sUduT pAnDaNg

sUduT pAnDaNg

Thursday, June 30, 2011

BERSIH

Sekarang ni kalau sebut BERSIH je,dah terbayang baju kaler kuning.sebut BERSIH je dah terbayang perhimpunan dan gambaran mental yang menakutkan seperti mungkinkah tragedi 13 mei akan berlaku kerana BERSIH ini.

Satu isu pelbagai pandangan.Bergantung kepada siapa yang memandangnya.Dan aku juga orang yang memandang.isu-isu macam ni sering menarik aku untuk tahu.maka aku cuba mencari apa itu BERSIH,tuntutannya dan apa pula yang salah dan betul padanya.

Ada orang dengan lantang membantah BERSIH atas dasar mahukan negara terus aman.budaya berhimpun,bereformasi turun di jalanan bukanlah budaya Malaysia.Budaya kita ialah menerima apa jua tanpa banyak soal atau bunyi sebab bukankah Melayu itu halus budinya.Datok nenek kita mengecap kemerdekaan dengan hasil rundingan bukan dengan mata pedang,raifal,berhimpun,demonstrasi dan sebagainya...tapi mungkin ada yang lupa...UMNO bermula apabila ia turun dijalanan membantah Malayan Union.

Manisnya kalau boleh 1 Malaysia mengenang kembali saat di mana bersatunya Melayu menentang yang dinamakan Malayan Union.tapi cuma Melayu jelaa yang turun masa tu.Budaya atau yang boleh di ajak berhimpun ialah orang Melayu bukan bangsa lain.tapi Hindraf pon berhimpun apa?

apa pendapat peribadi aku tentang BERSIH.aku melihat dari segi rasional atau besar tak tuntutan melalui BERSIH itu sendiri.Bila melihat tuntutannya,aku setuju.Dengan tuntutan dan bukannya BERSIH.Sebagai individu yang akan mengundi,aku mahu pengundian bersifat telus dan tidak diragui sebab setiap undi boleh merubah hala tuju politik negara.

owh,dah ada yang melatah.aku yang bakal petugas kerajaan menyokong BERSIH.hello,saya sokong apa yang dituntut sebab itu adalah demokrasi.ada jugak suntuk akal mengatakan demokrasi tu sama dengan liberal suka hati nak buat apa..kalau x suka tembak orang ni,tembak orang tu...bahasa apa dipakai aku tak tahu,nampak sangat bodohnya.demokrasi datang dengan tanggungjawab.masalahnya untuk masyarakat minda kelas ketiga macam individu tadi,demokrasi tak boleh dijalankan.demokrasi bukan untuk orang yang emosi.demokrasi untuk masyarakat yang punya pertimbangan,sedar hak dan tanggungjawab.dan sebab itu aku kurang setuju dengan perhimpunan yang bakal diadakan oleh BERSIH.kenapa?sebab masyarakat kita tidak boleh menerima budaya berhimpun even ahli politik yang bijak pandai pon.

berhimpun selalu dikaitkan dengan sesuatu yang negatif.dan orang yang negatif terhadap perkara itu dan minda kelas ketiga mudah untuk mengeluarkan kenyataan provokasi atau menyatakan pandangan provokasinya hanya kerana dia tidak boleh menerima idea berhimpun.manusia cenderung untuk meminta orang mengikut dan menerima pendapatnya.maka golongan-golongan ini akan menguar-uarkan provokasi yang mempengaruhi minda masyarakat yang tidak tau duduk letak satu perkara itu.

kalau benar pihak berwajib itu tulus dengan tugasnya,benarkan BERSIH.berikan kawalan keselamatan yang sewajarnya.mungkin kalau boleh buatlah perjumpaan antara pihak polis dan pihak yang mahu menjalankan BERSIH.Briefing tentang rules dan regulation,etika yang perlu diamalkan semasa berhimpun.elak juga golongan yang provokatif dari terlibat.apa yang BERSIH mahu cuma tuntutannya dilayan kerana sebelum ini tuntutan itu tidak dilayan.Kalau benar telus,kenapa tidak mahu berbincang dan menerima.kaji rasionalnya permintaan itu.BERSIH tidak meminta perubahan dasar yang berat untuk diubah sebaliknya hanya meminta perubahan pelaksanaan pilihanraya agar ianya lebih telus dan diyakini.

tapi itulah....ada yang kata,bila benda2 macam ni melayu je yang join.kita bergaduh sesama sendiri,orang lain yang dapat kepentingan.dah tu pemimpin tu kalau betul sayang melayu kenapa dia yang laga-lagakan kita,takut-takutkan kita..kau ingat aku tak takut ke,takut laa..dan ingat aku setuju tuntutan BERSIH tu aku tak sayang melayu,aku melayu murtad ke...naka kata aku terima ke kalau dasar sama rata dijalankan kat melaysia ni?aku tak terima kalau katanya sama rata yang memang sama rata...kita kan berbeza bilangannya..kuota tu janganlah sentuh...

dah kalau betul sayang melayu...ubahlah cara melaksanakan sesuatu dasar tu.bukannya kita rakyat ni menidakkan jasa yang telah dilakukan government..syukur Alhamdulillah disebabkan Dasar Ekonomi Baru,saya dan mak abah saya dapat jadi warga Felda,ada tanah sendiri tapi saya tak tahulah apa nasib Felda selepas ni..perubahan tampuk pemerintahan dan pemimpin boleh mengubah banyak benda.jangan kita mengaku perjuangan untuk melayu tapi songlap duit bahagian orang melayu sudah.

kerana dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan yang bersifat membantu atau melindungi orang melayu yang kurang berdaya saing macam saya ni lah,masih ada peluang untuk saya belajar.Alhamdulillah..diilhamkan mereka idea atau dasar yang boleh emmbantu bangsanya sendiri.supaya bangsanya tak hanya tinggal nama.

manusia musuh apa yang tidak diketahuinya.kadang-kadang ada orang berkata politik ni kotor.bodoh bergaduh sebab nak memerintah.politik tu boleh kawal banyak benda sebab tu ramai yang nak jadik pemerintah.mungkin si A rasa dia boleh memacu atau merubah ekonomi dengan lebih baik sebab itu dia beria-ia mahu menjadi pemerintah dan begitu juga si B.tapi benda yang penting ialah untuk duduk semeja dan buang ego.apa yang penting ialah apa yang kita nak buat untuk memajukan negara.

bagi negara yang ada pembangkang dan kerajaan.bukan sapa yang menang,sapa yang betul...tapi bagaimana pandangan dari dua belah pihak boleh digunakan bagi membantu negara,menjaga kebajikan rakyat.kami bukan seronok tengok anda berlaga dan melagakan kami untuk mendapat penyokong.kami sokong apa yang anda boleh buat untuk kebajikan kami.paling penting janganlah sampai pergaduhan anda semua,terpaksa pulak kita mendengar nasihat orang luar yang takde kena mengena yang tujuan dia lagi nak mengkucar-kacirkan negara supaya mereka boleh berkuasa..jangan...sebab anda yang lebih tahu apa yang kami perlu dari orang luar...maka buang ego...betulkan dan ubah cara kerja anda dua2 parti.

lihatlah bagaimana kerajaan islam dulu boleh jatuh..belajar,jangan buat silap yang sama...

dan kita,saya sebagai rakyat pun tak bolehlah nak tunjuk pandai sangat....

ada seorang kawan pernah cakap..kalau rakyat baik,pemimpin pon baik
dan lewat pembacaan saya mengenai tokoh-tokoh kegemilangan islam..saya juga faham maksud beliau..betul...seorang pemimpin yang baik hanya akan muncul setelah kita rakyat menjadi rakyat yang baik...
kalau kita menjadi rakyat yang kerjanya meminta-minta mungkin pemimpin kita terpaksa bertindak dengan cara yang tidak baik untuk menunaikan permintaan kita...mungkin kan?

telah berlalu zaman pemerintahan nabi...diganti dengan khalifah ala minhajin nubuwwah...kemudian bermula era fitnah semasa malikin adhdhon dan malikin jabriyyatan setelah kejatuhan kerajaan turki uthmaniyyah...setiap zaman ankan berlangsung dan akan runtuh dengan kehendak Allah..sampai kita akan ditadbir balik oleh pemerintahan khalifah ala minhajjin nubuwwah tapi itu hanya berlaku bila kita dah jadi golongan yang baik untuk dipimpin oleh pemimpin yang baik...




p/s:jadilah rakyat yang baik untuk mendapat pemimpin yang baik.baik bukan bererti anda menyokong tindak tanduk pemimpin yang bertentangan...tegurlah pemimpin kalau tindakannya boleh mengundang kehnacuran,menindas kebenaran dan ummah kita mesti bersatu barulah negara kita kuat untuk menghadapi cabaran akan datang.
p/s:saya berniat tidak mahu mengepost atau komen isu-isu politik di facebook lagi.kadang orang tak faham apa yang kita nak sampaikan sehingga larut dalam emosi dan fahaman sendiri.

