sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Tuesday, April 29, 2014

preserved

Kau pernah suka satu benda tak?Kau memang berkehendak sungguh-sungguh benda tu tapi kau tahu kau takde duit,benda tu luar mampu kau,luar liga kau?
Mesti pernah kan?
dan bila begitu selalunya kau cuma usha je benda tu kan?
Kau jeling-jeling je dia.Kau belek dia dari kabinet kaca.Kau intai-intai harga dia.
Esok kau lalu lagi,kau usha lagi.Tunduk-tunduk.Mahu tapi malu.Mahu tapi belum mampu.
Kan?Betul kan?
dan nanti bila kau dah mampu,kau tak tangguh-tangguh...
Terus kau angkat dia dengan akad jual beli.
Waktu tu seposen dua pun kau dah tak mahu tawar harga.
dan kemana saja nanti kau jaga,kelek dia.

Ye dan macamtu jugakla kalau kau nak tahu orang tu sungguh-sungguh berkehendak kau.
Tak diusik kau sesuka dia.Tak disentuh kau sebelum mutlaknya.
Tak dicanang serata rasa mahu dia..Senyap.Diam.Rahsia.
Tiba masa dia kan tiba

Friday, December 20, 2013

24

Ni entry birthday tapi ditulis beberapa hari awal.kenapa awal nau?
sebab ntah..terpop dalam kepala tiba-tiba..
lahir dengan mati,dua benda tak boleh pisah.
tiap bernyawa akan mati.
hari aku bernyawa aku dah ada perjanjian untuk kembali
dalam bulan 12 ni aku kehilangan seorang bapa saudara
bapa saudara fevret…dan mungkin sebab tu makin dekat dengan birthday aku..
makin mati tu pun rasa dekat je..
dulu mak pergi..kemudian pak saudara pulak pergi…
slow-slow beransur dia jemput..
pesan kematian tu dekat sangat dengan aku
betul-betul dalam family sendiri
aku duduk sorang-sorang
bila terkenang orang yang aku sayang dah takde..
aku tenung siling berfikir dan berfikir..
both of them pergi dengan cara tenang…
cara mudah…
tak nampak struggle masa nyawa dicabut
tapi untuk diri sendiri…aku selalu fikir…aku banding….
both of them orang yang baik…
baik dari segi hubungan dengan Allah mahupun hubungan dengan manusia
sebab tu dimudahkan buat mereka
tapi aku fikir bahagian aku macam mana?
sebab aku sendiri boleh menilai hubungan aku dengan Allah dan hubungan aku dengan manusia
diri kita boleh tipu mata manusia
tapi  kita tak boleh tipu hati sendiri
sebab yang battle dengan diri kita ialah hati kita
hati kita tahu setakat mananya kita ni
hati kita tahu senipis mananya iman…
aku rasa kita sendiri boleh menilai baik kita tu setakat mana

 mati tu tak mudah.
mati tu sakit yang teramat sakit
kalau 23 hari lahir itu hari aku mahu berterima kasih sebab mak melahirkan aku
untuk 24 hari lahir yang kalau masih dizin untuk hidup..
aku perlu mula…mula untuk prepare untuk yang namanya mati

