"Assalamualaikum chekgu!"
Kelas 5 Bestari mengucapkan salam pada chekgu Nynah dengan perasaan gumbira
Chekgu kegemaran mereka yang suka mengenakan denda starlite dahi dan telinga itu sangat pelik dalam mengajar dan semua murid menunggu kedatangannya ke kelas.
TETT!!!!Hentikan angan-anganmu Aminah
Baik...rakan-rakan sekalian aku cadang nak ajak korang mempelajari pantun dan demi itu aku merancang menggunakan lagu tradisional yang bertajuk Tak Seindah Wajah sebagai Alat Bantu Mengajar(ABM).Tapi aku tak kira,aku nak jugak berangan jadik chekgu Nynah.Konon-kononnya aku da abes studi n dianta mengajar kat Pulau Tioman.Konon-konon aku patut ajar Sejarah tapi chekgu tak cukup aku kena ajar BM jugak.Bayangkan.....
Anak-anak....Sila baca lirik ini dahulu (sambil mengedarkan kertas dengan sepantas kilat) dan menyayi lagu ini bersama chekgu Nynah(Disini chekgu Nynah menggunakan kaedah gabungjalin ye....Kemahiran membaca dipraktikkan disitu bersama kemahiran lisan dan subjek muzik)
Tak Seindah Wajah
Kusangka aur di pinggir tebing
kiranya tebu di pinggir bibir
kusangka jujur pancaran batin
rupanya palsu penghias zahir
Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Ukiran puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersangkut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
(Lirik ini ditulis di atas kertas bersaiz a4 tapi versi kertas gelek tu ye...)
Setelah membaca lirik ini tentu anda dapat melihat sesuatu....Chekgu malas nak terangkan tentang basic pantun sebab ramai yg kompem da taw tentang maksud,pembayang,jeda dan sebagainya.Yang chekgu nak terangkan disini ialah aras yang tinggi sikit...
Aras yang da dicerita sikit dlm last entry tentang pembayang pantun yang ada kaitan dengan maksud.Baik,chekgu ambil satu rangkap iaitu rangkap ke-3 coz rangkap ni paling indah bagi chekgu Nynah.
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Perhatikan baris pertama iaitu baris pembayang.Pembayang berbentuk perumpamaan.
Perhatikan pula baris kedua.Pembayang yang tersirat.
Perhatikan baris ketiga iaitu baris maksud yang memberikan maksud pada pembayang 1 iaitu di manis kata insan terleka.Begitulah insan yang dumpamakan sebagai semut yang binasa(mati) dalam kemanisan kata(pujian,sanjungan,keindahan).
Perhatikan baris terakhir iaitu baris maksud yang memberikan maksud pada pembayang 2 iaiatu kail berduri bersalut umpan.Begitulah nasib ikan(manusia) yang terpedaya(kail berduri) dengan budi(umpan) yang diberi oleh orang.
Tengok chantek tak pantun?Chantek tak lagu tradisional...walaupun chekgu Nynah layan avenged Sevenfold n Sum41,chekgu tetap menchentai lagu tradisional sebab kat sinilah terletak kehalusan mendidik orang melayu.
Macam mana lagu ni nak beritahu yang kita kena berhati-hati denagn orang..jangan mudah makan budi orang nanti tergadai body.Juga jangan termakan dengan puji-pujian orang sebab belum tentu ia ikhlas dan barangkali ada niat yang tidak berabu wangi.Itu dari segi mesej..dari segi keindahan pantun of cos laa dari segi perkaitan pembayang dengan maksud.Sangat menggambarkan antara satu sama lain.Pembayang terangkan maksud.Maksud terangkan pembayang...
kringg!!!!Eh..masa mengajar dah tamat...Chekgu Nynah nak balik bilik guru dulu ae... Chekgu Che' Ai dah anta mesej...Ada Brooch Raya datang dari Korea dia bawak nak jual...Okeh kelas...
Assalamualaikum...
Tuesday, June 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment