sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Sunday, October 20, 2013

Deep Talking : Cerita Nikah Kahwin Part 1

Starting tahun lepas gua mula fikir fasal jodoh.Kenapa? Ntah.Natures calling?HAHAHA.Maybe sebab gua rasa seorang kot.Maybe sebab BFF gua dah kahwin.Maybe sebab gua dikelilingi oleh orang-orang yang merancang nak kahwin.Maybe sebab gua rajin nau baca buku pasal Baitulmuslim dan yang seangkatan dengannya.Maybe bak kata abang gua sebab rasa kosong,rasa separuh jiwa tak lengkap (owh cheesy)

Seriously,when people started to talk about marriage I just sit there…menyampuk….jadik nasik tambah…gelak-gelak but when the question started to come to me : Bila lagi ni ? dan macam-macam lah bentuk soalannya tapi intipatinya tetap sama : bila nak kahwin ?
Dear people,kalau lah benda ni semudah Air Batu Campur Gula Kabong,dah lama dah lu tengok gua kahwin.

Dear people,disebabkan gua ni bekas debater,gua jenis suka bagi lu faham konsep sebelum buat judgement.Yeah,you people ialah juri (sebab you kan judgemental.wahahaha)

Baik,begini tuan-tuan dan puan-puan…untuk kahwin,seseorang perlukan pasangan.Jadi disini gua nyatakan yang syarat pertama dan key point pertama iaitu pasangan,gua belum ada lagi.
Dear people sebelum lu bising-bising kata gua memilih dan sebagainya,mari gua terangkan definisi pasangan ni kepada lu orang.

Baik,lu orang beli kasut kan…kasut lu orang tu sama saiz ke tak ? Design dia sama ke tak ?
Ye kalau you guys jawab : eh mestilah sama jadi disini gua rasa lu dah faham maksud pasangan tu ye.
Ye,pasangan tu mesti la sama saiz.Sama design.Seimbang.Kalau belah kiri,dia punya pelekat(kasut sekolah) mesti la sebelah kanan.Yang kanan kat kiri.kalau beli kasut ada curve dia ikut curve kaki.Kaki kiri,curve dia kat kanan.(cek kaki lu sekarang).lu Nampak tak perkaitan dia.Mesti seimbang.Balance.Compatible.

Gua tak boleh main sauk je der.Nanti la gua kasik terang dalam part 2 pasal pasangan tu pulak.Ni baru definisi ni bhai.ciri-ciri tak lagi ni.Ha kau,amek…selalu sangat tanya pasal kahwin kan? Ni makan dia..gua bagi hujah balas bermuka-muka surat.

Friday, October 18, 2013

Tamparan Ghaib

Gua ni pesen yang mudah sentap.mudah sentap kat hati.anything happen around me mudah sangat nak menjentik-jentik rasa.Apa gua terbaca ke,orang cakap ke gua simpan dalam hati pastu gua fikir deep-deep.Ni bukan mende,dah memang habit gua .
Baik lupakan pasal tu..ni gua nak share pasal satu benda yang menjentik rasa gua.
Semalam gua browse home,naik kakak Ain(Penulis buku Give and Take antara Hamba dan Pencipta,PTS).Kak Ain ni baik gila…aku suka borak dengan dia pastu dulu aku belajar mengaji dengan dia.yup.belajar.aku mana pandai mengaji.tunggang langgang.
kak Ain kata gini :


sampai sekarang saya tidak faham kenapa orang berani tak pakai tudung,pakai baju ketat,tudung jarang,atas dada,tak solat , make up over tak fikir halal haram sampai bulu mata palsu pun releks je pakai padahal haram dan lain-lain,sedangkan benda tu saya takut nak buat. adakah mereka tak tahu yang segala maksiat2 tu akan beri efek pada hati. pada hubungan kita dengan suami. dengan keluarga. rezeki terhenti. duit selalu tak cukup. gaji banyak tapi tak sempat menyimpan.entah mana duit pergi. solat tak rasa manis. couple asyik putus memanjang. kahwin pula asyik curang sentiasa. betullah yang Allah cakap ' setiap musibah yang berlaku pada diri dan hidup kita ni, sebenarnya kesan dari diri kita sendiri. bukan Allah yang aniaya kita. takutlh..tolong takut..saya pun nasihat diri sendiri supaya tolong takut dengan Allah...