Thursday, October 24, 2013

Deep Talking : Sebelum Gua ada Anak

tudiaaaaaaaaa…..panjang angan-angan tu.
hehe
takde la
cane ek…
gua memang suka kan sembang deep-deep
suka fikir benda deep-deep
bukan gua dah bagitahu ke sifat pelik gua ni itu hari ?
baik,semenjak kebelakangan ni…gua mendapati jiwa gua semakin halus.(ayat…phuii)
gua kalau tengok budak-budak tu rasa haii..tak tahu lak nak cakap macam mana..
bese la gua ni dah tua kan…naluri seorang ibu dah mula develop barangkali (phuii)
takde la…gua rasa benda ni jadik semenjak mak gua dah takde
kekadang gua tak suka gak..sebab jiwa jadi sensitive tak tentu pasal kekadang tu
pastu bila gua dok lama sangat kat rumah itu hari,benda tu macam meresap masuk lak kan..haha
baik…dah,dah…back to diskusi
sebelum gua ada anak..
banyak benda gua nak kena pikir dan buat sebenarnya
gua dah reflex diri gua hasil pemerhatian gua sepanjang gua menjadi cikgu ni
okey,gua ajar darjah 1 sampai la darjah 3
yang horrornya ajar darjah 1
kalau ngkorang nak tahu,gua dulu tak suka ajar budak-budak.
gua ni sebenarnya dulu temper.
betul tak tipu.
gua cepat pissed off
tapi lama kelamaan benda tu slow-slow la gua ubah
tapi sisa-sisa temper masih berbaki ni.(jadik jangan carik pasal)
tapi bila gua kena ajar darjah 1 ni…
gua pon reflex…sebelum gua nak ada anak..
gua kena develop sabar
sabar tu kena banyak
tak boleh nak cepat muak dan jemu.
gua teringat satu video ceramah ustaz Don pasal parenting ni
dan gua setuju 100% apa ustaz don kata
budak-budak ni they crave our attention
masa kecik dia tarik-tarik perhatian kita…
tapi often kita buat tak reti…
nanti dah besar kita pulak crave their attention

tengok je la sekolah rendah,sekolah menengah
masa sekolah rendah budak-budak mintak itu,Tanya itu ini kita jawab
listen listen listen
dah,duduk diam-diam
biladah besar…sekolah menengah cikgu pulak terhegeh-hegeh nak bagi dia bagi perhatian..

see

dan gua sendiri nampak benda tu dalam diri gua
gua cepat pissed off.budak asyik cikgu,cikgu,cikgu
guau dah mula bengang.rimas.
kejap lagi suara naik beroktaf-oktaf
tangan laju nak starlight dahi
gua tak kata tak boleh nak jentik budak
tak boleh nak tinggi suara
Tapi…
tapi kalau gua buat benda-benda yang menjarakkan budak dengan gua
yang buat budak tak mahu bertanya.jauh hati
Lama-lama budak simpan dan simpan
sampai satu hari dia simpan satu set dalam minda : this teacher don’t give a damn on me
dan lepas tu dia jadik tak peduli.tak mahu tahu

jadi sebelum gua nikah.gua ada anak sendiri.
gua kena develop sabar.
gua kena belajar parenting tips.

Carik ilmu nak mendidik.
sebab..
nanti gua dah kawen,ada anak..
tak boleh nak main eksperimen bhai
anak gua bukan bahan uji kaji
sebab tu gua nak reflex diri betul-betul
mana tak senonoh  gua nak ubah dulu

cara kita dididik,dibesar memang develop diri kita
dan ibu tu play big role dalam nak bentuk anak tu
dan bentuk anak tu keje ibu
acuan atau lead tu datang dari bapanya pulak.
fikrah mak dan abahnye mesti sama...
both kena ready.kena develop apa-apa yang takde lagi
baru tak clash apa yang anak faham dengan apa yang dia lihat.

mak gua pernah cakap yang the way mak treated me sangat lain dari adik beradik yang lain…cara mak didik,ajar gua sangat lain(kakak cakap)..
gua sendiri tahu benda tu…mak dari gua kecik lagi bagi gua buku
mana-mana mesti dia bekal buku walaupun gua masa tu belum reti baca.
mak tak pernah cakap no unless benda tu memang tak boleh.
mak tak naik tangan.tak jerkah-jerkah.kalau nak tido malam tu dia bisik baca 3 qul tepi telinga…dia ceritakan cerita nabi…ceritakan pasal neraka,syurga…

sebab tu gua selalu fikir….gua kena develop sabar…develop parenting skills sebab bila gua ada anak..gua dah sedia...
kau tahu…anak ni dia akan ikut mana cara paling senang dan dia akan tengok sape paling dominan.
kalau anak tu tengok,dengan kasar dia boleh dapat apa dia nak…dia learn from it..dia akan grown up jadik kasar,keras…to get whatever he need.kalau anak tu tengok dengan keras,kasar dia boleh protect feeling dia,diri dia from being hurt….besar la dia jadik kasar,keras….benda-benda ni dari kecik.budak set mind dia dari observation dia.

that is why….I really really need to reflex and change myself sebelum ada anak.tak boleh nak ikut dan.ikut boleh.ikut mudah.tak boleh.construct dan engineer future akhlak anak tu,gua sendiri…kalau gua terabur…anak gua jadik apa?kalau abah dia terabur…anak gua macam mana?bila dia dah besar…lagi haru nak jaga….mendidik masa kecik macam ukir atas air..smooth…didik bila dah besar macam mengukir atas batu…keras…payah…jerih…

sekian cerita deep pasal sebelum ada anak : )

luluh

Lama sebenarnya aku tak bercakap fasal mak.
I never forget her.not even once.
its like she still alive.
dalam ruang minda aku.
macam aku cakap.
payah fotografik memory ni.
dia dok main ulang tayar kat tabir mata.
dia main bisik-bisik tepi telinga.
aku dah seberang laut cina selatan.
aku harap aku tak terlalu meratap
tapi hati aku masih hiba.
aku cuba tak mahu rasa apa-apa
tapi the moment aku tengok orang lain dengan mak dia
the moment aku dengar orang cakap telefon dengan mak dia
the moment aku tengok orang pimpin tangan mak dia
aku luluh.

when time gets rough
I miss her warm embrace
I wish I could hold her tightly
and cry on her tummy.

bila aku perlu buat keputusan
aku harap dia ada nak bagi pengesahan
sekarang aku bujang
nanti bila aku nak berpasangan
aku tak tahu nak cakap pada siapa
nak sembang deep-deep dengan siapa bila aku mula nak mengorak langkah ke depan

aku tahu,aku ada tuhan
dan sebaik-baik sandaran.
sebaik-baik soalan yang aku mahu jawapan…
pada DIA aku perlu minta.

perasaan ni terlampau halus la.
dia macam menyiat-nyiat hati kau
rasa ngilu.rasa pedih.rasa sakit.
tapi kau tahan.kau tahan.kau tahan
kau senyap.kau senyap.
kau tengok keliling
kau tarik nafas.
kau lepas.berat.
kau tahu orang takkan faham
jadi kau diam.

kau tunjuk emosi kau salah
kau tahan,kau sakit.
tapi baik la tahan dari menyakitkan telinga orang untuk dengar luahan jiwa lembik kau
tapi baikla tahan dari menyakitkan mata dengan  tulisan-tulisan kau.

aku picky
picky sangat soal nak meluah rasa.
sebab bahasa aku,bahasa bisu.
tak payah aku cakap banyak
kalau faham,dapat rasa.
macam mak
kecewa.sedih.sayu.hiba
aku pergi,aku peluk
aku nangis.
dan aku tak perlu explain untuk apa tangis aku.




Wednesday, October 23, 2013

Deep Talking : Cerita Hantaran Mahal

Start gua mengenal erti kehidupan,mengenal apa itu majlis perkahwinan...benda yang tak pernah habis orang sembang tentulah pasal duit hantaran.
tapi kalau sembang duit hantaran ni,orang lelaki la yang monopoli sebab? sebab diorang yang botak kepala nak keluo duit nye.haha
bercerita pasal hantaran mahal ni,gua duduk di engeri yang disebut-sebut sebagai hantaran mahal : Negeri sembilan.tapi bila gua dah dok maktab baru gua tahu kedah,johor,kelantan semua negeri kat Malaysia ni hantaran kahwin mahal.

baik,nama pun sembang deep kan...maka meh la kita menyelam dalam-dalam sikit isu hantaran mahal ni.
masalah hantaran mahal ni gua bukan nak cakap apa..
selalunya melibatkan parents dan family.
kekadang tu aku pon pelik dengan family parents yang suka sibuk-sibuk.kekadang macam saje-saje nak ketuk pihak yang satu lagi.
aku ni adik beradik ramai lelaki jadi,bila masalah macam ni,memang la aku macam sided pada pihak lelaki.maaf la ye.brotherhood tu penting.haha.

pokok kepada masalah ni ialah kita ikut budaya.kalau kau ikut agama,senang hidup kau.
sebab agama tak suruh kau buat sanding 3 hari 3 malam
agama tak suruh kau pakai baju ganti sampai 7 pasang baju cino baju india baju benggali.takdo do.
agama tak suruh kau bawak dulang hantaran 7 berbalas 9 berbalas 14.takdo.
agama tak suruh kau buat kenduri karaoke,kugiran tongah-tongah malam.takdo.
agama mintak kau buat benda senang dan tak pening-pening kepala kau pon.
agama suruh kau nikah.cukup rukun nikah.ada saksi ada wali.ada lafaz ada akad ada mas kahwin.
Entahlah..bercakap pasal benda ni memang banyak yang menyanggah.Sanggah sebab apa yang dibudayakan dalam hidup bercanggah dengan apa syariat tetap.

we put pricetag but not value.

kita letak harga tapi bukan nilai.
nilai kita.
mahal kita

kahwin bukan setakat external.
internal tu.
apa cerita ?

preparation external ?
preparation internal ?

kahwin bukan setakat nak tambah populasi penduduk.
tambah masyarakat yang tak memberi makna pada masyarakat apalah gunanya.
tambah umat yang salah faham budaya dengan agama apa gunanya.

harga kau letak mahal-mahal
tapi ability anak kau untuk design.construct family dia nanti ikut kerangka agama dah kau perhatikan?
ilmu anak kau dah cukup untuk kau letak nilai belas-belas ribu.
anak kau boleh luang masa lepas maghrib ajar anak dia nanti mengaji quran ?
anak kau nanti boleh tolong husband dia bila husband dia dalam fasa kejatuhan ?

belas-belas ribu tu,bukan nilai anak kau.
belas-belas ribu tu belanja kau nak buat kenduri kahwin gah
kau jemput orang bagi makan tu tanda syukur anak kau dah kahwin
kau jemput orang sedare mare nak hebah-hebah anak kau dah kahwin
supaya nanti tak timbul fitnah
tapi last-last time kahwin tu dah banyak fitnah.
apa cerita ?

put value.not price.
ikut agama.bukan budaya.
ikut mampu.bukan mahu.


*pakcik,bagi diskaun sikit.nanti dah kahwin boleh la saya tolerate kalau ada yang tak cukup tu. : p

Tuesday, October 22, 2013

tulis.adil.

tuhan tu adil la kawan.
kau tak pandai logik matematik
dia bagi kau kecerdasan bahasa.
kau tak pandai tunjuk-tunjuk perasaan
dia bagi kau pandai gambarkan perasaan
dengan kata-kata
dengan tulisan
dan sekarang,adil ke kalau kau minta dia berhenti tulis
berhenti menggambar perasaan
kalau itu sahaja cara dia keluarkan apa yang bersarang 
yang menjentik-jentik
yang mengacau-ngacau
yang merusuh-rusuh
dalam korpus minda dia
kalau itu sahaja cara dia kuat tak berhujan air mata ?

cukup adil untuk tak menyemak pada suapan berita kau
tapi cukup adil ke untuk terus semak dalam kepala dia 

