sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Friday, June 14, 2013

Orientasi

Aku pandang cik disebelahku. Muka langsung tiada riak. Di atas keretapi, satu patah kata tak keluar dari mulut dia sampai aku bosan lalu tertidur. Aku ke yang patut mula bertanya supaya beku ni boleh pecah atau cair macam ais keluar peti?
“nice picture” Spontan aku menutur. Gambar pada skrin Canon yang dibelek cik jiran menarik perhatian. Dia tiba-tiba menarik muka sebelum menutup canonnya. Sombong! Blah laa! Ingat kau lawa sangat apa?
“ and nice landing ” Dia berkata mengadap muka aku. Mak ai..awek ni mengadap muka aku. Macammana nak menundukkan pandangan ni?
“ nice landing ? Maksudnya ? Saya tak penah bawak airplane ” Nada aku berbau sarkastik
Cik jiran menepuk bahu. Jari telunjuk di arah pada kepala aku. Tapi dia tak tonjol. Dia cuma tunjuk.
“awak landing atas bahu saya. Nice landing. Salah lapangan terbang laa enche ” kata-kata cik jiran menggeletek perut. Maun pulak dia guna analogi lapangan terbang. Owh, baru perasan nak smash balik loyar buruk aku tadi la.
Hahahahhahahahahahahahahahhaha. Minah ni memang lawak kot !
“ Haha” dia tiba-tiba menyampuk tawaku. Tapi bunyinya menjengkelkan. Ada patut gelak 2 harkat je!
“ Haha. It’s not even funny. I’m not your sista or even ur mom. Its so rude to actually sleep on strangers arm. Don’t you have any shame on you? I’m not ustazah but hei…I’m not ur muhrim how could you…ugh..” Dia tak meneruskan kata.
Sungguh aku terpukul dengan kata-katanya. Never be my intention.
“Cakap muhrim…Pakai tudung pun tak betul….Pakai baju long sleeve senseng sampai siku ” Spontan aku mencari weak point dia. Mana boleh ego aku jatuh. Malu bodoh la dengan perempuan. Ini Amar la. Ingat aku nak cakap : sorry, saya tak sengaja ? Boleh jalan. Berlagak beriman pulak dia.
“ So that, kena pakai tudung labuh laa baru bleh sound orang yang landing atas bahu aku? So, kalau aku pakai tudung bawal  macam ni kau boleh lah kalau nak tidur atas riba aku pulak? Do respect me” cik jiran dah naik angin
“ Bising laa. Hal kecik je pon” it is big I know for a girl dan cik jiran nampaknya bukan gadis yang mudah disejukkan dengan muka handsome aku ni. Nak suruh orang respect tapi….aku cuba cari weak point…tiada. Okey…dia pakai tudung bawal je tapi itu bukan bermakna dia tade malu dan aku patutnya hormat dia sebagai perempuan kan? Sebab aku ini lelaki. pemimpin yang sepatutnya melindungi wanita.
“ Yah….small thing. Simple minded betul ” Hani berkata.
Sungguh aku geram betul dengan lelaki macam dia enche jiran ni. Rude. Ego dan paling penting nampak sangat yang kaki perempuan sebab tu setakat jatuh kepala atas bahu orang kecik sangat bagi dia. Kecik pada dia. Besar pada aku. Malu sungguh dan terhina. Entah lantak laa orang nak kata bajet suci murni, konon baik tapi aku rasa terhina bila mudah sangat orang nak jatuh bahu kat aku. Mungkin salah aku kan? Terngiang kata-kata dia pakai tudung tak betul. Betul la. Cakap orang yang tak embrace penuh islam memang tak laku. Tapi tak patut kot dia macam tu kan? Lelaki tu patutnya…ah..biarlaa…dah laa nini…lelaki yang kau nak…yang boleh jaga perempuan…yang berlembut dengan perempuan dah tak wujud dah kat dunia ni…
“ Saya tak simple minded. Awak yang complicate things”
“ Baik terima kasih enche. Ya saya salah. you can put the blame on me. All on me .Awak tak sengaja kan…dan saya tak payah laa berlagak beriman pulak nak sound awak kan? ”
Pergh..pedih gila ayat! Bunyi dah macam surrender tapi sempat pulak dia mengenakan aku balik.
“okey look…sorry..saya memang tak sengaja….never be my intention. Saya mengantuk sangat ” owh tidak…aku mintak maaf???
Dan ak sangka kata-kata maaf tu boleh mengubah muka tak beriak itu.
“yeah…finally you said sorry. Main reverse psiko baru reti nak tone down ego tu ” Balas cik jiran tersenyum manis . Lesung pipit di pipi kanan jelas kelihatan. Argh!!!!tidak!!!
“so,awak maen-maenkan saya”
“I am not. Tapi nak dapatkan sorry dari lelaki memang susah. I just want to hear that and reason kenapa awak landing tak tentu pasal..and I dah dapat.”  Senyum lagi
Entah tetiba tak boleh nak marah. Salah aku kan?
“ Hahah…..maen psiko….” Aku berkata sepatah. Dia sengih. Eh makcik ni….murah pulak senyum dia dah siap boleh buat muka comel macam kucing.
“nak turun  mana?”ringan mulut bertanya.
“ Kajang ”
“ Kajang which part psikik?”
“ Psikik? ” Nada pelik.
“ Yela maen psiko orang…” Aku pula senyum. Eh,mudah betul aku masuk dengan budak ni. Amar, tadi cik jiran pastu makcik pastu budak pulak
“owh…” dia balas owh sahaja. Blank apa?
“ owh je? ”
“ Takkan saya kena nangis? ”
Arghhhhh dia punya sense of humor memang memalukan muka aku sendiri
“yelaa tak yah nangis. Which part of Kajang you nak pergi ? ”
“ Haha…dekat depan je stesen kajang tu? ”
 “Sekolah tu?”
“Aah ”
“ Cikgu la ni? ” Dia menyoal pula.
“ Yup. Kenapa? ”
“ Lah..Morning cikgu..”
“Haha…Sila duduk murid!”
“Cikgu apa?”

“ Lukisan Kejuruteraan”

1 comments:

sakinah said...

Nice!!please wat smbungan.. Hihi

Post a Comment