sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Monday, September 12, 2011

UJIAN

Aku seorang yang suka menyanyi…kalau aku sebut satu perkataan yang ada lagu bermula dengan perkataan tu serta merta aku akan ternyanyi lagu tu.sama ada kuat atau Cuma dalam hati..Sekarang aku sedang bernasyid

Ujian adalah…tarbiah dari Allah..
Ye,bila dengar perkataan ujian..aku akan ternyanyi lagu nasyid ni..hehe..Baik,cukup setakat itu tentang aku yang pelik ini kita terus pada perbincangan

UJIAN..
Ujian macam-macam ujian.ujian kat sekolah pon ujian.ujian dalam hidup itu ujian.yang penting kalau matlamat dye untuk menguji kita maka namanya ialah ujian.dan ujian itu ada benda nak diuji.kalau ujian sekolah nak tengok ko pehe dok gapo chekgu dok ghoyak

Kalau ujian hidup?
Tentulah untuk menguji KEIMANAN kita sebagai hamba Allah.
Kita tak boleh mengatakan kita beriman selagi kita belum diuji
Sebab?
Sebab iman itu membenarkan di hati..lafaz dengan lidah dan melakukan dengan anggota(amal
)
Jadi ujian adalah untuk menguji 3 benda:hati,lisan,anggota.
Semuanya perlu bermula dari hati…setel hati,setel lisan dan anggota..
Sebab kalau lidah kau cakap tapi hati kau tak membenarkan..tak cukup lagi..kalau hati cakap lain lidah cakap lain,namanya hipokrit..kalau lidah cakap anggota tak jalan maknanya cakap tak serupa bikin…jadi,lu pikirlah sendiri!(cakap kat diri sendiri gak)

Ujian dalam hidup bukan sekadar ujian kehilangan orang yang disayangi..bukan sekadar ujian dari segi rezeki…masalah..tapi juga temptation,temptation untuk mendekatkan diri pada Pencipta…temptation pada iman kita..

Ada sorang kawan sekampung(lelaki)..malam raya aitu ada conversation dengan dye masa OTW membeli tudung raya dengan abang aku…pendek cite..dye x puasa masa bulan puasa…aku hanya mendengar dye pongpangpongpang…aku memang prefer dengar dari bagi komen benda yang aku tak pandai sebab nanti nampak sangat bodohnya

Seorang kawan dye menegur perbuatan dye dan dye kurang senang bila kawan dye kata:zaman nabi dulu siap berperang dan tentulah dia akan jawab itu zaman nabi…dan selamba jugak dye jawab:zaman nabi mana ada air batu..pepsi…
Baik,aku tulis ni bukan nak judge dye.poin aku ialah bila dia kata zaman nabi tade air batu,tade pepsi..itu temptation..ujian..godaan..zaman nubuwwah masyarakat diuji dengan kekurangan makanan,peperangan…tapi dah berlaku zaman atas zaman..zaman da berubah..temptation untuk tiap umat da berbeza..dan macam yang disebut..itu antara temptation..

Bagi orang yang kuat boleh kata setakat tu pon tak tahan…itu kita..orang lain mungkin berbeza…tapi aku bukan menyokong dye ye.TIDAK.poin aku nak cakap ialah kita akan diuji dengan apa yang kita lemah..selemah iman kita…ada orang letak pepsi depan mata da burn puasa…macam aku cakap bergantung pada iman.itu ujian.ujian hati.ujian anggota.ujian untuk iman kita..

Bagi kawan dye yang menegur dan aku yang menulis..kami pon ada ujian..ujian lisan…kami mengatakan semua ini…menegur perbuatan kawan dengan lisan…kelak kami akan diuji pula dengan hati dan anggota..sebab kami dah mengatakan dengan lisan ketidaksenangan kami terhadap apa yang dilakukannya..nanti kami akan diuji..kami buat tak,amal tak apa yang kami sampaikan..jadi bagi yang ditegur,jangan laa nak melenting…sementara orang tu ingat,bia dye tegur kita..nanti dye x ingat kita lak tegur..itu cara hidup jadik orang…kowt kaw nak jadik orang..kowt nak jadik lembu..teruskan laa dengan ego ye.sekian.

Satu lagi…ada yang bila Tanya puasa atau tak,dia akan kata:tak guna aku puasa..aku bukan sembahyang pon.aku tak baik pon..tapi kan kawan…solat wajib..puasa tu pon wajib taw.takkan laa da la x solat.pose pon tak.kalau rasa rugi,jom la kita solat dan berpuasa..buat dua2..apa pon x rugi kan,kan?

P/S:menulis semasa condition hati sedikit bersih.jadi ada la aura-aura bersih.bila kotor hati ni,tolong ingatkan saya..mungkin saya terlupa apa yang saya dah cakap
P/S:dan nyata kita tak boleh cakap kita beriman sedangkan kita belum diuji.Elok-elok je menulis tentang ini,aku diuji.kami sekeluarga diuji dengan pemergian MAK yang sangat kami sayangi.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Serius aku kata ujian ni berat.

0 comments:

Post a Comment