sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Thursday, June 30, 2011

BERSIH

Sekarang ni kalau sebut BERSIH je,dah terbayang baju kaler kuning.sebut BERSIH je dah terbayang perhimpunan dan gambaran mental yang menakutkan seperti mungkinkah tragedi 13 mei akan berlaku kerana BERSIH ini.

Satu isu pelbagai pandangan.Bergantung kepada siapa yang memandangnya.Dan aku juga orang yang memandang.isu-isu macam ni sering menarik aku untuk tahu.maka aku cuba mencari apa itu BERSIH,tuntutannya dan apa pula yang salah dan betul padanya.

Ada orang dengan lantang membantah BERSIH atas dasar mahukan negara terus aman.budaya berhimpun,bereformasi turun di jalanan bukanlah budaya Malaysia.Budaya kita ialah menerima apa jua tanpa banyak soal atau bunyi sebab bukankah Melayu itu halus budinya.Datok nenek kita mengecap kemerdekaan dengan hasil rundingan bukan dengan mata pedang,raifal,berhimpun,demonstrasi dan sebagainya...tapi mungkin ada yang lupa...UMNO bermula apabila ia turun dijalanan membantah Malayan Union.

Manisnya kalau boleh 1 Malaysia mengenang kembali saat di mana bersatunya Melayu menentang yang dinamakan Malayan Union.tapi cuma Melayu jelaa yang turun masa tu.Budaya atau yang boleh di ajak berhimpun ialah orang Melayu bukan bangsa lain.tapi Hindraf pon berhimpun apa?

apa pendapat peribadi aku tentang BERSIH.aku melihat dari segi rasional atau besar tak tuntutan melalui BERSIH itu sendiri.Bila melihat tuntutannya,aku setuju.Dengan tuntutan dan bukannya BERSIH.Sebagai individu yang akan mengundi,aku mahu pengundian bersifat telus dan tidak diragui sebab setiap undi boleh merubah hala tuju politik negara.

owh,dah ada yang melatah.aku yang bakal petugas kerajaan menyokong BERSIH.hello,saya sokong apa yang dituntut sebab itu adalah demokrasi.ada jugak suntuk akal mengatakan demokrasi tu sama dengan liberal suka hati nak buat apa..kalau x suka tembak orang ni,tembak orang tu...bahasa apa dipakai aku tak tahu,nampak sangat bodohnya.demokrasi datang dengan tanggungjawab.masalahnya untuk masyarakat minda kelas ketiga macam individu tadi,demokrasi tak boleh dijalankan.demokrasi bukan untuk orang yang emosi.demokrasi untuk masyarakat yang punya pertimbangan,sedar hak dan tanggungjawab.dan sebab itu aku kurang setuju dengan perhimpunan yang bakal diadakan oleh BERSIH.kenapa?sebab masyarakat kita tidak boleh menerima budaya berhimpun even ahli politik yang bijak pandai pon.

berhimpun selalu dikaitkan dengan sesuatu yang negatif.dan orang yang negatif terhadap perkara itu dan minda kelas ketiga mudah untuk mengeluarkan kenyataan provokasi atau menyatakan pandangan provokasinya hanya kerana dia tidak boleh menerima idea berhimpun.manusia cenderung untuk meminta orang mengikut dan menerima pendapatnya.maka golongan-golongan ini akan menguar-uarkan provokasi yang mempengaruhi minda masyarakat yang tidak tau duduk letak satu perkara itu.

kalau benar pihak berwajib itu tulus dengan tugasnya,benarkan BERSIH.berikan kawalan keselamatan yang sewajarnya.mungkin kalau boleh buatlah perjumpaan antara pihak polis dan pihak yang mahu menjalankan BERSIH.Briefing tentang rules dan regulation,etika yang perlu diamalkan semasa berhimpun.elak juga golongan yang provokatif dari terlibat.apa yang BERSIH mahu cuma tuntutannya dilayan kerana sebelum ini tuntutan itu tidak dilayan.Kalau benar telus,kenapa tidak mahu berbincang dan menerima.kaji rasionalnya permintaan itu.BERSIH tidak meminta perubahan dasar yang berat untuk diubah sebaliknya hanya meminta perubahan pelaksanaan pilihanraya agar ianya lebih telus dan diyakini.

tapi itulah....ada yang kata,bila benda2 macam ni melayu je yang join.kita bergaduh sesama sendiri,orang lain yang dapat kepentingan.dah tu pemimpin tu kalau betul sayang melayu kenapa dia yang laga-lagakan kita,takut-takutkan kita..kau ingat aku tak takut ke,takut laa..dan ingat aku setuju tuntutan BERSIH tu aku tak sayang melayu,aku melayu murtad ke...naka kata aku terima ke kalau dasar sama rata dijalankan kat melaysia ni?aku tak terima kalau katanya sama rata yang memang sama rata...kita kan berbeza bilangannya..kuota tu janganlah sentuh...

dah kalau betul sayang melayu...ubahlah cara melaksanakan sesuatu dasar tu.bukannya kita rakyat ni menidakkan jasa yang telah dilakukan government..syukur Alhamdulillah disebabkan Dasar Ekonomi Baru,saya dan mak abah saya dapat jadi warga Felda,ada tanah sendiri tapi saya tak tahulah apa nasib Felda selepas ni..perubahan tampuk pemerintahan dan pemimpin boleh mengubah banyak benda.jangan kita mengaku perjuangan untuk melayu tapi songlap duit bahagian orang melayu sudah.

kerana dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan yang bersifat membantu atau melindungi orang melayu yang kurang berdaya saing macam saya ni lah,masih ada peluang untuk saya belajar.Alhamdulillah..diilhamkan mereka idea atau dasar yang boleh emmbantu bangsanya sendiri.supaya bangsanya tak hanya tinggal nama.

manusia musuh apa yang tidak diketahuinya.kadang-kadang ada orang berkata politik ni kotor.bodoh bergaduh sebab nak memerintah.politik tu boleh kawal banyak benda sebab tu ramai yang nak jadik pemerintah.mungkin si A rasa dia boleh memacu atau merubah ekonomi dengan lebih baik sebab itu dia beria-ia mahu menjadi pemerintah dan begitu juga si B.tapi benda yang penting ialah untuk duduk semeja dan buang ego.apa yang penting ialah apa yang kita nak buat untuk memajukan negara.

bagi negara yang ada pembangkang dan kerajaan.bukan sapa yang menang,sapa yang betul...tapi bagaimana pandangan dari dua belah pihak boleh digunakan bagi membantu negara,menjaga kebajikan rakyat.kami bukan seronok tengok anda berlaga dan melagakan kami untuk mendapat penyokong.kami sokong apa yang anda boleh buat untuk kebajikan kami.paling penting janganlah sampai pergaduhan anda semua,terpaksa pulak kita mendengar nasihat orang luar yang takde kena mengena yang tujuan dia lagi nak mengkucar-kacirkan negara supaya mereka boleh berkuasa..jangan...sebab anda yang lebih tahu apa yang kami perlu dari orang luar...maka buang ego...betulkan dan ubah cara kerja anda dua2 parti.

lihatlah bagaimana kerajaan islam dulu boleh jatuh..belajar,jangan buat silap yang sama...

dan kita,saya sebagai rakyat pun tak bolehlah nak tunjuk pandai sangat....

ada seorang kawan pernah cakap..kalau rakyat baik,pemimpin pon baik
dan lewat pembacaan saya mengenai tokoh-tokoh kegemilangan islam..saya juga faham maksud beliau..betul...seorang pemimpin yang baik hanya akan muncul setelah kita rakyat menjadi rakyat yang baik...
kalau kita menjadi rakyat yang kerjanya meminta-minta mungkin pemimpin kita terpaksa bertindak dengan cara yang tidak baik untuk menunaikan permintaan kita...mungkin kan?

telah berlalu zaman pemerintahan nabi...diganti dengan khalifah ala minhajin nubuwwah...kemudian bermula era fitnah semasa malikin adhdhon dan malikin jabriyyatan setelah kejatuhan kerajaan turki uthmaniyyah...setiap zaman ankan berlangsung dan akan runtuh dengan kehendak Allah..sampai kita akan ditadbir balik oleh pemerintahan khalifah ala minhajjin nubuwwah tapi itu hanya berlaku bila kita dah jadi golongan yang baik untuk dipimpin oleh pemimpin yang baik...




p/s:jadilah rakyat yang baik untuk mendapat pemimpin yang baik.baik bukan bererti anda menyokong tindak tanduk pemimpin yang bertentangan...tegurlah pemimpin kalau tindakannya boleh mengundang kehnacuran,menindas kebenaran dan ummah kita mesti bersatu barulah negara kita kuat untuk menghadapi cabaran akan datang.
p/s:saya berniat tidak mahu mengepost atau komen isu-isu politik di facebook lagi.kadang orang tak faham apa yang kita nak sampaikan sehingga larut dalam emosi dan fahaman sendiri.

Friday, June 17, 2011

Day 5:Whats make u differ than anyone else

Whats make u differ than anyone else
Bila kte bercakap tentang ini.maka kita x kan lari dari jadi narsistik.cenderung memuji diri sendiri kan.maka kalau post nyh bunyiknya poyo dan bajet bagus,tolong laa faham keadaan.cabaran ini yang memaksa.hehe
Baik.sebenarnya tak berbeza mana.dalam diri aku dan kamu ada pelbagai ciri,karakter yang orang lain juga ada..so,tak berbeza..tapi da diminta buat bandingbeza maka inilah hasilnya

Baik aku berbeza sedikit sebab latar belakang aku.famili aku ramai lelaki maka aku bukanlah gadis tipikal.aku ada gabungan perangai abang-abang dan kakak-kakak
Aku kaalu dibanding dengan rakan sekelas yang gadis mungkin berbeza dari segi hot temper.sungguh aku hot temper.kadang-kadang malu pon ada.tapi nak buat macam mana.darah cepat aje menyirap kalau ada ebnda yang buat aku panas.

Lagi aku berbeza sebab aku punya ego agak besa.darjah keengganan aku untuk berbuat sesuatu yang orang lain buat atas dasar mempertahankan prinsip yang aku pegang dan tidak mahu jadi tipikal memang membuatkan aku berbeza.aku bukan jenis yang sudi membodek orang atau bermuka-muka atas kepentingan peribadi.sungguh aku enggan sebab prinsip aku yang sangat bodoh.rather work hard or do nothing than work smart by using people.memang orang kata kita perlukan orang lain untuk mencapai matlamat tapi tengok matlamat gak la.aku tak suka hipokrit.tapi hipokrit kekadang perlu kalaw nak elak keadaan jadik buruk.sebab terlalu berterus-terang menyakitkan.

Kalau tak pakai make-up bley masok kategori berbeza.aku masok laa kategori.aku tak pakai make-up.juga atas keengganan.keengganan untuk kelihatan fake.tapi aku tak kata orang pakai make-up fake.aku yang kalau pakai make-up fake.sebab memang aku tak pakai.aku suka genyeh mata dan mudah berpeluh.maka lupakanlah eyeliner dan foundation.

Lagi maybe aku laen sket sebab aku jenis suka sembang apa yang lelaki sembang cam politik dan bola.nak kata aku memang hardcore tak jugak.tapi aku suka untuk tahu banyak perkara maka aku ada modal untuk berbicara dan bila ada modal boleh kongsi-kongsi cerita bila kongsi cerita dapat aku nilai perspektif orang sini sana.tapi bola dan politik dua benda yang sangat menarik.sekurang-kurangnya lebih menarik dari fasha sandha.fasha sandha ada apa yang aku ada Cuma dye hot laa.

Banding dengan gadis,aku agak rebellious.tapi aku tak rebel dengan lari dari rumah.itu namanya bodoh.aku rebel dengan apa yang aku rasa tak kena pada tempatnya.aku rebel kalau aku tahu satu benda tapi ada orang ingat aku bodoh pastu nak nipu aku.memang aku rebel orang tipu aku.sebab tu kadang-kadang aku kedengarannya rebel dengan kerajaan.aku tak rebel kerajaan.aku rebel yang perintah.lagi skali.aku bukan punk atau anarki.

Aku orang yang mudah marah.tapi mudah aku sejuk kalaw kaw pandai manipulasi keadaan walaupun aku tahu kaw tipu tapi aku pilih untuk memaafkan sebab aku tahu maybe dulu-dulu aku penah buat macam apa yang orang tengah buat dekat aku.peole do mistake.tapi sama ada learn by lesson atau buat tak apik(x kisah,lupa).kita cenderung ingat salah orang kat kita,banding salah kita kat orang kan?tapi aku tak cukup mulia untuk melupakan.ada orang yang akan menyebabkan reputasinya jatuh dalam boring penilaian aku.macammana cara reputasinya jatuh ialah bila aku tidak lagi percaya pada orang itu 100%.i accept them as friend but not as family anymore.


p/s:see...nothing different bout me...ramai je orang cam aku..

Monday, May 23, 2011

Hari 4:Fevret photo of your bestfren

kaw faham tak apa maksud aku?gambar kesukaan dari kawan baik anda.(direct translation)
baek...
aku ada 4 orang yang baik dengan aku seorang tapi di kendian hari aku tataw laa
tapi sape-sape kat IPG aku mesti akan selalu tengok aku ngan diorang ni..
kire dah macam geng laa...
tapi bila diminta fevret photo..i choose this photo


nursapiqa my rumate..fevret photo sebab fokus kat kening dye yg cun gilo tu...


and this girl plak....my niece...merangkap sahabat baek aku.dengan dia:no secret.



p/s:i love them

Hari 3:Perfect 1st Date

Perfect date?kaw gila ke hape?
aku tak maen laa date-date nyh(padahal..)
Kejam btol permintaan 30 cabaran nyh...
bai,wa tade balak cane wa nak date.haha
Ye,Nampak muka aku siyes nyh..aku tade BF.aku pon tataw laa cane perfect 1st date.BF pon aku tataw cane..cane aku nak pikir 1st date.Baik…mengikut previous,previous punya relation…aku akan ada relation dengan kawan aku sendiri je sebab aku prefer si dia dari kalangan kawan.sebab kawan bukan stranger.kawan aku bley layan macam family.sayang unconditionally.

Baek…perfect 1st date yang aku impikan simple je…Aku nak tengok EURO 2012 sama-sama dengan beliau.Ye,aku nak tengok EURO 2012 dengan beliau(I don’t know who you are yet) kat skrin besa.Aku harap masa tu kitorang tengok Holland lawan Jerman.Aku sokong Holland.Dia sokong Jerman.pastu Jerman kalah,aku nak gelak kat dye.Pastu aku nak puji-puji kehenseman Wesley Snejder.haha.PERFECT kan?i mean Wesley nyh


Jadahnye laa aku merepek ni kan…tapi siyes aku tingin nak date cani.tengok bola dengan dia kat skrin besa sambil makan kerepek.bagi aku date bukanla masa untuk bersama berdua.tapi bagi aku masa bersama enjoy benda yang aku dan dia sama minat.

Tak suweet langsung aku ni kan?tapi ada satu lagi yang bagi aku perfect date.haa..macam gamba kat bawah nyh!


tapi kena laa beliau seorang yang gile buku jugak.kalaw tak kim salam je laa…


p/s:len kali jangan mintak wat cabaran gini.tak mencabar langsung(padahal tak tahu nak tulis apa)

Sunday, May 22, 2011

Hari 2:Fevret muvie

Okie.aku utang 2 post nyh.fevret movie patutnya dipost hari sabtu dan pasal perfect date patutnya semalam bersamaan hari ahad.hari ini pula patutnya tentang gambar terbaek rakan baek anda(apa ayat aku ni).tape..saya post yang ni dulu ye sebab saya busy study tok exam laa…gila punya jadual…berderet non stop paper aku.isnin: PSS3109. Selasa: PSS 3110 Rabu:PJM dan Khamis:BMM.tak ko gilo namo eh.memang tak sompek laa den nak monulih.baek,baco yo la apo den tulih ni yo.

Suke btol suruh aku buat pilihan.aku tade mood sebenarnya nak cakap pasal movie fevret.banyak sangat lol.baek setelah pilih memilih aku ingat nak pilih hikayat merong mahawangsa.Sebab 1st tyme tgok cite buatan Malaysia yang boleh dikira hebat.pastu aku agak suka cite epik.ditambah pulak pasal kerajaan melayu.
Bangga orang melayu kite boleh buat cite yang bagus.aksi yang bagus.walaupun yang tak bagusnya guna Stephen Rahman Hughes.Kalau bagi Remy Ishak bawak watak merong tu okey what?

Njoy!njoy poster je laa.nak movie nyh gy laa carik sendirik.sume nak suap je.



p/s:serius aku lagi prefer Remy Ishak yang berlakon taw!

Friday, May 20, 2011

Hari 1:Lagu Kegemaran

aish....paling susah sebenarnya nak memilih lagu fevret..
sebab???
sebab aku nyh sangat suka mendengar lagu sampai aku x tahu aku suka lagu apa.
i listen to all kind of song.aku dengar je.
even lagu dato sm salim pon aku dengar.lagu melayu tradisional yang dato' siti nyanyi pon aku dengar sebab aku nyh peminat pantun.maka lagu yang menggunakan pantun sangatlah aku suka.
you know me...i'm kinda mix up.
tapi after all aku suka alternative rock.barulah chiknynah.
tapi aku dengar jugak nasyid.dengar jugak lagu mainstream macam faizal tahir bruno mars segala
tapi yang aku tak suka lagu clubbing-clubbing je la.tapi pakcik mike posner aku dengar jugak.cukup laa tok x jadik orang yang x hupdate pasal apa yang new kat UK Chart nun.
tapi keantian aku pada pompuan-pompuan macam pussycat doll,rihanna dan lady gaga tak perlu aku bagitahu.aku dengar macam-macam muzik kecuali dorang nyh dan lain-lain pompuan yang macam diorang.i mean tayang body,VC ala-ala porno.

memang kena pilih ke fevret song?aduh....puas nk mikio lol...
aku suka banyak sangat laa...
bruno mars cool
tapi kalau melihat pada ideologi aku pilih MARCH OF THE DOGS
taw ke lagu sape?
nyh lagu SUM 41.Aku sangat suka lagu nyh sebab dia kutuk pemerintah.
so dah nampak ideologi aku?
aku suka lirik dia.dan satu quote nyh:ALL 4 NONE,NONE 4 ALL
aku suka.suit the upper class.
look,aku bukan budak punk.aku bukan pengikut ideologi karl marx.aku bukan hooligan.
i'm just rebellious dan aku benci ketidakADILan


p/s:jangan kau harap aku nak menulis suweet2 sebab otak aku otak terabur.aku isi dengan karya orang-orang yang berontak.maka jangan kau harap aku menulis acuan blooger semasa.by the way:aku bukan blogger pon.aku speak up my mind,through writing.sekian.huhu.
p/s: Gy tgok sendiri.aku ada yang MP3 je.

cabaran 30 hari!

aku bace pasal cabaran 30 hari nyh dari blog orang laen...
aku x suka menulis ikut acuan orang laen..
tapi disebabkan aku sedang kebosanan dan tiada idea untuk blog yang x seberapa ini maka aku bercadang untuk mengikuti cabaran ini.aku akn mula dengan hari ini.boleh?hehe....
berikut listnya:

Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – Your dream wedding.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of your favorite place to eat.
Day 11 – A picture of your favorite memory
Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 13 – A picture of your favorite band or artist
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Short term goals for this month and why
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Who are you?
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – What kind of person attracts you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

p/s:ntah bley wat ntah x...mood menulis merudum lol.