Zaman Ribena Gua Part 2

Menyambung part 2 kisah ribena gua…..Bila adik gua dah start pandai main maka gua pon ada kawan tapi kesiannya beliau selalu menjadi mangsa eksperimen gila gua.Dari kecik gua suka imagine.gua suka tiru.gua suka buat.Kalau ada cerita kartun kat rumah memang gua adapt la watak tu sebagai gua.Kalau ada cerita buat craft lagi la gua akan tiru.sampai jari gua pernah melekat sebab gua pergi guna gam paip abah gua nak pergi gam kertas.Mak gua plak jenis tak cakap jangan.Kalau gua nak tolong potong sayur ke..nak tanam jugak bunga ke…kekadang mak gua bagi anak benih saja suruh gua tanam,siram sendiri…Curiousity gua agak tinggi.2 kejadian yang hampir meragut nyawa adik gua semuanya sebab kebangangan gua

1st : Gua tengok cerita Swiss Family Robinson.Gua kagum gila orang tu survive kat pulau.Buat rumah atas pokok siap ada lif lagi.Satu hari gua dan adik gua pon buat la rumah atas pokok.tak la rumah sangat.kitorang just susun papan atas  2 dahan pokok dan pakukan…kira macam pangkin la…kitorang boh alat-alat dalam baldi pastu ikat baldi dengan aerial tv.pastu adik gua tunggu atas pokok dan gua pon tarik la tali (konsep takal.tapi taim tu gua tak faham mende pon.gua just tiru je tv).siap je pangkin tu gua pon cakap kat adik gua : dik,kau dok dalam baldi ni,den tarik kau naik atas.alaa macam lif kat tv tu.
adik gua taknak.tapi gua yakinkan jugak dia.Gua bakar dia : kau kan nak jadi soja (askar).Soja kena buat benda macam ni.Gua hasut dan hasut sampailah dia duduk dalam baldi tu.mula-mula tu okey lagi..sampai je setengah jalan,tali putus dan gedebuk! adik gua pon jatuh terhempas.taim tu adik gua tak boleh nak bernafas.gua dah cuak.gua takut gila adik gua mati.tapi benda temporary je.adik gua nangis-nangis.gua pujuk dia jangan bagitahu mak.dia nangis-nangis sambil cakap : den taknak dah main dengan kau!
nasib ah dia tak ngadu kat mak gua.

2nd  : benda ni pon gua tak ingat sangat masa umur berapa tapi kali ni,gua pon hampir maut.ceritanya gua teringin nak try isap rokok.gua tengok abah gua isap rokok pucuk macam best je..tapi gua tak berani nak rembat rokok pucuk dia…maka pada suatu hari,di kala gua dan adik gua sedang melepak di bawah pokok betik beralaskan tikar plastik yang disponsor mak gua…gua pon dengan geniusnya mengajak adik gua isap rokok.Adik gua ragu-ragu..Gua pon cakap kat dia : Jangan risau,kita buat sendiri rokok..
Maka jengjengjeng..gua koyak buku tulis abang gua (last-last pergi sekolah abang gua kena maki kat cikgu---tu belum cerita buku nota sains dia penuh dengan lukisan lagi).Dengan muka konfiden dengan penemuan gua,gua pon ambil daun betik kering…gua letak dalam rokok dan gua gulung dengan kertas.Jom,try!

Gua sua kat adik gua.gua bakar…dia satu,gua satu…kami sedut dan…arkhhhhh…tertelan asap dan seriously asap tu sangat perit..kami tak boleh nak bernafas.muka dah merah…macam nak mampos…adik gua paling teruk…dan benda tu pon temporary jugak…fasa-fasa bertarung dengan maut berakhir dengan ayat adik gua untuk kesekian kalinya : den taknak main dengan kau dah
dan seperti biasa benda tu hanya jadik cerita kami dan mak tak tahu pon.Sama-sama buat jahat sama-sama la kena simpan.Kejap lagi dua-dua jugak kena sebat.

*kekadang bila gua lepak ngan adik gua,gua cakap jugak benda ni dan biasanya dia akan cakap : den dulu bangang yo,ikut yo cakap kau an mok.