hujan renyai-renyai...
duduk diam-diam
tunggu teduh dulu
hujan renyai tukar lebat
mahu redah?
mahu tunggu teduh dulu?
diredah aku yang basah
kalau demam aku yang susah
tunggu teduh dulu...
hujan tak teduh-teduh
masa makin bergerak
gerak tak beri muka
hujan tak henti-henti
aku takut-takut
tak redah aku yang lewat
diredah aku yang gawat
tunggu teduh dulu
hujan pasti berhenti
bila,aku tak pasti.
tapi hujan pasti berhenti
tunggu teduh dulu
sabarlah menunggu duhai hati
Monday, July 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Sabarlah,
mentari pasti akan bersua,
pelangi insyaallah menjelma..
jangan terburu-buru :)
Post a Comment