sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Thursday, April 5, 2012

-Mashed Potato-

Salam sejahtera khalayak pembaca!

Ini yang pasti bukan entri pasal kentang lecek KFC yang sangat disukai
Ya,ini cuma analogi.
Kentang lecek itu sifatnya lecek,lembik sesuai dimakan orang tak bergigi
Mohon perhatian,ini bukan entri resipi.

Aku mahu analogikan lelaki sebagi mashed potato,maka pembaca lelaki jangan sentap.Tolong baca dengan mata hati.Ini entri mohon pengertian orang lelaki.Lelaki yang mashed potato ini.

pertama maaf dari hati
bukan mahu merendah-rendah orang lelaki
sekali lagi maaf dari hati
entri ini rasa hati,mohon diamati bukan dimaki.

Aku paling pantang bila lelaki itu tak serupa lelaki dari segi jiwanya.
Biarlah fizikal sotong,tapi kalau jiwa besar dan kental aku tetap pandang tinggi.
Dalam situasi sekarang,aku berhadapan dengan beberapa karektor lelaki yang kurang lelaki.
Lelaki jenis inilah yang aku analogikan sebagai mashed potato.

Dibesarkan jadi anak gadis yang tegas dan lantang buat aku kadang tak takut mahu mempertahan hujah dan prinsip yang benar,yang aku pegang.Dan perempuan macam aku kadang dilabel ego,degil,keras kepala,dingin,ketat,kejam,sadis.Tapi aku juga diajar untuk hormat orang tak kira status.

Membesar dengan cara begini buat aku jadi orang yang hati-hati sampai kadang dikata cerewet.Jadi disini aku mahu berkisah kenapa aku cerewet sungguh
Maaf cakap,aku selalu bertemu lelaki yang lemah jiwanya.Yang mudah jatuh pada idea cinta dari novel dan filem.Yang tak kuat hatinya sampai mudah bersandar pada sandaran yang rapuh.Yang kalah dengan perasaan.Yang tak boleh memimpin.Dan maaf cakap lelaki yang begini akan menyebabkan darjah suka aku pada dia jatu.Aku tak boleh suka dan tak boleh nak ada hubungan dengan lelaki macam ni sebab darjah respect aku padanya akan jatuh.Maaf,aku tak boleh hidup dengan orang yang aku tak repect.Aku tak mahu sekali-kali ambil alih posisi lelaki.Aku pegang kuat yang lelaki itu pemimpin.Tapi kalau jelas dia tidak boleh memimpin,maaf aku tak boleh teruskan hubungan jangka panjang dengan orang begini.Aku perempuan,jiwa lagi rapuh.Mana nak aku sandar kalau asyik-asyik aku jadik tempat sandar.Aku tak mahu.Aku mahu dia kuat.Aku,dia sama kuat.Saling ingat mengingat.Saling menguatkan.Aku tak mahu dia sandar pada aku semata.Aku jiwa rapuh.Aku manusia lemah.

Aku dibesar tak sandar pada orang walau aku bongsu perempuan.Jadi jangan beralasan anak bongsu bagai kalau jiwa lemah.Kalau orang lain boleh kuat kiwa,kenapa tidak kau?Tolong.Bina kekuatan.Lelaki ketua.Tolong belajar jadi ketua.Masa hadapan letak pada kau,bukan aku,bukan kami(perempuan)

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”-An-nisa ayat 34

Tafsirnya menurut ibnu kathir
“Lelaki adalah pemimpin bagi wanita iaitu lelaki adalah ketua kepada wanita, pembesar bagi wanita, pemutus bagi wanita dan pendidik wanita jika wanita itu melencong. Kerana lelaki lebih afdhal dari wanita dan lelaki lebih baik dari wanita. Dengan itu kenabian dikhususkan buat lelaki. Begitulah juga kerajaan yang besar (dikhususkan bagi lelaki) berdasarkan sabda Rasulullah: “Tidak akan berjaya kaum yang dipimpin oleh wanita”. Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abdul Rahman bin Abu Bakrah dari ayahnya. Begitulah juga jawatan kehakiman dan sebagainya.”

Allah berikan sifat ‘qawammah’ kepada seorang suami. Dengan erti dia mesti merasai bahawa dia duduk di atas isterinya dari banyak sudut; kepimpinan, penentuan keputusan, pembimbing, tanggungjawab dan sebagainya


p/s:menulis dengan rasa kecewa