Hari-hari terjentik,terdetik,terfikir.Apa kalian tidak?
Assalamualaikum khalayak pembaca. Kalau ada yang baca.
Dua tiga hari lepas cuti bermula itu hari aku banyak
mencarut soal politik. Semua benda buat aku sebal dengan politik Malaysia. Sinis
status update aku.PUII!! Dan ditakdirkan aku join satu program under GPMS dan
BTN.Puii!!! Macam kena ranjau. Dan aku manusia paling hangin dengan
endoktrin.Puii lagi! Aku memang meraikan pelbagai sudut pandang. Tapi bukan
cara ini. Hadoi… Tapi nyata… Tak semua benda untuk tujuan itu semata . Ada
rahsia tuhan yang kita manusia lemah tak tahu.
Tak sangka pula yang aku akan diberi fasilitator yang aku
kira tak paksa orang untuk menerima. He give power to choose. Maklumat diberi. Satu
je maklumat dia bagi, tapi cukup untuk aku fikir dan fikir dan fikir. Aku tak
peduli apa dah orang lain fikir. Aku rasa aku macam dapat pencerahan. Maun
kau…sebelum tu aku duk pos la pasal : ABU,ABAI abes tu nak sokong mana? ke buat
parti baru? Juga segala macam… apa je yang aku baca memang akan buat kepala aku
ter”pop” dan aku update. Pedulik hape
aku… Lee Iacoca kata:you’ve got a brilliant ideas if you cant get them across
your brain wont get you anywhere. Walaupun sebenarnya bila aku update tak get
me anywhere pun… sape nak kesah status bodoh macam ni. Kalau status maki orang
kompem ramai like…
Aku update sebab kepala aku pop up toooo many thought. Aku
heran awat sume bley selamba x heran apa. Dok kesah cerita cinta depa semata.
Kemon laa we.this is serious…itu laa kepala otak aku dok pikiaq.tapi lagu
mana.. Kita memang ignorant.SANGAT. Sebab tu senang sangat kita terima apa-apa.
Otak tin kosong. PUII! Baru tunjuk buku perlembagaan dah takut dan setuju. Baru
sebut hak(padahal tanggungjawab tak ditunai) masing-masing melompat nak tuntut
hak. Sebut perjuangan suma dok nganga. Tataw nak pejuang apa. Dah tataw
tanggungjawab mana nak taw hak… tataw hak hang nak pejuang apa? Itu aku. Kalian
aku tak tahu.
I used to be a rebellious minded girl
Anarki tu seksi. Dulu……… zaman bangang. Apa-apa yang
menentang sume betul. Selidik tarak.
Sampailah aku jumpa sorang bro ni..Aku jumpa dia somewhere
yang aku tamaw mention. Aku caye tuhan
temukan ada sebab. Aku jumpa bro ni time
aku tengah carik diri. Nak keluar dari jiwa rebel aku. Nak carik hala tuju
hidup aku. Aku gi outdoor… tadabbur alam. Accidently kenal dengan dia dan
melarat sampai FB.. Perkongsian demi perkongsian yang akhirnya membentuk satu
mind set baru pada aku. Mind set yang ada base yang lebih kukuh. Aku pegang
benda dia cakap walaupun aku kadang-kadang argue beberapa perkara. Dan rupanya
pemergian aku ke Langkawi tu adalah untuk mengukuhkan apa yang penah aku dapat
dari bro ni dan tentulah gurunya itu. Serius. Menjawab argument-argument aku.
Masa tu baru aku fikir dan fikir.Ini,ini rupannya. Dari awal
orang sebut soal perjuangan. Sungguh aku tak nampak kiblat perjuangan tu. Aku
faham sudut lain. Maaf la otak aku memang senget sikit. Dari lambakan maklumat
yang diberi. Satu. Satu yang aku nampak. PAS tak boleh buat negara Islam sebab bilangan
kerusinya. Dulu aku argue bro tu pasal islam bukan tertegak sebab kuasa sebab
masa tu aku mati-mati nak kerajaan islam ditubuhkan. Aku percaya dengan kuasa
pemerintahan, islam tu boleh ditegakkan.
Bro tu kata:islam tertegak sebab dakwah. Menyampaikan. Aku
argue yang tu pendapat tabligh. Tabligh ramai yang amik pendekatan berkecuali. Tak
ngundi la…apa la..Walhal bro tu tak kata jangan ngundi. Cuma masa tu pendapat
dia sangat atas pagar. Dia tak sokong pun PAS walhal PAS menganjurkan kerajaan
islam yang kemudiannya ditukar pada kerajaan berkebajikan. But then aku
akhirnya faham apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh bro ni. Itulah..bila kita
bukak sikit mind kita…kita bermusafir(pergi langkawi tu kira bermusafir gak tu)
baru kita nampak dimensi,dimensi lain yang kita tak nampak. Ada yang kata
kerajaan berkebajikan sebab golongan yang faham agama belum cukup lagi. Itu pun
betul sebab kalau baca Inilah Sejarah Kita mesti faham maksud disini…kerajaan
tu boleh tertubuh bila ada masasyarakat islam yang faham dan amal islam..dalam
konteks negara kita, faham pun kurang..amal apatah lagi…Semuanya sebab lack of
dakwah,tarbiah. Tapi kalau kita tengok memang payah la jugak nak buat sebab
yang aku cakap tadi…bilangan kerusi. Kita ni amal demokrasi parlimen…sivil….kalau
nak buat pun payah la sebab campuran . Sebenarnya kan…boleh je..dan tak jadi
masalah kalau semua orang parti PKR tu islam. Dah takde masalah. Serius. The
thing is kita tak ajak dorang pada islam. Kalau betul kita sampaikan kalimah. Tapi
keadaan yang dilihat dalam PR sekarang…kita just ambil fahaman…agama hang agama
hang la..agama aku agama aku. Kalau la kita sampaikan kalimah tu pada dorang
betul-betul punya. Agak-agak macam mana ye? huhu
Dan berjuang bagi aku ialah berjuang untuk baiki diri
sendiri dan mengajak orang lain buat kebaikan. Perjuangan kita ialah perjuangan
melakukan kerja nabi kita : Menyampaikan. Lepas tu baru yang lain akan
mengikuti.Tak cukup kita jadi baik sorang-sorang…satu kerajaan yang baik takkan
dapat tertubuh kalau kita macam enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing..jadi baik sorang..jadik sedar sorang-sorang tapi tak berusaha
sedarkan orang-orang yang ignorant
P/S: Wake up pemuda pemudi !Wake up Aminah !Sebarkan damai
(islam) ke seluruh alam. Itu perjuangan kita!
0 comments:
Post a Comment