sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Friday, March 8, 2013

Random Ohsem

Standing in the rain aint gonna leave you dry
Tengok kengkawan adik beradik anak sedare semua berpasangan dan berkahwin walaupun mulut kata rilex hati tu sikit-sikit rasa macam : yeah dorang moving next level.aku ? stuck . dengan dunia fb aku.blog aku.buku aku.puisi aku.jiwa aku.minda aku.terkongkong dalam satu ruang dan tak dilepas.dan aku seperti biasa mempunyai keupayaan memujuk perasaan dengan ayat-ayat bajet hensem dan cool macam gampang bagi memastikan aku kekal tak menggedik nak kawen jugak.


Aku ada beberapa kenalan terdekat yang tak kawen lagi and seriously menakutkan aku setiap kali dengar keluhan-keluhan jiwa dorang.masalah-masalah jiwa.kering kontang nya perasaan dorang ni sampai segala kekesalan hidup ini dihamburkan pada manusia-manusia yang tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan atas tidak lengkapnya lagi separuh agama mereka itu.dan aku takut.takut I end up being one.
Memikirkan banyak benda ni kekadang buat aku nak hisap Winston je sambil melayan kepala.HAHA.Okey apa,Winston je pon.

Too many things happen in a few month after graduation.family tu first thing then dengan pekerjaan yang macam gampang lama nak tunggu.dan mulut yang semakin kuat memaki.HAHA.Persekitaran bhai.Aku hidup bro,bro je.gampang tu ayat biasa.

Aku kekadang ghindu zaman praktikum.Come high water pon aku steady je.Ni sekarang goyang je.mulut pon keje nak maki je.hati membara je.jiwa terbakor usah cerita.Kalau boleh semua orang nak diblame atas kekesalan hidup.nampak,cakap pon dah macam orang tade iman.itu yang aku takut sangat dok lama-lama kat ghumah ni.
Tapi macam bese.otak aku dengan pantas ngajo aku soh istighfar.taubat banyak-banyak.muhasabah banyak-banyak.
Huh ngkorang tak tahu perang dalam kepala aku camne
Good vs evil
Satu soh sabar.satu soh lepas.
Semua benda bukan oghang yang kawal.Rezeki ni tuhan yang bagi.Dok marah sangat tu nampak nau tak caya kat tuhan...Ni aku tengah belajar bersabar balik.Ingat tuhan banyak-banyak.Baca balik post-post memujuk hati yang lepas.



* Walaubagaimanapun aku nak ambil kesempatan ni nak  cakap : Choiiiiii betul la Anwar Ibrahim.Bagi je la BN memerintah kan senang cerita.Pesal ntah nak buat payah.kahkah.Tak pun soh je la Tun M jadik PM balik.Aman sentosa Malaysia.Tade la Najib kempen PRU begini lama.Cepat aku posting.In the end semua orang nak jaga periuk nasi masing-masing je kan ? Takyah la jadi hero sangat hang tu

*sape amek serius apa aku cakap ni memang tak faham SARCASM.


Projek Mengintai Langit

Salam
tediaaaa....sawang gile blog gua ni.
Jiran sebelah ghumah dah on balik wifi maka boleh la gua berblog seperti sedia kala..yahoooooo!!!
owh dah lari topik.
Baek sebelum ni gua pernah cite tentang gua pernah menulis novel kan,kan?Tapi semuanya berakhir di tong sampah.Maka demi memanfaatkan musim cuti penganggur DG41 maka gua kembali menulis.
Kalau ada yang friend dengan aku di FB maybe akan perasan post panjang berjela yang mostly ialah conversation antara pompuan bernama Hani dan lelaki bernama Amar dan di bawahnya akan tertulis MENGINTAI LANGIT.

Cadangnya itulah tajuk novel yang gua tengah tulis ni.Actually cara gua menulis berbeza kot..ada orang suka tulis dengan cara tulis bab demi bab..tapi gua ni kan scattered sket..jadi gua pesen tulis tak ikut bab..asal dapat vision..ayat...asal gua dapat gambaran mental tentang satu babak tu gua pun tulis la..Actually gua dah buat dia punya storyline..so jangan risau hujung pangkal dia gua dah ada cuma gua akan buat ikut jiwa dan perasaan..aiceh...kemudian akan susun ikut kronologi.