Gua baca tu,gua jadik reflect banyak benda.Kadang gua fikir jugak…no wonder la gua ni payah nak berubah gua fikir…sebab gua ni degil.Degil nak ikut skema tuhan.Gua sebenarnya sebelum tu dah macam reflect pasal pemakaian gua…sebab gua pernah cakap gua dah kerja gua nak pakai cantik-cantik to look presentable depan budak-budak tapi entah macam mana gua tiba-tiba ditampar secara ghaib yang memang gua perlu cantik to look presentable but at the same time gua sendiri perlu berpakaian patuh syariat sebab instead of look presentable gua jugak perlu tunjukkan the way a muslim woman should dress.
sebelum ni gua pernah tulis yang masalah social kat Malaysia (Islamic country) terjadi sebab berlaku clash dalam apa yang dilihat dan nilai yang dipegang oleh anggota masyarakat.Contoh ye,syariat memberikan guideline dalam berpakaian,berhubungan dan sebagainya tapi apa yang ditunjukkan oleh media,apa yang ditekankan oleh ibu bapa,apa yang ditunjukkan guru sendiri tak ikut macam syariat nak dan nilah yang creates masyarakat tak patuh syariat sebab masing-masing tak berperanan dalam menggalakkan budaya patuh syariat.
Seriously kak Ain,your post memang menampar min secara ghaib.buat nak fikir dan fikir.reflect dan reflect.
Gua rasa masalah jiwa gua jadik tak tenteram sebab ni la,sebab gua boleh fikir,cakap..tapi gua sendiri tak holistic..gua berani-berani nak buat rilex tak menutup aurat dengan sempurna.Dosa ni memang benda yang buat hati jadi tak tenang.No wonder.No wonder jiwa gua kacau walau masalah gua takde mende sangat pon.
Gua konon nak rilex nak nampak “biasa”.Tapi sebenarnya gua sangat-sangat salah!
Takde istilah “biasa” bila pakai tak patuh syariat.
Mulut kalau bercakap pasal agama,solat,puasa tapi yang tuhan suruh tak dibuat (tutup aurat) still masih tak lengkap.
Agama diambil berjuzuk-juzuk..bukan masuk,amal secara seluruh…sebab tu..sebab tu tuhan hokum rasa biar jadi tak tenteram.jiwa muslim tenang dalam syariat.kacau dalam dosa.goyang dalam syubhat.
Tahu tapi…tak mahu…tak mahu jadik tak mampu.
Tarik nafas dalam.Do something minah.Tuhan dah nasihat lembut-lembut tu.dah bagi jawapan untuk soalan kenapa tak tenang jiwa.

*Fikir dah,buat bila lagi Aminah?please..please…

Refleksi Pengajaran

HAHA.Padahal kemain liat nak tulih refleksi dalam buku RPH
baik,aku nak reflect sikit aku punya sesi pengajaran sepanjang 3 bulan ni
walaupun aku tak dapat major subject,tapi aku terima subjek lain ni as challenged
contohnya math.aku bukan minat sangat dan bukan reti nak ajaq pon tapi dah dapat kuhadap la

1st Subject : Math

Sepanjang aku mengajar,aku dapati masalah aku ialah sumber PnP aku tu tak cukup.pemalas senang cerita.tak mau usaha pi carik jam soh budak2-budak tu pusing nak bagi faham konsep.sebenarnya sama je ajar math dengan ks…basic dia sama je..content je beza..teknik sama je..
dan masalah budak aku ialah konsep pertama depa tak betoi.basic macam nilai tempat pun depa tak faham sungguh-sungguh kemudian pi pulak pada tambah,tolak jadik hancur la sebab depa tak faham pengumpulan semula…kalau darab  bahagi tu lagi la…depa tak faham konsep kumpul dan divide.pastu depa tak hafal sifir.tertekan jiwa gua sebab benda asas dia tak faham nak kena ajar balik dah tak sempat..last-last exam…mana yang sempat gua terang balik masa revision tu boleh la nak betoi..yang lain…hancus…kecewa..rasa nak repeat balik.nak ajar subjek ni dan buat penambahbaikkan.

