sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Wednesday, June 27, 2012

thought

Hari-hari terjentik,terdetik,terfikir.Apa kalian tidak?
Assalamualaikum khalayak pembaca. Kalau ada yang baca.
Dua tiga hari lepas cuti bermula itu hari aku banyak mencarut soal politik. Semua benda buat aku sebal dengan politik Malaysia. Sinis status update aku.PUII!! Dan ditakdirkan aku join satu program under GPMS dan BTN.Puii!!! Macam kena ranjau. Dan aku manusia paling hangin dengan endoktrin.Puii lagi! Aku memang meraikan pelbagai sudut pandang. Tapi bukan cara ini. Hadoi… Tapi nyata… Tak semua benda untuk tujuan itu semata . Ada rahsia tuhan yang kita manusia lemah tak tahu.
Tak sangka pula yang aku akan diberi fasilitator yang aku kira tak paksa orang untuk menerima. He give power to choose. Maklumat diberi. Satu je maklumat dia bagi, tapi cukup untuk aku fikir dan fikir dan fikir. Aku tak peduli apa dah orang lain fikir. Aku rasa aku macam dapat pencerahan. Maun kau…sebelum tu aku duk pos la pasal : ABU,ABAI abes tu nak sokong mana? ke buat parti baru? Juga segala macam… apa je yang aku baca memang akan buat kepala aku ter”pop” dan aku  update. Pedulik hape aku… Lee Iacoca kata:you’ve got a brilliant ideas if you cant get them across your brain wont get you anywhere. Walaupun sebenarnya bila aku update tak get me anywhere pun… sape nak kesah status bodoh macam ni. Kalau status maki orang kompem ramai like…
Aku update sebab kepala aku pop up toooo many thought. Aku heran awat sume bley selamba x heran apa. Dok kesah cerita cinta depa semata. Kemon laa we.this is serious…itu laa kepala otak aku dok pikiaq.tapi lagu mana.. Kita memang ignorant.SANGAT. Sebab tu senang sangat kita terima apa-apa. Otak tin kosong. PUII! Baru tunjuk buku perlembagaan dah takut dan setuju. Baru sebut hak(padahal tanggungjawab tak ditunai) masing-masing melompat nak tuntut hak. Sebut perjuangan suma dok nganga. Tataw nak pejuang apa. Dah tataw tanggungjawab mana nak taw hak… tataw hak hang nak pejuang apa? Itu aku. Kalian aku tak tahu.
I used to be a rebellious minded girl
Anarki tu seksi. Dulu……… zaman bangang. Apa-apa yang menentang  sume betul. Selidik tarak.
Sampailah aku jumpa sorang bro ni..Aku jumpa dia somewhere yang aku  tamaw mention. Aku caye tuhan temukan ada sebab. Aku jumpa bro  ni time aku tengah carik diri. Nak keluar dari jiwa rebel aku. Nak carik hala tuju hidup aku. Aku gi outdoor… tadabbur alam. Accidently kenal dengan dia dan melarat sampai FB.. Perkongsian demi perkongsian yang akhirnya membentuk satu mind set baru pada aku. Mind set yang ada base yang lebih kukuh. Aku pegang benda dia cakap walaupun aku kadang-kadang argue beberapa perkara. Dan rupanya pemergian aku ke Langkawi tu adalah untuk mengukuhkan apa yang penah aku dapat dari bro ni dan tentulah gurunya itu. Serius. Menjawab argument-argument aku.
Masa tu baru aku fikir dan fikir.Ini,ini rupannya. Dari awal orang sebut soal perjuangan. Sungguh aku tak nampak kiblat perjuangan tu. Aku faham sudut lain. Maaf la otak aku memang senget sikit. Dari lambakan maklumat yang diberi. Satu. Satu yang aku nampak. PAS tak boleh buat negara Islam sebab bilangan kerusinya. Dulu aku argue bro tu pasal islam bukan tertegak sebab kuasa sebab masa tu aku mati-mati nak kerajaan islam ditubuhkan. Aku percaya dengan kuasa pemerintahan,  islam tu boleh ditegakkan.
Bro tu kata:islam tertegak sebab dakwah. Menyampaikan. Aku argue yang tu pendapat tabligh. Tabligh ramai yang amik pendekatan berkecuali. Tak ngundi la…apa la..Walhal bro tu tak kata jangan ngundi. Cuma masa tu pendapat dia sangat atas pagar. Dia tak sokong pun PAS walhal PAS menganjurkan kerajaan islam yang kemudiannya ditukar pada kerajaan berkebajikan. But then aku akhirnya faham apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh bro ni. Itulah..bila kita bukak sikit mind kita…kita bermusafir(pergi langkawi tu kira bermusafir gak tu) baru kita nampak dimensi,dimensi lain yang kita tak nampak. Ada yang kata kerajaan berkebajikan sebab golongan yang faham agama belum cukup lagi. Itu pun betul sebab kalau baca Inilah Sejarah Kita mesti faham maksud disini…kerajaan tu boleh tertubuh bila ada masasyarakat islam yang faham dan amal islam..dalam konteks negara kita, faham pun kurang..amal apatah lagi…Semuanya sebab lack of dakwah,tarbiah. Tapi kalau kita tengok memang payah la jugak nak buat sebab yang aku cakap tadi…bilangan kerusi. Kita ni amal demokrasi parlimen…sivil….kalau nak buat pun payah la sebab campuran . Sebenarnya kan…boleh je..dan tak jadi masalah kalau semua orang parti PKR tu islam. Dah takde masalah. Serius. The thing is kita tak ajak dorang pada islam. Kalau betul kita sampaikan kalimah. Tapi keadaan yang dilihat dalam PR sekarang…kita just ambil fahaman…agama hang agama hang la..agama aku agama aku. Kalau la kita sampaikan kalimah tu pada dorang betul-betul punya. Agak-agak macam mana ye? huhu
Dan berjuang bagi aku ialah berjuang untuk baiki diri sendiri dan mengajak orang lain buat kebaikan. Perjuangan kita ialah perjuangan melakukan kerja nabi kita : Menyampaikan. Lepas tu baru yang lain akan mengikuti.Tak cukup kita jadi baik sorang-sorang…satu kerajaan yang baik takkan dapat tertubuh kalau kita macam enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing..jadi baik sorang..jadik sedar sorang-sorang tapi tak berusaha sedarkan orang-orang yang ignorant

P/S: Wake up pemuda pemudi !Wake up Aminah !Sebarkan damai (islam) ke seluruh alam. Itu perjuangan kita!


Tuesday, May 15, 2012

Bimbingan dan Kaunseling satu refleksi


Refleksi yang boleh aku buat setelah aku mempelajari subjek BNK kanak-kanak ni ialah aku sedar yang asas bagi bimbingan ni sebenarnya ialah rasa bertuhan.Maybe all those man yang done the talking,research bout these subject trying not to talk bout tuhan,agama tapi kita yang membaca,yang hidup dengan kepercayaan kepada tuhan tahu yang asas untuk mengatasi masalah and to live well is to believe.Percaya pada tuhan.Dan dengan percaya itu membawa kita pada rasa menerima.Bila kita percaya pada tuhan for sure we’re not getting trouble or at least we know our limit..we know how to react..Sebab tu bila kita ada rasa bertuhan…kita akan put our iman and mind at the right direction..we wont go astray…
Dan setelah membaca itu ini pasal BNK aku tahu yang BNK tak pon sekular macam masa first aku belajar prinsip dia..Aku sedar yang kita boleh pilih macammana nak laksanakan BNK tu.Dan aku sangat berharap yang aku boleh applied apa yang aku belajar di dalam hidup sehari-hari…di sekolah…so that I know how to deal with people…aku tahu nak motivate myselg to keep myself strong…dan juga nanti kalau aku jadik cikgu aku harap aku akan sentiasa berikan basic-basic agama rasa bertuhan kepada murid agar dorang faham kehidupan dari sudut yang lebih positif and bukan untuk dorang je..tapi untuk ingatkan aku,si cikgu ni jugak
LIVE WELL.LIVE HELL.WE CHOOSE.CHOOSE WISELY.ASK HIS GUIDANCE OF COURSE!
P/S: Kita dah ada apa yang diperlukan sebenarnya kan?Kita dah ada tuhan.We don’t bother for any counsellor..We(muslim) got HIM
P/S:IMAN inside.Put it on right direction.
.

Wednesday, May 9, 2012

FRUST

Dalam hidup ni,takde satu manusia pun yang takkan kecewa.Kecewa tu rasa yang dirasa semua orang.Kenapa kita kecewa?Jawapan mudah sebab kita dealing with people and people always letting us down.Setiap hari kita akan berhadapan dengan manusia dan manusia akan selalu buat kita kecewa sebab manusia itu ada satu sifat iaitu tidak pernah puas.Takkan pernah puas.

Mengatasi rasa kecewa bukan benda mudah tapi kita boleh je cuba.Kita dah tahu sifat manusia tu tak pernah puas dan akan selalu mengecewakan..Jadi berhenti dari cuba memuaskan hati manusia lain.
Dan setiap orang ada cara tersendiri untuk hadapi kekecewaan.Ada yang menghadapinya dengan senyuman dan menghadapinya dengan sangat hensem dan ada pula yang menghadapinya dengan cara menyalak orang itu,orang ini asal hati puas dan hilang kecewa.

Manusia jenis 2 ialah manusia yang sebenarnya juga suka mengecewakan orang lain dan bila sekali dia dikecewa habis disalak semua yang lain asal hatinya yang kecewa rasa lega.Nak bagi diam orang macam ni,kau sumbat saje tulang ke mulut.Berhentilah menyalaknya.

Dan apa pun yang berlaku berhentilah menyalak orang.Hadapilah sesuatu dengan hensem dan macho.Jangan biar maruah diri yang dinjak-injak jatuh ke tahap paling rendah.Berhenti mensampahkan diri sendiri.Tolong jaga gengsi dan mahal.Salak sana,salak sini hanya akan buat orang meluat dan menyampah.Berhenti minta dikasihani.Kita tak hidup dengan simpati orang.


P/S:Orang yang nak frust sangat ni mintak maaf cakap,jenis bukan market sangat.Tulah dulu sape soh jadi pengawas..jadilah atlet.(Dipetik dari seorang photographer cycling)

Thursday, May 3, 2012

-comot-


mak aku selalu cakap aku comot
dan aku pon rasa aku comot
x caye,ce tengok nyh:



makan dalam

salam

makan dalam tu maknanya kata-kata yang membuatkan orang sentap di hati ye.sekarang ni bukan setakat kata-kata tapi perbuatan beliau buat aku sentap di hati.Makan dalam sungguh.
Bak kata lagu Geisha:Terima kasih atas luka yang kau beri..kui2...
luka kah?boleh tahan lah.
now please pulangkan balik ye hati saya itu.Tak kira rabak camne pun..yang aku nak cuma hati aku.kembali.lama sangat dah duduk dengan kau.

Thursday, April 5, 2012

-Mashed Potato-

Salam sejahtera khalayak pembaca!

Ini yang pasti bukan entri pasal kentang lecek KFC yang sangat disukai
Ya,ini cuma analogi.
Kentang lecek itu sifatnya lecek,lembik sesuai dimakan orang tak bergigi
Mohon perhatian,ini bukan entri resipi.

Aku mahu analogikan lelaki sebagi mashed potato,maka pembaca lelaki jangan sentap.Tolong baca dengan mata hati.Ini entri mohon pengertian orang lelaki.Lelaki yang mashed potato ini.

pertama maaf dari hati
bukan mahu merendah-rendah orang lelaki
sekali lagi maaf dari hati
entri ini rasa hati,mohon diamati bukan dimaki.

Aku paling pantang bila lelaki itu tak serupa lelaki dari segi jiwanya.
Biarlah fizikal sotong,tapi kalau jiwa besar dan kental aku tetap pandang tinggi.
Dalam situasi sekarang,aku berhadapan dengan beberapa karektor lelaki yang kurang lelaki.
Lelaki jenis inilah yang aku analogikan sebagai mashed potato.

Dibesarkan jadi anak gadis yang tegas dan lantang buat aku kadang tak takut mahu mempertahan hujah dan prinsip yang benar,yang aku pegang.Dan perempuan macam aku kadang dilabel ego,degil,keras kepala,dingin,ketat,kejam,sadis.Tapi aku juga diajar untuk hormat orang tak kira status.

Membesar dengan cara begini buat aku jadi orang yang hati-hati sampai kadang dikata cerewet.Jadi disini aku mahu berkisah kenapa aku cerewet sungguh
Maaf cakap,aku selalu bertemu lelaki yang lemah jiwanya.Yang mudah jatuh pada idea cinta dari novel dan filem.Yang tak kuat hatinya sampai mudah bersandar pada sandaran yang rapuh.Yang kalah dengan perasaan.Yang tak boleh memimpin.Dan maaf cakap lelaki yang begini akan menyebabkan darjah suka aku pada dia jatu.Aku tak boleh suka dan tak boleh nak ada hubungan dengan lelaki macam ni sebab darjah respect aku padanya akan jatuh.Maaf,aku tak boleh hidup dengan orang yang aku tak repect.Aku tak mahu sekali-kali ambil alih posisi lelaki.Aku pegang kuat yang lelaki itu pemimpin.Tapi kalau jelas dia tidak boleh memimpin,maaf aku tak boleh teruskan hubungan jangka panjang dengan orang begini.Aku perempuan,jiwa lagi rapuh.Mana nak aku sandar kalau asyik-asyik aku jadik tempat sandar.Aku tak mahu.Aku mahu dia kuat.Aku,dia sama kuat.Saling ingat mengingat.Saling menguatkan.Aku tak mahu dia sandar pada aku semata.Aku jiwa rapuh.Aku manusia lemah.

Aku dibesar tak sandar pada orang walau aku bongsu perempuan.Jadi jangan beralasan anak bongsu bagai kalau jiwa lemah.Kalau orang lain boleh kuat kiwa,kenapa tidak kau?Tolong.Bina kekuatan.Lelaki ketua.Tolong belajar jadi ketua.Masa hadapan letak pada kau,bukan aku,bukan kami(perempuan)

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”-An-nisa ayat 34

Tafsirnya menurut ibnu kathir
“Lelaki adalah pemimpin bagi wanita iaitu lelaki adalah ketua kepada wanita, pembesar bagi wanita, pemutus bagi wanita dan pendidik wanita jika wanita itu melencong. Kerana lelaki lebih afdhal dari wanita dan lelaki lebih baik dari wanita. Dengan itu kenabian dikhususkan buat lelaki. Begitulah juga kerajaan yang besar (dikhususkan bagi lelaki) berdasarkan sabda Rasulullah: “Tidak akan berjaya kaum yang dipimpin oleh wanita”. Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abdul Rahman bin Abu Bakrah dari ayahnya. Begitulah juga jawatan kehakiman dan sebagainya.”

Allah berikan sifat ‘qawammah’ kepada seorang suami. Dengan erti dia mesti merasai bahawa dia duduk di atas isterinya dari banyak sudut; kepimpinan, penentuan keputusan, pembimbing, tanggungjawab dan sebagainya


p/s:menulis dengan rasa kecewa

Monday, March 5, 2012

WE ARE ALL TO BLAME

Bila dunia menjadi puncak.bila alat jadi tujuan.bila kapitalis meraja maka siapa harus kita salahkan?Bak kata SUM 41 yang melalakkan “we are all to blame”.We want it all right?but yet we don’t want to make any sacrifice but yet we have to sacrifice…ourself and our next generation.Bila hidup mahu itu,mahu ini.Mahu mudah mahu senang.Kemahuan sudah seperti keperluan.Nafsu tak ditahan-tahan.Sudahnya ditunggang nafsu.Sudahnya sendiri yang azab.
Tuhan telah bercakap pada kita dalam kalimahnya.Dalam Ar-rum.Telah jelas kerosakan di langit dan bumi kerana tangan manusia.
TANGAN MANUSIA.
Siapa manusia?Kau.Aku.Dia.Mereka.Kalian.Kami.Anda.Ke anda itu lembu?bukan?Tahu pula menjawab tapi masing-masing cara fikir serupa orang tak diberi akal.Pertukaran tempat nampaknya.Otak di lutut,nafsu di kepala.Chantek.sangat.
Dan kerana material jadi agung.Maka kau sendiri menanggung.Aku bukan menolak pembangunan.Aku sendiri hidup tak melestari alam.Tapi kalaupun aku tak pakai hybrid car,tak pakai nfon perlukah aku diam kalau nyata-nyata loji pembunuh mahu ditubuh?
Tapi anda boleh saja memaki aku:
“Senyap la kau,rare earth tu yang guna buat bateri i-phone kau,BB kau”
Aku jawab
“Syial..aku tak pakai i-phone,BB pon tak”
“Senyap lah kau.bateri dalam nfon bodoh kau pon pakai rare earth”
Baik,aku patut diam.We want it all.with no sacrifice.
Aku tak anti pembangunan.tak anti lestari alam.aku sentiasa lalang.Tapi yang pasti dunia kan rosak kerna tangan kita-kita.Teruslah merosakkannya.Tuhan nak kita tahu dan fikir takde apa yang manusia buat mampu tandingi DIA.Kau konon-konon teknologi kau hebat.Tuhan bagi tsunami,banjir..elok camne kau tanam sisa radioaktif kau tu…bocor jugak dia…mampus jugak sape yang sedut,minum,makan.

P/S:.Buat benda biar pakai otak jangan ikut duit kau boleh lantak.