sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Sunday, January 4, 2015

Dejavu Di Kinabalu : The Feeling


Banyak-banyak impian,kenapa la nak susah-susah panjat gunung?
Aku tak tahu nak jawab apa
Am I really fit.No I’m not.
Am I really love nature?I must say yes.
Maybe aku perempuan pelik.Aku tak suka benda fancy.Nature cukup dah nak fascinated aku and that explain why I love taking pictures of nature.



Matlamat aku panjat Gunung Kinabalu selain daripada nak enjoy nature dan ambil gambar ialah to feel the sense of accomplishment.I don’t know why but since I was a kid I’m kinda ambitious.I started to imagine and wanted something.Its nothing like I wanted to prove myself to anyone.No.Never be my attention.I just wanted to challenged myself,I wanted something that brings mean to my life.Aku tak tahu la kenapa.Aku selalu nak ada something yang prove yang aku ni “living”.Kalau aku tak accomplish apa-apa in a year,in a month aku rasa hidup aku dull gila.Bak kata Radiohead : I’m not living I’m just killing time.


To be honest this feeling.Feeling yang aku perlukan something.Accomplishment ni lagi kuat bila mak dah takde.I don’t know why.Maybe betul kata Anne Frank.Nature ni macam ubat,terapi untuk orang yang rasa sunyi dalam hidup.Kalau kau nak suruh aku hilangkan benda tu dengan kahwin.Its a bad idea.I don’t find peace in people.I’m sorry.Its hard for me.When it comes to people,they hurt me badly and for that I rest my case.


Sekurang-kurangnya adventure macam ni bagi aku motivasi.Motivasi to wanted something.Aku rasa tak banyak pon aku nak.Aku Cuma nak masa untuk otak aku ni berfikir dan mendalami hakikat hidup aku sendiri.Mengenal diri aku sendiri.Masa panjat gunung haritu aku niatkan yang walaupun ni bukan umrah atau haji,ni perjalanan mencari dan mengenal tuhan.


Bila mana tough gila aku nak panjat Gunung Kinabalu tu,aku cakap kat Gunung tu(dalam hati).Allah lagi besar dari kau.Allah lagi berkuasa dari kau.I keep saying that but then bila aku solat subuh.Sujud pada batu tu moment paling besar dalam perjalanan tu..Moment dimana tuhan tegur aku…Gunung yang besar,yang tinggi ni..yang sangat tough,yang kau rasa tak mampu nak ditawan ni tolak tawaran untuk jadi khalifah,tapi kau(manusia) yang tak berdaya nak tawan dia ni berani nak ambil tanggungjawab sebagai khalifah.
masa tu…sentap dihati.


Kan moment sebelum tu aku macam kerek.Aku cakap Allah lagi besar dari gunung tu kat gunung konon nak psiko la tapi sekarang tuhan tu bagi aku pelempang ghaib.Tuhan nak bagitahu,gunung tu dah lama tahu Allah lagi besar dari dia…Allah nak bagi aku rasa,ni rasa hamba.Rasa hina dan kerdil dan bila aku balik aku try cari terjemahan sebab “teguran” tuhan tu macam familiar je…Rupanya teguran tu ada dalam Al-quran.Dalam surah Al-Ahzab ayat 72-73 dan sambungannya tu memang tepat dengan rasa yang diberi.


“Rasa” yang DIA bagi tu menemani aku dalam tiap perjalanan buat aku rasa aku hidup dan bukan mayat hidup.Lepas ni aku plan nak panjat Gunung Rinjani.Cantik tapi mencabar.Aku tak tahu kenapa.I just ignore part mencabar tu cause all I wanted is to be on the top of it…enjoying beautifull scene from up there..taking lots of picture and of course learn as much as possible along the way.It just a simple wish.I don’t ask much.I know I’ll become a better person everytime I set myself for a challenge and please let me be a better person through this.


Tuesday, December 30, 2014

Dejavu di Kinabalu - Persediaan ( untuk rujukan )

FITNESS

OK,bagi aku fitness sangat penting untuk sampai ke puncak.Please,berlatih la..Bagi aku,its not like walking in the park...You can kill time but its means you'll lose much energy.Kalau korag lambat sangat pon tak boleh sebab makanan akan habis dan cuba bayang not enough food and water means not enough energy to climb up and down..So bagi fit..patuh masa yag ditetapkan.
By 4 pm dinner at Laban Rata
By 2 am last supper - please take your supper or else bring your own food.
By 10 last breakfast at Laban Rata - Take your breakfast or else prepare your gastric pills.
By 4 am last Lunch at Kinabalu park 
  • At least 2 months before aktifkan la diri anda supaya anda cukup fit.
  • Try fartlek.(Sila google)
  • Berlatih adjust diri dengan sejuk.On je aircond/kipas laju-laju
  • Berlatih kawal pernafasan masa korang training.Crucial
  • Berlatih la panjat tangga selalu eh.Up and down.Kalau ada bukit,laaaagi bagus.

THINGS TO BRING

OK yang ni aku bahagi ikut hari.Macam aku,aku pack semua baju ni dalam plastic ikut set aku nak pakai.Yeah,make sure baju tu ko balut plastic ye…in case hujan ke apa.Waterproff bag pon kekadang lencun.Bag pulak aku bawak 2 beg.1 foldable bag,1 lagi hiking bag(Yang ni porter/guide yang angkat)

Sebenarnya aku memang agak melampau sebab aku bawak foldable bag tu dan porch bag sekali.HAHA.Foldable bag tu aku carry all the way ke atas.Dalam tu aku letak botol air dan aku punya jaket dan baju hujan.(Punya la takut hujan)Dah macam apa je.Aku bawak porch bag jugak sebab dalam tu aku letak kamera aku,henpon dan ubat-ubatan serta makanan..Senang aku nak access.

Aku punya mission nak jejak Summit jadi aku sangat tekankan kesihatan dan keselamatan.Aku tahu,kalau aku tak sihat dan cedera,memang payah la nak sampai puncak.Bab semangat tu,aku tahu once aku nak benda tu aku akan paksa gak diri dan sebab tu la aku kena prepare fizikal aku yang tak sekuat mana ni.You know,when your heart is bigger than your body..Your body will suffer.Jadi,Prepare!

Ok,back to the point.Ni preparation dari hari anda di HQ Kinabalu Park.

Night you stay at HQ
  • Wear anything you like to wear
  • Pack your thing- mana taknak bawak jangan letak dalam hking beg,tapi masukkan dalam luggage dan simpan di HQ.

Day 1 – Timpohon Gate to Laban Rata.
  • 1 set pakaian( undies,t-shirt,tracksuit,tudung,stoking dan kasut)
  • Undies – Jenis disposable supaya senang kering
  • Pantyliner – jangan tak pakai
  • T-shirt – make sure Dri-fit.Cotton is no,no sebabnya bila ko berpeluh nanti,dia serap..nanti makin atas makin sejuk…masa tu baru ko faham seksa dia macam mana(Aku dah rasa)
  • Stoking pakai sepasang je dah.
  • Kasut sukan yang selesa.Aku bawak dua kasut sebenarnya…HAHA.
Day 1 – Laban Rata Hostel
(Yang ni korang boleh pack dan simpan dalam beg yang porter bawak dari gate)
  •  Tuala.
  • Toiletries(toothpaste and brush tu wajib.Body shampoo n shampoo boleh ambil je yang disediakan kat hostel masa tido kat HQ,jimat!)
  • Panty liner
  • Panadol Extend – Supaya tengah malam tak tetibe sengal badan dan esoknya flat
  • Ubat selesema – Aku telan sebab hidung start berair dan supaya aku senang tydo(Tydo sangat penting ye)
  •  Koyok lada – ni guna untuk tepek kat belakang badan supaya hilang sengal dan bagi haba(Aku tydo dengan selesa sebab tak menderita kesejukan.Thanx koyok!)
    1 set pakaian ( 2 undies,2 t-shirt,fleece jacket,legging,pants,pashmina,2 stoking dan hiking boot)
  •  T-shirt aku pakai 2 helai jersey(sini sejuk woi)
  •  Fleece jacket – gilo sojukk
  •  Legging aku pakai jenis thermal lepas tu layer dengan tracksuit.
  •  Pashmina supaya panas
  • Stoking 2 pasang – freezing woi
  • Hiking boot.Aku kan bawak 2 kasut.

