sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Tuesday, September 25, 2012

maki

aku rasa nak maki
maki?
ya maki
maki pihak autoriti
ish,anarki!
pedulik apa!
kau ulang baca akta itu ini
kau ugut sana sini
kau senyum puas
kau ugut lagi dalam senyum buat-buat
aku rasa nak meludah
puiiiiiii!!!
orang macam kau buat contoh?
memang tak layak

contoh hipokrasi mungkin boleh
contoh kipas punggung autoriti boleh
angguk-angguk muka senyum buat-buat
contoh terbaik untuk imej skim bodek penjawat awam
kau rasa kau layak jadi penegak,pembetul sikap?
sikap kau jatuh hukum tu betul sangat?
sikap kau "double standard" lelaki perempuan betul sangat?
aku rasa nak meludah lagi
puiiiiiiiiii!
keluar habis kahak-kahak batuk aku

kau baca firman
kau kata untuk jawab dengan tuhan
bagus la kalau kau beriman
tapi untuk menjawab sahaja lah?
tapi.....
untuk lepas diri semata kan?
alasan kan?
helah bela diri kan?
justifikasi
guna tanggungjawab untuk justifikasi tindakan?

kau patut senyap.
sebab kau cakap macamtu dah bagi penjelasan sifat penting diri kau
kalau kau betul nak menjawab
kau jawab dengan usaha kau ajak orang buat baik
bukan paksa orang jadi baik
ajak.paksa.beza

ha,lagi satu...berbuat baik.jadik baik atau pura-pura baik tu benda berbeza
kau tahu kan kau yang mana satu?



memo: part "baik" tu ingatan untuk diri sendiri

seni menghadapi emosi:lelaki vs perempuan

perempuan...bese la tu..(suara lelaki)
huh,lelaki menyakitkan hati je (suara perempuan)
lelaki kalau bab rasa dia tenang-tenang saja
tak tunjuk riak tanggung saja dalam hati
perempuan kalau bab rasa dia kalut tak semena
air mata,salak sana,rengek sini dan dia tenang tiba-tiba
lelaki,perempuan asasnya sama
dua-dua manusia
ada hati ada jiwa
kalau kuat hati dan jiwa
tak kira kau sorok atau kau luah
kau boleh pilih nak hidup damai-damai atau porak peranda

Sunday, September 23, 2012

september's rant


Blog dah lama bersawang.seriously aku tataw nak tulis apa..rant apa..poor blog..aku carik kau bila aku nak mencarut je an?haha
Hectic week.minggu ni minggu sangat kebusy an…..
Serius gak cakap aku rasa aku dah lama tade masa untuk diri sendiri.You know,time nak lepak,chill,treat diri sendiri dengan shopping,read good books..serius aku tak sempat.terkejar-kejar..dengan Action Research aku laa…ngan family laa…aku kinda on the run…
Pasni destinasi aku ampang-pasoh,ampang –pasoh je r.tak perlu aku nak detailkan it just aku bley cakap sebahagian dari janji aku ngan arwah mak and tanggungjawab aku sbg elders.
Alhamdulillah dalam serabut-serabut tu assignment berjaya setel,AR Berjaya setel dan Alhamdulillah dapat jadik one of presenter untuk seminar kajian tindakan zon timur.serius aku tataw nak share ngan sape..bet my mom would be proud..aku tawu yang doa dia cover aku untuk lalu sume ni..memang dia tade,tapi doa dia tu..aku tahu..dia mang nak tengok aku jadik wanita yang ada achievement.tak kesah laa setakat benda cani pon an..its still an achievement.
Aku tawu aku pompuan serabut.unorganized.nak dapat buat benda gini mang macam hell betul.serius cakap benda-benda nak buat laporan,tulis data apa jadah lagi mang membunuh aku.aku tak suke gile-gile.aku mang jenis reti cakap tapi tak reti nak turn out,susun benda dalam bentuk laporan,esei.it just come out.that’s me.so malu r nak compete ngan orang-orang laen yg keje kemas teratur ni.
Panjang ni dowh aku nak rant…
Aku..aku pon tataw apa masalah ngan otak aku.hati aku.perasaan aku.mix up.undefined.Dah lama aku cam normal tetibe beberapa hari ni cam abnormal sket.aku figure out je benda tu sebab apa tapi malas nak elaborate dan semakkan otak.let it be.benda hati ngan perasaan ni memang cam cilake  dan membubuh kemachoan sket
Aku kadang tak tawu nak jadik pompuan macam mane.serius.aku kadang rasa aku macam dah tade identiti.aku tataw ar aku buat apa..aku ntah.aku macam tetibe jadik lembik.mengada.and I hate myself for being bodoh dan bangang dengan mengada.mengada tu mang benda aku paling tak suke.and mengada tu annoying.
Aku….aku rindu mak aku gile-gile.aku rasa cam ntah le…aku dah bese excited cite kat dia apa-apa..aku dah bese ada dia bagi keputusan pape..bila aku kena buat pilihan memang aku rasa hell.aku cam nyesal gak untuk kebodohan-kebodohan aku.
Aku….aku tetibe rindu nak merengek.tambah demam-demam gini.haish…aku cam tade orang aku nak hold..yeah how I miss someone to hold when hope begins to fades…hope tu sentiasa ada..tak fade pon cume aku rasa nak hold orang.laen  peluk sayang emak ni.peluk abang aku??memang tak laa kan..payah jadik the only adik pompuan yang memang menggedik manja dengan mak.yang merengek carik mak.yang ngadu carik mak.bila time gini..nyasau ar tambah bila tiba-tiba semua turn nak cerita,nak ngadu pada kita..last2 kita lak nak ngadu kat sape?
Tapi ntah laa…melayan orang rupenye lagi buat kita strong dari kita jadik selfish nak orang jaga kita je.tape laa…selagi aku boleh jadik cam mak,aku jadik laa…setakat aku mampu walaupun aku tau aku farrrrrrrr dari sifat2 mak.aku jauh sangat dari baik dia tu.kadang aku pikir macam mana orang kecik macam dia boleh layan 9 kepala yang beza-beza ni?hebat btol..
Dekat 5 tahun aku kat maktab…aku cam…aku tak sangka things changed so much sampai aku tak sedar aku pon da jadik orang yang macam lain.ke perasan  aku je?aku tak penah pikir pon nak jadik orang yang kesah.yang take charge and at the end mang aku tawu aku kena take charge.
Tu la…hidup,nasib…semua tu tuhan atur.aku,aku just boleh pray untuk tuhan bagi aku kuat hadap semua benda.aku just nak jadik orang yang sabar.tak merungut.
Mende ntah aku cakap ni.bese r.aku dah cakap aku mang pompuan tade aturan.unorganized scattered.it just come out and I speak up.

Saturday, September 15, 2012

minta.beri.hati.


Malam tadi aku mimpi
Engkau datang minta hati
Aku mati-mati tak mahu beri
Kata kau usah tipu diri
Jangan nafi rasa di hati
Aku balas mahu jaga hati
Maka boleh tak kau janji
Jangan kau calar,kotor hati ini
Kau diam .bungkam.sepi.
………………………………..
………………………………..
Aku tahu kau tak berani janji
Tapi boleh tak kau datang lain kali
Dalam alam realiti
Waktu aku sudah berani

Wacana: Pembuangan Bayi menuntut Penyelesaian Holistik



 Sekilas Pandang
Pertama kali kita dipaparkan dengan gambar mayat bayi yang digonggong anjing, dihurung semut. Apakah yang terlintas di benak kita? Marah? Geram? Kesal? Kasihan? Dan apa pula pertanyaan-pertanyaan yang kita lontarkan ke dalam diri kita tentang mengapa wujud manusia - manusia sekejam ini yang sanggup membunuh jiwa yang tidak berdosa? Manusia-manusia ini baru anak remaja. Pernah kita fikir jika anak-anak remaja ini anak-anak kita,jiran-jiran kita? Pernah kita persoal apa yang telah kita sumbang dari kapasiti kita untuk mencegah perkara mungkar ini?
Kes pembuangan bayi bukan lagi kes terpencil. Kes ini merupakan penyakit sosial yang semakin berleluasa. Setiap hari di dada-dada akhbar, di laman sesawang gambar-gambar,berita-berita pembuangan bayi dilaporkan, diperincikan dengan harapan isu ini dipandang serius dan menimbulkan perbincangan-perbincangan yang membawa kepada solusi dan bukannya polemik.
Penyakit sosial ini kian mencalar imej negara sebagai sebuah negara islam namun gagal membanteras isu yang sangat serius dan melanggar hak asasi seorang manusia yang baru mahu bernyawa.Sedar tidak sedar isu ini menjadi cermin pada sebuah institusi pemerintahan,undang-undang,agama, pendidikan  dan keluarga  yang rapuh nilai agama dan kemanusiaan kerana sebuah kesatuan yang rapuh pegangan agama dan nilai kemanusiaanya tidak akan memandang mudah pada nyawa seorang manusia.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejumlah 396 kes pembuangan bayi dicatatkan sepanjang tahun 2005 hingga 2010. Pada 2005, sejumlah 67 kes pembuangan bayi dilaporkan dan jumlah ini meningkat kepada 83 kes pada tahun 2006, dan kemudiannya menurun kepada 65 kes pada 2007. Walau bagaimanapun, jumlah kes meningkat kepada 102 pada tahun 2008, menurun semula pada 2009 kepada 79 kes dan bertambah menjadi 91 kes pada 2010.
Trend peningkatan ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan pelbagai pihak apabila pada bulan Januari 2011 sahaja,  mencatatkan sejumlah 34 kes pembuangan bayi. Sudah tentu angka ini amat menakutkan dan kita tidak dapat menjangkkan apakah  angka yang akan tercatat sepanjang tahun 2012 ini nanti. Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007,  kajian yang dilakukan di sekitar Lembah Klang menunjukkan seorang bayi dibuang setiap sepuluh hari. Laporan yang dikeluarkan cukup mengejutkan dan menunjukkan nyawa seorang bayi tidak mempunyai nilai lagi.
Membuang bayi itu sahaja sudah menunjukkan betapa jauhnya kemanusian dari dalam diri, inikan pula melihat cara mereka membuang bayi seperti yang dipaparkan dalam akhbar amat menakutkan pada sesiapa sahaja yang melihatnya sehingga kita tidak percaya ada “manusia” yang berhati binatang yang sanggup membunuh anak kecil yang tidak berdaya. Langkah tidak berperikemanusian ini tambah mengerikan apabila bayi-bayi ini dibuang di sungai, tong sampah, lubang najis, longkang dan sebagainya sehingga reput dimakan ulat, serangga malah menjadi makanan anjing. Alangkah kejinya tindakan yang dilakukan oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang tahun 2004 hingga 2009, sejumlah 20.4 peratus sasaran utama tempat pembuangan bayi ialah di kawasan rumah yang membabitkan sejumlah 99 bayi, diikuti tempat pembuangan sampah yang membabitkan sejumlah 77 bayi atau 15.8 peratus dan bakinya ialah di semak, masjid, sungai, tepi jalan dan hospital.
Kes buang anak yang diketahui masyarakat hanyalah berdasarkan laporan media, namun hakikatnya keadaan hari ini adalah lebih teruk apabila kadar purata tersebut ditambah dengan kelahiran anak tidak sah taraf yang tidak dilaporkan. Bilangan anak tidak sah taraf yang dilaporkan oleh JPN antara tahun 2006 hingga 2010 adalah sebanyak 236,647 kes, ini bererti setiap hari ada 160 kes anak tidak sah taraf dilahirkan di Malaysia. Ini kes yang didaftarkan, tidak termasuk lagi dengan kes yang tidak didaftarkan, juga sebahagian kes di mana bayi yang tidak diingini dibuang. Statistik yang dikeluarkan oelh PDRM ini memperlihatkan masalah gejala sosial yang dahsyat berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Masalah ini jika tidak ditangani akan menyebabkan masalah ini menjadi lebih parah dan tidak boleh diatasi lagi.
Isu ini menuntut satu solusi, namun satu solusi memerlukan penelitian dan analisis punca kepada permasalahan secara tuntas. Maka ada beberapa soalan yang perlu disoal dan dijawab bagi menilai mengapa pembuangan bayi ini boleh berlaku.

Menganalisis punca
Persoalannya disini, mengapa gegala tidak bermoral ini boleh berlaku dan mengapa jenayah ini dilakukan oleh remaja islam? Bagaimana dengan tidak berperikemanusiaanya, seorang bayi boleh dibuang begitu sahaja? Bagi menjawab persoalan ini kita perlu melihat apakah status bayi yang dibuang ini. Mengikut statistik yang dilakukan, bayi-bayi ini merupakan bayi yang lahir hasil perhubungan luar nikah. Hal ini bermakna bayi yang dibuang itu berstatus anak haram. Apabila menyebut anak haram tentu sekali hal ini memberikan malu pada si pelaku untuk memiliki dan menjaga bayi itu sebagaimana ibu-ibu yang melahirkan bayi atas pernikahan yang sah. Malu dengan tanggapan sekeliling, takut tidak diterima keluarga dan juga masyarakat.
Masalahnya disini mengapa perbuatan pertama yang membawa kepada lahirnya bayi yang dibuang seperti sampah ini tidak pula menimbulkan rasa malu dan berdosa? Perbuatan pertama itu ialah hubungan seks luar nikah atau zina. Kebanyakan perbincangan ilmiah tidak menggunakan perkataan zina dalam membincangkan isu ini sedangkan sebenarnya penggunaan perkataan hubungan luar nikah itu menunjukkan “ringannya” perbuatan itu sedangkan perkataan zina menunjukkan “beratnya” perbuatan itu kerana apabila menyebut zina ia akan diikuti dengan amaran,peringatan dalam Al-quran tentang dosa berzina dan bahayanya zina. Maka dalam perbincangan ini kita akan menggunakan perkataan zina untuk merujuk pada punca masalah pembuangan bayi.
Setelah kita mengetahui punca kepada pembuangan bayi ialah perbuatan zina, maka kita perlu melihat pula apakah faktor-faktor yang membawa kepada zina ini kerana apabila kita cuba mencari solusi bagi permasalahan, kita perlu melihat dari peringkat akarnya agar penyelesaian yang akan kita ambil dapat dibuat secara holistik dan menyerang segenap aspek yang menjadi punca kepada penyakit sosial ini.
Memang banyak pendapat dan kritikan daripada pelbagai pihak yang diutarakan apabila gejala pembuangan bayi mendapat liputan meluas media. Ada yang menyalahkan remaja yang tidak berupaya mengawal tuntutan nafsu, malah ada juga yang menuding jari kepada institusi keluarga yang goyah. Ada yang menyalahkan pihak sekolah yang gagal mengawal disiplin pelajarnya dan ada yang mengkritik kementerian pendidikan yang gagal memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja berkenaan. Ada yang menyalahkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan ramai yang mempertikaikan usaha ulama yang terlalu sedikit bagi membendung masalah ini. Ada yang mengatakan gejala pembuangan  bayi adalah kesan akibat pembangunan pasca kemodenan. Pada era globalisasi dengan kecanggihan perkembangan teknologi komunikasi turut mempengaruhi perlakuan seksual remaja. Ada yang mengatakan bahawa media adalah punca bagi segala-galanya dan kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian yang semakin merebak ini.

Walaubagaimanapun dalam mencari solusi, tuding menuding tidak seharusnya berlaku. Menghentam pihak-pihak tertentu juga tidak sepatutnya berlaku kerana setiap yang berlaku itu bertitik tolak pada sistem kawalan kendiri individu dan penghayatan cara hidup oleh diri dan masyarakat. Apabila diri sendiri tidak terkawal dan persekitaran yang ada tidak mencerminkan satu nilai yang baik untuk diteladani dan dijadikan panduan, maka semua pihak sebenarnya bertanggungjawab dalam memberi saham kepada penyakit sosial ini dan menjadi tanggungjawab setiap pihak mencari dan melaksanakan langkah mencegah dan merawat penyakit ini dengan membuat perubahan dalam tingkah laku. Berhenti dari bersifat apati dan menyerahkan permasalahan ini hanya kepada pihak berwajib dan orang-orang agama.
Pertama sekali, kita perlu melihat siapakah golongan pelaku ini dan apakah gaya hidup yang diamalkan mereka sehingga membawa kepada penyakit sosial ini. Pelbagai faktor yang memungkinkan dan mendorong kepada berleluasanya perbuatan zina ini. Secara puratanya pelaku kepada gegala ini ialah remaja yang mempunyai banyak masa terluang dan ruang-ruang ini diisi dengan hiburan yang dapat diperoleh dari media. Dalam dunia sekarang yang disajikan dengan budaya hedonism, remaja merupakan golongan yang paling mudah terpengaruh. Budaya hedonism inilah budaya yang telah disebut oleh Rasulullah SAW sebagai satu penyakit yang akan melanda umat akhir zaman iaitu penyakit cintakan keduniaan.
Pendedahan budaya hiburan melampau yang ditonjolkan oleh media, kehidupan artis liar yang dipertontonkan, majalah-majalah yang menjolok mata, filem-filem yang kian longgar tapisannya. Di dalam Al-quran Allah telah menyatakan jangan menghampiri zina, maka apa sahaja yang membawa kepada zina seperti perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan,tidak menjaga aurat, berdua-duaan, bercumbu dan sebagainya adalah dilarang. Namun perkara yang paradoks berlaku di media. Sepatutnya media menegaskan perkara ini di dalam filem, drama dan komersial.
Namun perkara sebaliknya berlaku. Budaya hubungan bebas ini dipertonjolkan dengan hebatnya dan mendapat promosi besar-besaran. Apa yang dipaparkan oleh media memberikan gambaran yang bertentangan dengan ajaran islam. Hal ini remaja yang tidak boleh membezakan halal dan haram menjadikan perkara ini ikutan dan mengamalkannya. Maka adalah tidak menghairankan jika kita mendapati di sekolah rendah lagi sudah ada murid yang bercinta, berpegangan tangan dan sebagainya. Budaya menghampiri kepada zina yang akhirnya nanti akan membawa kepada zina,melahirkan bayi haram dan pembuangan bayi.
Perhubungan antara lelaki dan wanita di luar ikatan perkahwinan dengan tidak menuruti adab-adab Islam adalah antara faktor penting yang mendorong kepada perbuatan seks luar nikah. Budaya berdua-duaan seperti keluar menonton wayang bersama, berdua-duaan di taman, keluar makan bersama yang bermula sejak di bangku sekolah lagi harus dipantau oleh semua pihak dengan serius. Ibu bapa, guru-guru dan setiap ahli masyarakat harus memainkan peranan dengan mendidik dan menasihati anak muda yang terbabit sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Tidak dilupakan juga kemudahan dan kecanggihan teknologi komunikasi hari ini yang memungkinkan capaian yang lebih mudah terhadap internet. Kemudahan ini juga hadir dengan mudahnya akses kepada bahan-bahan yang mengghairahkan seperti filem-filem dan gambar-gambar lucah yang semakin berleluasa di internet. Pendedahan gambar-gambar yang terlalu peribadi terutamanya wanita dalam laman sosial seperti Facebook, Friendster dan sebagainya amat membimbangkan kerana mendatangkan ghairah kepada teman-teman lelaki yang menontonnya. Teknologi yang canggih tanpa tapisan dan pengawalan yang ketat oleh pihak berkuasa dan juga ibu bapa di rumah akan mendorong dan merangsang lagi minat anak muda ke arah melakukan perbuatan zina yang akhirnya akan membawa kepada perbuatan membuang dan membunuh bayi.
Namun jika kita menilai isu ini dari sudut pandangan muslim dan bukannya hanya berdasarkan prinsip moral, kita akan melihat bahawa isu ini merupakan isu ummah yang berpunca daripada gagalnya individu dan masyarakat menjadikan islam sebagai addin. Dalam dunia yang serba moden, agama dan kehidupan telah dipisahkan sehingga cara hidup islam tidak lagi dipraktikkan oleh masyarakat. Agama hanya dipusatkan pada ritual sehingga mengabaikan nilai yang sepatutnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Maka, agama dan kehidupan akhirnya menjadi dua perkara yang berbeza.
Penekanan terhadap kehidupan yang mengikut syariat tidak diterapkan dalam diri individu. Ibu bapa mengambil jalan menghantar anak untuk belajar pendidikan islam secara formal namun praktikalnya tidak diamalkan. Kegagalan ibu bapa untuk menerapkan nilai agama semenjak dari kecil inilah menjadi antara punca apabila remaja membesar, mereka gagal untuk meletakkan satu sikap menolak perkara yang haram di sisi agama. Media juga gagal mendidik masyarakat untuk mengikut syariat sehingga apa yang dilakukan media ialah mencampurkan antara yang hak yang batil. Pada hari Jumaat, rancangan keilmuan dipaparkan dan baki hari yang lain disajikan dengan hiburan tanpa batasan.
Apabila agama dipandang remeh, maka hukum islam dan cara hidup islam turut dipandang remeh. Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan bertentangan pula dengan status negara sebagai sebuah negara islam. Program-program kerajaan untuk masyarakat “diserikan” dengan konsert sehingga ia sebenarnya memberikan gambaran dan budaya yang bertentangan dengan islam. Bagaimanakah satu-satu isu ummah mahu diselesaikan jika semua pihak dan persekitaran yang ada hanyalah persekitaran yang menggalakkan kepada kemungkaran. Undang-undang sivil yang diamalkan menolak undang-undang islam yang telah digariskan jelas di dalam Al-quran. Di dalam Al-quran sendiri telah disebut mengenai hukum kepada pelaku zina yang jika diamalkan di negara ini, sudah pasti mampu menggerunkan remaja dan masyarakat.
Maka apa yang perlu dilakukan setelah kita mengetahui punca berlakunya pembuangan bayi ini kita perlu mencari langkah penyelesaian yang tuntas yang menuntut perubahan dan penglibatan dari setiap anggota masyarakat. Masalah pembuangan bayi bukanlah isu yang remeh. Jika hari ini membunuh satu jiwa tidak menjadi masalah untuk dilakukan oleh seorang remaja, bagaimanakah pula remaja-remaja yang berjiwa pembunuh ini akan membesar dan menjadi aset kepada negara?



Menuntut penyelesaian holistik
Dalam menangani masalah pembuangan bayi ini, pendekatan yang perlu diambil ialah pendekatan “inside out” iaitu dari dalam diri sehingga merubah persekitaran dan pendekatan holistik yang melibatkan seluruh anggota masayarakat dan pihak berwajib iaitu institusi negara. Persoalannya yang utama sekarang bukanlah untuk kita menuding jari kepada siapa yang paling bersalah di dalam hal ini tetapi adalah bagaimana permasalahan ini boleh kita tangani bersama sehingga ke tahap sifar atau minima sekurang-kurangnya.
1- Peranan Remaja
Dr  Faisal Tehrani seorang pensyarah dan penulis novel pernah mengupas isu ini dan mengatakan punca kepada permasalahan yang melibatkan remaja ialah kegagalan remaja meletakkan sikap. Meletakkan sikap disini bermakna menolak perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip dan pegangan hidup. Bagi meletakkan sikap ini, pemahaman terhadap agama perlu diperolehi oleh remaja. Pendekatan Sinergi Tahu, Mahu dan Mampu yang pernah disebut oleh penulis terkenal Pahrol Mohd juoi perlu diterapkan. Dalam konteks ini, akal yang diberikan oleh Allah perlu digunakan untuk mencari ilmu dan berfikir kerana dengan ilmu, manusia itu mengetahui apa yang dilarang dan disuruh agama. Maka 2 panduan utama iaitu Al-quran dan sunnah perlu dijadikan rujukan.
Remaja perlu membudayakan tadabbur Al-quran agar mereka faham tuntutan-tuntutan serta peringatan-peringatan di dalam Al-quran. Apabila akal tahu, hati akan mahu untuk bertindak mengikut landas islam. Apa yang perlu untuk mendidik hati pula ialah iman yang teguh terhadap tuhan.
6 rukun iman perlu diimani dan apabila manusia beriman maka mereka akan meyakini bahawa setiap perkara yang dilakukannya diperhatikan oleh Allah dan disaksikan malaikat serta setiap yang dilakukan akan diperhitungkan. Melalui iman inilah seorang individu mampu untuk bertindak mengikut lunas-lunas agama.Setiap manusia diberikan akal untuk berfikir
Selain daripada itu, remaja sendiri mestilah pandai menjaga diri masing-masing dengan memilih rakan-rakan yang baik sebagai kawan sepergaulan mereka. Mereka seharusnya memiliki idola remaja yang boleh diikuti sebagai pemangkin kepada kehidupan mereka yang yang bermotivasi yang berasaskan kepada contoh tauladan yang baik.
2-Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa perlu bertindak mengukuhkan institusi kekeluargaan dengan menekankan aspek didikan agama dalam diri anak-anak sejak mereka dari kecil lagi, seperti mengadakan solat berjemaah, mengaji bersama-sama, mengunjungi masjid dan menghadiri majlis ilmu serta menghadiri majlis kenduri sanak saudara atau jiran tetangga bagi mengeratkan ikatan persaudaraan sesama ahli keluarga. Aktiviti sebegini juga dapat membantu mengisi masa lapang anak-anak dengan perkara yang berfaedah dan dapat mengelak anak-anak daripada terlibat dengan kegiatan yang tidak berfaedah dan pergaulan bebas. Didikan agama yang kukuh dan mantap serta teguh sejak dari kecil akan dapat membantu menghalang anak-anak daripada melakukan perkara yang tidak sihat apabila mereka dewasa kelak.
Ibu bapa adalah contoh tauladan kepada anak-anak dan berperanan untuk mendidik anak-anak dengan didikan Islam dan akhlak yang terpuji semenjak mereka kecil lagi. Penegasan terhadap budaya yang bertentangan perlu ditekankan agar kelak anak-anak akan dapat memilih cara hidup yang lebih sihat. Para ibu bapa yang tidak berkemampuan mesti memohon bantuan dan pertolongan dari pihak-pihak lain yang boleh membantu mereka dalam mendidik anak-anak. Aktiviti anak-anak serta keluar masuk mereka mestilah diperhatikan secara berpatutan sebelum nasi menjadi bubur.
3- Peranan Masyarakat Awam
Dalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat bagi lelaki dan wanita dan sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca kepada pintu penyimpangan seksual yang mengakibatkan kerosakan akhlak dan lain-lain. Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan yang tertentu. Masyarakat awam mesti bersikap sensitif dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita semua mesti berperanan untuk memperbaiki keadaan yang ada sekarang.
Dalam konteks yang lebih kecil,masyarakat awam juga melibatkan jiran tetangga maka, jiran turut berperanan penting bagi mengatasi masalah ini. Sikap “anak orang, anak kita” perlu ditanam dalam hati jiran tetangga supaya dapat menegur perbuatan remaja yang tidak baik di kawasan kejiranan atau pun membantu memaklumkan kepada ibu bapa tentang sesuatu perbuatan yang tidak sihat.
4- Peranan NGO
Dalam waktu yang sama, usaha menyedarkan masyarakat terutama golongan remaja, pelajar, belia dan pekerja kilang tentang ajaran Islam yang syumul hendaklah dilipatgandakan. Peranan ini adalah tanggungjawab bersama di antara pihak kerajaan, jabatan agama, masjid, NGO-NGO Islam, sekolah dan agensi-agensi Islam yang lain. Tanggungjawab berdakwah bukan sahaja diperintahkan kepada non-muslim sahaja, malah kepada masyarakat Islam sendiri. Masyarakat Islam adalah golongan yang lebih utama untuk para pendakwah menyampaikan Islam. Ini kerana mereka adalah golongan yang telah beragama Islam tetapi lemah kefahamannya terhadap Islam.
NGO memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani permasalahan ini. NGO boleh membantu remaja menghalatujukan kehidupan mereka agar lebih terarah dan terurus. Banyak NGO di Malaysia yang bergiat aktif bagi menangani permasalahan remaja Melayu seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), ABIM, HALUAN, JIM, Yayasan Amal dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti dan program yang dianjurkan oleh NGO-NGO ini yang mengambil berat mengenai remaja seharusnya disokong oleh semua pihak termasuk dari pihak kerajaan sendiri. Bantuan teknikal dan kewangan yang diperlukan oleh NGO yang menangani remaja seharusnya disalurkan kepada mereka secara yang optima.
5- Peranan Guru dan Sekolah
Guru-guru dan sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan remaja. Fokus pendidikan tidak hanya terfokus kepada pencapaian akademik semata-mata. Aktiviti-aktiviti dan program pelajar juga mestilah menjuruskan kepada pembinaan sahsiah yang terpuji dan pembinaan generasi muda yang cemerlang yang bakal menggantikan kepimpinan negara di masa akan datang. Pelajar-pelajar yang bermasalah mestilah dikenalpasti dengan lebih awal dan disalurkan kepada program pemulihan atau panambahbaikan secara sistematik.
Selain daripada itu, di sekolah unit bimbingan dan kaunseling perlu memainkan peranan dalam memberikan pendidikan kepada remaja. Kaunseling kelompok secara berkala perlu diberikan dan ceramah penghayatan hidup islam perlu diberikan. Perkataan “manusia” itu membawa makna lupa dan menjadi fitrah manusia untuk lupa. Maka melalui kaunseling kelompok dan ceramah inilah murid-murid dan guru itu sendiri sebenarnya boleh mengingatkan antara satu sama lain tentang penghayatan hidup islam agar kemungkaran seperti pembuangan bayi ini tidka berlaku.
Konsep usrah sepatutnya perlu dibudayakan di sekolah dengan meletakkannya di bawah unit bimbingan dan kaunseling. Usrah itu sendiri tidak banyak bezanya dengan kaunseling kelompok namun pendekatan usrah lebih menyeluruh dan boleh mencakupi banyak aspek kehidupan seperti keilmuan dan tarbiyah. Maka guru-guru perlu memainkan peranan menjalankan usrah ini di sekolah. Setiap murid perlu dididik agar dapat mendidik dan mengingatkan rakan-rakan yang lain. Selain daripada itu, aktiviti di dalam usrah dapat mengisi jiwa dan masa-masa murid yang terluang.
6- Peranan Kementerian Pelajaran
Usaha Kementerian Pelajaran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang merangka dan menyelaraskan Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan  (GPPKRSK) dengan peruntukan RM20 juta bagi menangani masalah terbabit adalah amat dihargai. Namun usaha ini tidak membuahkan sebarang hasil yang positif sekiranya tidak dilaksanakan secara serius atau secara sambil lewa sahaja. Cadangan untuk memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja di sekolah adalah cadangan yang baik tetapi mestilah dimulakan dengan kajian yang mendalam bagi memastikan keberkesanan penyampaian silibus tersebut. Penglibatan para ibu bapa dalam memahami isu ini dan sokongan terhadapnya pasti akan membantu keberkesanannya.
Kementerian juga berperanan dengan peranan yang lebih luas yang tidak hanya memfokuskan pelajar dan guru dengan kejayaan dalam bidang akademik sahaja bahkan juga cemerlang di dalam pembentukan sahsiah dan kepimpinan remaja. Pekeliling perlu dikeluarkan kepada pihak sekolah untuk menjayakan kem-kem yang membudayakan cara hidup islam dan menolak zina.
7- Peranan Media
Peranan media massa, samada bercetak atau elektronik sebagai agen pembentukan keperibadian individu dan masyarakat juga tidak harus dikesampingkan. Kerosakan akhlak yang berlaku pada hari ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh media massa yang terlalu mempromosikan fahaman sekularisme, budaya hedonisme dan dorongan untuk hidup berfoya-foya. Justeru itu, para petugas media massa hendaklah memiliki akauntabiliti dan lebih tanggungjawab. Pada masa yang sama, para pengguna terutama ibu bapa hendaklah lebih bijaksana dalam memilih dan memantau siaran yang ditonton oleh anak-anak.
Media memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang telah dan sedang berlaku pada ketika ini. Remaja begitu terpengaruh dengan budaya barat dan apa yang ditunjukkan oleh para artis samada dari dalam atau dari luar negara. Sudah semestinya perlu ada pengawalan media terhadap semua filem luar mahupun tempatan agar tidak bersifat keterlaluan dalam usaha untuk menghiburkan masyarakat umum. Majalah dan penerbitan lucah mesti dihentikan seberapa segera oleh pihak berwajib agar tidak terus menyuburkan budaya yang negatif ini. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah proaktif kepada pihak media mestilah disegerakan.

8- Peranan Kerajaan
Permasalahan salah laku seksual remaja dan belia kini sudah sampai ke tahap yang kritikal. Isu ini mestilah dibincangkan secara serius di peringkat parlimen tanpa memandang kepada mana-mana latar belakang parti politik. Ahli politik dan ahli parlimen mestilah mengenepikan pandangan peribadi dan kepartian bagi menangani isu nasional ini. Permasalahan remaja dan belia ini adalah agenda bersama yang mesti diperjuangkan oleh semua pihak.
Pelbagai kempen dan program kesedaran perlu terus dilaksanakan oleh kerajaan seperti  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat badan bukan kerajaan, anggota masyarakat, dan PDRM bagi membangkitkan kesedaran tentang kepentingan membanteras isu ini agar tidak terus merebak dan merosak generasi yang bakal menjadi pemimpin negara pada suatu masa kelak. Isu ini bukan lagi isu keluarga tetapi isu negara yang harus ditangani secara jujur dan bertanggungjawab bagi membantu negara mencapai hasrat negara yang bukan sahaja maju dari segi fizikalnya tetapi juga maju dan bertamadun dari segi akhlak dan nilai murni masyarakatnya.
Inisiatif Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini oleh  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta OphanCARE bagi menangani gejala pembuangan bayi yang semakin serius pada hari ini telah dijalankan.Bayi-bayi yang dipelihara sementara itu diserahkan kepada ibu bapa angkat mengikut agamanya. Walaubagaimanapun mencegah lebih baik dari mengubati.Usaha ini sangat baik dan dapat menangani isu pembuangan bayi namun bukan punca masalah iaitu zina.
Mengikut undang-undang sivil, Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali kepada pembuang bayi namun, kes pembuangan bayi terus berlaku. Selangor mencatatkan kes yang tertinggi dengan jumlah 127 kes, diikuti Johor, 104 kes; Sabah, 73 kes; Sarawak, 42 kes,dan Negeri Sembilan 30 kes.
Sudah sampai masanya pihak yang terlibat menyemak dan meminda semula peruntukan yang ada bagi membolehkan hukuman yang lebih berat dikenakan ke atas pelaku yang melakukan perbuatan membuang bayi. Hal ini dikatakan demikian kerana walaupun wujud akta bagi membendung perbuatan ini, berdasarkan jumlah kes yang semakin meningkat menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini sedikit pun tidak berasa gentar atau takut. Kita bimbang perbuatan kejam membunuh bayi seperti yang berlaku pada zaman jahiliah seolah-olah menjadi “budaya” yang meresap masuk ke  dalam masyarakat pada hari ini.
Maka, kerajaan hendaklah mengenakan tindakan yang tegas kepada pasangan yang melakukan zina dan sanggup membuang bayi yang tidak berdosa. Hukuman sebat ke atas pasangan zina yang belum berkahwin  dan rejam kepada pasangan yang telah berkahwin seperti yang dianjurkan oleh syariat Islam adalah jawapan yang paling tegas bagi menangani isu yang tidak pernah berkesudahan ini.
Penutup : Menuntut penglibatan holistik
Remaja dan belia adalah agen perubahan. Remaja dan belia hari ini adalah pemimpin yang akan memimpin negara di masa akan datang. Permasalahan remaja hari ini yang semakin kritikal memerlukan usaha yang menyeluruh lagi bersepadu daripada semua pihak. Bukanlah masanya yang tepat untuk kita menuding jari kepada pihak-pihak yang tertentu bagi memikul beban dan tanggungjawab ini. Ini adalah isu nasional yang mesti ditangani oleh kita semua sebagai agenda bersama. Semua pihak perlu bahu – membahu dalam menyelesaikan permasalahan ini. Dalam apa isu sekalipun walaubagaima cara sekalipun kita mahu mengelak untuk bercakap tentang perkaitan masalah ini dengan agama kita sebenarnya perlu diam seketika dan berfikir, jauh sudah kita meninggalkan agama dalam mencari penyelesaian. Maka berbaliklah pada agama kerana dalamnya ada jawapan untuk penyakit-penyakit sosial masyarakat kita.

