sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Tuesday, December 4, 2012

stok awek.stok bini.



Uish…kasau bunyik kan? Tapi ni le term guys out there use atas awek-awek.gadis-gadis.perempuan-perempuan. Aku rasa aku dah lama dengar term ni. Zaman aku skolah menengah lagi aku dah dengar term ni. Satu sebab aku ramai abang.Satu lagi sebab aku kawan ngan few guys yang guna term ni.

Aku rasa semua orang faham dan tahu je definition untuk 2 term ni jadik aku malas nak terangkan sebab aku nak bercakap  benda lain sebenarnya tentang stok awek stok bini ni. Aku masa sekolah dulu selalu gadoh mulut sebenarnya pasal term ni sebab aku tak puas hati betul dengan branding ni. Sori le bhai..wa ni dari dulu seksis.Wa mang tak bley terima orang bagi jenama-jenama ni kat perempuan.Seriously aku rasa benda tu insultion pada perempuan.

Sebab apa aku kata insultion?sebab perempuan je diberi brand…orang lelaki tade pon..We woman just paling teruk pon cakap: dia ni tak ley pakai. We don’t just simply have a relationship dengan satu state of mind,aku tak interested pon on these guy…aku nak stok geli-geli je.NO.Tade girl yang bila dia kapel dia ada satu setting yang dia taknak further to the next level.NO.

Sebab?
Perempuan kan bodoh.Wah statement..seriously we woman think with emotion.kalau kitorang dah sayang kitorang tak pikir dah rasional tak rasional..ada masa depan ke tade masa depan ke.woman basicly love unconditionally.ada la 2,3 orang yang kapel dengan condition-condition tertentu tapi selalunya they accept you with no hesitation.sebab pompuan ni dia ada sifat keibuan.dia mudah nak forgive.mudah terima.mudah sayang.cuba ko pandang mak kau je laa…perangai kau macam setan pon paling-paling dia bebel kau je pon.pastu ko nanges-nanges mintak ampun time ari raya dia kira 0-0 jugak.

Masa aku skolah dulu sampai one guy ni mang nyampah ngan aku sebab aku tak pernah bagi dia peluang to win argument  dengan aku sebab masa tu aku mang pesen nak menang.dalam kes stok awek stok bini ni I put the blame on guy.masa tu sebab aku sangat pegang yang guy ni ketua.dia sepatutnya bimbing perempuan.Dia yang layan pompuan tu gitu gini pastu nak sampahkan pompuan tu suke2 ati je.masa tu laa..pemikiran aku time tu nak menang sesaje.pandang satu side je
.
So sekarang aku macam nak ajak sume orang.girls and guys…why don’t we reflect?

Okey sekarang ni girls dulu…
why don’t kita pikir dulu kenapa lelaki boleh brand-brand kan kita macam ni ? Sebab nya sikap kita.mind set kita.way of act kita.these thing yang memberikan definisi stok awek dan stok bini ni. Kalau kita taknak disampahkan, stop being rubbish.tak nak dibreak,stop being glass . Kalau kita nak dilayan dengan penuh penghormatan, respect diri kita dulu. Nak disayang, sayang diri kita dulu. Diri kita ada hak dia…penuhkan hak-hak tu dulu.

And guys…
doesn’t mean you bley huha sesuka hati.You guys please….please jangan usik hati perempuan if you don’t mean to love her or take her as your other half.orang perempuan ni wak jiwa dia halus..cepat perasan..awak rasa sayang is just a word…bagi dorang itu perasaan…yang akan dorang hold.so in order to hold that feeling agar tak lari dari you..dia akan buat apa saja untuk you.macam emak laa…dia sayang anak dia,dia buat je apa-apa untuk anak dia.sanggup susah payah..so guys…please..please jangan maen-maen feeling girls…that girl is not just a girl.dia tu kakak orang lain.adik orang lain.bakal jadik emak orang lain.Please act as a real man.man yang protective.yang jaga adik,kakak,emak.diorang ni perempuan.your girl pon perempuan.girls out there perempuan.play your role as a man.PROTECT them.

How to protect?
 Okey…ni part paling penting.pertama sebelum cakap ni nak mintak maaf sangat-sangat.takut berlebihan dalam kata-kata.takut menunjuk pandai pulak.It just something I read yang menjentik minda untuk dikongsi.

Hadis riwayat Al- Bukhari , Rasulullah SAW telah menyatakan bahawa :
 “sepeninggalanku tiadalah ujian yang lebih berbahaya kepada kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita”

Memang dulu-dulu lagi dah habaq..pompuan ni ujian pada lelaki.aku bila baca ni baru aku sedar yang dulu aku nak gadoh ngan kawan aku salahkan lelaki bila pompuan jadik tak elok tu actually kita pompuan ni pon play part dalam merosakkan lelaki.lelaki  jadik gitu.tak bertanggungjawab.label pompuan stok awek stok bini.maen-maen tu pon sebab kita pompuan… lelaki ni boleh merosakkan dan perempuan boleh merosakkan.we both do harm to each others…

So sekarang ni we both kena la baca.amek.pegang.amal dan hayati ayat 30-31 surah An-Nur:
 “Dan katakanlah kepada lelaki-lelaki mukmin; hendaklah mereka menahan pandangan mata-mata mereka. Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman;hendaklah mereka menjaga pandangan mata mereka.”

Tengok…dalam quran tak kata soh laki je menjaga.pompuan pon kena jaga.
So lets protect ourself and guys, no more stok awek stok bini punya term okey? Girls, stop jadik awek..we're moving to being " bini " orang someday..

p/s: Its going through my mind all these while but I’m not brave enough to turn it into words and share it. I come to write this after long conversation with two guys yang mang aku baik dan bley sembang benda serius gini...You know,cakap benda gini orang boleh cop poyo kan? 

3 comments:

Unknown said...

nice one min

Myn said...

reminder utk kita..

Unknown said...

slmat ke blog aku. finally i choose blog jugak. sng nk share. jimat. free. hahaa

Post a Comment