sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Sunday, February 7, 2010

manifesto calon JPP dr PISMP PENGAJIAN SOSIAL SEM 3:MOHD SHAFIQ SHAHARUDDIN N ANIS NAWWAR

SILA BACA UNTUK MASA HADAPAN

Sebelum ini, berapa banyak perkara yang diinginkan oleh komuniti pelajar namun tidak kesampaian?Sudah sampai masanya kita membuat sesuatu yang luar dari skop pemikiran ‘meminta’ dan sebaliknya ‘menyumbang’ untuk mengumpul dana bagi mendapatkan apa yang diinginkan.’Konsep Lestari di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan merupakan wadah perjuangan saya bagi kesenangan dan manfaat berpanjangan disamping mewujudkan suasana harmoni dan menyumbang kepada alam.

• Mengadakan program KITAR SEMULA di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
- Membekalkan tong kitar semula di setiap blok asrama dan di blok pentadbiran.
- Mengadakan aktiviti penjualan barangan kitar semula untuk meraih dana keperluan blok asrama pelajar.
- Projek jangka panjang dan mendidik kesedaran tentang kepentingan alam sekitar.

UNTUK ITU.SILA BERFIKIR KE HADAPAN KERANA KITA SEDANG BERADA DALAM SITUASI DI MANA KITA TERPAKSA KURANG MEMINTA DAN LEBIH KEPADA MEMBERI.

Program Sampah untuk Dana ini sebenarnya bukanlah fenomena asing malah kerajaan Negeri Selangor telah mengamalkan satu program hampir serupa iaitu "Sampah untuk Kaya" di mana golongan sasar ialah pesawah.Dimana jerami padi dijual untuk menghasilkan baja kompos,makanan ternakan dan media perlindungan cerun

Maka kami mengagaskan program Sampah untuk Dana dan golongan sasar ialah warga IPGKTAA.Setiap hari sampah seperti kertas,plastik,tin,botol dibuang begitu sahaja dan kadangkala "overload" sehingga menjadikan kolej kediaman kotor.maka jika kita disatukan di bawah saudara MOHD SHAFIQ SHAHARUDDIN dan saudari ANIS NAWWAR MOHD ABU HANIPAH,individu ini akan menjalankan program ini.Sampah yang dikumpul ini akan dijual bagi mendapatkan dana untuk melengkapkan fasiliti kolej kediaman selain daripada menjadi serampang dua mata kepada memastikan kebersihan kolej kediaman terpelihara.

Kami tidak mahu berjanji yang tidak-tidak dalam keadaan ekonomi sekarang.Alasan klasik tiada bajet boleh boleh kita carikan alternatif untuk memastikan keperluan dan kehendak kita tercapai sudah kami utarakan.Kiranya tiada individu yang lebih layak untuk dipertanggungjawabkan atas gagasan yang diutarakan melainkan saudara
MOHD SHAFIQ SHAHARUDDIN dan saudari ANIS NAWWAR MOHD ABU HANIPAH

0 comments:

Post a Comment