Sunday, July 22, 2012

Thanks for the experience


One day we’ll be leaving somebody who love us so much
someday somebody who love us so much will leave us
kan?
Aku dah rasa dua,dua part.
Meninggalkan dan ditinggalkan.
Orang yang aku tinggalkan is a nice person actually.Aku kenal masa aku sekolah.Zaman tu zaman aku anggap cinta tu hanya satu perasaan yang boleh come and go.It just a feeling. Tapi kenangan zaman tu suweet bila diingat-ingat balik…huhu…Si dia sanggup laa tak keluar malam nak tengok FULLHOUSE dan esoknya dengan excited akan bercerita pada aku yang duduk hostel.
Zaman tu..zaman bab hubungan lelaki perempuan ni sangat la aku jaga.Sampai dia tak pernah rasa aku suka pada dia sebab hanya reti ber aku kau dan cakap style nak gaduh sesaje.Dan aku tinggalkan dia bila hati sendiri dah mula berbunga.Perasaan suka pada orang ialah perasaan yang sangat aku tak suka.Aku tak berani nak go further dengan perasaan  sebab rasional aku kata perasaan tu cuma perasaan yang datang sebab dipupuk dengan rasa concern.
Orang yang meninggalkan aku is a nice person maybe.Aku kenal masa kat IPG.Zaman tu zaman yang aku kira aku tak berapa nak jaga bab perasaan sendiri.Zaman aku rasa aku nak berkawan dengan ramai orang.Dan aku tiba-tiba tiada angin tiada ribut jatuh suka pada dia.Bila aku sedar ada rasa suka aku pilih untuk menjauh tapi entah macammana boleh pula terjalin hubungan.Manis la konon-kononnya.Aku pilih untuk go on sebab aku rasa dia orangnya.
Dan aku ditinggalkan pula.What goes around comes around.
Pertama kali jatuh suka pada orang.
Dah cukup buat aku serik nak suka pada orang lagi.
Setiap orang berbeza dalam menghadapi sesuatu..dan untuk aku..untuk build up a relation is not an easy thing to do...
sekarang sedar tak sedar aku dah 23 tahun...last aku kenal dia itu masa umur aku 18...
bila aku nak mula balik dengan orang lain memang sangat-sangat lah payah sebab dimension aku terhadap satu relation tu dah sangat berbeza disebabkan pengalaman aku dengan dia itu dan juga dengan pengalaman yang aku kutip selama 4 tahun melalui pembacaan...observation...
the more i read the more i observe the more i worry
aku dah jadi macam comitment phobic pon ada.
Nak suka kat orang adalah perasaan yang sangat susah nak datang dan kalau datang akan aku avoid
orang suka kat aku merupakan satu benda yang aku rasa lawak
seriously aku tak tahu apa ending untuk relation aku.
macam aku cakap..mungkin...mungkin ada orang yang kita suka,tapi nak build up trust tu sangat payah.
zaman umur ni a mushy relationship tu memang dah tak lalu dah ngadap..
zaman umur ni relation yang based on understanding,fikrah,sudut pandang yang sama je kowt yang aku nak.

p/s:Anyway awak..thanks for the experience.Knowing you is one of hundred reason I become me.