Note : Aku sangat risau kalau masa hike ke Laban Rata tu hujan.Kalau hujan,kasut basah+sejuk=seksa.That’s why aku bawak 2 kasut.Hiking boot aku spare untuk ke summit sebab grip dia lagi safe.(Dah ramai yang kena tiba-tiba hujan,habis outfit lencun,so beware..bila hiking ni..stay dray is important ye)

DAY 2 - Laban Rata to Summit
  • Aku pakai pakaian yang aku pakai masa tido kat Laban Rata
  •  Windbreaker
  • Glove
  • Snowcap atau cap orang mesin rumput..haha…
  • Tampal koyok kat kaki,betis,peha dan belakang – bagi panas,elak cramp
  •  Headlamp(wajib!) – Beli yg murah je pon ok.
  • Foldable bag – camera,phone,biskut,air suam,chewing gum

Note : Ambil wudhu siap-siap.masuk waktu solat la atas batu.Feel we.

DAY 2 – Summit to Timpohon
  • Aku pakai jersey 2 helai tu juga
  • Tracksuit
  • Stoking cabut sepasang,pakai sepasang je
  • windbreaker – bila dah low level sila cabut ye.
  • Hiking boot
  • Air
  • Biskut/energy bar

Note : Sampai awal kat gate,ambil van korang pergi makan,mandi dan solat ye.
Tips : Kalau korang nak jimat,beli la pakaian terpakai...Outdoor bundle berlambak and do some reading sebelum memanjat.


P/S : Belanja gambar sket


Dejavu di Kinabalu - Mukadimah




Jejak kaki di puncak Gunung Kinabalu bagi aku ialah pengalaman paling bermakna untuk tahun 2014.Hiking Kinabalu ni memang impian yang dah lama terpendam.Tahun 2010 ke 2011  kot pernah nak panjat…dah beli tiket tapi sadly yang manage tak book pakej memanjat tu dulu.Burn je duit tiket.Masa tahun 2012,cerita Dejavu di Kinabalu tengah hits..Masa tu diam-diam aku tulis dalam planner nak panjat gunung.Aku kata,nanti aku dah kerja,aku nak aktif panjat gunung.Aku mintak posting Selangor.Nak aktif dengan Orang Gunung la konon.Rupanya Allah ada plan yang lebih baik,posting Sarawak dan sebelum umur 25 dapat jugak merasa panjat Gunung tertinggi di Asia Tenggara tu.

Yeah,thats the Low Peak
The opportunity knocks on December 2013..Member aku,Onnie yang kaki gunung ni mesej bagitahu kawan dia yang posting Miri nak panjat.Tanpa pikir panjang langsung,aku kata NAKKKKK.Deposit RM 285 aku bayar kat Cherrish(Aku tak kenal langsung,tak friend dengan dia kat FB,yang aku tahu dia ni kawan kepada Hasanah,iaitu kawan Onnie yang aku tak kenal langsung jugak!HAHA).
Meet Cherrish Lim(Organizer) and Byti Azira.Both are superfit.
Lepas bayar tu semangat kejap la pergi jogging.HAHA.Sebulan tak sampai jog,pastu berhenti.HAHA.Tapi sepanjang tahun tu ada la jugak pergi trekking…Bulan 2 pergi Taman Negara Gua Niah..Bulan 3 pergi Taman Negara Pahang kat Kuala Tahan dan Bulan 4 trekking kat Taman Negara Similajau kat Bintulu.Taman Negara Similajau ni best.Pergi balik 14KM.Berbekalkan ini,aku set otak aku yang aku boleh punya panjat Gunung Kinabalu.

7km Trekking to Turtle Beach,Similajau National Park
Selepas bulan 4 tu memang aku tak jog dah.Tak trekking dah.Aku dok busy dengan aktiviti sekolah dan mengganti cuti pada hari Sabtu.Bila aku start jog balik?HAHA…Bulan 10 bila weekand tu ada la aku pergi panjat bukit kat Bintulu ni..kadang tu pergi waterfront.Aku jenis bukan long distance punya orang..training yang aku buat just mirip fartlek.Ada part aku sprint,slow jog dan jalan.Bab makan memang aku bedal je apa saja.Memang tak diet.Bulan 10 tu la kejap aku kawal sikit makan dan buat detox.Masuk bulan 11 berenti terus jog sebab sekolah busy balik.Memang busy tahap gaban.Preparation memang last minit la.

Training at Waterfront Bintulu - Tu orang lain
Jumaat 21/11/2014,Habis sekolah petang,
Sabtu 22/11/2014, Pagi gerak gi Miri by bus.Petang naik flight gi KK.Tido KK semalam.
Ahad 23/11/2014,Gerak ke Kinabalu Park.Hectic gile.HAHA...

Hello Langit KK!
P/s : Ini baru mukadimah,sambungannya sila tunggu ye.



Tuesday, April 29, 2014

preserved

Kau pernah suka satu benda tak?Kau memang berkehendak sungguh-sungguh benda tu tapi kau tahu kau takde duit,benda tu luar mampu kau,luar liga kau?
Mesti pernah kan?
dan bila begitu selalunya kau cuma usha je benda tu kan?
Kau jeling-jeling je dia.Kau belek dia dari kabinet kaca.Kau intai-intai harga dia.
Esok kau lalu lagi,kau usha lagi.Tunduk-tunduk.Mahu tapi malu.Mahu tapi belum mampu.
Kan?Betul kan?
dan nanti bila kau dah mampu,kau tak tangguh-tangguh...
Terus kau angkat dia dengan akad jual beli.
Waktu tu seposen dua pun kau dah tak mahu tawar harga.
dan kemana saja nanti kau jaga,kelek dia.

Ye dan macamtu jugakla kalau kau nak tahu orang tu sungguh-sungguh berkehendak kau.
Tak diusik kau sesuka dia.Tak disentuh kau sebelum mutlaknya.
Tak dicanang serata rasa mahu dia..Senyap.Diam.Rahsia.
Tiba masa dia kan tiba

Friday, December 20, 2013

24

Ni entry birthday tapi ditulis beberapa hari awal.kenapa awal nau?
sebab ntah..terpop dalam kepala tiba-tiba..
lahir dengan mati,dua benda tak boleh pisah.
tiap bernyawa akan mati.
hari aku bernyawa aku dah ada perjanjian untuk kembali
dalam bulan 12 ni aku kehilangan seorang bapa saudara
bapa saudara fevret…dan mungkin sebab tu makin dekat dengan birthday aku..
makin mati tu pun rasa dekat je..
dulu mak pergi..kemudian pak saudara pulak pergi…
slow-slow beransur dia jemput..
pesan kematian tu dekat sangat dengan aku
betul-betul dalam family sendiri
aku duduk sorang-sorang
bila terkenang orang yang aku sayang dah takde..
aku tenung siling berfikir dan berfikir..
both of them pergi dengan cara tenang…
cara mudah…
tak nampak struggle masa nyawa dicabut
tapi untuk diri sendiri…aku selalu fikir…aku banding….
both of them orang yang baik…
baik dari segi hubungan dengan Allah mahupun hubungan dengan manusia
sebab tu dimudahkan buat mereka
tapi aku fikir bahagian aku macam mana?
sebab aku sendiri boleh menilai hubungan aku dengan Allah dan hubungan aku dengan manusia
diri kita boleh tipu mata manusia
tapi  kita tak boleh tipu hati sendiri
sebab yang battle dengan diri kita ialah hati kita
hati kita tahu setakat mananya kita ni
hati kita tahu senipis mananya iman…
aku rasa kita sendiri boleh menilai baik kita tu setakat mana

 mati tu tak mudah.
mati tu sakit yang teramat sakit
kalau 23 hari lahir itu hari aku mahu berterima kasih sebab mak melahirkan aku
untuk 24 hari lahir yang kalau masih dizin untuk hidup..
aku perlu mula…mula untuk prepare untuk yang namanya mati