Friday, June 17, 2011

Day 5:Whats make u differ than anyone else

Whats make u differ than anyone else
Bila kte bercakap tentang ini.maka kita x kan lari dari jadi narsistik.cenderung memuji diri sendiri kan.maka kalau post nyh bunyiknya poyo dan bajet bagus,tolong laa faham keadaan.cabaran ini yang memaksa.hehe
Baik.sebenarnya tak berbeza mana.dalam diri aku dan kamu ada pelbagai ciri,karakter yang orang lain juga ada..so,tak berbeza..tapi da diminta buat bandingbeza maka inilah hasilnya

Baik aku berbeza sedikit sebab latar belakang aku.famili aku ramai lelaki maka aku bukanlah gadis tipikal.aku ada gabungan perangai abang-abang dan kakak-kakak
Aku kaalu dibanding dengan rakan sekelas yang gadis mungkin berbeza dari segi hot temper.sungguh aku hot temper.kadang-kadang malu pon ada.tapi nak buat macam mana.darah cepat aje menyirap kalau ada ebnda yang buat aku panas.

Lagi aku berbeza sebab aku punya ego agak besa.darjah keengganan aku untuk berbuat sesuatu yang orang lain buat atas dasar mempertahankan prinsip yang aku pegang dan tidak mahu jadi tipikal memang membuatkan aku berbeza.aku bukan jenis yang sudi membodek orang atau bermuka-muka atas kepentingan peribadi.sungguh aku enggan sebab prinsip aku yang sangat bodoh.rather work hard or do nothing than work smart by using people.memang orang kata kita perlukan orang lain untuk mencapai matlamat tapi tengok matlamat gak la.aku tak suka hipokrit.tapi hipokrit kekadang perlu kalaw nak elak keadaan jadik buruk.sebab terlalu berterus-terang menyakitkan.

Kalau tak pakai make-up bley masok kategori berbeza.aku masok laa kategori.aku tak pakai make-up.juga atas keengganan.keengganan untuk kelihatan fake.tapi aku tak kata orang pakai make-up fake.aku yang kalau pakai make-up fake.sebab memang aku tak pakai.aku suka genyeh mata dan mudah berpeluh.maka lupakanlah eyeliner dan foundation.

Lagi maybe aku laen sket sebab aku jenis suka sembang apa yang lelaki sembang cam politik dan bola.nak kata aku memang hardcore tak jugak.tapi aku suka untuk tahu banyak perkara maka aku ada modal untuk berbicara dan bila ada modal boleh kongsi-kongsi cerita bila kongsi cerita dapat aku nilai perspektif orang sini sana.tapi bola dan politik dua benda yang sangat menarik.sekurang-kurangnya lebih menarik dari fasha sandha.fasha sandha ada apa yang aku ada Cuma dye hot laa.

Banding dengan gadis,aku agak rebellious.tapi aku tak rebel dengan lari dari rumah.itu namanya bodoh.aku rebel dengan apa yang aku rasa tak kena pada tempatnya.aku rebel kalau aku tahu satu benda tapi ada orang ingat aku bodoh pastu nak nipu aku.memang aku rebel orang tipu aku.sebab tu kadang-kadang aku kedengarannya rebel dengan kerajaan.aku tak rebel kerajaan.aku rebel yang perintah.lagi skali.aku bukan punk atau anarki.

Aku orang yang mudah marah.tapi mudah aku sejuk kalaw kaw pandai manipulasi keadaan walaupun aku tahu kaw tipu tapi aku pilih untuk memaafkan sebab aku tahu maybe dulu-dulu aku penah buat macam apa yang orang tengah buat dekat aku.peole do mistake.tapi sama ada learn by lesson atau buat tak apik(x kisah,lupa).kita cenderung ingat salah orang kat kita,banding salah kita kat orang kan?tapi aku tak cukup mulia untuk melupakan.ada orang yang akan menyebabkan reputasinya jatuh dalam boring penilaian aku.macammana cara reputasinya jatuh ialah bila aku tidak lagi percaya pada orang itu 100%.i accept them as friend but not as family anymore.


p/s:see...nothing different bout me...ramai je orang cam aku..