sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Tuesday, April 29, 2014

preserved

Kau pernah suka satu benda tak?Kau memang berkehendak sungguh-sungguh benda tu tapi kau tahu kau takde duit,benda tu luar mampu kau,luar liga kau?
Mesti pernah kan?
dan bila begitu selalunya kau cuma usha je benda tu kan?
Kau jeling-jeling je dia.Kau belek dia dari kabinet kaca.Kau intai-intai harga dia.
Esok kau lalu lagi,kau usha lagi.Tunduk-tunduk.Mahu tapi malu.Mahu tapi belum mampu.
Kan?Betul kan?
dan nanti bila kau dah mampu,kau tak tangguh-tangguh...
Terus kau angkat dia dengan akad jual beli.
Waktu tu seposen dua pun kau dah tak mahu tawar harga.
dan kemana saja nanti kau jaga,kelek dia.

Ye dan macamtu jugakla kalau kau nak tahu orang tu sungguh-sungguh berkehendak kau.
Tak diusik kau sesuka dia.Tak disentuh kau sebelum mutlaknya.
Tak dicanang serata rasa mahu dia..Senyap.Diam.Rahsia.
Tiba masa dia kan tiba

0 comments:

Post a Comment