteri Eddie yang menemukan Eddie tentang makna cinta. Sekarang dengan poyonya aku nak bercerita pasal..okey bukan cinta…I just wanted to tell about 5 guy I met yang kelima-lima nye brings meaning to my life all these year.1st,2nd and third guy je ye aku kapel..yang laen tu aku berkawan baek. : P

1st guy

I met him during my school years.I was form 4 at that time. Senang cite dengan dia aku kenal cinta platonic. Which is cinta yang wujud sebab terlalu rapat. Aku berkawan baik dengan this guy dan entah camne perasaan tu develop. Untuk orang yang anggap love is only a feeling macam aku,aku sebenarnya dah berbuat zalim pada dia. I dump this guy bila rasa berbunga-bunga dalam hati tu aku rasa disturbing dan nonsense.Aku memang ego sungguh dan 3rd guy will teach me some lesson.Padan muka!

2nd guy

Apa yang aku blaja dari 2nd guy is: jangan percaya pada kata-kata.dan jangan ingat orang tu cakap pasal agama,dia baik.okey?serius laa lepas kenal this guy aku sangat laa jadik orang yang tak judgemental.serius kadang-kadang baik kau kawan dengan orang yang terang-terang nagku dia jahat tapi actually dia tak laa jahat mana pon dari orang yang claim dia baik tapi..phewww..okey this guy tade la jahat sangat tapi dari dia aku belajar agar jangan laa mudah sangat nak percaya.

3rd guy

For the first time,aku admit aku suka orang.lebih dari suka.but these guy teach me yang aku sepatutnya admit yang aku pun perempuan.Ada perasaan.takde la cool sangat.takde la keras sangat.takde la heartless sangat.aku rasa aku stupid sebab dia.sangat stupid.

4th  guy

Seriously I like this guy.dia sangat baik.good listener.tak pernah fail untuk jadik orang yang faham aku.wuuuuu..thanx for being such a good bro tu me!apa yang aku learn dari dia: okey this might sound bad and macam ngumpat dia tapi some guy okey..some of them are born with spirit to win…dorang kadang-kadang aim girl and akan usaha cane cara pon untuk dapatkan girl tu..why?because they wanted to win.i don’t hate him for that.it just in blood you know.

5th guy

Pun aku suka dia.nomo nomo chua.kata korea nye.aku tak tawu nak cakap betapa tak ego nya dia.betapa sabarnya dia.dan satu benda yang paling aku suka tentang dia is dia sangat funny.never fail to make me laugh.aku sebenarnya tade alasan untuk tak suka dia.sebab dia sangat laa baik.kena buli pon dia tak kesah.aku belajar dari dia untuk jadi orang yang lebih tolerate.

6th  guy

This guy banyak bagi aku understanding pasal agama actually.met him dengan cara yang sangat dramatic.boleh buat novel okey.jumpa masa panjat gunung.pastu ingatkan dia budak form 5.dah laa aku kerek nak mampus then fbing…learn few things dari dia.sangat bersyukur ditemukan dengan dia.Lupa nak cakap,dia sangat hensem.menangis laa tengok.haha.tapi setakat itu je la.kawan atas dasar perkongsian.

7th guy

Okey,belum jumpa lagi yang menusuk di kalbu.haha.maybe kalau aku met 7th guy,aku akan further to the next stage.muahaha.buat masa sekarang permohonan untuk jadi 7th guy belum dibuka.

Thursday, November 1, 2012

ULASAN : The Five People You Meet In Heaven



                             credit to the owner of the picture

At first aku baca tajuk buku ni, aku sangat tertarik. Aku terbaca review pasal buku ni kat satu blog tapi aku tak bagi perhatian sangat sebab : English language. Aku faham sangat aku mengalami kesukaran nak habeskan buku ni.Kompem..Twillight Saga je the only book aku bley khatam.

Tapi baru ni on the way nak balik kampung, aku singgah KL Sentral sebelum amek train heading to Seremban. Merayau-rayau  tu  ada plak MPH bukak booth. Aku pun usya..dan aku jumpa koleksi-koleksi buku Mitch Albom ni.Sambil usya buku nak beli sambil usya abang hensem yang pon usya buku.HAHAH. Last-last aku buat keputusan nak beli 5 people walaupun hati meronta-ronta nak beli buku lain.Tapi buku ni pun meruntun jiwa nak baca. Akhirnya aku beli jugak. Tengok nipis macam ada harapan nak abes baca. 1st  baca, macam bosan.

Then I come to this word : All endings are also beginnings.we just don’t know it at the time. Starting 1st people Eddie met in heaven which is the blue man aku tawu this book is something…so aku keep on baca..actually aku tak banyak masa nak baca sebab aku nak baca buku untuk exam tapi aku curik gak baca time aku break.

Pastu bila baca line by line seriously this book would make a good movie sebab teknik penceritaan dan penulisannya sangat la lively.dan aku sangat suka buku macam ni contoh terdekat buku Andrea Hirata laa kan and as always aku akan nyatakan untuk kesekian kalinya yang LELAKI bila menulis,tulisannya sangat remarkable.Aku akan explain  buku ni through quotation tentang life yang diberi oleh 5 people Eddie met in heaven,okey?

1st people: All endings are also beginnings.

What I learn from this is: setiap akhir tu bukan bermakna pengakhiran taw.itu sebenarnya permulaan.kalau aku nak kait dengan diri aku..when my mom died…dia bukan just pergi and end of the story.dia bagi satu permulaan baru pada yang tinggal.pada aku,mak pergi tapi permulaan untuk aku jadi lagi bertanggungjawab dan change for good.

2nd people : when you sacrifice something precious, you’re not losing it. You just passing it on someone else

Apa yang aku belajar is hidup ni untuk memberi.berkorban.ya,kita maybe terkorban bila berkorban tapi kita pass hidup yang terkorban tu pada orang lain yang perlu hidup tu.faham?tak faham sudah..haha

3rd people :Holding anger is a poison.it eats you from inside.we think hating is a weapon that attacks the person who harmed us.but hatred is a curved blade and the harm we do,we do to ourselves

So,lets forgive. Itu je kata mudahnya.

4th people : love like rain,can nourish from above,drenching couples with a soaking joy but sometimes under the angry heat of life,love dries on the surface and must nourish from below,tending to its roots keeping itself alive

Dah self explain dah

5th: wherever you be is where you supposed to be

Kadang kita suka soal,apasal kita kat sini?kenapa aku camni?kenapa aku ada kat situasi ni and such.Even Eddie dalam cite ni seumur hidupnya mempersoal kenapa dia stuck kat Ruby Pier.Kita kat situ sebab kita supposed to be there.

Sebab apa kita hidup ? Kita hidup sebab ALLAH bagi kita hidup. Suruh kita cari DIA. Dan life kita.aturan hidup kita.orang yang tuhan send pada kita is part of HIS plan.Di akhirnya kita akan balik pada DIA.Dari Allah kita datang,pada DIA kita kembali.

Thing is,how you wanted to come back to HIM? Nak balik dengan penyesalan sebab hidup kat dunia kau tak buat apa-apa pun untuk mengakui ALLAH tu ada selepas segala macam aturan.ujian.manusia.signal.sign.alam sebagai tanda DIA ada?

NOTE: At the end kita akan nampak,sebab penulis ni bukan islam,in the end dia tak dapat nak menyatakan semua ni datang dari Allah.Sampai sudah,heaven dia kat dunia je. Sebab dia hidup untuk dunia.Apa dia cakap atas justifikasi moral dan logik akal semata,bukan iman dalam hati.

Thursday, September 27, 2012

untuk kawan-kawan yang dah dan akan kawen.


Aku dulu penah sekolah kat Perak. Asrama Semai Bakti Felda Trolak. Aku rasa aku penah mention. Form 1 sampai form 3. Dengan social network cam FB ni hubungan kitorang Ex-Asbt ni tak lost macamtu je. Aku kekadang time boring tu stalking la jugak budak-budak ni. Just nak tawu perkembangan. Makan satu kawah kowt takkan tamaw tawu apa dah jadik kat kengkawan an.

Masa gerak cepat tak tunggu-tunggu. Semua orang dah grow up well. Jadik different people.Even kita kadang tak sempat sangat pun nak kenal setiap individu tu masa sekolah dulu tapi bila kita tetiba baik, kenal kita surprise jugak dengan founding-founding yang tak dijangka…hahaha
Dan bercakap pasal masa.grow up…some of my fren dah kawen. KAHWIN bhai. Tu dah stage laen. Aku dok terkedek-kedek lagi ha nak carik hidup. Nak bina apa yang belum dibina but these people dah bina masjid…ada yang on the way nak bina masjid. Fuhh…

Antara member yang dah kawen macam Teha Udin, Are-Tin , Ekin…

Aku cam tak caye pon ada.haha..aku dulu baik gak ngan teha ngan are-tin. Ingat lagi si teha suka cite pasal maksu dye pastu pasal babah dye..mak dye…Teha si anak manja.Kawen da.Jadik ibu da.Aku rasa macam baru semalam dye cite sume benda tu kat aku

Are-tin…ni sorang lagi…haish…kadang-kadang tolong gosok baju aku. Dulu dia ada panggil aku satu nama panggilan..manja ke manis ntah sebab dia kata muka aku macam manja tu Kegemaran, menyanyi melalak lagu jiwang karat dekat walkway. Aku laa ingat balik budak ni..haha…antara budak rebel yang aku kenal..yang gile..yang memang kepala best.

Si Ekin yang cantik.suweet. aku selalu rasa dia cantik. perfect. dengan tingginya. Dia ni sayang gile kat kakak dia dan juga ayah dia.kitorang satu bilik prep..kadang malam minggu lepak sama buat facial. tepek muka ngan lidah buaya yang tanam dalam pasu letak kat balkoni. kadang main make-up,make up.. ngan budak bilik dia cam Madihah ngan Raja. Maen tepek-tepek kek bila celebrate birthday…hahahaha. Kawen dah jugak budak ni.

Ni si miera pulak nak kawen. pastu dengar citi Raja Siti Zubaidah ngan Liea pon nak kawen. Pehh…cargas beb.

Miera si suara sedap.lemak merdu nak kawen…wuhuuu…ni sorang lagi yang aku rasa cantik. Aku rasa dulu-dulu kalau orang tu tinggi aku rasa cantik kot.haha…tapi Najibah pendek pon aku cakap cantik.heheh. Miera ni top r…cantik.bergaya.tinggi.neat…nak kawen da siottt. I bet her wed mang gempak r sebab dia ni mang high taste and power r bab-bab girlish-girlish nye stuff macam baju.wedding ni.

Raja siti zubaidah ni pon antara orang-orang yang ada pengalaman langsung ngan aku sebab kitorang satu bilik prep. Siap bagi nama bilik prep tu, bilik prep waksegan. Peminat setia Khalid Jamlus dan David Beckham. dulu laa…haha…Perak FA true supporter.kalo nak sembang bola ngan dia mang boleh sangat laa..Selalu kalau nak berebut baca part sukan kat paper tu mang ngan dia laa…haha…Macam ganas, tapi mudah nangis..haha. Aku rindu dowh budak ni..dah laa jenis selamba,kuat melawak..memang pecah perut r kalau dia start buat muka,buat loghat perak dia tu.tapi ada gak r time dia jadik biro yang aku cam carik pasal ngan dia tak turun riadah.selalu kalau nak ponteng riadah ni mang buat dengan dayah,izan,wanie..geng bilik 64 ngan 65.haha

Kamaliea.dulu-dulu kitorang kata muka dia cam Haliza Misbun. Bapak lembut bak hang dia ni. Aku ni memang jenis kagum dengan wanita-wanita yang lemah-lembut ni. Padahal dah nama pompuan memang laa kena lembut an? Apa daa aku ni

Sape lagi nak kawen? Dengar cite Izan pon on the way dah…wuhuuuu…ni pon sorang lagi..kawen nanti mang gempak r..thing yang aku remember pasal Izan ialah dia sangat neat. Neat gile. Locker, meja, katil, pakaian, buku , tulisan haish memang senang cite neat gile la dia ni. Ni antara orang yang aku kagum gak…haha…sebab very organized laa dia ni. Aku an slalu cakap aku selalu amazed ngan orang-orang,creature-creature yang lembut dan organized which is women. Ya aku women, tapi aku tak organized dan lembut macam diorang..sebab tu aku akan terkagum-kagum dengan orang macam diorang…hahahaha

Fuhh…in a few years je..things changed. Completely. Sume orang dah  grown up. Sume orang dah start take charge. Take one step further in life. Go to different stage, different path. Tak kurang gak yang kita jumpa tu rancang, berangan untuk masa depan begini,begini but things go another way..tapi Zaleha atau aku panggil Ummi antara orang yang stick to the plan.. Tak silap dia amek landscape design..mang ingat lagi penah janji ngan dia untuk compete dalam bidang-bidang cam landscape and interior but she manage to be in that course while I’m stuck in education.

Stuck in education?macam terpaksa sangat bunyi tu…eh,mana ada..i like this field. Serious. Makin lama makin cinta.kahkah..tak.betul…serius aku suka dah bidang ni. Tapi aku suka nak explore.bukan menetap..in few years I’ll try to pursue my studies and go explore another thing. Yang penting bidang tu mang maen dengan manusia gak r.kaji otak manusia ke…haha…budaya ke…politik ke..ekonomi pembangunan ke apa-apa je laa..

Aku :Tetiba aku terkagum dengan kemampuan aku untuk ingat benda-benda memory lane gini.
Monolog: Chaiiit..hang an pasai ekonomi islam,teori kemoralan sosial apa jadahnye lagi tu hang tak maw ingat kan?
Aku: hang takyah nak bising. Bandura kata kita blaja melalui pengalaman langsung. La ni hang bagi taw lecturer ajar aku,bagi aku applied jadah tu suma ke tak?aku tade real experience.feeling.mana aku nak ingat.
Monolog : hurm..betul jugak
Aku: memory tu mang payah lak nak delete la sebab dia tackle abes emotion,fizikal,akal kita.pengalaman bhai.stuck dalam minda.

Wednesday, September 26, 2012

SD, DD, 3D AND HD


SD  : Single Dimension
DD : Double Dimension
3D  : 3 Dimension
HD : Higher Dimension
Perkara di atas merupakan maksud bagi tajuk post ini. Faham?
Baik kenapa tetiba dimension,dimension ni kan?
Well, tadi aku masuk kelas lambat 15 minit seperti biasa. Nasib baik En Hatim tu cool orangnya. Dia suruh je aku masuk. Kalau lecturer lain dah berbakul bebel punya. Budak lelaki meja belakang da kutuk-kutuk. Pedulik hape gua. Haha
Baik,sudah-sudah la intro.
Tadi kitorang belajar pasal Inovasi dalam pendidikan which is benda yang sedang jadi perbualan hangat dalam kalangan pelatih sem 8 sebab kitorang kan baru sudah bentang kajian beserta inovasi kitorang. So,apa inovasi? Inovasi ialah bila kau buat sesuatu untuk selesaikan masalah. Inovasi tak semestinya benda pelik. Anything yang kau reka untuk selesaikan masalah kau ialah inovasi.
Dalam duk cakap inovasi ni laa boleh terbukak perbincangan tentang 4 perkara di atas.
Okey,kita tahu manusia ni ada macam-macam jenis an. Keempat-empat dimension ni merujuk pada dimensi pemikiran manusia. Okey, rasanya tak perlu laa nak explain lebih-lebih sebab definition bagi satu-satu tu dah menggambarkan orang tu.Hehe

SD : Single minded. Satu hala. Skema. Rutin
- benci orang gini.selalunya pentadbir institusi adalah begini.hahahaha
DD : Double minded. Boleh berkompromi. Boleh menerima dan menjana idea,tapi belum tentu boleh laksana.Banyak sudut pandang
-Ramai orang gini.Basicly kita orang gini.
3D : 3 dimension.lihat benda perspektif berbeza. Rare. Kreatif.tapi scattered.bersepah
-Tak ramai orang gini tapi kita kena moving tu be this type of person
HD : Higher. Beyond. Futuristik.organized
-Tun Dr Mahathir.hahah…betul laa dia antara yang HD…Payah doh nak jadik gini kalau kita nak sampai 3D pon susah

