sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Wednesday, June 24, 2009

pantun berpantun tuan

keh..bertemu kita skali dlm rancangan jangan lupa lirik,yeah,yeah(sambil buat gaya gedik aznil)..hwa3..
tade…tengok tajuk cam lirik lagu kan?heheh…post kali ny nak bercerita pasal 1 things yang sangat aku chentai semenjak tahun lepas iaitu:PANTUN
Hah…jgn nilai aku dari luaran keh…Aku ny kira pejuang pantun taw..heheh..konon2 laa…Actually pantun merupakan…ceh macam nak bagi dokumentari plak…pantun ny khazanah bangsa kita:melayu tak kira laa jawa ke,bugis ke,minang ke…semua melayu dan berkongsi satu seni yang sangat indah iaitu pantun.Caye atau tak caye..suka atau tak suka..pantunlah salah satu identiti melayu selain daripada perangai suka dengki mendengki antara satu sama lain..heheh…betul..tak caya?baca sejarah raja-raja melayu!
Baik…maybe kita…mean budak2 muda macam aku,macam Korang…anggap pantun satu bende yang remeh dan even ada yang memperolok-olokkan pantun dengan versi moden yang kalau didengar oleh Harun Mat Piah…Dia akan menangis mengenangkan betapa kita tak hargai salah satu identiti kita:melayu.
Dulu…tak de laa lama sangat..tahun lepas..masa aku belum terlibat dengan pantun..aku tak suka pun pantun sebab minat dan chenta aku daa dipakukan pada debat.Ntah macammana aku boleh terlibat dengan pertandingan berbalas pantun peringkat maktab terchenta ny demi chenta pada kelas aku yang selalu dipandang enteng atau kekadang tidak dapat dipastikan kewujudannya di institute ini,aku dan beberapa orang rakan telah mewakili kelas dan bermula dari situ…aku baru nampak mana indah,chantek,sopan dalam pantun….cewah…ayat macam orang baru jatuh chenta….
Baik…apa yang buat aku jatuh chenta pada pantun ialah pemikiran yang terkandung dalam pantun.Macam debat..kita ada usul yang nak dibawa dan kita ada hujah yang kita nak utarakan bagi menyokong usul kita dan macam tu la pantun ny jugak bagi aku…ada usul iaitu tema yang kita bawa..ada hujah..dan itulah maksud yang terkandung dalam pembayang dan maksud pantun kita.Lagi yang best tentang pantun…ia mengajak kita berfikir dan menafsir.haa..faham tak?mean…kalo dalam pantun kita ada pembayang dan pembayang pantun usurnya ialah alam…
Jadi..bila nak buat pantun….nak buat pembayang kita kena lihat unsur alam..dan pada masa tulah…kita akan berfikir dan tafsir alam ni….contoh selama ni kita buat dek je dengan pokok serai..yang kita tahu…kita pergi ambik serai tu..untuk buat masak rendang..itu pun bagi yang tahu ambik serai laa…kalo yang tak pernah tengok pokok serai tu..heheh…tak dapek den nak nolong….okeh…cuba pandang macammana apa yang ada kat alam ni…ada kaitan ,ada tamsilan dengan manusia..contoh…serai tu..gambarkan walaupun serai tu asing-asing tapi dia hidup serumpun….macam kita melayu..ada jawa,ada banjar,ada patani,ada minang tapi satu rumpun..rumpun melayu…dan macam jugak bangsa Malaysia,ada cina,india,melayu..tapi..satu Negara..negara Malaysia..betul atau tak? orang melayu kena tengok tu..jangan ingat mende ny remeh…..
Betapa tingginya pemikiran orang melayu ni dan ikut seruan untuk belajar dari alam…bukan ke kita..orang islam kena memerhati alam untuk tingkatkan iman?haa….
Pantun ny pun boleh kawal diri taw…pernah tgok tak orang mengamuk tyme berpantun?tade kan?sebab sifat pantun tu yang lembut…halus..kira nak sampaikan sesuatu tapi dengan cara yang baik…approach yang boleh diterima semua orang.Memang laa kita yang muda ny suka kata..ek eleh..straight to the point dah..takyah corner2…2 cakap orang yang malas berpikir….
Chantek tak apa yang terkandung dalam budaya melayu tu?aku tak suruh laa kita ni semua berpantun sana,berpantun sini plak pas ni..Cuma aku nak ajak especially kawan2 yang bakal jadik guru..at least kita tahu,kita faham apa pantun dan kita simpan dalam mind,dalam hati….supaya nanti kita sampaikan pada anak murid kita sebab kitalah penyambung warisan tu….kalau bukan kita..sapa lagi yang nak buat kan?
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL
Bila lembut,tak semestinya leweh,lemah,lembik tapi yang penting…pemikiran,idea,kelantangan,kritikan,sindiran yang terkandung dalam lembut tu….

0 comments:

Post a Comment