Secara sejarahnya terPOP idea ni ialah masa musim KISSM tahun lepas..Lagu band Coco, Mengintai Langit ni gua letak dalam playlist KISSM means waktu aku study tu gua dengar la lagu ni dan waktu tu gua macam terinspirasi dari words ni : " Di dalam hujan renyai aku Mengintai Langit mengharap engkau akan setuju mencintai aku "
Syahdu kan? Terus gua terpikir pasal sorang perempuan quitter.Seorang lelaki fighter.Payung.Hujan dan Stesen komuter maka tercetuslah :  Projek Mengintai Langit !


inspirasi dari gambar dari movie Daisy yang sodeh

PUISIROSAK : Keluhan Otak



Hailaa hati…
Aku pesan dah kan, jangan jatuh hati !
Aku pesan dah..duduk diam-diam
Aku pesan kan ?
Jangan,jangan….
Kau degil…
Sekarang ni aku yang nak kena pulihkan kau
Macam aku ni dah takde kerja lain selain pulihkan kau
Kau dengar eh..
Tuan empunya kau angkat tangan pun aku kena buat kerja
Sekarang nak kena tolong kau selesaikan masalah patah hati kau
Kau tak boleh ke sekali tu…uruskan sendiri ?
Kau, waktu kau seronok-seronok…
Kau shuh, shuh kan aku kan?
Sekarang da terlungkup. Berkecai-kecai. Berkeping-keping . Berderai-derai…
Pandai pulak kau rayu-rayu aku suruh tolong kau, rasionalkan balik soal hati kau…
Hari tu kau cakap : Pergi main jauh-jauh, ini soal hati
Kemain. Amboi !
Puiiiii!
Kau,aku…Kita sinergi tahu.
Sekarang tolong dengar cakap aku….
Lepas ni jangan mengada-ngada nak jatuh cinta
Boleh tak kau isi hati kau tu bukan setakat rasa ?
Iman
Iman tu tolong kau letak dulu mendahului rasa
Bukan rasa mendahului iman
Faham?
Baru aku tak kena buat banyak kerja.

Paradoks 1st Date



Okey…bukan nak cite pasal first date aku pon laa..haha…actually aku terbaca balik post sebelum ni..masa tu aku konon-konon nak buat la 30 challenge…rujuk sini .macam aku penah cakap laa..aku ni tak suka menulis dengan restriction…Zahiril Adzim kata menulis tu bogel…means sume dalam otak ko tu ko bukak habis depan orang..yang baca…dan kalau ada restriction atau terikat pada satu benda..tu dah tak bogel..tu cover..masalahnya…aku tak sempat habis pon 30 challenge tu..huwa3..

Tapi ada la aku buat 2,3 challenge yang antaranya ialah tentang 1st date.Aku tulis yang 1st date aku tu might be masa EURO 2012. Aku dan dia tengok bola kat skrin besar.
Apa yang terjadi masa final EURO 2012 ialah pertama sekali team yang pi final bukanlah Belanda dan Jerman sebaliknya Sepanyol…dah tu pulak masa final tu aku sedang berinternship kowt kat Jerantut. Jadi aku tengok final tu dengan geng aku Iqa,Ila dan Che Ai..pastu pi sekolah tanpa tidur seharian…haha.

*dah nak dekat setahun selepas Euro..haish

Friday, January 4, 2013

REBOUND



Means melantun.
Kalau tambah on the rebound akan jadik :selepas kekecewaan. Kena kecewa dulu baru laa ada rebound.

Yang aku faham rebound ni jadik bila ko lepas break…bila lepas break tu kita akan lonely right?kita nak someone dengan kita dan biasanya siapa yang come after that akan kita grab dan kemudian baru la kita realize yang we’re not actually in love with this girl/guy yang kita grab tu.bila kepala kita yang tak berapa centre selepas frust ni come to rational…waktu kita mula realize yang kita sayang lagi pada chenta hati kita.waktu kita realize yang rebound kita tu farrrrrr sangat dari sifat-sifat yang ada pada chenta hati kita…waktu tu apa yang kita buat biasanya ialah call it off.

Okey..apa yang aku nak cakap disini ialah..aku bukan nak cakap..aku nak maki sebenarnya..haha..
Bila kita call it off.ada kita fikir tentang rebound kita tu? How they feel? Tak ke diorang akan rasa macam diorang tu rumah kebajikan..tempat ko tumpang teduh..kemudian kau blah bila hujan dah reda? Come on…jangan la buat orang lain bandaid kau…you peel them off..throw in dustbin as your wound finally healed…ada yang lagi pedih tu..bukan setakat call it off tapi berbaik semula dengan cik/encik chenta hati yang lama.

funny sebenarnya bila kau kata sayang pada rebound kau while hati kau masih sayang si dia.funny bila kau boleh layan rebound kau macam kau layan kekasih hati kau.orang macam ni memang selfish.
Woi,ni luka kau..jaga sendiri.kenapa nak libatkan orang lain?tak kira la lelaki ke perempuan ke.sama je dua-dua.kalau takde niat dalam hati kau nak sayang.jangan drag orang dalam hidup kau yang loser tu.jangan grab anyone else to help you ease your pain.untuk isi kosong hati kau tu.

Out of the thing, jadik rebound ni benda paling loser aku rasa.haha...seriously kalau sape-sape yang jadik rebound memang kirim salam la nak give a damn pada relationship dah. Jadik rebound ni akan buat seseorang tu doubtful dan akan selalu sit on the fences..memang  takkan jump on the fences.yeah..orang boleh cakap try,try..tapi sekali kena memang pheww..pedih siottt..so guys..dont  just grab anyone  okey?

Jadik manusia ni…jangan pikir hati kau saje-saje.sebelum nak cakap..nak pura-pura tunjuk sayang tu fikir one step ahead.apa?soal cinta tu soal emosi?bukan rasional? Banyak la kau..kalau betul cinta..kau takkan pikir untuk hati kau semata.kalau pikir seronok kau semata, its lust..not love.got it?


p/s : Ha,kau yang baca.yang tulis.taknak jadik rebound jangan menebeng kat orang baru lepas frust.kalau hati kau tu x cukup power takyah nak gatal laa nak tolong bagi semangat kat dia.dah besau dah dia..pandai la dia urus urusan hati dia.
p/s: sebab tu laa kita ni disuruh jaga batas…mesej bila perlu…call bila perlu..kalau selalu-selalu…indah pulak dijadikan syaitan rasa caring-caring we all tu.

Thursday, December 20, 2012

23 Hari Lahir



21/12/2012 orang kata hari kiamat. orang mayan la kata. ikut calendar dia. ikut calendar omputih ni ulang tahun ke-23 kelahiran aku. means da 23 tahun aku hidup atas muka bumi ni.
Tahun ni tahun ke-2 aku celebrate birthday tanpa mak. okey,tak pernah celebrate pon sebenarnya. Tapi selalunya pagi nya tu aku akan sengih-sengih sambil dengan hillariousnya cakap:mak,aini birthday ninah!! Dan dia akan peluk dan cium sambil cakap: selamat hari lahir manje. kekadang comot. kekadang comel…apa je laa yang dia suka nak tambah kat belakang. dan dia akan buat masakan spesel : mee goreng selalunya..haha… aku memang jarang gile-gile makan mee goreng kat kedai..sebab mak aku punya mee goreng….especially yang masa birthday tu paling yummmmy.

Untuk 23 hari lahir ni yang aku tahu aku akan melongo pandang ceiling…tengok nfon kowt ada yang wish. angkat call kowt ada yang call. My niece Norezati would be the 1st person to wish. never fail..every year…dan bila da masuk maktab…kak ngah/hazwani my laa selalunya di belakang my niece..followed by my  fellow friend. kak long,iqa n ila.serius cakap laa kan,da masuk maktab dan dah ada fb ni baru laa ada ramai yang wish..haha..sebab bila birthday cuti sekolah ni ramai yang akan lupa…tapi pernah satu tahun tu..my senior: bong faizal wish a month earlier…serius x kan lupa peristiwa klaka tu..neway thanx bro!

Apa wishlist untuk birthday? None .
Aku just come with a thought pagi tadi lepas habis baca For One More Day by Mitch Albom..nanti la aku buat ulasan dia eh…
Katanya…untuk setiap cerita dalam family tu..there’s always a story..why like this..why like that..an most of it is our mom’s story..Buat aku fikir…instead of kita tunggu orang wish..celebrate…why don’t we change it? Birthday kita bukan mean…kita nye hidup je. bukan our day..its actually day mak kita bertarung nyawa to deliver us..instead of celebrating ourself why don’t  we celebrate our mom? orang yang sacrifice untuk lahirkan kita…

why don’t we go to our mom and said : mak…terima kasih…sebab 23 tahun lepas kan…pukul 6.20 pagi…lepas subuh tu…mak bertarung nyawa..antara hidup dan mati nak lahirkan budak ni…budak yang nakal…yang lahir je lepas subuh tapi liat nak bangun subuh…yang suka argue cakap orang…yang ketegaq…yang merajuk tarik muncung…suruh tolong, mula la wat muka ketat…yang suka paksa dengar story telling dia..yang paksa jadik coach dia bila time nak bercerita berforum berdebat…yang suka benam kepala kat perut mak bila nak menangis…yang bila buat perangai main buat je dan lepas tu baru laa nak menangis-nangis menyesal mintak maaf…terima kasih atas segala pengorbanan..kebaikan..kasih sayang…sebab lahirkan orang…love u mak..happy birthday..

I should said it at least 12 years ago right? Hurm…
 No, I ‘m not regret…this is life…aku dah redha..

You..yang baca…it’s not too late. its better late than never right ?
Nanti masa your birthday..buat macam tu tawu! hug her..hold her tightly and say it to her. surely burst both of you to tears… but why ashamed with your own feeling towards mom .. the one who deliver you..tak pon..tak yah tunggu your birthday…buat je sekarang…okey ?

Lagi satu…terima kasih Allah…untuk kehidupan…there’s a lot of thing I don’t do for life YOU give me… I should start do something…life DIA bagi bukan sesaje. So lets work on projek mati… okey yang ni nanti aku update post tentang projek mati tu apa.


P/S : Hadiah birthday yang aku nak dari yang membaca ialah : buat macam aku cakap. pi kat mak hangpa..peluk..cium…cakap korang sayang dia. okey? dan satu lagi.. boleh tak sedekahkan Al-Fatihah kat mak aku : Siti Halijah binti Hamidah. Okey thanx!