Thursday, October 24, 2013

Deep Talking : Sebelum Gua ada Anak

tudiaaaaaaaaa…..panjang angan-angan tu.
hehe
takde la
cane ek…
gua memang suka kan sembang deep-deep
suka fikir benda deep-deep
bukan gua dah bagitahu ke sifat pelik gua ni itu hari ?
baik,semenjak kebelakangan ni…gua mendapati jiwa gua semakin halus.(ayat…phuii)
gua kalau tengok budak-budak tu rasa haii..tak tahu lak nak cakap macam mana..
bese la gua ni dah tua kan…naluri seorang ibu dah mula develop barangkali (phuii)
takde la…gua rasa benda ni jadik semenjak mak gua dah takde
kekadang gua tak suka gak..sebab jiwa jadi sensitive tak tentu pasal kekadang tu
pastu bila gua dok lama sangat kat rumah itu hari,benda tu macam meresap masuk lak kan..haha
baik…dah,dah…back to diskusi
sebelum gua ada anak..
banyak benda gua nak kena pikir dan buat sebenarnya
gua dah reflex diri gua hasil pemerhatian gua sepanjang gua menjadi cikgu ni
okey,gua ajar darjah 1 sampai la darjah 3
yang horrornya ajar darjah 1
kalau ngkorang nak tahu,gua dulu tak suka ajar budak-budak.
gua ni sebenarnya dulu temper.
betul tak tipu.
gua cepat pissed off
tapi lama kelamaan benda tu slow-slow la gua ubah
tapi sisa-sisa temper masih berbaki ni.(jadik jangan carik pasal)
tapi bila gua kena ajar darjah 1 ni…
gua pon reflex…sebelum gua nak ada anak..
gua kena develop sabar
sabar tu kena banyak
tak boleh nak cepat muak dan jemu.
gua teringat satu video ceramah ustaz Don pasal parenting ni
dan gua setuju 100% apa ustaz don kata
budak-budak ni they crave our attention
masa kecik dia tarik-tarik perhatian kita…
tapi often kita buat tak reti…
nanti dah besar kita pulak crave their attention

tengok je la sekolah rendah,sekolah menengah
masa sekolah rendah budak-budak mintak itu,Tanya itu ini kita jawab
listen listen listen
dah,duduk diam-diam
biladah besar…sekolah menengah cikgu pulak terhegeh-hegeh nak bagi dia bagi perhatian..

see

dan gua sendiri nampak benda tu dalam diri gua
gua cepat pissed off.budak asyik cikgu,cikgu,cikgu
guau dah mula bengang.rimas.
kejap lagi suara naik beroktaf-oktaf
tangan laju nak starlight dahi
gua tak kata tak boleh nak jentik budak
tak boleh nak tinggi suara
Tapi…
tapi kalau gua buat benda-benda yang menjarakkan budak dengan gua
yang buat budak tak mahu bertanya.jauh hati
Lama-lama budak simpan dan simpan
sampai satu hari dia simpan satu set dalam minda : this teacher don’t give a damn on me
dan lepas tu dia jadik tak peduli.tak mahu tahu

jadi sebelum gua nikah.gua ada anak sendiri.
gua kena develop sabar.
gua kena belajar parenting tips.