Sekarang ni kalau nak berinovasi,kena ajar diri jadik orang 3D dahulu. Payah sebenarnya, tapi kena latih kot diri sebab nak jadik kreatif, rare, lain dan out of the box tu kena melihat dari banyak dimensi.sudut pandang. Macammana nak banyak sudut pandang?
Bacalah. Bacalah dengan nama tuhanMU
Sampaikanlah walau sepotong ayat.
Nanti tuhan masukkan dalam hati-hati kita ni ilmu,kefahaman yang kita tak boleh dapat dengan just baca buku camtu je.
Pergi berjalan.tengok tempat orang.jumpa ramai orang. Deep Thinking. Reflection. Jangan hidup dalam dunia kita saja. Okey Aminah?

Tuesday, September 25, 2012

signal

hidup,nasib sume tuhan atur.
ni benda basic yang kita patut tahu
tapi hidup,nasib boleh kita tentukan apa.
serius boleh?
boleh!
macammana?
ubah lah
boleh ubah?
boleh!
macammana?
berubah

Hidayah tu kan...tuhan nak bagi kat sapa-sapa tuhan akan bagi
kawan aku penah cakap: min apa perasaan kau kalau ada orang bagi kau sesuatu,kau asyik tolak je
aku jawab: tacing
maksud kawan aku tu,pasal hidayah laa..ada satu time,bila-bila yang tuhan sentuh hati kita..ingatkan kita supaya mendekat dengan DIA tapi kita often lalaikan signal-signal yang diberi.Last-last kita hanyut balik
Tadi aku borak dengan sorang kawan yang tuhan bagi dia satu ujian.Ujian yang aku dan kawan-kawan lain tak sanggup nak hadap.Sampai kitorang rasa tak tahu dah nak respon camane
tapi laa...tenang gila dia..sebab apa dia tenang?sebab lepas ujian tu jatuh terjelepuk atas dia,dia macam balik pada jalan.balik pada tuhan.Bila dia bercakap aku tahu dia dah makin faham.Faham tentang hidup,nasib aturan tuhan.Faham semua untuk own good dia.Faham sebelum ni dia asyik tolak sign-sign tuhan bagi.Lari tak mahu tuhan pegang,sentuh hati.

macam-macam cara kan tuhan nak panggil kita balik kat dia.
tak faham?
kan ujian tu panggilan,seruan tuhan supaya kita balik kat dia
sampai bila kita nak lari?

bila tengok sume orang makin moving to a good direction,rasa seronok sangat.
kadang, ujian tu kecik sangat nak banding dengan "kesan" yang kita dapat
tuhan bagi sentap kat hati kita.sama ada kita nak peduli atau tak peduli

Dunia dan seluruh isinya : ujian
by mean manusia.emak.ayah.anak.pakwe.awek.bos pon ujian
sekarang ni nak kantoi dengan ujian atau hadapi dengan macho?

tapi itulah.
bila kantoi dengan ujian tu
satu dunia macam menghukum kan?
aku tak sokong pon orang buat salah
tapi tak salah tak tahu yang perkara tu salah kan?
kadang ada salah pilih jalan
kadang ada salah dalam didikan
kadang ada salah dalam fahaman
kadang ada salah dalam persekitaran