2nd subject : BM

Ni minor gua,so gua rilex-rilex la..Gua ajar ikut band..tapi bila kita amek klas orang lain tengah-tengah belajar memang agak sakit la bila benda patut budak tahu macam imbuhan dan kata nama tu semua kena ajar dan recall balik.InshaAllah kalau dapat balik subjek ni,I’ll try my best.paling penting gua jadik syok nak ajar sebab gua sayang gile kat student class gua ajar ni : 3K..

3rd Subject : Dunia Seni visual
Gua takde pengalaman tapi serius gua suka gile dapat subjek ni sebabnya gua memang sangat suka art.dapat ni kira macam hit jackpot la.class kalau darjah 1 tu payah gak  la nak handle.annoying pon ada kekadang. tapi class lain okey je especially class 1 C…mudah dicontrol dan mudah buat kerja.Next time kalau kena ajar lagi,gua nak prepare betul-betul..RPT,RPM…Gua memang nak pulun all out ajar seni sebab teaching art is fun..budak-budak pon seronok…cikgu laaaaagi la seronok…serius hilang tension taw ajar seni tapi tu la..takde bilik seni..kalau ada satu bilik kosong memang gua propose dah nak buat bilik seni..tapi apakan daya…sekolah gua sekangkang kera  cuma.

*tu jela refleksi gua.Gua belum ada soul nak cerita lagi deep.nanti ye,nanti.kalau gua buat Action Research,gua hupload okey!


Thursday, October 17, 2013

vivian da silva

ni bukan nama anak aku.
ni nama kereta aku.
aku pakai kereta?
aah.
asal tak hupload pon?
sebab segan nak tunjuk kat orang..
kenapa?
kita pakai viva je pon
ye,viva.
hehe
sebenarnya ramai jugak yang cakap kenapa viva???
asal tak beli kete yang okey lagi?
aku pon sebenarnya tak tahu la okey yang macammana maksud kawan-kawan
disini aku cerita la sikit kenapa aku beli vivi ni
owh nama dia vivian da silva eh.kelas gile nama.
aku beli vivi sebab 1st of all Vivi ni murah dari kereta-kereta lain yang masuk klasifikasi okey orang
aku sebenarnya kalau berpoket lebih sedikit pon memang takkan amek myvi sebab kereta fevret aku ialah vios.
Tapi aku ni jenis suka benda yang praktikal.memang pesen aku,aku suka benda yang praktikal.
kena dengan life style aku.kena dengan current situation aku.
vivi ni walaupun tak gah tapi entah la aku tak tahu nak cakap camne..
aku sayang gile kat dia..
sebab vivi comel.
vivi minyak murah.
vivi sangat praktikal untuk aku sebab rumah aku dekat je dengan sekolah
vivi murah.
aku bayar sebulan 385.
kira murah la dari aku beli myvi
apatah lagi nak banding dengan vios
kalau aku pakai vivi,aku boleh save lebih sikit untuk Tabung Haji Muda aku dan jugak lain-lain simpanan
Lagipun aku jugak boleh standby duit untuk emergency case nak balik semenanjung mahupun kot vivi meragam.
kalau aku pakai myvi contohnya la kan...sebulan dah 600 la konon.beza dua ratus dari vivi.
200 tu patut aku dah balik standby kalau emergency pape kete..
kalau aku beli vios pon,aku tak boleh nak bawak vios tu jadik kenderaan balik kampung pon sebab gua kan dekat sarawak bhai bukan semenanjung.
pendekatan aku mudah.kereta tu transport.bukan tempat aku nak menginap.
sebenarnya kalau aku dok semenanjung,ikut perancangan kalau dapat Selangor atau Negeri Sembilan jugak,aku nak pakai Kelisa second je sebab part jimat tu...
sebabnya aim aku memang nak saving.untuk rumah.untuk tanah.untuk usaha tanah ladang abah.
kalau nak usaha tanah tu nak kena ada saving la...kalau takde saving pon...nak buat loan la konon an...kalau loan kereta aku je dah banyak...camne gamaknya aku nak buat loan...
cuba bayang dalam masa 5 tahun,aku ada saving lebih sikit...cepat la keje aku boleh gerak..
kalau muda-muda aku dah habis duit untuk bayar kereta.perbelanjaan kereta je.....sakit la nanti.
Gaji bukannya besar mana....
Memang la Vivi ni bukan idaman tapi vivi ni keperluan yang sangat kena dengan aku
tetibe je aku rasa camtu jugak kalau aku nak pilih pasangan...hahah...mesti macam Vivi...praktikal...tak hensem takpe tapi sederhana dan menyenangkan hati dan perasaan.
sungguh aku cakap aku senang hati pakai vivi ni.senang hati,lapang dada aku rasa daripada kalau aku pakai vios ke.