Carik ilmu nak mendidik.
sebab..
nanti gua dah kawen,ada anak..
tak boleh nak main eksperimen bhai
anak gua bukan bahan uji kaji
sebab tu gua nak reflex diri betul-betul
mana tak senonoh  gua nak ubah dulu

cara kita dididik,dibesar memang develop diri kita
dan ibu tu play big role dalam nak bentuk anak tu
dan bentuk anak tu keje ibu
acuan atau lead tu datang dari bapanya pulak.
fikrah mak dan abahnye mesti sama...
both kena ready.kena develop apa-apa yang takde lagi
baru tak clash apa yang anak faham dengan apa yang dia lihat.

mak gua pernah cakap yang the way mak treated me sangat lain dari adik beradik yang lain…cara mak didik,ajar gua sangat lain(kakak cakap)..
gua sendiri tahu benda tu…mak dari gua kecik lagi bagi gua buku
mana-mana mesti dia bekal buku walaupun gua masa tu belum reti baca.
mak tak pernah cakap no unless benda tu memang tak boleh.
mak tak naik tangan.tak jerkah-jerkah.kalau nak tido malam tu dia bisik baca 3 qul tepi telinga…dia ceritakan cerita nabi…ceritakan pasal neraka,syurga…

sebab tu gua selalu fikir….gua kena develop sabar…develop parenting skills sebab bila gua ada anak..gua dah sedia...
kau tahu…anak ni dia akan ikut mana cara paling senang dan dia akan tengok sape paling dominan.
kalau anak tu tengok,dengan kasar dia boleh dapat apa dia nak…dia learn from it..dia akan grown up jadik kasar,keras…to get whatever he need.kalau anak tu tengok dengan keras,kasar dia boleh protect feeling dia,diri dia from being hurt….besar la dia jadik kasar,keras….benda-benda ni dari kecik.budak set mind dia dari observation dia.

that is why….I really really need to reflex and change myself sebelum ada anak.tak boleh nak ikut dan.ikut boleh.ikut mudah.tak boleh.construct dan engineer future akhlak anak tu,gua sendiri…kalau gua terabur…anak gua jadik apa?kalau abah dia terabur…anak gua macam mana?bila dia dah besar…lagi haru nak jaga….mendidik masa kecik macam ukir atas air..smooth…didik bila dah besar macam mengukir atas batu…keras…payah…jerih…

sekian cerita deep pasal sebelum ada anak : )

luluh

Lama sebenarnya aku tak bercakap fasal mak.
I never forget her.not even once.
its like she still alive.
dalam ruang minda aku.
macam aku cakap.
payah fotografik memory ni.
dia dok main ulang tayar kat tabir mata.
dia main bisik-bisik tepi telinga.
aku dah seberang laut cina selatan.
aku harap aku tak terlalu meratap
tapi hati aku masih hiba.
aku cuba tak mahu rasa apa-apa
tapi the moment aku tengok orang lain dengan mak dia
the moment aku dengar orang cakap telefon dengan mak dia
the moment aku tengok orang pimpin tangan mak dia
aku luluh.

when time gets rough
I miss her warm embrace
I wish I could hold her tightly
and cry on her tummy.

bila aku perlu buat keputusan
aku harap dia ada nak bagi pengesahan
sekarang aku bujang
nanti bila aku nak berpasangan
aku tak tahu nak cakap pada siapa
nak sembang deep-deep dengan siapa bila aku mula nak mengorak langkah ke depan

aku tahu,aku ada tuhan
dan sebaik-baik sandaran.
sebaik-baik soalan yang aku mahu jawapan…
pada DIA aku perlu minta.

perasaan ni terlampau halus la.
dia macam menyiat-nyiat hati kau
rasa ngilu.rasa pedih.rasa sakit.
tapi kau tahan.kau tahan.kau tahan
kau senyap.kau senyap.
kau tengok keliling
kau tarik nafas.
kau lepas.berat.
kau tahu orang takkan faham
jadi kau diam.

kau tunjuk emosi kau salah
kau tahan,kau sakit.
tapi baik la tahan dari menyakitkan telinga orang untuk dengar luahan jiwa lembik kau
tapi baikla tahan dari menyakitkan mata dengan  tulisan-tulisan kau.

aku picky
picky sangat soal nak meluah rasa.
sebab bahasa aku,bahasa bisu.
tak payah aku cakap banyak
kalau faham,dapat rasa.
macam mak
kecewa.sedih.sayu.hiba
aku pergi,aku peluk
aku nangis.
dan aku tak perlu explain untuk apa tangis aku.