tapi kita tak pernah nak lihat kenapa dia buat salah
kita tak pernah nak betulkan salah
kita pakai fahaman doktor gigi.salah terus cabut.buang.
mudah.tapi apa kita nak jawab bila tuhan tanya apa usaha kita dah buat nak bagi dia tak buat salah tu?
cukup ke kita senyum.bagi nasihat sepatah dua?
cukup ke kita buat baik sorang-sorang takut kena cop bajet.poyo.over tapi tak ajak dia pon buat baik?
cukup ke kita buat ibadah tapi hubungan dengan orang kita tak jaga
cukup ke kita pakai kawan dengan stok-stok kita saja?
kita tahu tak semua orang lahir-lahir dalam suasana ikut syariat
kita tahu tak semua orang lahir-lahir ada kefahaman
kita tahu semua orang lahir-lahir dengan jiwa tenang.hati bersih.
tapi masa.persekitaran.kelalaian.dunia dan segala isinya menipu pandangan
kita lupa janji-janji pada tuhan
kita hanyut dalam kehidupan

jadi,kita-kita yang tahu
hidup ni perlu mujahadah
cukup ke kita tahu kita saja
tak perlu ke kita bagitahu kawan kita?
tak perlu ke kita ingatkan dia.ingatkan dia maknanya ingatkan kita sendiri.

kawan,bila nak bagitahu tu
perlu ke kita malukan kawan kita?
tak boleh ke kita cakap lepak-lepak,tenang-tenang
tak boleh ke kita cakap guna standard yang kawan kita faham?
tak boleh ke kita cakap jangan berlebihan
sederhana
pelan-pelan kayuh tak boleh ke?

takdak orang terus perfect aih..



memo : hidup manusia ni. ada yang tenang-tenang mula-mula,lain macam akhirnya.ada tenang ke sudah.ad kacau ke sudah. jadi ingat dan alert la dengan signal diberi.
dan minta faham apa yang nak disampaikan.bukan menunjuk-nunjuk pandai.but been there.hidup buat salah.suasana tak faham.orang menghukum..in the end kalau terus menerus ego dengan nasihat orang.sign tuhan bagi.we wont get anywhere.dan yang rasa dah bagus tapi taknak ajak orang buat bagus pon wont get anywhere.

tuhan,maafkan kata-kata yang berlebihan dan tindakan yang melampaui batas














maki

aku rasa nak maki
maki?
ya maki
maki pihak autoriti
ish,anarki!
pedulik apa!
kau ulang baca akta itu ini
kau ugut sana sini
kau senyum puas
kau ugut lagi dalam senyum buat-buat
aku rasa nak meludah
puiiiiiii!!!
orang macam kau buat contoh?
memang tak layak

contoh hipokrasi mungkin boleh
contoh kipas punggung autoriti boleh
angguk-angguk muka senyum buat-buat
contoh terbaik untuk imej skim bodek penjawat awam
kau rasa kau layak jadi penegak,pembetul sikap?
sikap kau jatuh hukum tu betul sangat?
sikap kau "double standard" lelaki perempuan betul sangat?
aku rasa nak meludah lagi
puiiiiiiiiii!
keluar habis kahak-kahak batuk aku

kau baca firman
kau kata untuk jawab dengan tuhan
bagus la kalau kau beriman
tapi untuk menjawab sahaja lah?
tapi.....
untuk lepas diri semata kan?
alasan kan?
helah bela diri kan?
justifikasi
guna tanggungjawab untuk justifikasi tindakan?

kau patut senyap.
sebab kau cakap macamtu dah bagi penjelasan sifat penting diri kau
kalau kau betul nak menjawab
kau jawab dengan usaha kau ajak orang buat baik
bukan paksa orang jadi baik
ajak.paksa.beza

ha,lagi satu...berbuat baik.jadik baik atau pura-pura baik tu benda berbeza
kau tahu kan kau yang mana satu?



memo: part "baik" tu ingatan untuk diri sendiri

seni menghadapi emosi:lelaki vs perempuan

perempuan...bese la tu..(suara lelaki)
huh,lelaki menyakitkan hati je (suara perempuan)
lelaki kalau bab rasa dia tenang-tenang saja
tak tunjuk riak tanggung saja dalam hati
perempuan kalau bab rasa dia kalut tak semena
air mata,salak sana,rengek sini dan dia tenang tiba-tiba
lelaki,perempuan asasnya sama
dua-dua manusia
ada hati ada jiwa
kalau kuat hati dan jiwa
tak kira kau sorok atau kau luah
kau boleh pilih nak hidup damai-damai atau porak peranda