*tenang.hehehe : )

saving

bercakap soal hati ni memang benda payah.
bercakap soal rasa
ia terlalu abstrak.
dan aku.
aku pandai bercakap soal rasa guna kata-kata dalam bentuk tulisan cuma
aku tak pandai nak tunjuk depan-depan.
aku tak reti.
aku takut.
aku malu.
dan rasa tu hanya bermain-main dalam hati.
kadang-kadang menjentik aku bagi aku sakit nak menangis.
dan sungguh aku benci
dijentik-jentik,diusik-usik
aku tak selesa.aku tak suka.
kalau minta aku kata
harus aku menangis  masa itu juga
sebab,aku nak simpan.
aku nak simpan baik-baik


Wednesday, October 2, 2013

losing

http://www.youtube.com/watch?v=A7ry4cx6HfY

To lose someone you love.someone yang ada pertalian darah memang benda paling pahit nak ditelan.
untuk cakap sabar…its easier said than done.
kadang-kadang kita rasa kita kuat tapi kita lemah sangat-sangat
.jiwa nak meratap.rapuh.payah.
dan untuk lekatkan dalam kepala yang satu hari nanti everybodys will be leaving..
it is part of life tu sangat susah
walau kita dah rasa
untuk hadap benda sama
untuk rasa emotional breakdown tu
kalau boleh tak mahu dah kita jejak time tu
dah taknak rasa hilang tu.dah taknak rasa sedih tu
tapi ni kenyataan hidup
aku mohon pada tuhan.beri aku kuat untuk hadap kalau aku harus kehilangan lagi.

Thursday, September 19, 2013

Ponteng

kalau nak tahu kenapa pelajar ponteng,tanyalah pada pelajar yang kaki ponteng juga.

walaupun aku cikgu,aku takkan kata kerajaan saja nak carik salah cikgu sebab point ni make sense.why?
sebab aku pon kaki ponteng.Aku bukan budak baik yang patuh peraturan.my school years agak rebellious but I am rebellious in my own way.Aku tak suka,aku boikot.which is ponteng
memang bila ingat balik,rugi pada diri sendiri tapi jiwa aku masa tu,kalau aku tak boleh nak faham.kalau cikgu tu tak make effort nak buat aku faham aku fikir no point aku pergi sekolah
seriously I skipped school sebab beberapa subjek macam fizik dan add math.
sebab I hate this two subject.I cant even understand any of it plus cikgu ajar dengan sangat laa...
aku tydo kot taim class.yes,its rude dan sebab tu aku ponteng je terus.dari dok dalam kelas aku tydo meleleh ayer liur.
I came to school because other subject and other teachers macam subjek BM,Sejarah.Maybe sebab otak aku otak kanan kot.Otak Bahasa.Sains Sosial jadik memang aku lembap nak faham dua subjek tadi tu.Tapi aku rasa tanggungjawab cikgu tu untuk buat class rasa homey bukannya rasa mengantuk.Student ponteng,ada kaitan jugak ye dengan cikgu.
Masa form 1-3 aku blaja kat sekolah asrama.Suasana lain lepastu cikgu-cikgu aku pon best.Serius la..Sampai sekarang aku rindu Ummi Jariah yang ajar sains...cikgu Norehan yang ajar Geog...Semua cikgu masa aku kat sekolah asrama dulu sentiasa buat aku inspired nak pergi sekolah..
Sebab dorang ajar memang terbaek!

*aku selalu janji kat diri aku,aku taknak ajar bosan.Aku nak bagi budak-budak semangat datang sekolah dan tak buat perangai bodoh macam aku.