pohon angsana tumbuhnya rendang
rantingnya patah jatuh merata
pesta pantun kembali bertandang
Port Dickson melambai para peserta
Baik-baik jala ditebar
tebar mari di Tasik Banding
dalam hati menaruh debar
gelanggang pantun medan bertanding
cantik sunguh kain bertenun
kain ditenun pelbagai benang
gelanggang dibuka bertemu IP Bainun
Afzan dinobat sebagai pemenang
Jangan langgar tempayan tuak
nanti basah kain pua
bertemu pula IPTAR Sarawak
beroleh menang kali kedua
Jangan ditebas rumpun berduri
tempat tekukur bergurau senda
hati gundah bertemu IP Miri
mengucap syukur menang berganda
pauh diletak dalam raga
mari dibuat barang jualan
berleh menang kali ketiga
unggul Afzan di peringkat kumpulan
Malam bulan dipagar bintang
anak teruna duduk berangan
suku awal bertemu Batu Lintang
syukur Afzan beroleh kemenangan
Indah bersulam baju kebaya
cantik dipakai si anak nyonya
berjual pantun dengan IP Gaya
mara Afzan ke peringkat seterusnya
Tinggi-tinggi pohon tualang
tempat hinggapan burung pekaka
separuh akhir di bumi Kenyalang
oktober menjengah gelanggang dibuka
buah pedada di hujung dahan
jatuh menimpa daun bidara
masa terluang diisi latihan
doa dipanjat beroleh juara
duduk menyanyi puteri yang santun
menyanyi merdu di dalam taman
tidak sedar kumandang azan
alangkah malu pada yang esa
harapan nan bersih menjulang pantun
warisan melayu zaman berzaman
moga gemilang pasukan Afzan
menjulang tinggi budaya bangsa
Monday, July 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment