sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Tuesday, May 17, 2011

penjajahan bentuk baru

Globalisasi.dunia tanpa sempadan.dolu2 aku tak faham pon ape sume nyh…tapi ble da blaja ekonomi,bce buku itu,bce buku ini…baru aku faham…dan apa yg aku rumuskan ialah:globalisasi nyh…penjajahan bentuk baru…kenapa?
Baek..kte semak blik sejarah….dolu2 tyme org tadeilmu,tade teknologi…bagi mendapatkan kuasa,kekayaan orang menakluk,menyerang,merampas tanah untuk dapatkan lebih kekayaan dan kuasa.dan atas dasar itu dunia eropah,barat mengembara,merentas laut mencari tanah2 yg kaya untuk dikaut kekayaannya..hasil buminya…
Era perindustrian menyaksikan banyak kawasan yang tak “civilized” kata mereka dijarah utk dikaut hasil ekonominya temasuk laa bumi Malaysia..dolu2 tanah melayu…tanah melayu menjadi kawasan utk pasaran hasil dan kawasan sumber bahan mentah.busuk tak busuk..amek kat kte pas2 jual kt kte blik…
Ble dorang da ckup2 kumpul kekayaan,dorang bina kota2 pentadbiran mereka…dwet hasil rompakan dorang tu dorang gunakan untuk majukan pendidikan,buat kajian,majukan penyelidikan,bidang kedoktoran,bina university,lengkapkan,canggihkan teknologi perang…

Kendian dorg berpura-pura baek dgn memerdekakan kte…padahal dorg tak mahu gunakan dwet yg dorang rompak utk baiki kerosakan yg da dibuat oleh jepun pada Negara nyh..maka dimerdekakan kte tp dorg masih lg tak lepaskan kte…supaya nnti boleh lg dorang sedut kekayaan negeri kte dorang cipta dan amek balaci dorg tok tadbir Negara ikot cara dorang..cara yg bley meneruskan lg imperialisme dorg….sape kte gagalnya Malayan union bermakna imperialisme bentuk baru tak berlaku?persekutuan tanah melayu yg tertubuh selepas 2,intinya sama sahaja dgn Malayan union
Uprising….pertumbuhan yang berlaku sekali lagi menyaksikan rakyat di Negara menjadi hamba di bumi sendiri walaupon keTUANan melayu ada.yg tade pendidikan sbb kegagalan kerajaan emmbina sekolah dan pendidikan yg berkualiti jadik kuli…senang kerajaan dpt buruh murah..kan?

Dan era globalisasi…kalo di barat da lama revolusi pertanian,perindustrian..kte bertatih-tatih dan nak ikot jejak langkah dorang…
Tun razak buka FELDA untuk pertanian
Era Mahathir wujudkan kawasan industri.
Kte tawarkan buruh murah utk menarik pelabur asing dan itu yg mang pelabur asing yang mengamalkan dasar kapitalis..maksimumkan keuntungan abaikan kebajikan.kerajaan dapat dwet dari cukai dan sepatutnya perlu utk digunakan utk kebajikan org yg da bekerja nyh:buruh tp sebaliknya menggunakannya utk pembangunan yang tidak berkaitan juga utk menarik pelabur asing dan pelabur asing dari Negara yang dulu puas menjarah hasil bumi kte dapat berdendang…dulu kini dan selamanya dapat menjadikan peribumi;hamba di tanah sendiri.dan si pemimpin balaci makan dwet komisen.indah bukan.malaysia kan boleh!

Bagi Negara-negara semasa era revolusi industry,golongan underclass atau pekerja merupakan golongan yang ramai muncul untuk protes.kewujudan sub budaya seperti punk,skinhead sebenarnya bermula dari golongan underclass yang tidak puas hati dengan status dan kelas ekonomi mereka yang rendah.malah sampai sekarang bagi pendukung irama punk rock ideology dalam lagu mereka adalah bersifat antikerajaan dan mengutuk kerajaan.punk rock yang sgt ak suka tentunya sum41.
Kalo sape penah dengar lagu “underclass hero” dan “march of the dogs” tentu setuju dengan apa yang cuba disampaikan melalui muzik mereka kalimat: All for none,none for all aku kira cukup sesuai dan pantas untuk ditujukan kepada barisan pemimpin Negara Malaysia yang sekarang bukan laa all for one and one for all sebaliknya all for none n none for all.

Demokrasi yang dicanangkan selama ini bukanlah demokrasi sebenar.demokrasi adalah kerajaan dari rakyat untuk rakyat.namun dalam situasi Negara kita sekarang apa yang disebut demokrasi tiak berlaku kerana kita sering dimomokkan dengan pelbagai isu yang kadangkala menjengkelkan.kerajaan bermati-matian mahu kelihatan sebagai parti yang tidak rasis namun setiap ucapan dan kata-kata berupa ugutan mengenai ketuanan melayu dan memburukkan bangsa lain atas tragedy yang pernah berlaku seperti 13 mei contohnya jelas menunjukkan kebobrokkan kerajaan.malang juga bagi kerajaan kerana gagal menunjukkan wajah murni di sebalik perjuangan mereka…banyak taktik kotor dan akta-akta yang menyekat kebebasan manusia diamalkan bagi mengekalkan rejim pemerintahan mereka.alasan untuk mempertahankan bangsa hanyalah omongan.kalau benar mahu memajukan bangsa,program pendidikan dan pembangunan ekonomi seharusnya berlaku secara seimbang namun ramai yang menggunakan tiket bumiputera dan melayu untuk mendapatkan pengaruh dan mengekalkan penguasaan terhadap rakyat yang jahil dan buta soal politik.


p/s:kapitalis sungguh duhai pemerintah

0 comments:

Post a Comment