Wednesday, June 27, 2012

thought

Hari-hari terjentik,terdetik,terfikir.Apa kalian tidak?
Assalamualaikum khalayak pembaca. Kalau ada yang baca.
Dua tiga hari lepas cuti bermula itu hari aku banyak mencarut soal politik. Semua benda buat aku sebal dengan politik Malaysia. Sinis status update aku.PUII!! Dan ditakdirkan aku join satu program under GPMS dan BTN.Puii!!! Macam kena ranjau. Dan aku manusia paling hangin dengan endoktrin.Puii lagi! Aku memang meraikan pelbagai sudut pandang. Tapi bukan cara ini. Hadoi… Tapi nyata… Tak semua benda untuk tujuan itu semata . Ada rahsia tuhan yang kita manusia lemah tak tahu.
Tak sangka pula yang aku akan diberi fasilitator yang aku kira tak paksa orang untuk menerima. He give power to choose. Maklumat diberi. Satu je maklumat dia bagi, tapi cukup untuk aku fikir dan fikir dan fikir. Aku tak peduli apa dah orang lain fikir. Aku rasa aku macam dapat pencerahan. Maun kau…sebelum tu aku duk pos la pasal : ABU,ABAI abes tu nak sokong mana? ke buat parti baru? Juga segala macam… apa je yang aku baca memang akan buat kepala aku ter”pop” dan aku  update. Pedulik hape aku… Lee Iacoca kata:you’ve got a brilliant ideas if you cant get them across your brain wont get you anywhere. Walaupun sebenarnya bila aku update tak get me anywhere pun… sape nak kesah status bodoh macam ni. Kalau status maki orang kompem ramai like…
Aku update sebab kepala aku pop up toooo many thought. Aku heran awat sume bley selamba x heran apa. Dok kesah cerita cinta depa semata. Kemon laa we.this is serious…itu laa kepala otak aku dok pikiaq.tapi lagu mana.. Kita memang ignorant.SANGAT. Sebab tu senang sangat kita terima apa-apa. Otak tin kosong. PUII! Baru tunjuk buku perlembagaan dah takut dan setuju. Baru sebut hak(padahal tanggungjawab tak ditunai) masing-masing melompat nak tuntut hak. Sebut perjuangan suma dok nganga. Tataw nak pejuang apa. Dah tataw tanggungjawab mana nak taw hak… tataw hak hang nak pejuang apa? Itu aku. Kalian aku tak tahu.
I used to be a rebellious minded girl
Anarki tu seksi. Dulu……… zaman bangang. Apa-apa yang menentang  sume betul. Selidik tarak.
Sampailah aku jumpa sorang bro ni..Aku jumpa dia somewhere yang aku  tamaw mention. Aku caye tuhan temukan ada sebab. Aku jumpa bro  ni time aku tengah carik diri. Nak keluar dari jiwa rebel aku. Nak carik hala tuju hidup aku. Aku gi outdoor… tadabbur alam. Accidently kenal dengan dia dan melarat sampai FB.. Perkongsian demi perkongsian yang akhirnya membentuk satu mind set baru pada aku. Mind set yang ada base yang lebih kukuh. Aku pegang benda dia cakap walaupun aku kadang-kadang argue beberapa perkara. Dan rupanya pemergian aku ke Langkawi tu adalah untuk mengukuhkan apa yang penah aku dapat dari bro ni dan tentulah gurunya itu. Serius. Menjawab argument-argument aku.
Masa tu baru aku fikir dan fikir.Ini,ini rupannya. Dari awal orang sebut soal perjuangan. Sungguh aku tak nampak kiblat perjuangan tu. Aku faham sudut lain. Maaf la otak aku memang senget sikit. Dari lambakan maklumat yang diberi. Satu. Satu yang aku nampak. PAS tak boleh buat negara Islam sebab bilangan kerusinya. Dulu aku argue bro tu pasal islam bukan tertegak sebab kuasa sebab masa tu aku mati-mati nak kerajaan islam ditubuhkan. Aku percaya dengan kuasa pemerintahan,  islam tu boleh ditegakkan.
Bro tu kata:islam tertegak sebab dakwah. Menyampaikan. Aku argue yang tu pendapat tabligh. Tabligh ramai yang amik pendekatan berkecuali. Tak ngundi la…apa la..Walhal bro tu tak kata jangan ngundi. Cuma masa tu pendapat dia sangat atas pagar. Dia tak sokong pun PAS walhal PAS menganjurkan kerajaan islam yang kemudiannya ditukar pada kerajaan berkebajikan. But then aku akhirnya faham apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh bro ni. Itulah..bila kita bukak sikit mind kita…kita bermusafir(pergi langkawi tu kira bermusafir gak tu) baru kita nampak dimensi,dimensi lain yang kita tak nampak. Ada yang kata kerajaan berkebajikan sebab golongan yang faham agama belum cukup lagi. Itu pun betul sebab kalau baca Inilah Sejarah Kita mesti faham maksud disini…kerajaan tu boleh tertubuh bila ada masasyarakat islam yang faham dan amal islam..dalam konteks negara kita, faham pun kurang..amal apatah lagi…Semuanya sebab lack of dakwah,tarbiah. Tapi kalau kita tengok memang payah la jugak nak buat sebab yang aku cakap tadi…bilangan kerusi. Kita ni amal demokrasi parlimen…sivil….kalau nak buat pun payah la sebab campuran . Sebenarnya kan…boleh je..dan tak jadi masalah kalau semua orang parti PKR tu islam. Dah takde masalah. Serius. The thing is kita tak ajak dorang pada islam. Kalau betul kita sampaikan kalimah. Tapi keadaan yang dilihat dalam PR sekarang…kita just ambil fahaman…agama hang agama hang la..agama aku agama aku. Kalau la kita sampaikan kalimah tu pada dorang betul-betul punya. Agak-agak macam mana ye? huhu
Dan berjuang bagi aku ialah berjuang untuk baiki diri sendiri dan mengajak orang lain buat kebaikan. Perjuangan kita ialah perjuangan melakukan kerja nabi kita : Menyampaikan. Lepas tu baru yang lain akan mengikuti.Tak cukup kita jadi baik sorang-sorang…satu kerajaan yang baik takkan dapat tertubuh kalau kita macam enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing..jadi baik sorang..jadik sedar sorang-sorang tapi tak berusaha sedarkan orang-orang yang ignorant

P/S: Wake up pemuda pemudi !Wake up Aminah !Sebarkan damai (islam) ke seluruh alam. Itu perjuangan kita!