Lama
sebenarnya aku tak bercakap fasal mak.
I never forget her.not even once.
its like she still alive.
dalam ruang minda aku.
macam aku cakap.
payah fotografik memory ni.
dia dok main ulang tayar kat tabir mata.
dia main bisik-bisik tepi telinga.
aku dah seberang laut cina selatan.
aku harap aku tak terlalu meratap
tapi hati aku masih hiba.
aku cuba tak mahu rasa apa-apa
tapi the moment aku tengok orang lain dengan mak dia
the moment aku dengar orang cakap telefon dengan mak dia
the moment aku tengok orang pimpin tangan mak dia
aku luluh.
when time gets rough
I miss her warm embrace
I wish I could hold her tightly
and cry on her tummy.
bila aku perlu buat keputusan
aku harap dia ada nak bagi pengesahan
sekarang aku bujang
nanti bila aku nak berpasangan
aku tak tahu nak cakap pada siapa
nak sembang deep-deep dengan siapa bila aku mula nak mengorak langkah ke depan
aku tahu,aku ada tuhan
dan sebaik-baik sandaran.
sebaik-baik soalan yang aku mahu jawapan…
pada DIA aku perlu minta.
perasaan ni terlampau halus la.
dia macam menyiat-nyiat hati kau
rasa ngilu.rasa pedih.rasa sakit.
tapi kau tahan.kau tahan.kau tahan
kau senyap.kau senyap.
kau tengok keliling
kau tarik nafas.
kau lepas.berat.
kau tahu orang takkan faham
jadi kau diam.
kau tunjuk emosi kau salah
kau tahan,kau sakit.
tapi baik la tahan dari menyakitkan telinga orang untuk dengar luahan jiwa lembik
kau
tapi baikla tahan dari menyakitkan mata dengan tulisan-tulisan kau.
aku picky
picky sangat soal nak meluah rasa.
sebab bahasa aku,bahasa bisu.
tak payah aku cakap banyak
kalau faham,dapat rasa.
macam mak
kecewa.sedih.sayu.hiba
aku pergi,aku peluk
aku nangis.
dan aku tak perlu explain untuk apa tangis aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment